Lama sudah tidak dengar lagu "Malaysia hendak bankrup" dan ringgit lemah dalam ceramah ceramah dan penulisan pembangkang. Semalam, bila minyak turun lagi 4 sen, diam terus pembangkang
Di sebalik kelembapan ekonomi dunia, Malaysia masih mampu memperkukuhkan dan menjadikan ekonomi negara pesat membangun. Ini adalah hakikat sebenar, bukan sekadar cakap-cakap untuk menyedapkan halwa telinga mendengarnya.
Buktinya adalah pengakuan daripada Bank Dunia. Sebelum ini Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.9 peratus namun ia membuat unjuran kali kedua iaitu sebanyak 5.2 peratus dengan mengambil kira pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada separuh pertama 2017.
Kenyataan daripada Ketua Ekonomi Negara Bank Dunia, Richard Record yang mengakui prestasi ekonomi Malaysia dipacu baik dan positif telah mengukuhkan lagi hakikat bahawa Malaysia berada di landasan menuju negara maju.
Selain Record, pengarah Bank Dunia bagi Malaysia, Thailand dan Kerjasama Serantau, Ulrich Zachau turut memuji Malaysia.
"Dalam tempoh lebih 20 tahun sejak krisis kewangan Asia, ekonomi Malaysia berkembang dengan baik disokong dengan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang komprehensif.
"Dengan meneruskan pengurusan makroekonomi yang mapan dan memperkukuhkan kemahiran modal insan, kecekapan dan peluang yang seimbang, akan mendorong kepada perkembangan pesat negara sekali gus memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik,” kata Zachau ketika melancarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM), di Kuala Lumpur, semalam.
Bukan itu sahaja, Ringgit juga mempunyai ruang untuk meningkat berbanding tahap sekarang, memandangkan negara memiliki prinsip-prinsip asas yang kukuh termasuk harga minyak mentah yang stabil serta keluaran dalam negara kasar dan pertumbuhan eksport yang lebih baik.
Malah pakar menjangkakan ringgit akan melanggar tahap psikologi pada 4.0, semasa suku pertama tahun 2018.
Semua ini dipacu oleh pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. Seperti yang dinyatakan beliau sebelum ini, semua ini baru permulaan. Jika rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) maka Malaysia akan diletakkan di sebuah kedudukan lebih tinggi berbanding sekarang.
Namun jika rakyat memilih Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, belum tentu proses-proses kecemerlangan ini berjaya diteruskan memandangkan Pakatan Harapan sendiri hilang arah tuju.
Justeru, kejayaan ekonomi dan KDNK Malaysia yang diakui Bank Dunia ini akan hanya boleh konsisten dan bertambah baik jika kerajaan yang memerintah adalah yang mempunyai 'track record' baik seperti Barisan Nasional.
Janganlah kita gadaikan semua itu. Kekalkan apa yang ada demi pembangunan negara. Jangan kerana ketamakan seorang "atok", anak cucu di masa hadapan merana.
Jangan dengar sangat luahan segelintir artis yang kecewa atau dipergunakan oleh pembangkang sebagai perkakas politik mereka. Artis artis ini kalau handal masuklah dalam gelanggang politik yang sebenar sebagaimana saranan Dira Abu Zahar.
Bila sudah masuk baru tahu, hendak buat mesyuarat cawangan pun bukanlah senang. Pakar ekonomi sebenar adalah Moody's, Bank Dunia dan IMF, bukanlah coretan artis pro pembangkang ini yang tiba tiba jadi pakar ekonomi di twitter atau facebook.
Tulisan :
Beruang Biru
BB699, Jumaat
15 Disember 3017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa