_Assalamualaikum WBT_
𝕾𝖆𝖑𝖆𝖒 𝕽𝖆𝖒𝖆𝖉𝖍𝖆𝖓 𝕭𝖚𝖆𝖙 𝖀𝖒𝖆𝖙 𝕴𝖘𝖑𝖆𝖒 𝕯𝖎 𝕸𝖆𝖑𝖆𝖞𝖘𝖎𝖆
_Saya berharap pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro dapat meneroka model perniagaan baharu yang sesuai dengan norma baharu (new norm) dunia._
Mereka yang masih dalam cara kovensional perlu mempertimbangkan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless) dan pemasaran dalam talian sebagai budaya niaga baharu.
Usahawan runcit dan makanan juga perlu mengubah cara niaga mereka ke arah mesra teknologi dan mengurangkan interaksi bersemuka. Jika tidak secara menyeluruh pun ia harus ada sebagai pelan kontigensi andai situasi seperti ini berlaku lagi.
Sekiranya ada usahawan yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat, kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedia memberikan pandangan dan bimbingan melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti TEKUN Nasional, SME Bank, Bank Rakyat, SMe Corp dan latihan usahawan melalui INSKEN.
_Untuk rekod, mulai pada 16 April lalu TEKUN Nasional telah memperkemaskan cara permohonan dalam talian untuk Skim Pembiayaan Pemulihan (CBRM). Kini anda hanya hanya perlu mengisi borang di pautan http://fas.tekun.gov.my/cbrm/ sahaja._
_SMe Corp :-_
http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/slides/4085-daftar-dan-sahkan-status-pks-perniagaan-anda
*_FB : Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar_*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2637062429875619&id=2140159596232574