Bujang Senang

Bujang Senang

29 Jul 2016

'MANA LAGI BEST, I KAH SUAMI U?????


Bagai trend hubungan isteri orang dengan suami orang dan suami orang dengan isteri orang hingga tercetus pertanyaan bagaimana mudah mereka menganggap hubungan suci sebuah "pernikahan" hingga 'barang' yang sepatutnya terpelihara dalam hubungan suami isteri boleh di kongsi oleh oranglain.Murah nya nilai perkahwinan sekarang ini....

Laman media sosial yang sepatutnya untuk kita bersosial secara sihat dengan bertukar info dan sebagainya tercemar sebagai tempat melayan nafsu serakah tanpa rasa segan silu kepada anak-anak dan keluarga mertua.Apa yang sebenarnya dicari?????Sekarang applikasi WeChat dan Whatsapp menjadi penyumbang utama perceraian di kalangan pasangan suami isteri.


Baru-baru ini, beberapa keping screenshot yang memaparkan perbualan lucah di antara isteri orang dengan lelaki lain tersebar di sebuah laman media sosial.Di manakah sifat malu sebagai seorang isteri yang syurganya di bawah telapak kaki suami, neraka kah yang dicari???? 


Dan untuk seorang suami di mana sifat seorang imam yang sepatutnya menjadi imam dalam sebuah keluarga yang sepatutnya membimbing keluarganya ke syurga Allah?????





Nafsu itu bagaikan anak kecil
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli


Apabila orang yg dilamun cinta itu telah sampai pada keadaan yang dia sudah tidak mampu mengendalikan nafsunya, maka sebenarnya dia sendirilah yang telah membawa dirinya kepada keadaan yang sulit dan memasukkannya dirinya ke dalam lorong yang sempit atas kemahuannya sndiri. Orang yg mencampakkan dirinya ke dalam api tidak mungkin dapat mencegah api yang akan membakar dirinya, dan tidak mungkin ia dapat menyuruh api menjadi dingin dengan mengatakan “wahai api sejuklah engkau sebagaimana yang terjadi ke atas Nabi Ibrahim”. Ketika api membakar dirinya dan dia berteriak2 minta tolong dan usahanya itu tidak lagi berguna, maka sebenarnya dia sendirilah yang membakar dirinya, kerana dialah yang menyerahkan tubuhnya kepada api atas kehendaknya sendiri


Dari seorang ulama moden berkata: pada suatu hari ia ditanya: apakah cinta itu halal atau haram ? Lalu ia memberikan jawapan yang tepat: “Cinta yang halal itu adalah halal, dan cinta yang haram itu adalah haram”






0 komentar: