Bujang Senang

Bujang Senang

21 Jul 2016

Najib Tidak Terlibat Dalam Siasatan Di Amerika Syarikat



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan tidak terlibat dalam kertas siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) seperti yang didakwa oleh ahli politik dari pembangkang sejak semalam.
Ia berdasarkan satu kenyataan dari Peguam Negara Amerika Loretta Lynch dalam sidang media semalam di AS bahawa ada satu tindakan sivil telah difailkan jabatan itu untuk merampas aset yang dikatakan ada kaitan dengan Malaysia.
Dalam siasatan itu juga, nama Najib yang juga Menteri Kewangan tidak disebut kerana beliau tidak terlibat dalam mana- mana siasatan pun.
Syarikat 1MDB yang dimiliki Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, 1MDB menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam mana-mana tindakan sivil, tidak memiliki aset di Amerika Syarikat atau mendapat apa-apa faedah dari pelbagai transaksi yang disebutkan dalam dokumen tindakan tu.
“1MDB juga tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman AS atau dari mana-mana agensi antarabangsa berkaitan apa-apa siasatan,” menurut kenyataan itu.
Dalam sidang media semalam juga, Lynch dalam jawapan kepada pertanyaan wartawan berkata tiada nama Najib disebut dalam laporan berkenaan.
Sebenarnya, pihak Jabatan Kehakiman AS sendiri masih tidak ada kepastian sama ada aset yang ingin dirampas adalah sebenarnya dari 1MDB atau sebaliknya.
Bagi Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua tindakannya menuduh Najib kini terlibat dalam dakwaan Jabatan Kehakiman AS adalah amat melampau biarpun sebenarnya Lynch tidak menyebut pun nama Najib terlibat dalam apa-apa siasatan berkaitan.
Nampaknya pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dalam usaha memperhebatkan dakwaan dan tuduhan jahat mereka untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kes 1MDB sejak ia mula diketahui, beberapa agensi pihak berkuasa Malaysia sudah diarahkan membuat siasatan terperinci dan siasatan mendapati Najib tidak boleh dikatakan melakukan apa- apa kesalahan jenayah.
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia sebenarnya telah mendahului siasatan terhadap 1MDB.
Dalam kes ini, beliau berkata kerajaan akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang penyiasatan yang sah terhadap syarikat atau rakyat Malaysia mengikut protokol antarabangsa.
Najib dalam kes ini pun sudah awal-awal bertegas bahawa undang-undang akan dikuatkuasakan, tanpa pengecualian, jika terbukti berlaku sebarang salah laku.
– PRU14.tv

0 komentar: