Hari ini bila minyak turun 1 sen, kemudian ringgit mengukuh menjadi RM3.90 berbanding dollar pembangkang nampak sudah kering idea. Policy Talk yang dibuat oleh Mahathir di Facebook pun nampak ‘dry’ sahaja. Rakyat sudah malas layan isu “recycle’ yang sama.
Semalam, portal Free Malaysia Today, FMT dan Sinar Harian telah ambil cerita dari Bernama dan kemudian memutar belit ucapan Datuk Seri Najib mengenai 1MDB. Ini bukan kali pertama mereka buat begitu, bila kering kontang dan dunia aman damai daripada sebarang isu maka akan adalah cerita cerita nakal yang semacam itu keluar kembali.
Betapa dangkalnya ilmu wartawan FMT. Tafsir ayat pun salah. Cuba memanipulasi ayat ' governance' kepada 'government'. Najib mengaku ada sedikit kelemahan dalam tadbir urus (governance) dan bukannya kerajaan (government).
Ucapan penuh Datuk Seri Najib ketika perasmian Invest Malaysia pada 23 Januari 2018 dalam Bahasa Inggeris rangkap ke 52 dan 53 adalah seperti berikut:
52. Now, I am not going to brush over this issue. There were indeed failings at the company, there were lapses of governance. There was valid cause for concern.
53. This is why I ordered one of the most comprehensive and detailed investigations in Malaysia's corporate history, one that involved multiple lawful authorities, including a bipartisan parliamentary body. Their findings were taken on board - and the company's board was dissolved, its management team changed, and its operations reviewed.
Dalam bahasa Melayu, apa yang ditulis di Bernama adalah seperti berikut ;
“Saya tidak akan biarkan begitu sahaja isu ini. Memang ada berlaku kelemahan tadbir urus. Ini memang sesuatu yang perlu diberi perhatian. Itulah sebabnya saya mengarahkan satu siasatan paling menyeluruh dan lengkap dalam sejarah korporat Malaysia. Ia menyentuh isu perundangan, pelbagai pihak berkuasa, termasuk kerajaan dan pembangkang dalam parlimen’ ucap Datuk Seri Naijib dalam program Invest Malaysia pada 23 Januari 2018.
Namun yang dipetik menjadi ‘headline’ di FMT adalah seperti berikut “Najib akui kegagalan 1MDB dan kesilapan kerajaan”. Jauh sekali menyimpang tafsiran itu daripada ucapan sebenar yang dibuat oleh Datuk Seri Najib. Bukan kesilapan kerajaan (government), ianya kesilapan tadbir urus (governance). Dapat “F” apa wartawan ini dalam Bahasa Inggeris SPM dahulu.
Manakala Sinar Harian pula buat tajuk “1MDB : Najib Akui Kegagalan”. Bila masa dalam ucapan tersebut, Datuk Seri Najib akui 1MDB sebagai gagal? Tidak ada, ianya hanya tafsiran yang sengaja ditokok tambah oleh Sinar Harian untuk buat rakyat marah.
18 April 2016, 1MDB telah selesaikan pembayaran hutang sejumlah RM7.25 billion. Akhir tahun lepas, 1MDB telah selesaikan semua pertikaian dan hutang dengan IPIC. Oleh kerana itulah, Datuk Seri Najib dengan penuh yakin menyatakaan dalam ucapannya bahawa 1MDB telah berjaya selesaikan program rasionalisasi yang telah dirancang.
"Seseorang hanya perlu memandu di hadapan Tun Razak Exchange untuk melihat proses pembinaan baharu untuk kepastian (aset 1MDB meningkat).
"Tetapi jangan lupa wujud isu membabitkan 1MDB, segelintir ahli politik suka memperbesarkan sesuatu isu, sabotaj syarikat (1MDB), sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan antara kitaran musim pilihan raya.
"Kita berdiri teguh dan tegas dalam menghadapi kempen (serangan) yang diatur (oleh pembangkang), kita akan jalankan tugas sebagai kerajaan dipilih secara demokrasi untuk menabur bakti kepada rakyat," kata Datuk Seri Najib dalam program Invest Malaysia pada tahun lepas.
Pembangkang lupa bahawa semasa tahun lepas lagi Datuk Seri Najib sudah sebut mengenai 1MDB. Hari ini sudah terbukti, kawasan Tun Razak Exchange sudah bertukar wajah. Menjulang tinggi menara “Exchange 106” yang tingginya nanti adalah 492 meter dan lebih tinggi dari KLCC.
Pada bulan Disember sahaja, menara itu sudah mencapai ketinggian 450 meter, hanya 1.9 meter sahaja lagi hendak memotong KLCC. Dahulunya di tempat bangunan tertinggi itu dibinalah pembangkang tabur fitnah dan serang kata tempat itu tidak bernilai dan projek itu gagal.
Hari ini lihatlah sendiri bagaimana megahnya bangunan itu berdiri. Bila tidak ada lagi isu hendak dihentam, pembangkang terpaksa pusing ayat dan buat tafsiran sendiri semata mata hendak bagi rakyat marah dan benci kepada kerajaan.
Politik kebencian dan putar alam pembangkang ini tidak akan lama. Jauhari sudah mengenal manikam atau pun kaca. Janganlah bodohkan rakyat lagi dengan cerita cerita sensasi dan tidak beretika ini. Dosa pahala buat orang keliru dan pening akan ditanggung oleh tukang buat cerita. Menjawablah nanti di sana.
Cerita palsu tidak tahan lama, hari ini orang sudah tahu FMT dan Sinar Harian banyak putar belit cerita. Lepas ini hilanglah kredilbiliti mereka. Orang tidak akan percaya lagi.
Tulisan :
Beruang Biru
BB754, Khamis
25 Januari 2018
0 komentar:
Catat Ulasan