Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

28 Ogo 2021

Kabinet Perdana Menteri Ke-9

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 
Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan
YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya 
YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup


Menteri Kanan - Menteri Pendidikan 
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) 
YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed 
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin 



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris bin Ahmad 
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan 
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman 

Menteri Sumber Manusia 
YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan 
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim 


Menteri Wilayah Persekutuan 
YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim 
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias 

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Binti Harun 
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi 
YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli 
YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan 
Timbalan Menteri 
YB Datuk Ali Anak Biju 

Menteri Dalam Negeri 
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar 
Timabalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan 
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah 
Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh 

Menteri Pembangunan Luar Bandar 
YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah 

Menteri Luar Negeri 
YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah 
Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar 



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 
YB Datuk Alexander Nanta Linggi 
Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa 
Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican 
Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
YB Datuk Seri Dr Adham Baba 
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar 
Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya 


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin 
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng 
Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan 
YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri 
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara 
YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal 

Menteri Belia dan Sukan 
YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

17 Ogo 2021

*APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI*

Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam PRU. Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak dipecat dari UMNO  iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar  berada di dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding (PRU-12). 

Pada pandangan sebahagian rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain. Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

*(i) Perdana Menteri pertama yang pernah dipenjarakan*

Anwar akan menempah tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela, Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa.  

Bermula dengan ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976,  Anwar kemudiannya  menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018. Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai tahanan ISA di Kamunting dan sembilan  tahun di dalam penjara Sungai Buloh. 

Mengapakah reputasi dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan rasuah dan liwat? Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier politik Anwar.

Badan-badan perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in Jeopardy: Malaysia 2000”. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner of Conscience” kepada Anwar.

*(ii) Perdana Menteri pertama daripada parti berbilang kaum*

Kesemua Perdana Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai  Perdana Menteri yang menerajui sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). 

Pada masa dahulu parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. Anwar berjaya membuktikan bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di semua 222 kawasan parlimen.

Anwar adalah pemimpin politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.

*(iii) Perdana Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam*

Anwar akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an. 

Di bawah kepimpinan Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia. Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal Sheikh Yusuf al-Qaradhawi  dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.

Apabila Anwar menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. Hari ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.

*(iv) Perdana Menteri pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan*

Anwar akan menjadi Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara.  

Kredibiliti Anwar sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir tersebut. Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.

*(v) Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan*

Setakat ini hanya Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu  selama lebih tujuh tahun (1991-1998).

Walaupun tanpa kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang negara.  Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. Prestasi beliau turut menarik perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai “Finance Minister of the Year” pada tahun 1996.  Antara jasa beliau ialah memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai perbankan Islam.

Krisis pandemik, ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara. Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma, keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler dalam Perang Dunia Kedua. Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memimpin negara ini keluar dari krisis. 

*Dr. Madhi Hasan ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor*

16 Ogo 2021

Ku Li bakal PM? Najib ketuai Majlis Pemulihan Negara?

Sebelum ini, calon Perdana Menteri seterusnya berkisar di antara Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ahli politik veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri yang juga dari parti UMNO.

Walaupun Anwar telah dinamakan sebagai calon tunggal PM dari blok Pakatan Harapan, tetapi beliau masih tidak cukup majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO pula dikatakan cuba mengumpul akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen bagi membuktikan majoriti, tetapi gagal meraih sokongan kepimpinan partinya sendiri

Tengku Razaleigh Hamzah, lebih dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin yang kedua paling senior di Dewan Rakyat selepas Tun Dr Mahathir Mohammad, dan dilihat sebagai pilihan neutral yang dapat menyatukan semua parti bagi tempoh interim. Difahamkan Ku Li akan dilantik sebagai PM dan mengemudi jentera kerajaan dengan komposisi kabinet yang terhad.

Najib pula dikatakan menjadi pilihan istana untuk memimpin Majlis Pemulihan Negara  kerana beliau dilihat mampu memacu pemulihan negara dari impak pandemik Covid-19 berdasarkan pengalaman serta perancangan strategik beliau. Najib selama ini menjadi pengkritik vokal yang mempersoalkan pelbagai kecelaruan dan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional. Pelbagai cadangan pemulihan negara yang diutarakan beliau diketepikan, dan ada yang dilaksanakan dengan modifikasi oleh kerajaan setelah menerima tekanan dari rakyat.

Kita nantikan pengumuman Yang Di Pertuan Agong di dalam masa terdekat yang diharap dapat menyelesaikan krisis politik negara.

PERDANA MENTERI CARETAKER DAN PERDANA MENTERI INTERIM

Perdana Menteri "caretaker" atau Perdana Menteri penjaga adalah Perdana Menteri peralihan, sementara menunggu Perdana Menteri yang baru dilantik oleh SPB YDP Agong.

Perdana Menteri caretaker hanya boleh menjalankan tugas-tugas pentadbiran harian kerajaan berdasarkan akta-akta dan peruntukan kewangan sedia ada.

Dia tidak boleh melantik jemaah menteri, mencadangkan undang-undang dan akta yang baru, atau membuat peruntukan kewangan atau bajet kerajaan yang baru. 

Perdana Menteri caretaker juga tidak boleh melantik atau mengganti pegawai tinggi kerajaan, atau membuat pinjaman kewangan untuk kerajaan.

Dia juga tidak boleh menggunakan peruntukan Perlembagaan Artikel 40 iaitu supaya SPB YDP Agong mendengar nasihatnya.

Secara efektif, YDP Agong tidak perlu mendengar nasihat Perdana Menteri caretaker.

Perdana Menteri caretaker tidak mempunyai kuasa Eksekutif penuh.

Oleh sebab kekangan-kekangan di atas, Perdana Menteri yang baru perlu dilantik dengan segera terutama di masa krisis seperti sekarang untuk membolehkan kerajaan berfungsi dengan kuasa Eksekutif penuh. 

SPB YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri yang baru di kalangan ahli-ahli Parlimen yang pada hemat Baginda mempunyai majoriti.

Sekiranya tidak ada seorangpun ahli Parlimen yang mempunyai majoriti, SPB YDP Agong boleh membubarkan Parlimen.

Namun dalam keadaan krisis COVID-19 yang masih getir ini, pilihanraya umum tidak semestinya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

YDP Agong boleh mengisytiharkan satu lagi proklamasi dan ordinan darurat untuk menangguhkan pilihanraya selepas Parlimen dibubar.

YDP Agong juga boleh melantik Perdana Menteri caretaker yang baru dalam tempoh pembubaran ini sehingga pilihanraya umum diadakan apabila COVID-19 reda.

........

PERDANA MENTERI INTERIM

Istilah Perdana Menteri Interim tidak ada dalam Perlembagaan. Oleh itu takrifannya bukanlah takrifan undang-undang namun adalah takrifan politik.

Ia bermakna Perdana Menteri sementara yang dilantik oleh SPB YDP Agong untuk masa yang terhad.

Beza Perdana Menteri Interim dengan Perdana Menteri caretaker ialah Perdana Menteri Interim mempunyai kuasa Eksekutif penuh tetapi dengan tempoh yang terhad berbanding Perdana Menteri caretaker yang tiada kuasa Eksekutif penuh.

Perdana Menteri Interim boleh melantik jemaah menteri dan membentuk kerajaan yang baru.

Menghadkan masa Perdana Menteri di bawah tempoh penggal Parlimen (5 tahun) juga tidak ada dalam Perlembagaan. Oleh itu, had masa ini juga bukanlah tertakluk di bawah undang-undang atau Perlembagaan, namun adalah persetujuan politik yang perlu dicapai di antara ahli-ahli Parlimen dan SPB YDP Agong.

Oleh itu, sekiranya persetujuan dicapai, ahli-ahli Parlimen boleh menyokong seorang Perdana Menteri Interim dengan tempoh masa terhad (contohnya 6 bulan atau setahun) untuk menyelesaikan krisis COVID-19 dengan kuasa Eksekutif penuh sebagai Perdana Menteri ke-9. 

Apabila tiba tempoh had masa tersebut (atau lebih awal jika COVID-19 reda) Perdana Menteri Interim tersebut perlu meletakkan jawatan dan menasihati SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum seperti yang telah dipersetujui.

ISHAM JALIL
16 Ogos 2021

14 Ogo 2021

Muhyiddin dijangka letak jawatan Isnin?

KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri terus menjadi perhatian ramai apabila media melaporkan beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Isnin ini. 

Ia susulan khabar angin yang menjelaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghampiri garisan penamat dan bakal melepaskan jawatan. 

Menerusi perkembangan yang sama, sumber pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu Utusan Malaysia bahawa Muhyiddin dijangka akan melepaskan jawatan selewat-lewatnya esok.

“Saya menjangkakan perkara ini akan menjadi lebih awal, selewat-lewatnya esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembangkang dan UMNO semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini.

Malah pegawai pimpinan kanan kerajaan turut memaklumkan, tiada mana-mana parti yang tampil memberi sokongan terhadap apa yang ditawarkan Perdana Menteri. 

“Tidak ada pun yang datang pada kita setakat ini. Memang tidak ada,” ujarnya. 

Menjelaskan kedudukan DAP yang dilihat memberi majoriti tipis kepada Muhyiddin, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan seorang daripadanya yang dilihat cenderung kepada Perdana Menteri telah kembali kepada Pakatan Harapan (PH). 

“Ong Kian Ming dah patah balik, malam tadi dia dah jelaskan pada kita. Tinggal Tony Pua sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi. 

Terdahulu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara telah menimbulkan persoalan mengenai usaha sia-sia menjatuhkan Muhyiddin yang berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO. – UTUSAN

13 Ogo 2021

Game over... ALL opposition parties have rejected Midin's offer.

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
13 Ogos 2021

PAKATAN HARAPAN TOLAK TAWARAN MAHIADDIN, BELIAU MESTI LETAK JAWATAN

Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa perutusan khas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin hari ini adalah pengakuan terbuka bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan.

Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang.

Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Lebih dari itu, apabila Tan Sri Mahiaddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” beliau dengan jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.
  
Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik COVID-19. Kami berkeyakinan bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian.

Anwar Ibrahim 
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu 
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng 
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Apakah Mahiaddin Ada Kuasa Untuk Mewujudkan ‘Unity Government’ Bagi Menyelamatkan Kedudukan Beliau?

Mahiaddin masih lagi cuba mempertahankan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, walau pun sudah menyedari, malah mengakui secara ‘live’ ke seluruh dunia bahawa beliau sudah tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri kerana telah kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

Dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung, Mahiaddin secara berterus terang menyatakan hasrat beliau untuk membentuk satu kerajaan campuran atau ‘uniti government’ dan sudah pasti beliau sendiri akan menerajuinya.

Persolannya:

Apakah dari sudut perlembagaan, beliau mempunyai kuasa untuk menubuhkan ‘unity government’?
Sila baca ulasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pengerang, merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga merupakan seorang peguam:

1. Khabar angin bertiup kencang bahawa PM8 menunda Undi Kepercayaan di Parlimen mungkin untuk memperoleh sokongan dari blok Pembangkang (PH) melalui Confidence and Supply Agreement (CSA) dengan niat untuk membentuk Kerajaan Minoriti, bagi menggantikan Kerajaan Campuran PN + BN. Saya percaya bahawa ini adalah khabar angin yang tidak berasas yang bertujuan untuk menimbulkan perselisihan di antara parti- parti politik.

2. Bolehkah PM8 meminta kebenaran Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membentuk Kerajaan Minoriti? Jawapan ringkasnya adalah TIDAK. Tidak untuk sekarang, bukan sebelum PM8 mengundurkan diri, dan bukan sebelum kemungkinan blok lain atau blok baru yang mempunyai majoriti, iaitu cubaan mewujudkan Kerajaan Campuran 2.0 . JIKA ada blok majoriti yang baru, ianya harus diizinkan untuk seorang Anggota Parlimen (MP) yang mempunyai majoriti di bawah Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, memetik “seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”. Dengan kata lain, representasi seperti itu mesti datang dari bawah, iaitu dari Ahli Parlimen kepada YDPA, dan bukan sebaliknya.

3. Dengan andaian TIADA representasi seperti itu dapat dibuat, hanya dengan itu YDPA dapat menggunakan budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mengundang bekas PM tersebut untuk menawarkan dirinya sebagai Kerajaan Minoriti dengan Confidence and Supply Agreement (CSA). Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut mengenai pilihan kerajaan minoriti, janganlah melebih-lebih!

4. Dalam sistem Westminster, peranan Raja Berperlembagaan bukanlah untuk membentuk pemerintah atau untuk memudahkan rundingan membentuk pemerintahan. Tanggungjawab YDPA adalah untuk menerima siapa sahaja yang dapat majoriti untuk menyakinkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen, Malaysia adalah pemerintahan yang dibentuk oleh rakyat untuk rakyat melalui Ahli Parlimen yang dipilih (Untuk makluman, Senator dari Dewan Negara secara sah tidak boleh memenuhi syarat sebagai calon PM tetapi mereka boleh dilantik sebagai Menteri).

5. Lazimnya, Kerajaan Minoriti (bergantung pada penandatanganan Confidence and Supply Agreement (CSA)) dibentuk setelah Pilihan Raya Umum. Ini adalah pilihan yang tersedia untuk pembentukan pemerintahan ketika tidak ada parti politik yang dapat memerintah sebagai parti majoriti. Pada Januari 2021, Tun Mahathir menjelaskan dengan jelas banyak kekurangan Kerajaan Minoriti yang sering dianggap lemah, tidak stabil, dan tidak bertahan lama. Seorang pemimpin Kerajaan Minoriti tidak akan memiliki kemampuan untuk memerintah seperti pemerintahan majoriti, kerana pemimpin tersebut tidak akan memiliki kemampuan untuk meluluskan undang-undang dan membawa perubahan dasar yang sesuai dengan “kehendak dan keinginannya” tanpa mendapat suara majoriti. Hakikatnya, Parlimen akan menjadi Taman Permainan yang Tidak Berfungsi.

6. Confidence and Supply Agreement (CSA) adalah fleksibel dan hanya menjamin sokongan untuk usul penting yang jelas, seperti Belanjawan Tahunan atau undang- undang khusus berdasarkan kesedaran dan kepentingan yang dibawa oleh Parti atau anggota Parlimen secara individu. Perjanjian dua hala dan tindakan menyeberang di antara dua blok Dewan Rakyat akan terus berlaku kerana Ahli Parlimen dapat memilih untuk menjadi sekutu sementara (dengan menerima CSA) atau lawan (dengan menolak CSA), dan kemudian menukar undian. Ini boleh berterusan dan berterusan dan berterusan. Siapakah yang akan menanggung kekusutan ini atau akan memeningkan siapa? Penjawat awam! Siapa yang akan menderita kerana ketidakpastian yang berterusan? Masyarakat awam dan RAKYAT!

7. Kerajaan minoriti sangat berbeza dengan Kerajaan Campuran, di mana parti-parti politik bersetuju untuk membentuk Kerajaan sejak awal berdasarkan dasar dan agenda bersama. Dengan Kerajaan Campuran, ada permintaan yang lebih besar untuk penafsiran ketat terhadap harapan rakan Campuran, yang ditetapkan dalam perjanjian tertulis yang merangkumi syarat untuk masuk, keluar, dan prosedur untuk menyelesaikan konflik. Anggota Kerajaan Campuran tidak boleh “menarik balik sokongan” sesuka hati, namun mereka dapat melakukannya berdasarkan syarat dalam Perjanjian Bertulis. Malangnya, kerajaan PM8 tidak pernah membuat perjanjian bertulis dengan rakan-rakan parti politik. Jika tidak, kekalutan politik yang kita alami pada hari ini dapat dielakkan (mungkin!).

8. Perlembagaan Persekutuan menyatakan mengenai perkara Perdana Menteri Interim sebagai PM Interim/Sementara atau dikenali sebagai “PM Pemangku”, membenarkan YDPA melantik Perdana Menteri Interim untuk tempoh waktu terhad sahaja, dengan kuasa yang terhad, sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. Peranan Interim hanya dimainkan apabila Parlimen dibubarkan.

9. Kita berada dalam keadaan yang sangat tidak menentu. Kini lebih dari sebelumnya, Rakyat memerlukan pemerintahan yang stabil, dan Ahli Parlimen memerlukan Parlimen yang berfungsi. Ini akan menjadi pertembungan yang sukar untuk membangunkan semula kepercayaan dan memenangi ‘hati dan fikiran’ sistem yang rosak. Kita boleh mulakan dengan memastikan bahawa kita tidak berkompromi pada sistem Semak-dan- Imbang dengan Pemisahan Kuasa yang dijamin.

10. Kita berada di situasi yang belum pernah diterokai dan oleh itu, bagaimana perkara ini ditangani adalah sangat penting bagi kita sebagai sebuah negara. Contoh akan ditetapkan yang akan meninggalkan kesan kepada sejarah kita dalam menegakkan Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen kita. Apalah sebuah Kerajaan tanpa Rakyatnya dan siapalah seorang pemimpin tanpa kehormatannya?

AZALINA OTHMAN SAID
Ahli Parlimen Pengerang

Tempoh 24 jam atau 48 jam mendatang ini kritikal, kata Najib


Tempoh beberapa hari akan datang akan menjadi detik kritikal dalam menentukan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Malah katanya detik itu mungkin berlaku dalam tempoh 24 atau 48 jam akan datang.

Hal itu kerana, kata Najib, sebarang keputusan yang bakal dibuat - termasuk oleh Yang di-Pertuan Agong - akan menentukan masa depan negara.

“Apa caranya, kaedahnya, tuanku Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sama ada dibuat di dalam dewan atau di luar dewan,” katanya dalam program sembang santai secara maya bersama Umno Pekan.

Najib turut memetik krisis politik di Perak pada 2009 yang menyaksikan Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah menentukan di luar dewan undangan negeri (DUN) bahawa Mohamad Nizar Jamaluddin sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti wakil rakyat.

Untuk rekod apa yang berlaku itu kemudian menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan dan diganti dengan BN. Banyak pihak menanggap Najib memainkan peranan penting dalam gerakan tersebut.

Gambaran kedudukan majoriti

Kaedah itu, kata Najib, diterima pula di Mahkamah Persekutuan sebagai satu penterjemahan kepada budi bicara Sultan Perak.

“Jadi bersandarkan pada kaedah dan prinsip itu, maka apabila sampai pada pertikaian di peringkat parlimen, ia juga boleh dilakukan di luar persidangan parlimen, atau pun di dalam parlimen, dalam bentuk undian kepercayaan, yang kita dengar mungkin akan dibentangkan pada tarikh yang belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Program sembang santai itu pada asalnya dirancang sebagai majlis perasmian cawangan Umno Pekan secara berkelompok. Bagaimanapun ia diubah menjadi sembang santai ekoran pertikaian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan Umno berhubung penangguhan mesyuarat persidangan parti berkenaan.

Kenyataan Najib hadir di tengah pertikaian terhadap majoriti yang dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Istana Negara didakwa menghantar surat untuk meminta pengesahan daripada speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berhubung jumlah sokongan anggota parlimen terhadap Muhyiddin.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan kesahihan warkah berkenaan kepada Malaysiakini, meskipun Azhar dilaporkan enggan mengesahkan surat berkenaan kerana melibatkan pihak Istana Negara.

Menurut Najib perkembangan terbaru menyaksikan surat daripada Azhar yang ditularkan dan didakwa menggambarkan memang Muhyiddin sudah kehilangan majoriti.

Kerajaan sudah pun ketiadaan keabsahan. Perkara ni mungkin melibatkan soal tafsiran perlembagaan, dan juga kaedah-kaedah bagaimana penentuan keabsahan itu perlu dilakukan,” katanya. 

PERDANA MENTERI MEROGOL PERLEMBAGAAN?

Dalam Ucapan Khas Perdana Menteri sebentar tadi dengan jelas Perdana Menteri telah "merogol" Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri dengan bangganya menyatakan :

"Namun, sehingga ke saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu"

Kenyataan Perdana Menteri ini jelas bercanggah dengan peruntukkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 43 (4) di atas dengan jelas menyatakan, "jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri...."

Perlembagaan tidak mensyaratkan perlu ada mana-mana Ahli Dewan Rakyat lain mendapat sokongan majoriti terlebih dahulu untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Perdana Menteri sendiri secara tidak langsung mengesahkan beliau sekarang sudah tiada kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat tetapi terus "merogol" Perlembagaan dengan dalih ciptaan beliau, penasihat beliau dan rakan-rakan politik beliau yang lain.

Di mana Peguam Negara ketika ini? Adakah perkara ini wajar dibiarkan tanpa sebarang tindakan?

Seorang Perdana Menteri yang sudah jelas hilang sokonan majoriti HENDAKLAH meletakkan jawatan mengikut Perlembagaan. Persoalan siapa yang mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baru bukan hak Perdana Menteri ,untuk menentukan tetapi hak Yang di-Pertuan Agong kerana Perkara 43 (2) (a) memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong memilih sesiapa sahaja dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Perkara 43 (2)(a) menyatakan :

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Perdana Menteri Mahiaddin Mohd Yassin hendaklah meletakkan jawatan segera. Berhenti "merogol" Perlembagaan.

KeBawah Duli Tuanku wajar menghentikan perlakuan tidak senonoh Perdana Menteri dengan segera memecat beliau dan melantik seorang Perdana Menteri baru mengikut Perkara 43 (2) (a).

Sekian.

Zulhazmi Shariff 
Pengamal Undang-Undang
13 Ogos 2021

2 Ogo 2021

#TERKINI Parti-parti dari Sabah dan Sarawak U-Turn ?