Bujang Senang

Bujang Senang

9 Jan 2018

Sah Qobin Penjelajah Grand Slam ke-60

Kami baru sahaja menerima berita mengenai senarai rasmi terkini Penjelajah Grand Slam yang dikeluarkan oleh The Explorer Club pada hari ini.
Tak sangka Mugharabbin atau Qobin tersenarai di nombor 44 untuk Grand Slam (Last Degree) dan ini bermakna secara keseluruhannya beliau menjadi warga dunia yang ke-60 berjaya bergelar Penjelajah Grand Slam.
Senarai ini jauh mengatasi sasaran kami iaitu di nombor 70 sebelum ini berikutan Qobin perlu bersaing dengan ramai penjelajah dari negara lain yang cuba melengkapkan misi masing-masing sebelum akhir tahun lalu.
Ini bermakna Qobin telah berjaya melengkapkan ekspedisinya lebih awal berbanding penjelajah lain yang turut memburu gelaran yang sama.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, ada penjelajah yang gagal menyempurnakan ekspedisi terakhir masing-masing untuk melengkapkan kesemua 9 ekspedisi wajib yang mesti dilakukan sebelum boleh bergelar Penjelajah Grand Slam.
9 ekspedisi wajib itu ialah menawan 7 puncak gunung tertinggi di 7 benua dan menakluk Kutub Utara serta Kutub Selatan.
Ada antara mereka masih gagal menyempurnakan penjelajahan di kutub dan ada yang gagal sampai ke puncak gunung terakhir yang biasanya kerana faktor cuaca buruk selain keadaan kesihatan penjelajah itu sendiri.
Syabas Qobin. Nama anda telah tercatat secara rasmi hari ini sebagai penjelajah bertaraf dunia.
Satu lakaran baru sejarah Malaysia tercipta kini dalam bidang penjelajahan.

#NegarakuMalaysia

Related Posts:

  • PRK Permatang Pauh: Undi BN adalah undi GST dan hutang 1MDB Ringkasan: Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa mengundi BN adalah mengundi untuk GST. Link: http://www.roketkini.com/2015/04/13/prk-permatang-pauh-undi-bn-adalah-undi-gst-dan-hutang-1mdb/ Penjelasan: Sifat hipokrisi, bermuka… Read More
  • SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA . KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION US$1 bilion 3.043% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025 US$500 juta 4.236% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045 Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya me… Read More
  • Nahas Heli: Cerita Datuk Wan Kadri Yang Terselamat ROMPIN – Seminggu selepas terselamat dari nahas helikopter yang meragut enam nyawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain kelihatan lebih tenang. “Hidup mesti diteruskan. Ini apa yang k… Read More
  • KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB? RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu. 1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5… Read More
  • HUTANG NEGARA : 7 SOALAN DAN 7 JAWAPAN Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion. Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, m… Read More

0 komentar: