Pages
▼
27 Feb 2017
Video :Cubaan Pembangkang Sabotaj Ekonomi Negara
Tindakan pembangkang memanipulasikan isu tertentu dilihat sebagai langkah yang berbahaya kerana ia boleh mensabotaj ekonomi negara sedangkan isu berkenaan dimainkan hanya untuk memenuhi hasrat memenangi pilihan raya umum.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, usaha memburuk-burukkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi isyarat kepada pelabur bahawa negara kini berada dalam keadaan yang tidak stabil.
"Yang saya khuatirkan lebih iaitu cubaan untuk sebotaj ekonomi negara kita.Yang ini berbahaya dan saya minta pihak berkuasa menyiasat dan melihat apakah wujud unsur-unsur untuk mensebotaj ekonomi kita. Kerana ini berbahaya bila pelabur cuba mengatakan pada kita tunggu dulu...banyak masaalah di Malaysia. Negara mereka akan bankrap. Bank mereka tidak stabil. KWSP akan bankrap. Ini akan menakutkan pelabur dan bila pelabur takut yang terkesan ialah ekonomi dan rakyat," kata beliau ketika berucap dalam Program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
“ Saya masih ingat lagi tahun 1978, Lim Kit Siang ada satu artikal 'Time Bomb In Malaysia'...dah 40 tahun berlalu belum meletup lagi bom Lim Kit Siang. Apakah ini satu tuduhan politik? Pada saya tidak. Kalau tuduhan politik Tan Sri Nor boleh jawab .Devamani boleh jawab tapi kita becakap tentang fundamental isu yang bila orang konsistan bercakap bohong..pelabur akan pergi. Bila pelabur pergi yang menjadi mangsa ialah rakyat negara. Pembangkang boleh cari kita sebab kita takkan lari tapi jangan tabur fitnah terhadap ekonomi," tambah nya lagi.
"Pakatan Harapan kata EPF akan bangkrap. Bila mereka kata EPF akan bangkrap kita boleh jawab.Tapi bila ianya menyebabkan EPF jadi lemah dan menyebabkan pencarum nak mengeluarkan caruman mereka, ini adalah sebotaj ekonomi dan ianya harus disiasat oleh pihak berkuasa. Ini bukan lagi tuduhan dan ini bukan lagi permainan politik. Ini adalah perkara yang serius," ujar beliau.
"Bila mereka kata Tabung Haji bangkrap dan orang akan mengeluarkan caruman dan simpanan dalam tabung Haji ini juga serius. ini juga sebotaj ekonomi. dan jangan main- main dalam perkara ini kerana undang-undang negara kita, bukan saja sebotaj politik, sebotaj terhadap yang Di Pertuan Agong, sebotaj terhadap keselamatan negara tapi sebotaj terhadap ekonomi negara juga amat penting," tambahnya lagi.
Jelasnya, manipulasi tetap diteruskan meskipun beberapa pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetahui perkara sebenar dan beberapa kali telah dimaklumkan mengenai kedudukan syarikat pelaburan tersebut.
Abdul Rahman juga berkata, Dr. Mahathir licik menyusun strategi dengan memburuk-burukkan dasar kerajaan serta 1MDB sehingga menyebabkan syarikat pelaburan itu sukar meraih modal perniagaan.
“Dr. Mahathir berkomplot dengan pemimpin dalam dan luar kerajaan, ini diikuti dengan tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik kepimpinan Najib. Mereka buntu mencari isu dan menjadikan 1MDB sebagai modal politik kerana dapat memanipulasi angka-angka yang besar, sedangkan 1MDB hanya guna RM1 juta modal daripada kerajaan dan tidak pernah gagal membayar hutang.
“Niat buruk mereka telah menyebabkan 1MDB berdepan masalah. Syarikat ini sepatutnya membangunkan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang bernilai RM170 bilion. Tetapi disebabkan dendam kesumat, mereka sanggup sabotaj 1MDB sehingga memaksa syarikat ini menjual aset-aset bagi mencari dana,” katanya.
Menurutnya, Muhyiddin seorang yang hipokrit kerana beliau turut berada di dalam Kabinet yang bersetuju untuk memulihkan 1MDB, sebaliknya apabila berada di luar, mengeluarkan kenyataan yang berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa