Pages

28 Dis 2017

#KE7B :Qobin Berjaya Tempa Nama Sebagai Muslim Termuda Jadi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017

Misi Ekspedisi KE7B Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 yang dilaksanakan oleh Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin),36, berjaya mencapai matlamat apabila beliau tiba di titik 90 Kutub Selatan hari ini, tepat pukul 11.05 pagi (waktu Malaysia).

Cabaran cuaca sejuk beku -26 darjah selsius yang hampir menjejaskan misi tersebut dapat diharunginya dengan tabah demi mengharumkan nama negara di pentas sukan ekstrem peringkat dunia.

Ekspedisi sembilan hari mulai 19 Disember lalu menyaksikan Qobin berski dari Union Glacier, Antartika ke titik 90 Kutub Selatan dengan jarak keseluruhan sejauh 111 kilometer.

Ekoran kejayaan itu, Qobin kini menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam iaitu individu yang berjaya mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia termasuk Gunung Everest, berski di Kutub Utara dan berski di Kutub Selatan.

Kejayaan itu juga melayakkan Qobin menjadi individu kedua dari rantau Asia Tenggara dan individu Islam ketiga serta termuda diiktiraf sebagai penjelajah Grand Slam dunia.

Setakat hari ini, hanya 70 orang dari seluruh dunia berjaya menamatkan ketiga-tiga ekspedisi tersebut.
PRU14. TV 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa