Pages
▼
3 Mac 2017
Lebih Baik Kit Siang Yang Bercuti Bukannya Khaled Nordin
Ketua Parlimen merangkap Penasihat DAP Lim Kit Siang seolah-olah lupa cermin diri sendiri apabila menyarankan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk bercuti dari tugas hanya kerana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menaham enam orang termasuk anak dan Pegawai Khas Exco Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi.
Susulan penangkapan itu, 45 akaun milik suspek yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta dibekukan, selain 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM500,000 serta pelbagai dokumen dirampas.
Kes ini tidak ada kaitan pun dengan Khaled Nordin tetapi Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah itu menyuruh beliau bercuti daripada tugas mentadbir negeri.
Adakah Lim Kit Siang lupa bahawa wujud kes rasuah anak beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli rumah banglo besar di Georgetown dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.
Penasihat DAP itu tidak pula menyuruh anaknya itu bercuti sementara siasatan dijalankan.
Malahan, DAP menganjurkan pula satu majlis bertemu para pemimpin untuk mencari kaedah mempertahankan Guan Eng biarpun sudah disiasat dan dituduh di mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa.
Rakyat melihat bagaimana Kit Siang mengeluarkan kenyataan dan gesaan terpilih dalam hal ini apabila menyuruh Menteri Besar negeri lain bercuti tetapi tidak menyuruh anaknya sendiri bercuti.
Lim Guan Eng bukan sekadar patut bercuti semata-mata malahan beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan sebagai Setiausaha Agung DAP.
Lim Kit Siang bukan sahaja bergelut dengan isu jenayah salahguna kuasa Lim Guan Eng malahan beliau juga sedang berhadapan dengan isu cucu beliau yang merupakan anak lelaki Lim Guan Eng yang ketika itu berusia 16 tahun dikatakan mencabul rakan sekolahnya.
Bagi menutup mulut semua pihak keluarga mangsa dikatakan disogok dengan wang berjumlah RM200,000. Kes tersebut kini dalam siasatan polis.
Memandangkan keluarga Lim sedang mengharungi banyak isu jenayah salahlaku membabitkan anak dan cucu beliau maka sepatutnya Lim Kit Siang sebagai ketua keluarga harus bercuti.
Satu jari menuding kesalahan orang lain, empat jari yang lain menuding diri sendiri. Ungkapan ini amat tepat sekali mengambarkan situasi Lim Kit Siang ketika ini.
Sudah sudah lah Uncle Lim, umpama paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Tulisan :
Beruang Biru
BB310, Jumaat
3 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa