Bujang Senang

Bujang Senang

22 Jul 2016

Video:Tiada Bukti Dana Disalah Guna & Tiada Pendakwaan Jenayah






Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digelapkan.

“Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang digelapkan daripada 1MDB,” katanya.

Apandi turut menjelaskan pihaknya tidak lagi menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bagi sebarang maklumat atau bukti.

"Bagaimanapun, kami mengalukan permohonan mereka sejajar dengan komitmen Malaysia dalam kerjasama antarabangsa dan usahasama kita dalam memerangi pengubalan wang haram dan rasuah.

"Sebagai Pendakwaraya, Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding terhadap dalang yang melakukan salahlaku jenayah jika ada bukti mencukupi untuk berbuat demikian.

"Setiap salahlaku perlu dan akan dihukum dan Malaysia akan sentiasa menjulang kedaulatan undang-undang," katanya.

Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.

Beliau turut memberi perhatian terhadap pelbagai dakwaan dan sindiran dibuat terhadap Perdana Menteri kononnya didakwa melakukan kesalahan jenayah lanjutan daripada tindakan sivil in rem yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

“Peguam negara ingin menegaskan bahawa tiada dalam tuntutan sivil difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat itu menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa atas sebarang salah laku," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Pejabat peguam negara turut menekankan, sehingga hari ini:

1. Tiada sebarang bukti daripada mana-mana siasatan yang dilakukan oleh mana-mana agensi penyiasatan dalam pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan berlaku penyelewengan wang daripada 1MDB, dan

2. tiada dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi kesalahan jenayah penyelewengan dana 1MDB

"Ketika ini, terdapat satu siasatan sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia berkaitan 1MDB. Memandangkan siasatan masih lagi berjalan, adalah tidak sesuai untuk saya memperincikan maklumatnya yang mungkin akan menjejaskan siasatan.

"Adalah penting bagi Peguam Negara untuk memelihara integriti siasatan dalam memastikan orang awam tidak mempertikai keputusan siasatan itu nanti," katanya.

0 komentar: