Bujang Senang

Bujang Senang

15 Jul 2016

TUBUH PARTI BARU..MAHARISME, PARTI TUN MAHATHIR PULA MENCUBA NASIB????


DATO ONN  ,DATO ASRI MUDA merupakan DUA PEMIMPIN UTAMA YANG PERNAH MENUBUHKAN PARTI BARU iaitu PARTI NEGARA dan HIZBUL MUSLIMIN (HAMIM ) selepas mereka bertindak keluar dari parti asal mereka....namun MALANG dan DUKACITA nya parti parti tersebut gagal membawa IMPAK kepada senario politik negara....kHABAR NYA KALI ini Parti Maharisme PULA MENCUBA NASIB... 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan penubuhan satu pakatan baharu dianggotai parti politik pembangkang.

Dr Mahathir berkata, pakatan berkenaan yang disertai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara sebagai parti komponen, serta mereka yang menentang kerajaan akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, pakatan itu yang masih belum mempunyai nama khusus akan bergerak sebagai badan tertinggi untuk menyusun usaha dari sekarang sehingga PRU-14.

“Kita mahu mendedahkan segala penyelewengan BN dan membentuk kerajaan baharu bagi negara kita.
“Kita juga memutuskan untuk mengenepikan sebarang perbezaan antara parti komponen dan menumpukan kepada mencapai kemenangan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat kira-kira dua jam semalam.

Turut hadir ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mengenai penubuhan parti baharu, Dr Mahathir berkata, ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

0 komentar: