Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

30 Jan 2018

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Marsha Milan Londoh

SIBU: Waran tangkap telah dikeluarkan kepada saksi pendakwaan yang gagal hadir ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang sedang dilakukan terhadap tuduhan mengaibkan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Majistret Saiful Sayoti mengarahkan waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Marsha Milan Londoh dari Taman Danau Desa, Kuala Lumpur berkuatkuasa pada hari ini sehingga 22 Mac jam 9.30 pagi. Marsha didapati gagal hadir ke mahkamah pada 3 Januari dan 29 Januari (hari ini) walaupun sudah dikeluarkan sepina untuk menjadi saksi pendakwaan bagi memberi keterangan mengenai kes tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zulfadhli Tuah memberitahu mahkamah bahawasaksi (Marsha) telah memaklumkannya untuk menukar tarikh untuk memberi keterangan sebagai saksi terhadap kes itu di Mahkamah Sibu iaitu pada hari ini.Beliau berkata, saksi terikat dengan komitmen kerja yang telah ditetapkan kerana terbabit dalam penggambaran drama bersiri di Kuala Lumpur.

Beliau juga turut menjelaskan kepada pihak mahkamah kerana saksi (Marsha) mempunyai alasan kukuh untuk tidak hadir ke mahkamah dengan menulis surat kepadanya sambil merayu agar menukar tarikh terdahulunya (perbicaraan hari ini).

Pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan dan penerbitnya Abdul Ghani Mokhtar menghadapi pertuduhan bersama.Azizul Ammar, 31, dari Kuala Lumpur dan Abdul Ghani, 42, dari Petaling Jaya, Selangor dituduh dengan sengaja menghina Watson, 42, dengan memprovokasi bekas pelari pecut itu meskipun sedar tindakan provokasi tersebut boleh mengugat keamanan awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei, 2017, kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah hotel di Jalan Wong King Huo dan didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.Seksyen 504 ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh bebas dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.Watson yang merupakan jurulatih sepenuh masa dengan Majlis Sukan Negara pada 24 April tahun lalu telah membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan rancangan sukan yang disiarkan oleh sebuah syarikat televisyen swasta itu.

Dalam rancangan yang disiarkan itu ketika menyebut nama 'Watson Nyambek' seakan menyamakan bapa Watson, yang meninggal dunia tiga tahun lepas, dengan binatang.

Marsha adalah pengacara bergandingan denganAzizul Ammar dalam rancangan tersebut ketika kejadian.Beliau juga merupakan seorang pelakon dan model.Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran lanjut kes tersebut.

26 Jan 2018

Undi Rosak, Keluar Parti & Protes Kini Umpama Barah Bagi Pembangkang

Penyakit yang melanda pembangkang semakin kronik. Yang di atas gila rebut jawatan dan kuasa. Yang jadi pemimpin di kawasan gila hendak jadi calon. Yang dibawah mahu buat undi rosak.

Ketika ini, tiga penyakit ini sedang menghantui Pakatan Harapan (PH) iaitu gerakan undi rosak, keluar parti dan protes dalaman. Ia bukan sahaja sedang merebak dalam PH malah semakin membimbangkan pemimpin dalam pakatan berkenaan.

Keadaan ini menjadikan Pakatan Harapan semakin rapuh dan bercelaru. Bagaimana ia mahu menubuhkan kerajaan sedangkan akar umbinya sendiri tidak cukup kukuh untuk menahan parti itu daripada runtuh.

Gerakan undi rosak misalnya, ia dimulakan oleh penyokong PKR dan telah menjadi trending di media sosial. Dengan hashtag #undirosak, gerakan itu mendapat sokongan ramai terutama mereka yang pernah menjadi penyokong reformasi.

Salah satu sebab kenapa #undirosak diwujudkan adalah kerana penyokong reformasi ini tidak berpuas hati selepas Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi PH sedangkan mereka inilah yang sanggup turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi menentang Mahathir, yang telah memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Protes terhadap pencalonan Mahathir itu bukan hanya dilakukan oleh penyokong reformasi malah ada pemimpin dalam PH sendiri yang membantah pemilihan pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai calon Perdana Menteri.

Ia termasuk anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur yang berpendapat bahawa langkah melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara hanya akan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirism.

Selain Sangeet, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga sebelum ini tidak senang dengan langkah pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH namun beliau kemudiannya terpaksa akur.

PKR Selangor sebelum ini juga membantah pemilihan Mahathir malah tindakan Menteri Besar, Azmin Ali yang menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Mahathir pada PRU-14 ini juga mengundang banyak tanda tanya.

Ini kerana semua tahu Gombak adalah kawasan kuat PAS dan kemenangan Azmin di kerusi berkenaan pada PRU-13 lalu adalah atas faktor dan sokongan PAS. Jika Mahathir sekali pun bertanding di situ, sudah pasti beliau juga akan kalah.

Namun tamparan paling hebat datangnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila Ketua Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar, menolak pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH.

Ini kerana beliau melihat Mahathir tidak lagi sesuai memegang jawatan Perdana Menteri, sebaliknya memerlukan seseorang tokoh muda berkaliber.

Itu belum lagi masuk bab keluar parti beramai-ramai seperti yang berlaku kepada PPBM. Baru-baru ini lebih 100 ahli PPBM bahagian Klang meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Tindakan mereka ini menyebabkan PPBM bahagian Klang lumpuh. Itu tidak termasuk lagi ahli-ahli parti berkenaan di bahagian lain yang telah lama meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan amalan kronisme yang diamalkan oleh PPBM.

Sudahlah ahli PPBM tidak berapa kerat, maka apabila ada ahlinya yang keluar parti maka bertambah sesak nafas parti itu. Jika dulu hendak diadakan mesyuarat bahagian dan cawangan pun sudah tidak cukup orang, kali ini lagi teruk masalah yang dialami PPBM.

DAP juga berdepan isu sama. Tahun lepas, empat wakil rakyat DAP Melaka bertindak keluar dari parti itu. Mereka ialah Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.

Kemudian ia diikuti dengan 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana 'kecewa' dengan parti itu.

Namun malangnya suara akar umbi ini tidak dipedulikan oleh pemimpin PH kerana mereka masing-masing sibuk mahu menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.

Mereka sebaliknya lebih sibuk dengan urusan parti Barisan Nasional (BN) daripada memikirkan parti sendiri. Apa yang penting mereka mahu memperjuangkan agenda peribadi, berbanding mengambil kira suara penyokongnya.

Barah yang melanda pembangkang ini semakin parah. Tidak boleh diubat biarpun dua orang calon PM dan TPM dalam pembangkang adalah doktor. Hendak merawat bagaimana, dua orang doktor ini pun sama kena serang penyakit gila kuasa.

Hendak makan ubat apa kalau ada penyakit gila kuasa? Hospital dan klinik pun tidak mahu terima penyakit itu. Oleh itu, betullah tindakan undi rosak yang dibuat oleh penyokong penyokong pembangkang itu. Undi rosak sebab marah pada pemimpin pembangkang yang gila kuasa.

Tulisan :
Beruang Biru
BB756, Jumaat
26 Januari 2018

Ambil Balik Orang Lama Berkuasa, Berulanglah Kisah Penjajahan Lama

Dalam filem Sarjan Hassan sudah ditunjukkan bagaimana watak Buang yang menjadi tali barut pada Jepun. Sanggup khianati orang kampungnya sendiri demi orang asing.

Apa yang dilakonkan dalam filem itu boleh terjadi kembali jika orang Melayu lupa sejarah. Lupa siapa DAP yang sebenar. Lupa apa agenda besar DAP.

Di China, ketika perang candu berlaku pada tahun 1839, ramai orang China digunakan oleh penjajah untuk lawan balik Maharaja China dalam perang. Mereka diketuai oleh Sun Yat Sen, yang akhirnya menamatkan pemerintahan monarki di China.

Dalam masa yang sama dengan kempen menggulingkan "emperor" di China, di Malaysia wujudnya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang berebut menguasai perniagaan dan perdagangan bijih timah.

Pada zaman dahulu lagi, semasa zaman penjajah British, orang Cina merupakan komprador kepada penjajah British. Mereka dijadikan "tools" untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui orang Cina.

Bila "gengster" Cina bergaduh, maka British masuk dan mahu jadi pendamai. Mahu jadi penasihat dan sebagainya. Padahal, kalau dikaji balik benarkah pergaduhan itu benar benar berlaku atau ianya hanya sebahagian permainan penjajah?

Dengan pergaduhan itulah maka selepas itu penjajah laksanakan dasar pecah dan perintah. Secara tidak langsung ada dasar "protectionism" British terhadap orang orang Cina dalam ekonomi negara ini sejak beratus ratus tahun dahulu.

Walaupun ada percubaan dari kerajaan setelah merdeka untuk mengubah situasi ini namun ianya tidak mudah kerana Orang Cina telah menguasai rangkaian ekonomi dan perniagaan sejak beratus tahun melalui dasar British tersebut.

Tidak mudah untuk pecah monopoli dan kartel orang orang Cina dalam ekonomi negara. Ditambah pula orang Cina yang datang dari "mainland", yang memang kuat bekerja.

Dasar Ekonomi Baru, DEB diperkenalkan pada tahun 1971. Namun selepas 50 tahun orang Cina sudah bising minta ianya dihentikan.

Tetapi mereka tidak mahu cerita yang mereka sudah menikmati "privelege" dan perlindungan British sejak beratus tahun dahulu. Mereka sudah berakar umbi dan tidak mudah hendak pecahkan penguasaan mereka.

Ditambah lagi dgn sikap "take easy" orang orang Melayu dan pemimpin pemimpin Melayu yang mudah digula gulakan oleh Orang Cina.

Mahathir dengan "crony capitalism" yang dilaksanakannya juga memburukkan lagi keadaan. Banyak taikun mendapat keistimewaa seperti YTL, Vincent Tan, Eric Cia dan juga Ananda Krishnan.

Majlis hari jadi pun ditaja oleh mereka ini. Rumah diberi lagi di The Mines. Projek IPP dulu "award" pada mereka ini. Bagi sahaja RM4 billion setahun. Buat resort semata mata hendak jaga kuda Mahathir sahaja di Argentina.

Lebih buruk lagi, empat budak Melayu anak didik Daim Zainuddin, Halim Saad, Tajuddin Ramli bukannya membantu Melayu. Mereka kayakan diri sendiri sahaja.

Jika ambil balik Mahathir ke tempat yang dia pernah berkuasa dulu selama 22 tahun, maka kisah penjajahan lama ini akan berulang. Rakyat bawah akan "dicandukan" dengan cara lama.

Kroni akan berkuasa kembali. Konsesi akan dipanjangkan lagi. Projek IPP akan kembali semula. Watak Buang dalam cerita Sarjan Hassan berulang tetapi kali ini bukan berkhidmat untuk Jepun tetapi berkhidmat untuk DAP.

Ingat senang orang Melayu hendak dapat kuasa balik jika DAP sudah perintah? Mahathir pun akan kena guling selepas itu, selepas apa yang DAP hendak tercapai. Maka naiklah selepas itu PM yang sebenarnya dari DAP.

Ingat, DAP sekarang ini memuja cara Sun Yat Sen, tidak mustahil selepas mendapat kuasa di Dewan Rakyat, misi selepas itu adalah sama seperti yang Sun Yat Sen lakukan dahulu.

Hendak menangis air mata darah selepas itu? Baik menyesal dan beringat sekarang sebelum segalanya terlambat. Ayuh kita ingatkan semua orang Melayu. Bangkitlah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB757, Jumaat
26 Januari 2018

25 Jan 2018

Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowong Amat Parah

Memang sudah parah. Tidak boleh diselindung lagi. Hendak ajak minum kopi lagikah kalau sudah kantoi duit hilang sampai RM236 juta? Mana mahu putar belit dan lari lagi kali ini? Jumlah yang hilang bukannya RM236 tetapi RM236,000,000. Banyak jumlahnya itu.

Lim Guan Eng kantoi lagi dalam skandal pembinaan terowong dasar laut apabila parti Gerakan Pulau Pinang mempertikaikan perbezaan jumlah kos sebanyak RM236 juta. Kos itu dikatakan adalah unutk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ada perbezaan yang besar antara kos yang dinyatakan oleh kerajaan negeri dengan yang dinyatakan oleh syarikat China Railway Construction Corporation International (CRCC).

Semasa majlis menandatangani perjanjian, CRCC dalam laman webnya bertarikh 12 Oktober 2013 mengumumkan telah memeterai kontrak dengan Konsortium Zenith BUCG untuk membuat reka bentuk tiga lebuh raya dan terowong dasar laut dengan nilai kontrak AS$22 juta.

Masa itu, kadar tukaran wang asing ialah RM3.15 bagi AS1 Dolar Amerika menjadikan kontrak berkenaan harus bernilai RM69.3 juta. Ada perkara mencurigakan apabila laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 19 Oktober tahun lepas dan jawapan Kerajaan DAP pada 19 Mei tahun lepas menyatakan kos kajian adalah sebanyaK RM305 juta.

CRCC sebut kosnya adalah RM69.3 juta, tetapi kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang nyatakan kos itu adalah RM305 juta. Sudah beza RM235.7 juta. Mana pergi baki yang RM235.7 ini? Hilang ke mana?

Apa lagi Guan Eng hendak kelentong rakyat Pulau Pinang? Wang sudah hilang sebanyak RM236 juta hasil daripada dokumen palsu yang dihasilkan untuk buat tuntutan. Seorang demi seorang individu dicekup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes ini. 

Semalam, seorang Pengerusi syarikat perunding kejuruteraan yang bergelar Datuk Seri telah ditahan berkaitan skandal projek berkenaan. Dia juga dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian berkenaan. 

Projek skandal Guan Eng ini juga kosnya lebih mahal berlipat kali ganda berbanding projek sama di luar negara. Kajian Kebolehlaksanaannya sahaja mahal 61 kali ganda berbanding kajian  sama untuk projek terowong di Kanada.

Kos kajian projek terowong dasar laut yang menghubungkan Quebec City-Levis di Kanada sepanjang 7.8km hanya menelan kos RM325,000.Pada 18 Mei 2016, Facebook Penang Kini menulis bahawa projek terowong ini kosnya 250 peratus lebih mahal dari projek Terowong SMART di Kuala Lumpur.

Siapa yang “cilok duit” baki RM236 juta itu? Masuk poket siapa? Projek ini sudah melibatkan pembayaran wang beratus juta sejak Mac 2013 tapi sampai sekarang pembinaan masih belum bermula.

Difahamkan lagi, syarikat yang berjaya mendapat tender projek ini tidak mempunyai modal yang cukup sebaliknya memiliki modal 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minium yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dalam keadaan semakin tersepit, Guan Eng cuba tutup mulut rakyat Pulau Pinang dengan umumkan peruntukan RM4.11 juta kepada 1,157 pegawai-pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun nanti.

Ia melibatkan 406 orang imam, 365 orang bilal dan 386 orang siak. Padahal bila disemak kembali, jumlah peruntukan itu memang sudah diberi oleh JAKIM sejak 2011 lagi, jumlah yang sama. Bukan dari Guan Eng pun, memang JAKIM sudah beri lama dah peruntukan tersebut.
 
Terpaksa berlakon “ambil kredit” sampai begitu sekali untuk buat orang lupa pada isu terowong yang sedang panas sekarang ini. Sampai ada ugutan bunuh terhadap “whistleblower” yang mendedahkan isu terowong ini secara konsisten. Siapa yang cuba ugut Datuk Huan Cheng Guan yang selama ini lantang mendedahkan semua isu yang ada di Pulau Pinang?

Pastinya ada pihak yang tidak senang. Rakyat Pulau Pinang jangan lupa, Guan Eng sudah sah hilangkan RM236 juta dalam skandal terowong, skandal banglo Pinhorn dapat diskaun RM1.47 juta, tanah di Pulau Pinang sudah RM16 billion kena gadai dan skandal tanah Taman Manggis RM20 juta.

Cuba tambah semuanya, semua berapa banyak Guan Eng dan DAP seleweng di Pulau Pinang. Belum masuk lagi bab duit zakat diseleweng, tanah runtuh, duit tebatan banji, duit anjur marathon yang hilang dan skandal kilang haram. Banyak sungguh penyelewengan berlaku di Pulau Pinang.

Ini semua duit rakyat Pulau Pinang. Siapa yang hilangkan? DAP lah yang hilangkan. Parti yang rakyat Pulau Pinang pilih semasa PRU12 dan PRU13. Mahu undi DAP lagi  pada PRU14? Tidak ada apa apa pun yang telah diubah DAP di Pulau Pinang. Yang hilang adalah, banyak duit yang dihilangkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB753, Khamis
25 Januari 2018

1MDB : Datuk Seri Najib Sebut Lain, Pembangkang Tafsir Lain

Hari ini bila minyak turun 1 sen, kemudian ringgit mengukuh menjadi RM3.90 berbanding dollar pembangkang nampak sudah kering idea. Policy Talk yang dibuat oleh Mahathir di Facebook pun nampak ‘dry’ sahaja. Rakyat sudah malas layan isu “recycle’ yang sama.

Semalam, portal Free Malaysia Today, FMT dan Sinar Harian telah ambil cerita dari Bernama dan kemudian memutar belit ucapan Datuk Seri Najib mengenai 1MDB. Ini bukan kali pertama mereka buat begitu, bila kering kontang dan dunia aman damai daripada sebarang isu maka akan adalah cerita cerita nakal yang semacam itu keluar kembali.

Betapa dangkalnya ilmu wartawan FMT. Tafsir ayat pun salah. Cuba  memanipulasi ayat ' governance' kepada 'government'. Najib mengaku ada sedikit kelemahan dalam tadbir urus (governance) dan bukannya kerajaan (government).

Ucapan penuh Datuk Seri Najib ketika perasmian Invest Malaysia pada 23 Januari 2018 dalam Bahasa Inggeris rangkap ke 52 dan 53 adalah seperti berikut:

52. Now, I am not going to brush over this issue. There were indeed failings at the company, there were lapses of governance. There was valid cause for concern.

53. This is why I ordered one of the most comprehensive and detailed investigations in Malaysia's corporate history, one that involved multiple lawful authorities, including a bipartisan parliamentary body. Their findings were taken on board - and the company's board was dissolved, its management team changed, and its operations reviewed.

Dalam bahasa Melayu, apa yang ditulis di Bernama adalah seperti berikut ;

“Saya tidak akan biarkan begitu sahaja isu ini. Memang ada berlaku kelemahan tadbir urus. Ini memang sesuatu yang perlu diberi perhatian. Itulah sebabnya saya mengarahkan satu siasatan paling menyeluruh dan lengkap dalam sejarah korporat Malaysia. Ia menyentuh isu perundangan, pelbagai pihak berkuasa, termasuk kerajaan dan pembangkang dalam parlimen’ ucap Datuk Seri Naijib dalam program Invest Malaysia pada 23 Januari 2018.

Namun yang dipetik menjadi ‘headline’ di FMT adalah seperti berikut “Najib akui kegagalan 1MDB dan kesilapan kerajaan”. Jauh sekali menyimpang tafsiran itu daripada ucapan sebenar yang dibuat oleh Datuk Seri Najib. Bukan kesilapan kerajaan (government), ianya kesilapan tadbir urus (governance). Dapat “F” apa wartawan ini dalam Bahasa Inggeris SPM dahulu.

Manakala Sinar Harian pula buat tajuk “1MDB : Najib Akui Kegagalan”. Bila masa dalam ucapan tersebut, Datuk Seri Najib akui 1MDB sebagai gagal? Tidak ada, ianya hanya tafsiran yang sengaja ditokok tambah oleh Sinar Harian untuk buat rakyat marah.

18 April 2016, 1MDB telah selesaikan pembayaran hutang sejumlah RM7.25 billion. Akhir tahun lepas, 1MDB telah selesaikan semua pertikaian dan hutang dengan IPIC. Oleh kerana itulah, Datuk Seri Najib dengan penuh yakin menyatakaan dalam ucapannya bahawa 1MDB telah berjaya selesaikan program rasionalisasi yang telah dirancang.

"Seseorang hanya perlu memandu di hadapan Tun Razak Exchange untuk melihat proses pembinaan baharu untuk kepastian (aset 1MDB meningkat).

"Tetapi jangan lupa wujud isu membabitkan 1MDB, segelintir ahli politik suka memperbesarkan sesuatu isu, sabotaj syarikat (1MDB), sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan antara kitaran musim pilihan raya.

"Kita berdiri teguh dan tegas dalam menghadapi kempen (serangan) yang diatur (oleh pembangkang), kita akan jalankan tugas sebagai kerajaan dipilih secara demokrasi untuk menabur bakti kepada rakyat," kata Datuk Seri Najib dalam program Invest Malaysia pada tahun lepas.

Pembangkang lupa bahawa semasa tahun lepas lagi Datuk Seri Najib sudah sebut mengenai 1MDB. Hari ini sudah terbukti, kawasan Tun Razak Exchange sudah bertukar wajah. Menjulang tinggi menara “Exchange 106” yang tingginya nanti adalah 492 meter dan lebih tinggi dari KLCC.

Pada bulan Disember sahaja, menara itu sudah mencapai ketinggian 450 meter, hanya 1.9 meter sahaja lagi hendak memotong KLCC. Dahulunya di tempat bangunan tertinggi itu dibinalah pembangkang tabur fitnah dan serang kata tempat itu tidak bernilai dan projek itu gagal.

Hari ini lihatlah sendiri bagaimana megahnya bangunan itu berdiri. Bila tidak ada lagi isu hendak dihentam, pembangkang terpaksa pusing ayat dan buat tafsiran sendiri semata mata hendak bagi rakyat marah dan benci kepada kerajaan.

Politik kebencian dan putar alam pembangkang ini tidak akan lama. Jauhari sudah mengenal manikam atau pun kaca. Janganlah bodohkan rakyat lagi dengan cerita cerita sensasi dan tidak beretika ini. Dosa pahala buat orang keliru dan pening akan ditanggung oleh tukang buat cerita. Menjawablah nanti di sana. 

Cerita palsu tidak tahan lama, hari ini orang sudah tahu FMT dan Sinar Harian banyak putar belit cerita. Lepas ini hilanglah kredilbiliti mereka. Orang tidak akan percaya lagi. 

Tulisan :
Beruang Biru
BB754, Khamis
25 Januari 2018

Kronologi Kejatuhan Perwaja

#Fakta

(Chronology of the Perwaja Collapse)

April 22, 1982, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM250 juta.

Kilang mula dibina enam bulan kemudiannya.

1986 - Perwaja Terengganu mula mencatatkan kerugian lebih RM131 juta setakat akhir 1986 disebabkan masalah pengurusan dan mendadaknya nilai matawang Jepun.

Februari 1987, satu pasukan pengurusan yang baru telah dilantik dengan diketuai oleh (Tan Sri) Datuk Eric Chia. Tujuannya untuk membaik-pulih dan mengembalikan keuntungan. Sebelum itu dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UMW.

17 Mei, 1988. Kerajaan menerima lebih 10 cadangan untuk membaik-pulih Perwaja yang sudahpun kerugian RM1.2 bilion.

2 Mac, 1989 - Tan Sri Zainal Abidin Sulong telah dilantik pengerusi syarikat dan setahun kemudiannya, Perwaja Steel Sdn Bhd. ditubuhkan untuk mengambil-alih operasi Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

11 Mac, 1996 - KWSP telah meluluskan pinjaman sebanyak RM600 juta kepada Perwaja Steel untuk membesarkan 'rolling mill' di Gurun Kedah. Ini merupakan pinjaman kali kedua daripada KWSP kepada Perwaja.

Kali pertama, pinjaman bernilai RM100 juta, adalah sebahagian pinjaman lanjutan kepada Perwaja pada akhir 1980-an.

Mac 1996 - Perwaja Steel melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM376.54 juta setakat tahun berakhir 31 Mac, 1995.

Kerugian ini adalah disebabkan antara lainnya, pembikinan kilang baru di Gurun. Lagipun syarikat itu terlalu bergantung kepada bahan mentah luar seperti bekalan besi mentah Brazil dan Australia dan skrap daripada India.

10 April, 1996 - BPR (Badan Pencegah Rasuah) sedang mengaudit akaun untuk mengesan kemungkinan berlakunya salah-urus dan penipuan yang menyebabkan Perwaja Terengganu Sdn Bhd. menanggung kerugian sebanyak RM2.5 bilion. Tindakan BPR ini adalah ekoran laporan mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Parlimen sehari terdahulu yang membabitkan laporan awalan oleh pasukan audit kewangan dan pengurusan. Perdana Menteri (Mahathir) Penyangak berkata kerajaan akan bertindak untuk menyelesaikan masalah Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

16 Jun, 1997 - Maju Holdings Sdn Bhd. Mengambil-alih Perwaja Steel dengan menguasai 51 peratus saham dan penguasaan pengurusan.

4 Mei, 1999 - BPR masih terus menyiasat kerugian RM2.9 bilion yang ditanggung oleh Perwaja Steel setakat 31 Disember, 1995. Demikian kata Ketua Pengarah BPR ketika itu, Dato Ahmad Zaki Husin, yang menambah betapa siasatan itu bermula Oktober 1996.

22 Julai, 1999 - Anwar membuat laporan polis di lokap dan mendaftarkannya di balai polis Tun H.S. Lee

9 September, 2000 - Eric Chia yang pernah menerajui Perwaja Steel membuat kenyataan yang dia bersedia memberi keterangan di mahkamah.

· Straits Times Singapura melaporkan betapa Chia pernah menghabiskan enam bulan mengutip maklumat dan dokumen mengenai urusniaga daripada Chile, Brazil, Jerman, Itali dan juga Jepun.

26 Februari, 2002 - Dr. Mahathir berkata terdapat salah-urus dan penyelewengan kewangan di Perwaja Steel dan Malaysia Airlines, yang mencatatkan kerugian besar. Menyebut Perwaja, Dr. Mahathir berkata seorang peniaga yang diamanahkannya untuk mengurus syarikat itu mungkin telah 'tersilap-urus' dan menyauk wang syarikat. Namun siasatan telah dihantui jalan buntu. Pada hari yang sama, syarikat telah menutup kedua-dua kilang tersebut.

26 Mac, 2002 Perwaja Steel akan membuka semula kilangnya di Gurun dan Kemaman pada April ini, demikian kenyataan Dato' Abu Talib Mohamed, Ketua Eksekutif syarikat tersebut.

- Financial Times Information Limited - Asia Africa Intelligence Wire.

Berikut ini adalah pendedahan oleh DS Anwar Ibrahim yang pada ketika skandal PERWAJA STEEL berlaku beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia.

Di Dalam Mahkamah Tinggi MALAYA Di Kuala Lumpur, Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia.

(BAHAGIAN SIVIL)

No Guaman Sivil: S4-23-15-2006

Antara

Dati Seri Anwar Bin Ibrahim

(PLAINTIF)

Dan

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

(DEFENDAN)

Jawapan Kepada Penyataan Pembelaan

Lebih kurang pada tahun 1995 Dato Nik Affendi, wakil Perbendaharaan Persekutuan di dalam Lembaga Perwaja telah melaporkan kepada Plaintif (DS Anwar Ibrahim) sebagai Menteri Kewangan mengenai kerugian dan kegagalan ditanggung oleh PERWAJA kerana kegagalan untuk mematuhi prosedur2 piawai kewangan mengenai pemerolehan dan pembayaran dananya.

Plaintif kemudiannya mengarahkan bahawa jawatankuasa tender sewajarnya (operasi tender dan kewangan) ditubuhkan oleh Lembaga PERWAJA. Tetapi apabila perkara ini dibangkitkan oleh ahli Lembaga, jawapan yang diberikan oleh Chief Executive Office (CEO) Tan Sri Eric Chia adalah bahawa Perdana Menteri, iaitu Defendan (Dr Mahathir Mohamad), telah diberikan taklimat dan beliau telah memberikan kelulusan untuk CEO membuat apa sahaja yang beliau suka.

Selepas itu di pertengahan tahun 1996, PERWAJA seterusnya telah mencatatkan kerugian besar dan memerlukan suntikan dana tambahan dari PERBENDAHARAAN PERSEKUTUAN. Oleh kerana Defendan telah mengarahkan bahawa Tan Sri Eric Chia diberikan kebebasan dan sokongan, kuasa2 Perbendaharaan telah diikat. Justeru itu, di atas nasihat Setiausaha Agung Perbendaharaan, Plaintif telah meluluskan perlantikan Price Waterhouse (PW) sebuah firma akauntan, untuk mengaudit akaun2 syarikat dan menyerahkan cadangan2.

Price Waterhouse (PW) melaporkan semula kepada Plaintif bahawa sejumlah RM2 billion diperlukan untuk menyelamatkan syarikat PERWAJA. Ekoran daripada yang tersebut di atas, lebih kurang pada atau sekitar Disember 1996 Plaintif (DS Anwar Ibrahim) telah membentangkan satu usul di Parlimen memohon kebenaran untuk dana RM2 billion diberikan kepada PERWAJA dan untuk pengurusan PERWAJA yang akan diawasi oleh PW.

Plaintif kemudiannya membentangkan laporan awal (preliminary report) oleh PW di Parlimen, yang mana antara lain, menyatakan penemuan2 berikut:

a. Pengurusan yang tidak baik (bad management) oleh CEO, dan kegagalan untuk mematuhi prosedur2 kewangan.

b. Urusniaga yang dipersoalkan dan kos bahan2 mentah dan bayaran pengangkutan yang terlalu berlebihan/tinggi.

c. Bayaran kos guaman yang tidak munasabah  (“significant") kepada firma2 guaman, terutama, V.K. Lingam & Co and Lewis & Co, sejumlah lebih kurang RM13 juta. Tambahan lagi satu bayaran sejumlah RM5.4 juta kepada En. Durai Rajasingam Rajaduray yang bekerja di Lewis & Co. Tiada sebarang dokumen sokongan bagi bayaran tersebut.

Ekoran daripada pendedahan tersebut, media nasional memberikan liputan meluas pada hari berikutnya. Defendan mempersoalkan tindakan Plaintif mengenai keperluan membentangkan ringkasan penemuan2 awal PW di Parlimen.

Plaintif kemudiannya mencadangkan bahawa akauntan2 PW (Tan Sri Raja Arshad dan Mr. Khoo Eng Choo) memberi taklimat kepada Defendan, yang mana telah mereka lakukan pada awal 1997.

Defendan jelas dan nyata tersinggung terhadap Plaintif dan Defendan (Dr Mahathir Bin Mohamad) terus mempertahankan Tan Sri Eric Chia. Pada pertengahan 1998 PW (selepas itu dikenali sebagai PWC) telah menyerahkan satu laporan lengkap kepada:

1. Defendan sebagai Perdana Menteri,

2. Plaintif sebagai Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kewangan dan

3. Gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Don.

Kesudahan Eric Cia bebas... Tanyalah Mahathir.

#MediaTheRakyatABATA

Hendak Selamatkan Siapa Jika Ambil Balik Pemimpin Lama Berkuasa Semula?


Masa tahun 2003, menangis menangis hendak berhenti dan letak jawatan. Kata saya "dah lama dah". Hendak jaga cucu pula.
Anwar pun pernah sindir Mahathir. "Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion. Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," kata Anwar dalam satu ceramah di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2012.
Sekarang ini Mahathir dan Anwar sudah cium mulut sekali. Kerana hendak rampas kuasa, mereka berpakat sekali. Biarpun duduk sekapal dalam pembangkang tetapi cita cita berlainan.
Di depan rakyat mereka kata hendak selamatkan Malaysia kononnya. Hendak buat perubahan kononnya. Namun dalam hati mereka, ada agenda peribadi yang lain. Bukan untuk rakyat, tetapi untuk anak sendiri dan kroni.
Ini yang rakyat perlu ketahui. Tahun 2015, pembangkang dan Mahathir buat kempen "Selamatkan Malaysia". Dakwa ada sampai 1.4 juta tandatangan. Akhirnya, tandatangan pun tipu. Sampai Yang Dipertuan Agong pun mereka hendak tipu.
Kemudian cakap ada 6 juta orang akan masuk parti bunga. Akhirnya bila sudah setahun lebih ditubuhkan, jumlah ahli pun malu hendak beritahu. Mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat.
Hendak selamatkan negara bagaimana kalau parti sendiri pun gagal diurus dengan baik. Hendak selamat negara macam mana kalau anjur demo pun gagal. Hanya suku sahaja padang yang penuh.
Semalam, Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bercakap soal tempoh dua penggal untuk jawatan PM. Mahu hadkan jawatan PM kepada hanya dua penggal.
Teruk Mahathir kena kecam dengan netizen selepas itu di Facebook kerana cadangannya itu. Bermaksud, ramai rakyat yang sudah tahu apa agenda sebenar Mahathir mahu berkuasa sekali lagi.
Bukannya mahu selamatkan Malaysia atau rakyat, tetapi mahu selamatkan anak sendiri dan kroni sahaja. Mahathir jadi PM selama 22 tahun. Mahathir jadi PM pada tahun 1981.
Kemudian, PRU ke-6 pada tahun 1982 hingga PRU ke-10 pada tahun 1999, Mahathir lagi sebagai PM. Bermakna 5 penggal, Mahathir jadi PM. Orang kalau hendak buat sesuatu masa dia ada kuasa, bukan masa tidak ada kuasa baru berjanji hendak buat itu dan ini.
Kenapa masa berkuasa Mahathir tidak buat syarat jadi PM hanya dua penggal sahaja? Mengapa tidak berundur pada PRU ke-8 pada tahun 1990 ketika adanya Semangat 46 dan perpecahan teruk berlaku dalam UMNO?
Mahathir tidak berundur. Sekarang pada usia sudah 93 tahun, Mahathir mahu jadi PM sekali lagi. Kononnya untuk selamatkan Malaysia dan hanya untuk dua penggal sahaja.
Kalau dua penggal, sampai umur 103 tahun dan jumlah keseluruhan Mahathir menjadi PM akan jadi 32 tahun. Satu rekod dunia akan tercatat. Bush, Obama dan Margaret Thatcher pun tidak gila hendak berkuasa balik seperti Mahathir.
Dulu Mahathir pernah kata, Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi PM. Dulu kata kena berhenti sebelum kenyang. Sekarang ini apa jadi pada kata kata tersebut? Makan diri balik lah.
Ketika menyampaikan ucaptama semalam di Invest Malaysia 2018, Datuk Seri Najib sendiri merujuk beberapa projek zaman Mahathir yang membawa beban kepada rakyat. Antaranya ialah soal pengangkutan awam yang telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak sistematik, dengan pemilik dan sistem yang berbeza sehingga tiada integrasi antara satu sama lain.
Mengambil kira semua ini, siapa yang hendak diselamatkan jika pakatan mengambil semula pemimpin lama seperti Mahathir berkuasa semula? Bukan rakyat yang hendak diselamatkan, tetapi legasi lama yang akan diteruskan semula.
Datuk Seri Najib juga pernah berkata dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang lepas, jika ambil pemimpin lama, masalah lama akan berulang kembali.
Sudahnya, rakyat Malaysia tidak akan selamat kerana yang akan diselamatkan adalah anak Mahathir iaitu Mukhriz.
Sebab itu, Mahathir kata tempoh jadi Perdana Menteri paling ideal ialah dua penggal. Seandainya pakatan menang PRU14 kali ini, Mahathir akan jadi Perdana Menteri sementara, dan beliau sudah pasti akan pecat Wan Azizah yang jadi Timbalan Perdana Menteri.
Lantiklah Mukhriz sebagai ganti. Maka berakhirlah perjuangan yang belum selesai bagi Mahathir. Misi Mahathir adalah menyelamatkan anaknya, bukan menyelamatkan rakyat.
Oleh kerana itulah Mahathir mahu berkuasa kembali. Untuk selesaikan agenda peribadi dan menyelesaikan "sesuatu" untuk kroninya. Yang kena tanggung kesan adalah rakyat nanti.
Tulisan :
Beruang Biru
BB752, Rabu
24 Januari 2018

18 Jan 2018

Hina Orang Jual Nasi Lemak Dan Pemandu Uber, Tanda Mahathir Sudah Terdesak

Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hina orang pergi haji 1MDB dan terbaru hina pula orang jual nasil lemak dan pandu Grab.

Kenapa hendak buat semua penghinaan sebegini? DAP yang penuh dengan skandal dan penyelewengan di Pulau Pinang tidak pula dihina oleh Mahathir. DAP yang sebabkan 11 orang mati kerana tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, gadai tanah berbillion billion dan seleweng RM305 duit kajian terowong, sudah jadi suci di mata Mahathir.

Mahathir kini sedang jadi “screw” DAP untuk dapatkan undi Melayu. Terpaksa pula hina orang jual nasi lemak dan pandu Grab. Boleh dapat undikah dengan hina orang jual nasi lemak dan bawa Grab?

Mahathir berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.

"Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak” Mahathir berkata demikian dalam programPolicy Talk dan disiarkan secara langsung melalui Facebooknya semalam.
 
Mahathir kata kewujudan orang jual nasi lemak dan pandu Grab ini  gambarkan keadaan sebuah negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa.

Cuba lihat fakta ini, apakah kerjaya pemandu Grab itu gambarkan keadaan sesebuah negara itu teruk seperti yang didakwa Mahathir?

Grab dilancarkan pada 2011, kini sudah 11 juta orang menggunakan Grab di 6 negara di Asia Tenggara. Pemandu Grab ada 2 juta orang. Sejumlah 5.1 juta orang menempah Grab secara purata sebulan. 142 bandar di Asia Tenggara gunakan Grab. Di Indonesia sahaja, 50 bandar gunakan Grab. Kini nilai perniagaan Grab adalah USD$ 6 billion. Ini satu perniagaan yang merugikan kata Mahathir?

Bagaimana pula dengan Uber? Uber ada di 83 buah negara dan 674 bandar seluruh dunia. Di Amerika Syarikat terdapat 160,000 pemandu Uber, purata pendapatan mereka USD$364 sebulan atau kira kira RM1,456. Di United Kingdom  ada 40,000 pemandu Uber dan sejumlah 3.5 juta pengguna Uber di UK. Nilai Uber sekarang adalah USD$69 billion. Ini satu perniagaan yang tidak baik kata Mahathir?

Kalau begitu di Singapura, Indonesia dan Vietnam pun ada Grab juga, bermakna negara di sana pun tidak bagus dan teruk, kalau ikut kata Mahathir lah. Begitu juga di Amerika Syarikat dan United Kingdom, di dua negara ini pun tidak bagus kerana berpuluh ribu orang menjadi pemandu Uber di sana.

Jauh beza jual nasi lemak zaman sekarang dengan zaman Mahathir dulu. Pada Oktober 2016, seorang graduan Kejuruteraan Elektronik Perubatan dari Universiti Tun Hussein Onn (UiTHO) berjaya mendapat pendapatan tinggi dengan berniaga nasi lemak dan mencetuskan fenomena di Malaysia.

Itulah pengusaha Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajjar Ahmad yang mula berniaga nasi lemak sejak Jun 2016 sementara menunggu pekerjaan. Bagaimanapun, pendapatan yang ditawarkan dari pekerjaan yang ditawarkan lebih kecil dari hasil dia berniaga. Dia enggan mendedahkan pendapatan bulanannya tapi hasil jual nasi lemaknya sudah tentu lebih tinggi dari gaji yang ditawarkan sebagai jurutera iaitu RM2,000.

Apa masalahnya kepada Mahathir kalau graduan menjadi pemandu Uber dan jual nasi lemak? Seorang pengguna Facebook, Hilmy Shamshur Abdul Rahim berkata menjual nasi lemak dan memandu perkhidmatan e-hailing adalah satu bentuk pendedahan untuk menimba pengalaman. 

"Sejak dulu kita faham bahawa segulung ijazah dari institut pendidikan tinggi tidak akan menjamin pekerjaan. Ingat zaman Tun M jadi PM dulu senang dapat kerja ke?," katanya.

Bukan semua graduan gagal, malahan kira-kira 183,433 orang pencari kerja di negara ini berjaya mendapat pekerjaan sepanjang tahun 2017. Daripada jumlah berkenaan seramai 57,320 orang atau 31 peratus pencari kerja itu merupakan siswazah dan 126,113 atau 69 peratus bukan siswazah. 

Seramai 57,366 pencari kerja berkenaan berjaya dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan majikan untuk ditempatkan dalam pekerjaan dalam tempoh kurang daripada sebulan melalui pelbagai program kerjaya yang dianjurkan sebuah agensi iaitu JobsMalaysia.

Seorang penjawat awam bernama Onwi Haji Harun berkongsi slip gajinya ketika zaman Mahathir, pada tahun 1991.  Gaji pokok hanya RM1,115.00 selepas 15 tahun berkhidmat. Selepas itu dapat pula gaji separuh kerana sambung belajar, sebanyak RM557.50 sahaja sebulan.

Dipotong lagi cukai pendapatan sebanyak RM36. Tinggallah gaji bersih RM46.53 sahaja. Zaman Najib tidak berlaku baki gaji tinggal serendah itu. Kalau ada sudah lama slip gaji itu masuk dalam Facebook dan media sosial. Ianya hanya berlaku zaman Mahathir sahaja.

Sekarang ini gaji permulaan buat seorang guru siswazah campur elaun dan berbagai lagi bayaran sudah lebih RM3,300 sebulan. Jauh berbeza dengan zaman Mahathir dulu. Kalau cikgu ini hendak dapat duit lebih, malam malam boleh bawa Grab lagi. Dapatlah lagi duit saku untuk belanja.

Jangan kita hina orang jual nasi lemak. Di Paris pun ada jual nasi lemak, namanya nasi lemak Paris, sebungkus nilainya 10 euro (RM48). Di United Kingdom pun ada nasi lemak Liverpool, harganya £5.50 sepinggan (RM29.70). Nasi lemak Malaysia sudah bertaraf antarabangsa. Lekeh sangatkah orang jual nasi lemak? 

Mahathir sahaja kata lekeh. Tidak samalah dengan anak Mahathir, anak anak dia tidak jual nasi lemak dan pandu Grab tetapi sudah jadi jutawan di Malaysia. Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz ada 128 syarikat, aset RM540 juta.

Bila sudah kaya dan jutawan, janganlah hina orang yang mencari rezeki yang halal dengan menjual nasi lemak dan pandu Grab.
 

Tulisan :

Beruang Biru
BB744, Khamis
18 Januari 2018

17 Jan 2018

Kata Ikat Perut, Tapi Belanja Melancong Terus Meningkat

Boleh dikatakan hampir setiap hari ada ada sahaja dakyah palsu yang disebarkan di media sosial kononnya ekonomi Malaysia semakin teruk, rakyat kena ikat perut dan hidup rakyat kononnya susah melarat.

Selalunya berlaku selepas hari Rabu, iaitu hari di mana harga minyak mentah akan diumumkan. Kalau harga minyak diumumkan naik, maka banyaklah kata-kata kesat dilemparkan kepada kerajaan tetapi bila harga minyak diumumkan turun, senyap sepi je dunia media sosial. Habis semua pembangkang masuk dalam gua.

Anehnya dalam asyik merungut itu, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan perbelanjaan rakyat Malaysia yang melancong di luar negara semakin meningkat.

Pada 2012, perbelanjaan rakyat Malaysia untuk melancong adalah RM37.7 bilion, 2012 (RM38.6 bilion), 2014 (RM40.7 bilion), 2015 (RM41.7 bilion) dan 2016 adalah RM43.4 bilion.

Statistik itu disokong oleh kajian yang dibuat Mastercard bahawa jumlah pelancong Malaysia ke luar negara meningkat setiap tahun iaitu 11.9 juta orang pada tahun ini dan dijangka meningkat kepada 14.9 juta pelancong ada 2021.

Kesimpulannya, setiap tahun jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara semakin meningkat dan jumlah wang yang mereka belanjakan di sana lebih banyak daripada wang yang dikirim oleh pekerja asing Malaysia ke negara mereka.

Melihat kepada data-data ini, jelas menunjukkan bahawa pendapatan rata-rata rakyat Malaysia telah meningkat. Jika tidak masakan syarikat penerbangan termasuk AirAsia berani menawarkan diskaun tambang untuk destinasi terpilih.

Malah tiket yang ditawarkan diskaun oleh MAS untuk ke London pada tarikh “Boxing Day” tahun 2018 sudah habis ditempah rakyat Malaysia. Ikat perut lagikah rakyat Malaysia kalau setiap kali cuti sahaja sesak habis jalan raya, sesak habis pintu kapal terbang dan penuh semua “shopping mall” dengan orang ramai.

Ini kerana syarikat penerbangan itu tahu, hobi rakyat Malaysia memang suka melancong. Dulu semasa pemerintahan Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri, bukan semua orang boleh melancong ke luar negara. Tiket kapal terbang amat mahal pada zaman Mahathir.

Nak jalan-jalan dalam negeri pun terpaksa fikir banyak kali kerana tiada duit yang mencukupi. Tetapi kini negara-negara Asean umpamanya seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah jadi macam pekan di negara ini, penuh dengan rakyat Malaysia. 

Itu angka untuk pelancongan luar negara, dalam negara pun sama. Statistik pelancongan domestik yang  dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) menunjukkan pada 2016, penduduk Malaysia membelanjakan RM66.5 bilion melancong  dalam negara.

Itu statistik pada dua tahun lalu, tahun ini mesti lagi meningkat angka tersebut. Begitu juga dengan hotel. Cuba tempah bilik pada musim cuti sekolah, hanya yang bernasib baik akan mendapat bilik.

Memang bagus apabila melancong dalam negeri kerana dapat menyumbang kepada ekonomi negara tetapi janganlah sampai kita memburukkan negara sendiri dengan membuat cerita kononnya ekonomi Malaysia semakin teruk.

Contohnya dalam media sosial beberapa hari lepas di mana ada orang memuatnaik gambar bahawa beli beras dan minyak sahaja sudah cecah RM50. Orang yang muat naik gambar itu tahun ke beras dan minyak yang dibeli itu tahan berapa lama untuk orang bujang? Bukan masak dua tiga hari sudah habis minyak dan beras itu.

Dan ketika ada rakyat Malaysia yang sibuk memburukkan negara, Malaysia pula telah dipilih sebagai Malaysia sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara  Asia pada 2018, menurut Retirement Index  yang terbaru daripada International Living.com.

Indeks terbaru ini turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim oleh laman web yang disebutkan. Malaysia juga menduduki tempat kelima secara global manakala Costa Rica adalah destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.

Peliknya, orang luar menghargai Malaysia tetapi malangnya ada segelintir rakyat negara ini suka burukkan Malaysia. Nampaknya orang luar lebih pandai melihat keistimewaan Malaysia. Kalau ekonomi Malaysia dah nak bankrap, kenapa orang luar nak datang ke sini lagi?

Tidak perlu jauh, lihat sahaja pendatang asing yang bekerja di Malaysia. Sanggup naik tongkang dan perahu hendak kerja dan cari rezeki di Malaysia Berduyun-duyun mahu masuk ke Malaysia untuk bekerja kerana mereka tahu ekonomi Malaysia semakin berkembang dan banyak peluang pekerjaan.

Jadilah rakyat Malaysia yang pandai menghargai negara bukan hanya pandai merungut dan memburukkan kerajaan di media sosial. Tanya berapa gaji kakitangan awam semasa zaman Mahathir dengan zaman Najib, banyak bezanya gaji dulu dan sekarang. Oleh itu, tidak perlulah ambil orang zaman lepas untuk menerajui Putrajaya. Kekalkan pentadbiran yang sedia ada.

Tulisan :

Beruang Biru
BB743, Rabu
17 Januari 2018

Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan Kalah Pada PRU14

Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian kajian sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM sementara, itu akan tinggal angan angan semata mata.

Dalam kajian Politweet yang terbaru itu, didapati 45% pengundi menyokong Barisan Nasional, manakala PPBM dan PAN akan kalah teruk pada PRU14.

Ini bukan kali pertama Politweet membuat kajian yang memihak kepada BN. Pada Julai 2017, Politweet menyatakan 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.

Sebelum ini lagi, banyak kajian yang meramalkan Barisan Nasional akan terus menang pada PRU14. The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.

14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama “bank yang terlalu besar” dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.

Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.

Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.

Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.

Pada penghujung tahun 2017, The Economist Intelligent Unit sekali membuat ramalan Datuk Seri Najib akan memimpin Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Menurut The Economist, biarpun mendapat cabaran sengit daripada pakatan pembangkang, namun kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang adalah sudah pasti.

Ramalan firma firma penyelidikan luar negara tentang pertumbuhan ekonomi negara dan kedudukan ringgit ternyata tepat. Hari ini, pertumbuhan ekonomi negara adalah antara yang terbaik di dunia dan ringgit semakin mengukuh kepada RM3.95 berbanding dollar.

Dalam kajian yang dibuat oleh Politweet itu, mereka mendapati parti PPBM adalah yang paling teruk bakal menerima kekalahan nanti. Dalam analisis Politweet yang dibuat berdasarkan keputusan PRU13 pada 2013, DAP dikatakan akan menang paling banyak iaitu 31 kerusi, hanya kalah 4 kerusi sahaja, PAN diramalkan dapat 18 kerusi  manakala PPBM diramalkan menang 6 sahaja. 

Kalau tengok pada trend pada PRU13, DAP menang 31 kerusi daripada 36 kerusi. Kemenangan DAP pada ketika itu ialah 86.1 peratus, hanya kalah 5 kerusi. Analisis Politweet menunjukkan PPBM mungkin menang 6 sahaja dari 52 kerusi yang mereka bertanding dengan peratusan 11.5 peratus sahaja.

Di atas kertas, PAN diramal dapat 18 dan PPBM dapat 6 kerusi. Itu jumlah yang terlalu banyak. Sebenarnya di peringkat bawah, hendak dapat 18 kerusi dan 6 kerusi itu pun belum tentu bagi PAN dan PPBM. Silap silap, PAN dapat 2 kerusi  dan PPBM dapat 2 kerusi sahaja. Faktor calon PAS belum diambil kira oleh Politweet.
 
Dengan parti PAN tidak puas hati dengan pembahagian kerusi di beberapa buah negeri ini membuatkan lagi peluang pembangkang untuk menang sukar kerana mungkin disabotaj penyokong sendiri. PAN di Wilayah Persekutuan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding pada PRU14 selepas kerusi Titiwangsa diberikan kepada PPBM.

PAN Johor bengang kerana hanya dapat dua kerusi di Pulai dan Parit Sulong sedangkan mereka mahu bertanding di kerusi Simpang Renggam. Penyokong PAN di Perak juga tidak berpuas hati apabila mendapat empat kerusi sahaja iaitu di Parit, Bukit Gantang, Parit Buntar dan Lumut.

Jika ramalan kemenangan itu berlaku, Politweet meramalkan PH hanya boleh mendapat 83 kerusi sahaja dan tetap gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan. Bermaksud Barisan Nasional akan menubuhkan kerajaan dengan 139 kerusi parlimen, ramal Politweet.

Ramalan Politweet ini akan membuatkan pembangkang semakin gelabah untuk berebut kerusi yang selamat dan boleh menang untuk mereka. Azmin Ali sendiri pun sudah hendak lari dari Gombak, begitu juga Nurul Izzah mahu lari dari Lembah Pantai, begitu juga dengan Kit Siang mahu lari ke Alor Setar. Bila jadi ahli parlimen dan tidak beri khidmat pada rakyat, siapa lagi yang mahu percaya dengan pembangkang.

Pembangkang hanya mahu jawatan semata mata. Sesudah dapat jawatan, mereka lari dari kawasan dan sibuk berpolitik 24 jam. Ini sebab utama kenapa rakyat tolak mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang terus fokus menjaga dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Kajian Politweet ini menguatkan lagi hujah bahawa pembangkang akan kalah teruk pada PRU14 nanti.

 
Tulisan :
Beruang Biru
BB742, Rabu
17 Januari 2018

16 Jan 2018

Pelajar maut ditimpa kerusi 'dari langit'

Seorang pelajar lelaki berusia lingkungan 14 tahun meninggal dunia setelah ditimpa kerusi pejabat yang dibuang dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa dikatakan sedang melalui bawah blok perumahan berkenaan sebelum sebuah kerusi pejabat tiba-tiba jatuh dan menimpa mangsa.

Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan teruk dibahagian kepala.

Salah seorang penduduk, Halim Mohd Kassim,47,berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat letak kereta blok sama sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat.

"Saya fikir perkara biasa sebab memang selalu orang buang-buang barang dari atas. Tapi tak lama lepas tu saya mula dengar bunyi jeritan dan ramai orang mula berlari mencari.

"Saya lihat mangsa sudah terbaring kaku dengan keadaan kepala sudah pecah,"katanya.

15 Jan 2018

Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Kerana Pencalonan Mahathir

Sejak 2015, bertalu talu Mahathir, Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi asyik menyatakan bahawa negara Malaysia ini hendak muflis dan gagal. Mereka kata ringgit lemah dan ekonomi merosot.

Tiba tiba semalam, bila dakwaan itu semua meleset dan menjadi mengarut, boleh pula pembangkang cakap kedudukan ringgit yang semakin kukuh adalah kerena pencalonan Mahathir sebagai PM.

Pembangkang kata pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah punca ringgit mencecah RM3.96 berbanding AS$1 Dolar Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan ini yang dibuat "blogger di luar kotak" ini adalah ke laut sama sekali. Hakikatnya, Mahathir dan pembangkang lah yang jadi punca nilai ringgit menyusut sejak dua tahun lepas.

Mereka yang memburukkan ekonomi negara dengan membuat kenyataan negatif tentang apa sahaja pelaburan yang masuk ke Malaysia. Membuat kenyataan negatif memburukkan pemimpin negara menggunakan media media asing.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada 21 Disember 2017, Mata wang ringgit mengukuh 10.1 peratus sepanjang tahun 2017 dan ia diniagakan antara RM4.05 hingga RM4.09 berbanding Dolar AS pada Disember hasil langkah pemulihan dilaksanakan BNM dan Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) sejak Disember 2016.

Blogger Outsyedthebox, menyatakan bahawa pencalonan Mahathir yang pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu yang menyebabkan nilai ringgit bertambah baik, saham di Bursa Kuala Lumpur melonjak dan aspek pertumbuhan ekonomi negara bertambah elok.

Nilai mata wang negara bukan baru mula mengukuh selepas pencalonan Mahathir, sebaliknya sudah mula pulih sejak kira-kira bulan Jun tahun lepas. Awal Januari 2017, nilai RM pernah jatuh ke paras RM4.50 berbanding AS$1 Dolar AS.

Hasil dari langkah yang diperkenalkan BNM nilai mata wang berjaya distabilkan. Antaranya ialah pengeksport hanya boleh memegang 25 peratus daripada jumlah hasil eksport dalam bentuk mata wang asing serta menggalakkan kegiatan lindung nilai dalam pasaran tempatan.

Hasilnya dana asing mula dilihat memasuki pasaran tempatan. Kemasukan dana asing bagi pasaran saham sudah pun mencatatkan RM10.5 bilion bagi tempoh Januari sehingga Mei 2017.

Malah selepas Perhimpunan Agung UMNO 2017, ringgit sudah mula menunjukkan pengukuhan. Baca tulisan ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1701221343231669&id=697192853634528

Pada 8 April 2017, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memecah-belahkan hubungan rakyat dan turut membuat pelbagai tuduhan dan penipuan seperti melabelkan negara jadi bankrap.

"Kalau bankrap tak adalah negara lain akan datang melawat kita, tak ada institusi mengiktiraf Malaysia sebagai negara nombor satu untuk pelaburan," katanya ketika berucap pada majlis 'Ekspresi Negaraku' peringkat negeri di Sungai Petani pada April tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri beberapa hari selepas itu pada 26 April 2016, berasa amat kesan dengan tindakan segelintir pihak yang meracuni, menghasut dan mempengaruhi fikiran rakyat dengan cara memburukkan negara serta cuba menjatuhkan pemimpin secara tidak demokratik.

Beliau berkata apa yang dinikmati negara hari ini adalah hasil perjuangan dan kegigihan kerajaan sejak berdekad-dekad lepas hinggalah ke era Dasar Transformasi Nasional.

"Berkaitan perkara ini juga, terlebih kita berasa sedih dan sayang seribu kali sayang, yang turut terheret dalam kancah ini, adalah bekas-bekas para pemimpin dan negarawan.

"Tidak cukup dengan itu, hingga mereka sanggup memperlekeh negara sendiri dan meminta campur tangan kuasa asing. Sedangkan satu masa ketika dahulu, orang itulah yang menyebut biar Malaysia ini ditentukan rupa dan bentuknya dengan acuan kita sendiri," kata Najib ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015.

Apa Mahathir kisah pasal ekonomi Malaysia? Pada 9 Mei 2017, dalam program The Third Duqm Society and Economy Forum di Oman, Mahathir yang burukkan Malaysia dengan dengan menyatakan Malaysia bukan destinasi pelancongan yang menarik.

Selepas kata begitu, sekarang Mahathir pula hendak jadi hero dengan mengaku bahawa nilai ringgit mengukuh dek kerana pencalonannya. Betapa mudah pembangkang menidakkan apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam membangunkan ekonomi negara.

Pembangkang yang burukkan ekonomi negara, apabila ekonomi pulih, pembangkang pula yang hendak kata kerana mereka ekonomi pulih dan matawang negara kembali meningkat nilainya. Ini semua propaganda basi dan murahan. Rakyat tidak akan jadi terlalu bodoh untuk percaya dakyah ini.

Hasil pentadbiran Najib dan kerajaan, Ringgit Malaysia sudah jadi antara mata wang terbaik di serantau ini dan kini ia menunjukkan pengukuhan yang kuat. Mahathir dan kawan-kawan hanya tahu berebut jawatan sahaja. Ekonomi negara Najib yang jaga bukan geng geng pembangkang yang gila kuasa.

Tulisan :
Beruang Biru
BB738, Isnin
15 Januari 2018

Beza Antara Orang Bersyukur & Pembangkang Yang Taksub

Di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam tinggal dua orang OKU, suami dan isteri. Menyara hidup mereka dengan "trimming getah", 20,000-30,000 getah, dapatlah RM200 sebulan.

Isteri berusia 53 tahun, suami 60 tahun. "Anak saya OKU, saya berjalan pakai kaki palsu". Namun dengan adanya Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, ianya dapat meringankan beban keluarga OKU ini.

"Alhamdulillah, sejak BR1M mula diadakan, untuk kamilah, kami rasa ringan sangat" ujar isteri keluarga OKU ini. Lihatlah sendiri bagaimana tabahnya keluarga ini.

Jangan sebak dan menangis bila tengok video ini ;
https://youtu.be/NncR0dZpZA0

Ada rakyat Malaysia yang ada kaki, ada tangan dan ada akal fikiran tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat bantuan yang diberi. Asyik hendak mengecam dan memaki hamun sahaja pada tangan yang memberikan bantuan.

Apa boleh buat puak pembangkang sudah terlalu taksub. Hingga sanggup pertikai ibadah umrah Datuk Seri Najib & keluarga. Kerana taksub mereka tidak nampak apa apa lagi kebaikan yang diberi Barisan Nasional.

Keluarga OKU ini adalah salah satu dari lebih sejuta orang yang menerima manfaat BR1M di Selangor.

Malulah sama dengan keluarga OKU ini, tengok bagaimana mereka mensyukuri nikmat yang diberi pada mereka. Jangan jadi taksub macam penyokong pembangkang.

9 Jan 2018

Bukan 35 Kerusi Sahaja, DAP Yang Tanding Paling Banyak

Sebagai sebuah parti yang berangan untuk menguasai negara, nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dibuai mimpi-mimpi indah, apatah lagi ia berjaya mendapat 52 kerusi Parlimen dalam pengagihan kerusi oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

PPBM tentunya berasa bangga kerana ia mendapat pengagihan kerusi paling banyak di Semenanjung berbanding PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebanyak 27 kerusi.

Daripada 35 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP itu, 31 daripada kerusi itu adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh DAP pada PRU-13 lepas.

Berbanding dengan PPBM, ini adalah kali pertama ia bertanding pada PRU dan untuk kerusi Parlimen, seorang sahaja ahlinya yang menjadi penyandang kerusi Parlimen iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh. Itupun kemenangan Muhyiddin adalah atas tiket Barisan Nasional.

Namun pada PRU-14, adalah sukar untuk Muhyiddin mempertahankan kerusinya dan sejak tahun lepas telah bersebar spekulasi bahawa beliau akan berpindah ke kawasan Muar, untuk bertanding di situ.

Namun ketika PPBM sedang asyik diulit mimpi, pengagihan kerusi itu hanya untuk ditandingi di Semenanjung sahaja belum masuk Sabah dan Sarawak.

Hakikatnya pada PRU-14 nanti, DAP masih sebenarnya menjadi dominan dalam Pakatan Harapan (PH) meskipun pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, iaitu calon kitar semula.

Kalau dikira betul-betul, ramai yang tidak sedar tentang strategi DAP ini. Ada 222 kerusi Parlimen dan setakat ini, pengumuman yang dibuat oleh PH itu baru melibatkan 165 kerusi. Ada baki 57 kerusi iaitu di Sabah dan Sarawak.

Persoalannya parti mana yang akan bertanding di Sabah dan Sarawak itu? Seperti yang dinyatakan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, perkara penting yang perlu diingati adalah PPBM telah mengumumkan bahawa ia tidak akan meletakkan sebarang calon di di Sabah dan Sarawak di pada PRU 14.

Justeru ia menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia pada pilihan raya umum kelak adalah kekal 52.

``Sebaliknya, penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandinginya di dalam PRU-14 di Sabah, bermakna bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah di dalam PRU 14 ini ialah 8.

``Pada PRU-13 lalu juga, DAP telah meletakkan 11 calon di Sarawak. Pada pilihan raya negeri Sarawak lalu, Kit Siang juga telah mengisytiharkan strategi untuk memastikan DAP Sarawak menguasai kerajaan negeri pada 2021.

``Bagi tujuan itu, ia menjadikan kemungkinan untuk DAP bertanding lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU- 14 itu ada,” katanya.

Walaupun pembahagian kerusi itu nampak seperti direstui oleh semua parti dalam gabungan berkenaan namun ada pemimpin PAN yang seolah-olah tidak bersetuju.

Jika tidak, masalah Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini mencadangkan platform Pakatan Harapan digunakan untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi susulan wujud ketidakpuasan hati beberapa kumpulan dan individu dalam PAN mengenainya.

``Rundingan mengenai pengagihan kerusi ini kita bincang dari semua aspek seperti faktor kemenangan, kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera. Semua ini kita adunkan dan kita bincang dalam menentukan kerusi,'' kata Salahuddin.

Disebabkan pembahagian kerusi berkenaan juga maka PAN Johor dilaporkan memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018, kerana parti itu hanya mendapat dua kerusi di Johor.

Realitinya, Pakatan Harapan umpama air di tasik, di permukaannya nampak tenang namun di dalamnya, penuh bergelora. Perasaan tidak puas hati terus membayanginya, daripada pemilihan nama calon Perdana Menteri hinggalah kepada pengagihan kerusi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB731, Selasa
9 Januari 2018

Undi Barisan Nasional Untuk Kestabilan Negara & Kemakmuran Negara

Dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, setakat ini sahaja, kepimpinan Datuk Sri Najib Razak telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya.

Malah tahun 2018 ini kestabilan ekonomi negara makin mengukuh. Tahun 2018 telah dimulakan dengan penuh positif. Nilai ringgit mengukuh, BR1M dan GST yang dilaksana Malaysia telah ditiru oleh India, Arab Saudi dan negara negara Arab yang lain.

Pelaksaan Bajet 2018 telah mula dirasai rakyat. Penjawat mendapat bonus dan dihargai. Bukannya macam pembangkang, yang mahu membuang 700,000 orang penjawat awam di Putrajaya.

Beruang Biru sudah menulis tentang cadangan pembangkang hendak membuang penjawat awam ini. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/10/pembangkang-mahu-buang-700000-penjawat.html?m=1

Kerajaan akan jadi tidak stabil jika terlalu ramai yang dibuang hanya kerana motif politik. Malah sudah tentu ramai ahli ahli DAP yang mahu mengisi kekosongan yang ada di Putrajaya ini.

Berbeza dengan Barisan Nasional, biarpun diserang bertubi tubi oleh pembangkang, tetapi kerajaan BN terus fokus kerja untuk rakyat.

Hakikatnya, 2017 adalah tahun yang banyak membawa pencapaian kepada Malaysia. Ekonomi Malaysia melangkaui segala jangkaan, iaitu pada 6.2 peratus untuk suku ketiga tahun 2017, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga tahun sebelumnya.

Bank Dunia juga turut menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan Malaysia bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – 4.9 peratus kepada 5.8 peratus.

Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana yang bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya pasaran China melalui DFTZ.

Pada bulan Februari lalu, Saudi Aramco mengumumkan pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor, yang menjadikan ianya pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi.

Manakala laluan MRT pertama negara jajaran Sungai Buloh-Kajang telah mencipta 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 daripadanya adalah pekerjaan langsung.

Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat seperti, East Coast Rail Link di Pantai Timur, dan High Speed Rail yang merentasi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya/Kuala Lumpur/Selangor, yang bakal dibina. Di Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuhraya Pan Borneo sedang rancak dijayakan.

Semua ini baru permulaan kata Perdana Menteri. Ini membawa makna bahawa beliau akan memberi lebih banyak lagi pulangan besar buat rakyat dan negara kita di masa hadapan.

Jika hampir 9 tahun berkuasa sudah bermacam-macam nikmat mula dikecapi rakyat, bayangkanlah jika Najib terus diberi mandat untuk penggal yang akan datang.

Semua ini tidak mustahil akan dinikmati oleh kita semua. Yang penting asasnya iaitu rakyat perlu memberi kepercayaan melalui undi kepada Barisan Nasional.

Bukan macam orang itu yang sudah 22 tahun berkuasa, masih lagi hendak berkuasa lagi. Masa berkuasa dulu tidak mahu pula mansuh tol. Masa tidak ada kuasa, bermacam macam mahu dijanji pada rakyat.

Orang kalau hendak buat sesuatu masa dia berkuasa, bukan masa tidak ada kuasa.

Undi pembangkang akan menjadikan negara ini kelam kabut. Sebaik sahaja menang pembangkang akan berebut jawatan PM dan semua menteri kabinet yang ada.

Kemudian mereka akan buang 700,000 kakitangan awam dan mereka akan berebut pula jawatan penting di semua kementerian. Negara akan jadi tidak stabil.

Pembangkang yang diketuai DAP hanya fikir masa depan anak anak mereka dan kroni mereka sendiri. Mereka berjuang bermati matian untuk itu.

Undi PPBM, PAN atau PKR akan menguatkan lagi DAP. Kit Siang yang menjadi "top dog" sebenar pembangkang. Memainkan peranan di belakang tabir, bukannya Mahathir.

Ketika ini, Datuk Seri Najib dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi dan menunaikan umrah. Moga Allah SWT makbulkan doa Datuk Seri Najib di hadapan Kaabah.

Rakyat Malaysia juga berdoa moga Datuk Seri Najib mendapat umrah yang makbullah. Moga Allah SWT terus merahmati dan memberi kekuatan pada Datuk Seri Najib.

Undi pembangkang akan jadikan negara ini haru biru. Sudah pasti akan ada empat jawatan utama dalam kerajaan jika pembangkang memerintah.

Kit Siang akan jadi Menteri Mentor Kerajaan, Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Ketua Umum Kerajaan, Mahathir jadi Perdana Menteri dan Wan Azizah jadi TPM. Kelam kabut negara dibuatnya.

Undilah Barisan Nasional jika kita mahu negara yang stabil dan makmur.

Tulisan :
Beruang Biru
BB730, Selasa
9 Januari 2018

Sah Qobin Penjelajah Grand Slam ke-60

Kami baru sahaja menerima berita mengenai senarai rasmi terkini Penjelajah Grand Slam yang dikeluarkan oleh The Explorer Club pada hari ini.
Tak sangka Mugharabbin atau Qobin tersenarai di nombor 44 untuk Grand Slam (Last Degree) dan ini bermakna secara keseluruhannya beliau menjadi warga dunia yang ke-60 berjaya bergelar Penjelajah Grand Slam.
Senarai ini jauh mengatasi sasaran kami iaitu di nombor 70 sebelum ini berikutan Qobin perlu bersaing dengan ramai penjelajah dari negara lain yang cuba melengkapkan misi masing-masing sebelum akhir tahun lalu.
Ini bermakna Qobin telah berjaya melengkapkan ekspedisinya lebih awal berbanding penjelajah lain yang turut memburu gelaran yang sama.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, ada penjelajah yang gagal menyempurnakan ekspedisi terakhir masing-masing untuk melengkapkan kesemua 9 ekspedisi wajib yang mesti dilakukan sebelum boleh bergelar Penjelajah Grand Slam.
9 ekspedisi wajib itu ialah menawan 7 puncak gunung tertinggi di 7 benua dan menakluk Kutub Utara serta Kutub Selatan.
Ada antara mereka masih gagal menyempurnakan penjelajahan di kutub dan ada yang gagal sampai ke puncak gunung terakhir yang biasanya kerana faktor cuaca buruk selain keadaan kesihatan penjelajah itu sendiri.
Syabas Qobin. Nama anda telah tercatat secara rasmi hari ini sebagai penjelajah bertaraf dunia.
Satu lakaran baru sejarah Malaysia tercipta kini dalam bidang penjelajahan.

#NegarakuMalaysia

7 Jan 2018

Mahathir & Anwar Tidak Akan Jadi Berjaya Jadi Perdana Menteri

Semakin dekat dengan PRU14, semakin kuatlah perebutan kuasa berlaku dalam pakatan pembangkang. Masing masing sudah berebut kawasan, berebut hendak jadi calon dan berebut hendak jawatan kalau kalau berjaya menawan Putrajaya.

Baru berangan, tetapi sikap rakus, tamak dan gila kuasa sudah terserlah dan kelihatan sesama pemimpin pembangkang. Belum pun bubar parlimen lagi sudah berperangai begitu. Semasa PRU14 nanti, entahlah macam mana pula.

Cerita berebut jawatan Perdana Menteri dalam pembangkang ini sudah lama. Sudah masuk bertahun tahun lamanya. 12 November 2016, PAN minta namakan segera calon PM sebelum Anwar bebas. 15 Disember 2016, Nurul Izzah kata kena buat mesyuarat khas pilih calon PM.

16 Disember 2016, Kit Siang kata Mat Sabu setuju pilih Wan Azizah bakal PM dan Muhyiddin sebagai TPM. 20 Disember 2016, Saifuddin Abdullah sanggah kenyataan Kit Siang. Saifuddin kata Pakatan Harapan tidak bersetuju lantik Muhyiddin sebagai TPM.

21 Disember 2016, Rafizi marah semua orang, minta henti mainkan isu siapa hendak jadi PM. Rafizi kata Anwar marah dari penjara. 22 Disember 2016, Mahathir pula cadang Muhyiddin sebagai PM. Tidak ada siapa yang sokong cadangan Mahathir.

Anthony Loke selepas itu kata, DAP pernah cadang Anwar jadi PM. Kemudian,  Zaid Ibrahim pula pada 9 Mei 2017 cadang Mahathir jadi PM. Sehari selepas itu, Azmin tidak setuju Mahathir jadi PM sekali lagi.

21 Mei 2017, dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-12 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, semua pemimpin pembangkang angkat plakad bertulis “Anwar PM ke 7”. Hanya Mahathir seorang tidak angkat plakad tersebut.

Sehari sebelum itu, Nik Nazmi menyatakan bahawa Wan Azizah adalah calon paling layak untuk jadi PM sementara. Drama siapa jadi PM dalam pembangkang ini berterusan lagi bila Salahuddin Ayub pula buat kenyataan pada 24 Mei 2017, menyatakan Mat Sabu juga layak jadi PM.

Selepas Kongres itu, biarpun nama Anwar sudah ditulis dan diumum namun Mahathir yang tidak angkat plakad masih menyimpan hati hendak jadi PM. Bulan Disember ini, tiba tiba Biro Politik PKR, bersetuju pula dengan syarat untuk menjadikan Mahathir sebagai PM sementara.

Hanya 8 hari sahaja bertahan, kemudian bila geng geng pembangkang ini berjumpa dan bermesyuarat semalam, PKR tidak setuju pula Mahathir menjadi PM sementara. Masa sidang media semalam, Mahathir kata nama calon PM pembangkang akan diumum masa Kongres Pakatan Harapan pada hari Sabtu ini.

Berapa kali mahu umum? Semasa Kongres PKR tahun lepas, semua angkat dan umum nama Anwar Ibrahim, kemudian masa Kongres PH pada hari Sabtu ini hendak umum nama siapa lagi? Agaknya Mahathir seorang sahaja yang angkat plakad, yang lain tidak akan angkat pula nanti.

Itulah kronologi dan kisah pergaduhan jawatan Perdana Menteri dalam pakatan pembangkang. Sudah bertahun tahun dan tidak pernah selesai.  Pada PRU14 ini, baik Anwar atau Mahathir, kedua duanya akan kempunan menjadi Perdana Menteri. Lihat sahaja prestasi ekonomi dan keadaan politik semasa di Malaysia sekarang ini.

Cuaca poliitknya amat buruk buat pakatan pembangkang. Di Selangor, Khalid Samad sudah balun Azmin Ali kerana mahu rampas kerusinya di Shah Alam. PAS pula tetap akan pertahankan semua kerusi DUN mereka di Selangor.

Anak Nik Aziz dan anak Hadi Awang dijangka ditawarkan oleh PAS untuk jadi pemimpin baru di Selangor. Jika itu berlaku, PKR dan PAN akan kalah besar dalam pilihanraya umum nanti. Pengaruh Nik Abduh dan Khalil Abdul Hadi adalah besar di kalangan anak muda yang pro pembangkang.

Begitu juga di Kelantan, PKR dan PAN akan gigit jari lagi kerana kelancangan mulut Mahathir menggelarkan mufti dan Hadi Awang sebagai kafir membangkitkan kemarahan besar rakyat Kelantan. Husam Musa tidak akan mampu membaiki kerosakan teruk yang dibuat Mahathir ini.

Dengan PAS, PKR dan PAN sudah kalah. Dengan Barisan Nasional juga PH akan kalah. Lihatlah bagaimana keadaan ekonomi sekarang. Ringgit makin mengukuh, hampir cecah dibawah RM4.00 berbanding dollar Amerika Syarikat. Semalam, kedudukan ringgit adalah RM4.0050 berbanding dollar, yang tertinggi sejak Mac 2016.

Semua serangan yang dibuat terhadap ekonomi negara kononnya negara ini hendak bankrup dan negara sudah tergadai kerana pelaburan dari luar negara adalah tidak benar sama sekali. Semalam, Pascal Lamy, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menyatakan Malaysia mampu capai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 berdasarkan pertumbuhan KDNK yang positif dan prestasi ekonomi yang baik.

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah USD$102.2 bilion (setakat 15 Disember 2017). Kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah di Asia Tenggara (3.8 peratus). Ini tanda dan bukti negara diurus dengan baik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional. Sehinggakan model ekonomi Malaysia ini mahu dicontohi oleh negara negara luar seperti India, Arab Saudi dan negara negara Arab lain.

Projek MRT1 Sungai Buloh-Kajang sudah siap. Projek MRT2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang diibina. Datang pula projek MRT3 sepanjang 40km (30 km di bawah tanah) merentasi 26 stesen sekitar Kuala Lumpur akan dibina dan siap pada Disember 2025. Semua ini diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menterinya yang bernama Datuk Seri Najib.

Projek untuk rakyat siap awal dan jimat lagi kos berbillion ringgit. BR1M terus dinikmati rakyat. Subsidi jemaah haji ditambah berjuta ringgit biarpun Arab Saudi kenakan VAT. Barisan Nasional lebih fokus bantu rakyat, bukan berebut jawatan macam pembangkang.

Sebagai rakyat yang rasional, Barisan Nasional adalah pilihan terbaik di kertas undi untuk negara Malaysia yang lebih baik lagi. Anwar atau Mahathir bukanlah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia. Mereka berdua sudah pernah menjadi orang nombor satu dan nombor dua, masa mereka sudah berlalu.

Malaysia tidak boleh dikembalikan semula ke masa silam. Malaysia harus bergerak ke masa depan dan untuk generasi akan datang. Bukan untuk generasi lepas, kroni dan anak sendiri pemimpin yang terdahulu. Oleh itu, berebutlah macam mana pun, akhirnya tidak ada sesiapa pun dari pembangkang yang akan jadi Perdana Menteri. Cita cita peribadi Anwar atau Mahathir tidak akan berjaya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB727, Jumaat
5 Januari 2018

#KE7B Kutub Selatan, Pemimpin Negara Pencetus Semangat Qabin

SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Keluarga dan pemimpin negara merupakan pencetus semangat bagi penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin cekal meneruskan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan walaupun berdepan pelbagai cabaran, termasuk kemungkinan mengalami reput fros.

Selain menarik beban seberat 50 kilogram, Qobin, 36, terpaksa mengharungi cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 darjah Celsius dan kemungkinan mengalami reput fros pada dua jari tangan kirinya dalam misi penjelajahan sejauh 111 kilometer (km) itu.

Beliau mengakui  misi kali ini amat sukar apabila melihat sendiri beberapa penjelajah daripada kumpulan lain yang terpaksa diselamatkan dan menamatkan penjelajahan berski mereka.

“Keluarga dan pemimpin negara adalah pencetus semangat saya untuk meneruskan misi penjelajahan kali ini. Saya hanya hamba Allah dan rakyat Malaysia yang kecil. Bagi saya, saya mahu menyumbang kepada negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa memberi  sokongan kepada saya dan juga anak-anak muda lain untuk terus melakar kejayaan menjadi ikon belia,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sebelum itu,  Qobin yang tiba di KLIA menerima sambutan pahlawan dan dipakaikan  tanjak dan busana Melayu oleh lebih 100 penyokong Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B).

Qobin menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam pertama Malaysia selepas menamatkan misi ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan pada 4.05 petang waktu tempatan (11.05 pagi waktu Malaysia) pada 28 Dis lepas, bersama-sama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.

Beliau mencipta sejarah rakyat Malaysia pertama dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang mendapat pengiktirafan itu.

Qobin mengambil masa 13 tahun untuk mendapat pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.

“Saya akan terus aktif dalam aktiviti sukan lasak melalui KE7B untuk terus melahirkan ikon sukan lasak baharu,” katanya.

Qobin  berkata kecederaan pada jarinya dijangka sembuh sepenuhnya dalam masa sebulan setengah. 

Sementara itu, Penasihat KE7B Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata KE7B akan menganjurkan pameran memaparkan kejayaan anak-anak muda Malaysia kelab berkenaan.

“Saya sudah mengadakan perbincangan dengan Muzium Negara dan pameran itu dijangka diadakan pada Ogos tahun ini. Saya berharap pameran itu memberi motivasi kepada anak-anak muda untuk terus melakar kejayaan,” katanya.

-- BERNAMA

5 Jan 2018

VAT Arab Saudi : Kos Haji Kekal, Kerajaan Terus Tambah Subsidi Buat Jemaah Haji

Mulai 1 Januari 2018, kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan cukai Cukai Nilai Tambah (VAT) dan mengikut logiknya ia akan meningkatkan kos bagi mereka yang akan mengerjakan haji di tanah suci pada tahun ini.

Namun mujurlah kerajaan memahami kesukaran yang akan dialami oleh rakyat Malaysia, maka langkah yang diambil adalah dengan menambahkan bantuan subsidi kepada jemaah haji, supaya kesan pelaksanaan VAT tidak akan dirasai mereka.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa menjaga kebajikan dan urusan bakal tetamu Allah.

Mungkin rakyat di negara ini memandang ringan mengenai kos haji ini namun tahukah mereka, kos bayaran haji bagi jemaah muassasah kali pertama sebenarnya adalah RM22,450 namun selepas kerajaan memberikan subsidi, kosnya hanyalah RM9,980.

Manakala subsidi keseluruhan yang akan ditanggung oleh kerajaan selepas pelaksanaan VAT oleh Arab Saudi akan meningkat kepada RM400 juta untuk tahun ini, iaitu peningkatan kira-kira RM140 juta daripada tahun-tahun sebelum ini.

Sementara itu, subsidi keseluruhan yang kerajaan tanggung sejak 2009 bagi jemaah haji adalah RM1 bilion.

Melihat kepada jumlah tersebut, siapa sangka selama ini kerajaan menanggung kos subsidi yang begitu besar untuk jemaah haji.

Namun kerajaan tidak berhasrat untuk membuang subsidi berkenaan kerana prihatin dengan rakyat Malaysia. Bayangkan jika subsidi itu dibuang, rakyat Malaysia perlu membayar lebih RM20,000 untuk ke tanah suci dan pastinya ramai yang tiada peluang untuk ke sana.

Bagaimanapun di sebalik kebaikan yang dilakukan, masih ramai yang menutup mata dan enggan mengakuinya sebaliknya terus mencari silap Tabung Haji. Macam-macam perkara dilakukan untuk memburukkan Tabung Haji termasuk fitnah daripada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Tetapi Tabung Haji tidak berdiam diri sebaliknya membalas balik dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi kerana menyiarkan tohmahan. Kes itu kini sedang dibicarakan.

Begitu juga ketika pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams) bagi menangani unsur penipuan dalam tawaran pakej umrah. Sistem itu menjadi kontroversi disebabkan bayaran RM90. Namun selepas 24 jam dilaksanakan, kerajaan memutuskan untuk membatalkannya.

Malangnya selepas Imams dibatalkan, masih ada suara sumbang yang memburukkan kerajaan. Macam-macam tuduhan liar dibuat tetapi apabila kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi jemaah haji tahun ini, meskipun dihimpit dengan kenaikan kos akibat pelaksanaan VAT, pembangkang membisu.

Yang kes RM90 bising, yang kerajaan tanggung bagi subsidi sampai RM1000 juta ini tidak pula hendak bising dan terima kasih?

Ini kerana mereka tahu dan akui (dalam diam-diam) bahawa kerajaan tidak memandang ringan dan akan mencari jalan terbaik bagi memudahkan umat Islam menunaikannya.

Ibadah adalah isu sensitif justeru sudah tentu kerajaan tidak akan membiarkan umat Islam di negara ini terbeban.

Tetapi jika rakyat Malaysia masih terpedaya lagi dengan pembohongan pembangkang meskipun bukti sudah terbentang luas, maka terpulanglah kepada mereka. Jangan ingat apa yang dinikmati sekarang akan terus kekal jika Pakatan Harapan memerintah.

Penjawat awam akan kena buang sampai sejuta orang, duit MARA, duit PNB, duit KWSP dan duit Tabung Haji entah lesap ke mana kalau DAP yang memerintah.

Sekarang pun Pakatan Harapan sudah kelam kabut, bagaimana mereka ini boleh dipertanggungjawabkan untuk memerintah negara. Nak pilih calon Perdana Menteri pun sudah berapa kali mesyuarat diadakan, itu pun masih belum bertemu jawapan.

Jadi senang cerita, lebih baik tolak Pakatan Harapan daripada mereka terus memusnahkan negara. Demi anak cucu dan masa depan, kena terus mengundi Barisan Nasional.

Tulisan :
Beruang Biru
BB728, Jumaat
5 Januari 2018

2 Jan 2018

Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

Semalam, empat plaza tol telah dihentikan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau (Shah Alam), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) (Johor Bahru) atas inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018, 27 Oktober lepas.

BN terbukti mengotakan janji dalam perkara ini apabila dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas, BN berjanji untuk menangani masalah kos sara hidup yang merupakan teras utama dalam manifesto BN.

Lain ceritanya di pihak pembangkang, kerana janji untuk hapus tol ini adalah janji yang paling susah untuk mereka tunaikan dan ia mungkin jadi janji yang dikategorikan sebagai harapan palsu sahaja. Dalam 10 janji Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13, janji kedua ialah menghapuskan tol tapi satu pun tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Di Selangor, dua tol yang dimansuhkan semalam adalah atas inisiatif kerajaan BN bukannya Kerajaan Negeri PKR, pimpinan Azmin Ali. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus lepas tangan kepada janji yang dibuat pada PRU ke-12 lagi iaitu untuk hapuskan tol Sungai Nyior. Kini, sudah hampir hendak diadakan PRU14, sudah 10 tahun berlalu, tapi janji mansuh tol tidak lagi dimansuhkan.

Janji DAP masa berkempen PRU12, ialah hendak hapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang dengan kadar RM7, dan Sungai Nyior yang kadar kutipannya 50 sen.

Mahathir yang dikenali sebagai Bapa Segala Tol pula menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), pakatan baru selepas PR berkubur. Dalam belanjawan alternatif PH untuk tahun ini, disenaraikan sekali lagi janji mansuhkan kutipan tol.

Berjanji apa lagi? Janji 10 tahun lepas pun masih belum tunai lagi.

Mahathir dalam sejarah beliau jadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan satu plaza tol sahaja iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Majoriti perjanjian konsesi tol yang berat sebelah ditandatangani ketika zamannya. Zaman Najib jadi Perdana Menteri, beliau sudah mansuhkan kutipan di tujuh plaza tol.

Plaza tol METRAMAC dimansuhkan pada 16 Mei 2011, Plaza Tol Teluk Kapas (NNSB) dimansuhkan pada 21 Disember 2009, Plaza Tol Batu 9 Cheras kedua-dua laluan dimansuhkan pada 2 Mac 2012 dan empat yang dimansuhkan pada tengah malam tahun baru 2018.

Bukti Najib lebih bersungguh memansuhkan tol bila dia berkuasa. Tidak seperti Mahathir, masa berkuasa 22 tahun hanya mansuh 1 plaza tol sahaja.

Bila sudah tiada kuasa, bercita cita pula hendak mansuhkan tol. Ini cerita karut sama sekali. Boleh percayakah? Orang kalau hendak buat sesuatu masa dia ada kuasa bukan masa tiada kuasa.

Rakyat janganlah mudah percaya janji manis pembangkang ini. Mereka mungkir janji dan hipokrit semata mata.

Zaman Mahathir, beliau tidak sibuk hendak fikir hendak mansuhkan tol sebaliknya merancang hendak buat lagi banyak perjanjian tol untuk membebankan rakyat demi kesenangan kroninya sahaja.

Lebuh raya Maju Expressway dan Denai Desaru Highway dibina pada 2004, kedua-duanya memperolehi surat perjanjian konsesi yang sudah ditandatangani sebelum Mahathir letak jawatan pada Oktober 2003.

Lebuh Raya Utara-Selatan pula dibina pada awalnya oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia setelah dirancang pada tahun 1977 ketika Allahyarham Tun Hussein Onn jadi Perdana Menteri. Ia mula dibina setahun sebelum Mahathir mengambil alih iaitu pada tahun 1980.

Sepanjang tahun 1980 hingga 1985, LLM telah membina sepanjang 366 km atau 41% daripada cadangan 823 km lebuhraya dengan kos sebanyak RM3.2 bilion yang ditanggung oleh kerajaan.

Pada tahun 1986, seluruh projek diserahkan kepada Halim Saad dari UEM, pembida yang tawarkan harga tertinggi walaupun mereka tidak ada pengalaman dalam pembinaan lebuh raya. Akibatnya, lebuh raya PLUS diserahkan lewat dua tahun dari tarikh sebenar dan kerajaan pada ketika itu telah membiayai separuh daripada bajet RM3.5 bilion.

Tahun 2011, pentadbiran Najib ambil alih PLUS dan perjanjian konsesi dirangka semula dan kenaikan tol yang sepatutnya berlaku dalam perjanjian era Mahathir dapat dihalang.

Sampai bila-bila pun pembangkang takkan mahu hapuskan tol kerana mereka lebih pentingkan kroni dari rakyat. Tengok apa DAP buat di Pulau Pinang, hendak mansuh tol bernilai RM50 sen pun tidak boleh.

10 tahun sudah, cerita hendak mansuh tol ini kalau keluar dari mulut pembangkang, jangan percayalah. Hipokrit sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB722, Selasa
2 Januari 2018