Pages

15 Dis 2017

Najib Antara Jurucakap Utama DI OIC, Bukti Peranan Malaysia Penting

Datuk Seri Najib diiktiraf di kalangan dunia Islam, semasa di persidangan khas OIC, Najib antara pemberi ucapan utama. Terbaru, Raja Bahrain memberikan anugerah King Hamad Order of Development kepada Datuk Seri Najib.

Semua pengiktirafan ini bukti imej Najib bukanlah seperti yang dimomok dan ditohmah oleh pembangkang di Malaysia. Kalau Datuk Seri Najib korup atau kleptokrasi macam yang didakwa pembangkang, tiada negara akan mahu telefon, beri anugerah dan beri keutamaan kepada Datuk Seri Najib berucap di pentas OIC dan dunia.

Suara Malaysia merupakan antara yang utama dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara pemimpin yang terawal berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa yang diadakan di Lutfi Kirdar Congress Center di Istanbul, Turki.

Daripada 57 negara yang hadir, Datuk Seri Najib diberi giliran kelima berucap dalam persidangan OIC itu.

Najib berucap selepas beberapa ucapan utama lain dari Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Raja Jordan Raja Abdullah II dan Setiausaha Agung OIC Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen.

Suara Najib diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila Erdogan sendiri menghubungi beliau menerusi telefon untuk mengundang Najib ke sidang kemuncak berkenaan bagi membincangkan isu Baitulmaqdis.

Di Indonesia, mereka kagum bila Datuk Seri Najib dan UMNO melaungkan ketegasan dalam isu Baitulmaqdis. Rakyat Indonesia juga kagum kenapa Jokowi tidak dihubungi oleh Erdogan seperti mana Datuk Seri Najib.

Namun rakyat pembangkang di Malaysia mempolitikkan apa sahaja yang ada untuk memperlekehkan nama Malaysia di peringkat dunia Islam. Mereka pertikai mengapa Najib hanya berada di tepi bila bergambar semasa persidangan OIC.

Betapa ceteknya minda pembangkang Malaysia. Mereka tidak tahu bahawa Datuk Seri Najib adalah antara pemberi ucapan utama di persidangan khas OIC itu.

Sidang Kemuncak itu diadakan atas permintaan Erdogan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak Islam ke-13 ekoran pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis atau Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Kata Najib, OIC mesti bersatu untuk menolak sebarang langkah untuk mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Zionis itu kerana akhirnya ia hendaklah menjadi ibu negara Palestin.

Najib dengan nada tegas mengutuk serta menolak sama sekali keputusan satu pihak oleh AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaan dari Tel Aviv, Baitulmuqaddis.

"Pengiktirafan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel adalah sama seperti menyemarakkan api peperangan terhadap situasi yang telahpun meruncing.

"Berbuat demikian juga merestui dasar pendudukan haram dan penindasan Israel, yang menyebabkan penderitaan teruk yang berlarutan kepada rakyat Palestin," kata Najib.

Cemburu dan iri hati dengan suara Malaysia yang diiktiraf dunia Islam, Pakatan Harapan mula main kotor sampai perkara berkaitan Islam juga mereka hendak jadikan modal politik.

Perbuatan mereka sudah sampai tahap mengejek seperti kebudak-budakan, bukan mengkritik secara profesional dan ilmiah dalam prinsip politik.

Facebook Kelab Che Det menyiarkan satu video mengejek Najib yang bergambar tetapi berdiri di bahagian kanan para pemimpin negara OIC pada sidang luar biasa itu. Facebook balaci Mahathir itu hanya menzahirkan cemburu Mahathir kerana makin dipinggirkan dunia lain termasuk dunia Islam.

Di bahagian hadapan gambar di Turki itu, Najib bergambar di barisan kedua selepas negara-negara yang diperintah oleh Raja. Mahathir hendak menutup malu kerana dalam Pakatan, walaupun ada banyak parti Melayu tapi cauvinis Cina yang menjadi teraju utama dalam diam dan mempunyai kuasa, bukannya Mahathir.

Parti Mahathir kecil sahaja umpama kutu hama dalam pakatan yang tidak ada peranan langsung biarpun bekas Perdana Menteri itu kini Pengerusi pakatan berkenaan. Malu jadi ketua tapi tak ada kuasa. Najib, suaranya didengari negara-negara utama Islam dan berani berdepan dengan AS dengan mengutuk tindakan zalim zionis ke atas penduduk Palestin.

Mahathir juga sudah patah taringnya dalam isu Israel-Palestin kerana kini tidak lagi mengutamakan isu itu sebaliknya mahu berbalah lagi dengan Najib dengan isu politik peribadi. Erdogan pun tak iktiraf lagi Mahathir.

Dalam pakatan, Mahathir sudah mula menyanjung penjenayah yang dulu dibencinya. Dia sudah mula menyanjung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini sama-sama mahu seorang peliwat dilantik jadi Perdana Menteri. Dia sudah mula sanjung Lim Guan Eng, Ketua Menteri perasuah yang tak tahu jaga rakyat tapi tahu beli banglo murah dari harga pasaran untuk kesenangan diri sendiri.

Di usia tua, kasihan apabila seorang bekas Perdana Menteri memilih untuk dikeji dan dibenci oleh rakyat hanya kerana mahu memuaskan kepentingan peribadi diri sendiri.

Sebaliknya, pemimpin yang ikhlas membawa agenda agama, bangsa dan negara terus diangkat namanya di kalangan pemimpin Islam yang lain. Bersamalah membantu dan menyokong usaha Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib dalam persidangan OIC. Ianya isu kemanusiaan sejagat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB698, Jumaat
15 Disember 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa