Bujang Senang

Bujang Senang

25 Jan 2018

Kronologi Kejatuhan Perwaja

#Fakta

(Chronology of the Perwaja Collapse)

April 22, 1982, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM250 juta.

Kilang mula dibina enam bulan kemudiannya.

1986 - Perwaja Terengganu mula mencatatkan kerugian lebih RM131 juta setakat akhir 1986 disebabkan masalah pengurusan dan mendadaknya nilai matawang Jepun.

Februari 1987, satu pasukan pengurusan yang baru telah dilantik dengan diketuai oleh (Tan Sri) Datuk Eric Chia. Tujuannya untuk membaik-pulih dan mengembalikan keuntungan. Sebelum itu dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UMW.

17 Mei, 1988. Kerajaan menerima lebih 10 cadangan untuk membaik-pulih Perwaja yang sudahpun kerugian RM1.2 bilion.

2 Mac, 1989 - Tan Sri Zainal Abidin Sulong telah dilantik pengerusi syarikat dan setahun kemudiannya, Perwaja Steel Sdn Bhd. ditubuhkan untuk mengambil-alih operasi Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

11 Mac, 1996 - KWSP telah meluluskan pinjaman sebanyak RM600 juta kepada Perwaja Steel untuk membesarkan 'rolling mill' di Gurun Kedah. Ini merupakan pinjaman kali kedua daripada KWSP kepada Perwaja.

Kali pertama, pinjaman bernilai RM100 juta, adalah sebahagian pinjaman lanjutan kepada Perwaja pada akhir 1980-an.

Mac 1996 - Perwaja Steel melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM376.54 juta setakat tahun berakhir 31 Mac, 1995.

Kerugian ini adalah disebabkan antara lainnya, pembikinan kilang baru di Gurun. Lagipun syarikat itu terlalu bergantung kepada bahan mentah luar seperti bekalan besi mentah Brazil dan Australia dan skrap daripada India.

10 April, 1996 - BPR (Badan Pencegah Rasuah) sedang mengaudit akaun untuk mengesan kemungkinan berlakunya salah-urus dan penipuan yang menyebabkan Perwaja Terengganu Sdn Bhd. menanggung kerugian sebanyak RM2.5 bilion. Tindakan BPR ini adalah ekoran laporan mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Parlimen sehari terdahulu yang membabitkan laporan awalan oleh pasukan audit kewangan dan pengurusan. Perdana Menteri (Mahathir) Penyangak berkata kerajaan akan bertindak untuk menyelesaikan masalah Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

16 Jun, 1997 - Maju Holdings Sdn Bhd. Mengambil-alih Perwaja Steel dengan menguasai 51 peratus saham dan penguasaan pengurusan.

4 Mei, 1999 - BPR masih terus menyiasat kerugian RM2.9 bilion yang ditanggung oleh Perwaja Steel setakat 31 Disember, 1995. Demikian kata Ketua Pengarah BPR ketika itu, Dato Ahmad Zaki Husin, yang menambah betapa siasatan itu bermula Oktober 1996.

22 Julai, 1999 - Anwar membuat laporan polis di lokap dan mendaftarkannya di balai polis Tun H.S. Lee

9 September, 2000 - Eric Chia yang pernah menerajui Perwaja Steel membuat kenyataan yang dia bersedia memberi keterangan di mahkamah.

· Straits Times Singapura melaporkan betapa Chia pernah menghabiskan enam bulan mengutip maklumat dan dokumen mengenai urusniaga daripada Chile, Brazil, Jerman, Itali dan juga Jepun.

26 Februari, 2002 - Dr. Mahathir berkata terdapat salah-urus dan penyelewengan kewangan di Perwaja Steel dan Malaysia Airlines, yang mencatatkan kerugian besar. Menyebut Perwaja, Dr. Mahathir berkata seorang peniaga yang diamanahkannya untuk mengurus syarikat itu mungkin telah 'tersilap-urus' dan menyauk wang syarikat. Namun siasatan telah dihantui jalan buntu. Pada hari yang sama, syarikat telah menutup kedua-dua kilang tersebut.

26 Mac, 2002 Perwaja Steel akan membuka semula kilangnya di Gurun dan Kemaman pada April ini, demikian kenyataan Dato' Abu Talib Mohamed, Ketua Eksekutif syarikat tersebut.

- Financial Times Information Limited - Asia Africa Intelligence Wire.

Berikut ini adalah pendedahan oleh DS Anwar Ibrahim yang pada ketika skandal PERWAJA STEEL berlaku beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia.

Di Dalam Mahkamah Tinggi MALAYA Di Kuala Lumpur, Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia.

(BAHAGIAN SIVIL)

No Guaman Sivil: S4-23-15-2006

Antara

Dati Seri Anwar Bin Ibrahim

(PLAINTIF)

Dan

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

(DEFENDAN)

Jawapan Kepada Penyataan Pembelaan

Lebih kurang pada tahun 1995 Dato Nik Affendi, wakil Perbendaharaan Persekutuan di dalam Lembaga Perwaja telah melaporkan kepada Plaintif (DS Anwar Ibrahim) sebagai Menteri Kewangan mengenai kerugian dan kegagalan ditanggung oleh PERWAJA kerana kegagalan untuk mematuhi prosedur2 piawai kewangan mengenai pemerolehan dan pembayaran dananya.

Plaintif kemudiannya mengarahkan bahawa jawatankuasa tender sewajarnya (operasi tender dan kewangan) ditubuhkan oleh Lembaga PERWAJA. Tetapi apabila perkara ini dibangkitkan oleh ahli Lembaga, jawapan yang diberikan oleh Chief Executive Office (CEO) Tan Sri Eric Chia adalah bahawa Perdana Menteri, iaitu Defendan (Dr Mahathir Mohamad), telah diberikan taklimat dan beliau telah memberikan kelulusan untuk CEO membuat apa sahaja yang beliau suka.

Selepas itu di pertengahan tahun 1996, PERWAJA seterusnya telah mencatatkan kerugian besar dan memerlukan suntikan dana tambahan dari PERBENDAHARAAN PERSEKUTUAN. Oleh kerana Defendan telah mengarahkan bahawa Tan Sri Eric Chia diberikan kebebasan dan sokongan, kuasa2 Perbendaharaan telah diikat. Justeru itu, di atas nasihat Setiausaha Agung Perbendaharaan, Plaintif telah meluluskan perlantikan Price Waterhouse (PW) sebuah firma akauntan, untuk mengaudit akaun2 syarikat dan menyerahkan cadangan2.

Price Waterhouse (PW) melaporkan semula kepada Plaintif bahawa sejumlah RM2 billion diperlukan untuk menyelamatkan syarikat PERWAJA. Ekoran daripada yang tersebut di atas, lebih kurang pada atau sekitar Disember 1996 Plaintif (DS Anwar Ibrahim) telah membentangkan satu usul di Parlimen memohon kebenaran untuk dana RM2 billion diberikan kepada PERWAJA dan untuk pengurusan PERWAJA yang akan diawasi oleh PW.

Plaintif kemudiannya membentangkan laporan awal (preliminary report) oleh PW di Parlimen, yang mana antara lain, menyatakan penemuan2 berikut:

a. Pengurusan yang tidak baik (bad management) oleh CEO, dan kegagalan untuk mematuhi prosedur2 kewangan.

b. Urusniaga yang dipersoalkan dan kos bahan2 mentah dan bayaran pengangkutan yang terlalu berlebihan/tinggi.

c. Bayaran kos guaman yang tidak munasabah  (“significant") kepada firma2 guaman, terutama, V.K. Lingam & Co and Lewis & Co, sejumlah lebih kurang RM13 juta. Tambahan lagi satu bayaran sejumlah RM5.4 juta kepada En. Durai Rajasingam Rajaduray yang bekerja di Lewis & Co. Tiada sebarang dokumen sokongan bagi bayaran tersebut.

Ekoran daripada pendedahan tersebut, media nasional memberikan liputan meluas pada hari berikutnya. Defendan mempersoalkan tindakan Plaintif mengenai keperluan membentangkan ringkasan penemuan2 awal PW di Parlimen.

Plaintif kemudiannya mencadangkan bahawa akauntan2 PW (Tan Sri Raja Arshad dan Mr. Khoo Eng Choo) memberi taklimat kepada Defendan, yang mana telah mereka lakukan pada awal 1997.

Defendan jelas dan nyata tersinggung terhadap Plaintif dan Defendan (Dr Mahathir Bin Mohamad) terus mempertahankan Tan Sri Eric Chia. Pada pertengahan 1998 PW (selepas itu dikenali sebagai PWC) telah menyerahkan satu laporan lengkap kepada:

1. Defendan sebagai Perdana Menteri,

2. Plaintif sebagai Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kewangan dan

3. Gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Don.

Kesudahan Eric Cia bebas... Tanyalah Mahathir.

#MediaTheRakyatABATA

0 komentar: