Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

15 Jun 2017

Perdana Menteri Ke-7 Tetap Milik BN

#BNTetapPMKe7   #PMKe7TetapMilikBN

Sia-sia saja Pakatan Harapan (PH) bertelagah sesama sendiri untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri sekiranya mereka menang PRU14. Ini kerana, potensi untuk PH menang dalam PRU14 adalah tipis.

Buktinya, baru-baru ini Bekas Pesuruhajaya Tinggi Singapura ke Malaysia mendakwa prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah lebih baik berbanding sewaktu PRU13 lalu.

Menyentuh soal ekonomi dan prestasi Malaysia dibawah pemerintahan BN, Selena Ling menjelaskan ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib berjaya mencapai setiap sasarannya.

Katanya, Malaysia telah berjaya mencatat kadar pertumbuhan tinggi, nilai inflasi rendah dan pelaburan langsung asing yang stabil. Ini menjadi faktor terpenting kepercayaan rakyat terhadap 'track record' BN memerintah negara untuk penggal-penggal berikutnya.

Keadaan ini turut menunjukkan bahawa, majoriti rakyat tidak mudah berganjak untuk memilih BN sebagai pemerintah, termasuklah bagi PRU berikutnya. Ramalan pelbagai pakar jelas memberitahu bahawa pemimpin BN tetap akan menjadi Perdana Menteri ke 7 suatu hari nanti.

Ini bukan kali pertama ramalan sebegitu dibuat bahawa BN akan terus menang pada PRU14. Financial Times pada 4 Januari 2017 juga menyatakan "Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihanraya umum akan datang".

The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.

14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama "bank yang terlalu besar" dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.

Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.

Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.

Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.

Pembangkang hari ini gagal selesaikan lagi isu siapa calon PM. Sudah beberapa kali mesyuarat, bermula dari mesyuarat yang dipengerusikan Mat Sabu hinggalah 9 Jun lepas, masih lagi buntu siapa calon PM.

Mahathir mahu jadi PM sementara. Wan Azizah mahu jadi PM sementara. Mukhriz dan Anwar dijadikan calon PM yang kekal oleh PPBM dan PKR. Namun kuasa pemutus di tangan DAP, silap silap Mat Sabu pulak jadi calon mereka.

Harus diingat, Pakatan Harapan hari ini yang dikuasai oleh DAP dan PKR hanyalah membentuk 36.1% sahaja undi rakyat. Dalam PRU13, DAP mendapat 15.71% undi dan PKR mendapat 20.39% undi. Pakatan Harapan sudah hilang 14.78% undi dari PAS.

PAN hanya bawa kekuatan 6 kerusi sahaja . Tidak membawa seluruh kekuatan 14.78% seperti dalam PRU13. PPBM lagilah tiada kekuatan, jumlah ahli pun enggan diumumkan. Inilah punca PH akan tumbang pada PRU14.

Memang benarlah, tidak payah susah susah pecah kepala buat logo dan pilih siapa calon PM bagi Pakatan Harapan kerana PM Malaysia yang ke 7 akan tetap jadi milik Barisan Nasional.

#BNTetapPMKe7   #PMKe7TetapMilikBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB468, Khamis
15 Jun 207

14 Jun 2017

Azmin Ali Sudah Hilangkan Setengah Bulan Bonus Di Selangor

Penyakit U TURN Mahathir sudah berjangkit pada Azmin. Cakap "flip flop" dan berubah rubah. Cakap tidak serupa bikin.

23 Mei 2017, Azmin Ali berbangga umum bonus dua bulan setengah gaji kepada 17,703 orang kakitangan awam di Selangor. Antara sebab Azmin mahu bagi bonus sebanyak itu adalah kerana mendakwa Selangor adalah negeri terkaya dengan rizab lebih RM4 billion.

13 Jun 2017, Azmin sudah U TURN. Bonus yang mahu diberi diumumkan hanya dua bulan sahaja. Setengah bulan sudah hilang. Kenapa jadi begitu Azmin? Hilang ke mana setengah itu?

Ini bukti Azmin hanya sekadar main cakap lepas sahaja mengenai hal pemberian bonus. Akhirnya membuat keputusan yang "flip flop" mengenai jumlah sebenar bonus. Lihat video ini ;
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685064668469957&id=1455416204768139

Azmin baru habiskan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam. RM63.3 juta ini tidak perlu guna duit rizab pun. Duit Marris yang diberi oleh kerajaan pusat kepada Selangor pada 2016 berjumlah RM497 juta.

Jalan di Selangor banyak yang berlubang. Kalau diturap pun, kualiti tar yang digunakan rendah. Dalam seminggu sahaja berlubang balik. Duit Marris ini ada diguna untuk baiki jalan atau bina jalan baru di Selangor? Atau duit Marris ini diguna bayar bonus dua bulan gaji?

Jumlah 17,703 ini hanyalah 0.28% sahaja dari keseluruhan 6.8 juta penduduk Selangor. Berbanding dengan Kerajaan BN Pusat yang telah memberi BR1M berjumlah RM1200 kepada 1,066,359 juta orang di Selangor.

Selangor negeri paling teramai terima BR1M. Sejumlah 15.68% dari seluruh rakyat Selangor dan melibatkan peruntukan RM1.2 billion. Lebih berkali ganda lebih besar dari hanya RM63.3 juta yang diberi Azmin.

Azmin menyindir kerajaan pusat kononnya hanya beri RM500 sahaja kepada penjawat awam. Jangan berlagaklah Azmin, jumlah keseluruhan peruntukan yang Dato Seri Najib beri kepada penjawat awam lebih besar. Jumlahnya, RM1 billion berbanding hanya RM63.3 juta. 

RM500 untuk 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 untuk 743,000 orang pesara kerajaan. Jika dicampur jumlah rakyat yang mendapat BR1M di Selangor, kakitangan awam dan 743,000 pesara ini, jumlahnya sudah 3.4 juta orang. Lebih ramai dapat manfaat dari hanya 17,703 orang sahaja.

Usahlah Azmin berlagak sangat mendakwa Selangor negeri terkaya kerana ada rizab RM4 billion. Kerajaan Sarawak ada rizab RM27 billion, lagi banyak dari Selangor. Kerajaan negeri Terengganu belanja dana raya sejumlah RM88.8 juta kepada 239,323 orang. Lebih banyak jumlahnya dan lebih ramai dapat manfaatnya.

Azmin kena teliti Laporan Ketua Audit Negara pada 2016 yang menyarankan kerajaan negeri berhemat dalam belanja. Pelaburan sudah turun RM92.89 juta di Selangor. Prestasi perlaksanaan projek rakyat pula masih di bawah 50%.

Apa pun, rakyat Selangor sudah mula terkena dengan Azmin. Janji yang Azmin buat tidak semestinya betul dan akan ditunaikan. Ini gaya kepimpinan PKR di Selangor. Bila dekat pilihanraya sahaja, ada perkara yang manis. Bila dah menang, hilanglah sampai hujung penggal. Yang pasti, setengah bulan sudah hilang sudah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB466, Rabu
14 Jun 2017

Video:Papagomo Hina Urang Sarawak, Beberapa Laporan Polis Dibuat Kerana 'Bertindak Melampau'



Penglibatan blogger PapaGomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33 tahun dalam polemik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendapat kecaman bukan sahaja rakyat Sarawak, malah Sabah dan Semenanjung. PapaGomo yang menggunakan akaun facebook Sir Azri dikatakan “bertindak melampau”, mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah, malah memutar belit fakta tanpa usul periksa.

Ahli Majlis Tertinggi Saberkas, pertubuhan belia terbesar di negeri ini, Abang Abdul Aziz Abang Draup menyifatkan blogger itu sebagai “batu api” yang biadap, kurang ajar dan pencacai, yang gila akan publisiti murahan.

“Melibatkan diri dengan menghentam Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak tanpa fakta yang jelas, membayangkan karektor sebenar lelaki gila glamor ini.
“Malah live facebooknya cukup jijik, termasuk merendah-rendah martabat orang Sarawak.
“Cukup mudah melabelkan wanita Sarawak hanya layak menjadi skandalnya — yang motif tuturnya adalah merendahkan martabat kaum wanita Sarawak.
Kata Aziz, tuduhan terhadap Tan Sri Bustari Yusuf juga agak melampau dan bersifat hipokrit.
“Beza di antara Tan Sri Bustari dan Nazri ialah Tan Sri Bustari merupakan pemilik empayar perniagaan yang besar.
“Manakala Nazri adalah seorang ahli politik, manakala kekayaannya melampaunya boleh dijadikan persoalan.Oleh itu kata Aziz, tindakan PapaGomo seolah-olah meludah ke langit dan menelanjangi “bos”nya sendiri.
Katanya, beliau juga berasa hairan kenapa dalam polemik yang seharusnya profesional, Nazri memilih untuk meletakkan PapaGomo di barisan hadapan, selain anak dan isterinya.
“Bertikam lidah, malah berlaku samseng terhadap menteri Sarawak ala Nazri yang lancang ini, bermakna mencari pasal dengan seluruh rakyat Sarawak.
“Perkara inilah dan orang seperti inilah yang mendorong kepada ketegangan integrasi nasional dan mencacatkan slogan Negaraku Malaysia yang sedang dijulang kini.
Sementara itu, bagi exco Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, Dr Nadrawina Isnin, PapaGomo telah menghiris perasaan rakyat Sarawak apabila membangkitkan Sarawak keluar dari Malaysia.
“Dia berkata, Sarawak akan menerima musibat apabila keluar Malaysia. Malah membayangkan bahawa banyak negara sedang menunggu untuk menuntut negeri ini.

Kenyataan ini kata Nadrawina, jelas memberi gambaran akan kedangkalan dan kecetekan ilmu blogger ini, yang tidak faham apa yang dituturnya.
“Sarawak tidak pernah dituntut oleh mana-mana negara, seperti Sabah dan utara Semenanjung.
“Malah politik Sarawak cukup stabil, sehingga jika berkerajaan sendiri pun, ia mampu dengan sumber yang ada.
Katanya, kelebihan Sarawak berbanding negeri lain ialah sumbernya yang banyak dan pelbagai selain rakyatnya yang dapat hidup harmoni meski pelbagai latar bangsa dan agama.
“Saya menasihatkan PapaGomo yang biadap ini membuka buku sebelum membuat kenyataan, apatah lagi yang berkaitan dengan politik dan sejarah.
Seperkara lagi katanya, adalah silap apabila mengatakan peranan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak tidak penting dalam menentukan kedudukan masa depan Barisan Nasional (BN) di Semenanjung.
“Perlu diingatkan kepada Nazri dan blogger tunggangannya, kerana kekuatan kedua-dua negeri inilah maka BN terselamat daripada tsunami politik Semenanjung pada pilihan raya yang lalu, dan kerana solidariti Sarawak inilah yang membolehkan negeri ini menuntut hak dan kepentingan yang pelbagai.
Di Sarawak, perpaduan rakyat berbilang kaum dan etnik adalah kuat dan utuh. Ia sudah lama tersemat di dalam sanubari setiap rakyat negeri ini.
“Justeru itu, usahlah hanya kerana seorang manusia seperti PapaGomo ini, kita jadi ketidaktentuan.
“Mari kita kukuhkan lagi barisan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak dan jangan biarkan individu busuk seperti itu memecahbelahkan perpaduan utuh ini.
Pada semalam juga, akibat keceloparan Azri yang membuat komentar berbaur perkauman, termasuk menyatakan kepimpinan Sarawak hari ini berada di tampuk kerana kekuatan Melayu di Semenanjung, satu laporan polis dibuat di Kota Samarahan semalam dan yang terbaru dari Kuching, Sibu dan Meradong.
Laporan dilakukan kerana status berkenaan berbaur hasutan dan bertujuan memecah belah rakyat Malaysia dan pemimpin negeri.
Sementara itu, Abdul Karim ketika diminta mengulas komentar blogger tersebut berkata, dia (Pap Gomo) tidak sepatutnya dan tidak layak untuk terlibat dalam polemik ini.
“Mungkin sekadar mencari publisiti dan ‘like”, kerana turun naiknya dalam dunia bloggers.
“Sekejap bagus sekejap tak bagus dan menggunakan kaedah ini untuk cari makan.
“Nasihat saya kepada dia, lebih baik tidur  sahajalah!
“Dan kepada rakyat Sarawak, usah layan blogger seperti ini. Usah baca atau pergi ke laman facebooknya, kerana dia hanya menggunakan kesempatan ini untuk kembali popular.” – 
 Sarawakvoice

11 Jun 2017

(Swimming) M'sia's Welson Sim beats Olympic champion to win gold in Monaco


KUALA LUMPUR: Swimmer Welson Sim rewrote his national record in the men's 400m freestyle event for Malaysia's second-ever title in the Mare Nostrum tour in Monaco on Sunday.

The 20-year-old did it in style by edging reigning Olympic champion Mack Horton of Australia for the gold medal.

Welson erased his previous record of 3:50.33 set in March last year by clocking 3:49.48 for the gold medal.

Horton posted 3:50.13 for the silver while China's Qiu Ziao took third on 3:51.18.

Phee Jinq En won Malaysia's first ever gold in the tour achieved in the women's 50m breaststroke also in Monaco last year.

7 Jun 2017

Terengganu Negeri Terkaya Di Malaysia Bukannya Selangor Dan Pulau Pinang


Tahukah anda kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM 88.8 juta untuk bantuan Dana Raya kepada 239,323 orang penerima tahun ini?

Usah banding Selangor dengan kerajaan pusat, dengan negeri Terengganu pun, kerajaan negeri PKR Azmin Ali sudah kalah.

Azmin Ali beri bonus dua bulan gaji setengah kepada hanya 17,700 orang kakitangan di Selangor sahaja. Melibatkan kos RM58 juta. Jumlah yang dibelanjakan kerajaan negeri Terengganu lebih besar dan lebih ramai dapat manfaatnya berbanding Selangor.

Perkara ini boleh meletakkan Terengganu sebagai negeri yang terkaya di Malaysia bukannya Selangor dan Pulau Pinang.

Terengganu mengumumkan peruntukan Dana Raya sebanyak RM88.8 juta yang terdiri daripada warga emas seramai 33,305 orang sebanyak RM9.9 juta.

Isi rumah berpendapatan rendah seramai 154,730 orang menerima sebanyak RM61.2 juta. Orang kurang upaya seramai 14,405 orang menerima sebanyak RM4.3 juta. Ibu tunggal atau duda seramai 37,283 orang menerima sebanyak RM13.4 juta.

Di Selangor, PKR pernah berjanji dalam manifestonya pada 2008 untuk beri RM100 elaun bulanan kepada semua ibu tunggal di Selangor. Manifesto itu tidak ditunaikan pun.

Hebat kerajaan negeri Terengganu lagi bila mampu beri RM400 sebagai duit raya kepada semua ibu tunggal di negeri Terengganu. Nasib baiklah ada kerajaan pusat beri bantuan BR1M kepada ibu tunggal di Selangor.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan 3 bulan gaji.

Bayaran bonus itu katanya akan dibuat pada 15 Jun yang akan datang katanya dan akan melibatkan kira-kira hampir 5,000 orang penjawat awam di negeri ini. Itu pun belum tentu dapat.

Dana Raya yang dibuat di negeri Terengganu lebih sistematik berbanding Selangor yang ada Skim Mesra Usia Emas dan YAWAS. Namun entah kemana dana yang berjuta juta disalurkan. Teresa Kok yang jadi ahli parlimen di Wilayah Persekutuan pun dapat duit YAWAS.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.

Mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon. Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

Pemberian bonus dua bulan setengah gaji di Selangor dan tiga bulan gaji di Pulau Pinang merupakan gula-gula politik sahaja bagi memenangi plihanraya akan datang.

Namun nampaknya Azmin dan Guan Eng gagal menandingi kehebatan kerajaan Terengganu yang telah bertahun-tahun memberikan bantuan Dana Raya kepada rakyat tanpa menunggu tarikh Pilihan Raya Umum.

Memang banyak perbezaan di antara kerajaan BN yang ikhlas berkhidmat demi kebajikan rakyat dengan kerajaan PKR dan DAP yang berkepentingan politik semata-mata.

Tulisan :
Beruang Biru
BB460, Rabu
7 Jun 2017

Berebut jenazah anak akibat perkahwinan berlainan agama

Kejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.

Mana tidaknya, dek kerana si ayah Islam dan emak Kristian, jenazah aktres berkenaan Yana Zein menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.

Memetik laporan media tempatan, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.

Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.

Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.

Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.

Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama.

Duit Raya Daripada Kerajaan BN Bantu Rakyat Hadapi Aidilfitri


Diberi salah, tak diberi pun salah. Itulah perangai setengah pihak. Ia mengenai pemberian bantuan khas kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, 743,000 pesara kerajaan juga akan menikmati bantuan khas sebanyak RM250.

Malangnya selepas pengumuman itu dibuat, ada pula yang telah membandingkan pemberian berkenaan dengan bonus yang diterima oleh penjawat awam di Selangor iaitu sebanyak 2.5 bulan. Harus diingat, kerajaan BN  beri bantuan ini secara konsisten setiap tahun.

Guan Eng yang katanya janji tiga bulan gaji, menurut sebuah portal pembangkang, masih tidak tahu hendak gadai tanah di mana lagi tahun ini untuk beri bonus. Entah entah tidak dapat langsung di Penang.

Sebenarnya adalah tidak adil untuk membuat perbandingan berkenaan kerana di Selangor hanya 17,700 orang penjawat awam sahaja, itu pun dengan perbelanjaan RM58 juta sahaja.

Duit Marris yang diberi kerajaan pusat untuk Selangor pada tahun 2016 lebih besar iaitu RM497 juta. Ada nampak jalan jalan baru di Selangor? Jalan masih berlubang, sesak teruk. Jadi kerajaan Azmin di Selangor benar benar gunakah duit Marris ini untuk jalanraya? Atau ambil duit Marris ini beri bonus dua bulan setengah gaji?

Berbeza dengan kerajaan pusat di mana terdapat 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara. Bayangkan, dengan bantuan sebanyak RM500 sahaja sudah melibatkan perbelanjaan RM1 bilion, bagaimana pula jika kerajaan pusat memberikan bonus sebanyak 2.5 bulan.

Jumlah kakitangan awam Selangor hanya 0.28 peratus daripada keseluruhan 6.3 juta penduduk Selangor. Hanya jumlah kecil itu sahaja yang akan menikmati bonus berkenaan, bagaimana pula dengan penduduk yang lain?

Mujurlah daripada jumlah berkenaan, kira-kira 1 juta penduduk Selangor merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jadi dapatlah mereka menarik nafas lega kerana bayaran BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai bulan ini.

Sama ada bantuan khas kerajaan kepada penjawat awam atau bayaran BR1M bernilai RM500 ini dianggap kecil bagi sebahagian orang, namun ia amat bererti kepada penoreh getah, petani dan pekebun kecil.

Semalam Dato Seri Najib akan beri lagi dekoder percuma kepada penerima BR1M. 4.2 juta dekoder percuma berharga RM199 setiap satu melibatkan belanja RM838 juta.

Jadi bagi yang mendapat wang berkenaan, tidak perlu memperkecilkan bantuan yang diberikan dengan membandingkan dengan penjawat awam di Selangor kerana manfaat sebenar bonus adalah untuk Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri.

Gaji Menteri Besar, Azmin Ali adalah sebanyak RM29,250 menjadikan beliau  penerima terbesar pemberian bonus ini, iaitu sebanyak RM73,125, diikuti oleh Exco Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM50,625 (gaji RM20,250).

Selain itu, defisit perbelanjaan kerajaan negeri Selangor terus meningkat RM450 juta pada tahun 2015, RM600 juta pada tahun lepas dan RM900 juta pada tahun ini.

Sedangkan defisit fiskal Kerajaan Pusat semakin berkurangan sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu 6.7% pada tahun 2009, 5.4% (2010), 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014), 3.2% (2015), 3.1% (2016) dan 3.0% pada tahun ini.

Apa pun pemberian bantuan kewangan ini menunjukkan bahawa jika kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan cekap dan dana tidak mencukupi, sudah tentu ia tidak dapat dilakukan tetapi Najib telah membuktikan sebaliknya.

Terimalah bantuan kewangan yang diberikan ini dengan penuh rasa syukur, bukan mengeluh dan membandingkan dengan yang lain.

Kalau PH perintah silap silap sejuta kakitangan awam kena buang di Putrajaya. Hendak rasa kena buang?, cubalah tengok. Apa yang kerajaan BN beri ini sekurang kurangnya dapatlah membantu untuk belanja duit raya. Berterima kasihlah.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ ».

"Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

 "Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia."

(Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan Al Albani di dalam Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah 1/702)

Tulisan :
Beruang Biru
BB459, Rabu
7 Jun 2017

Mahathir Memang Pakar "U Turn", Puji China Pula Bila Berada Di Jepun


Mahathir memang pakar "U Turn". Banyak perkara Mahathir sudah buat "pusingan u". Dulu kata Anwar peliwat dan layak dipenjara, kini pakai "badge free Anwar" dan "sign" kempen bebaskan Anwar.

Dulu kata Kit Siang rasis, kini sudah puji Kit Siang melangit dan ke mana mana sahaja berkepit sahaja dengan Kit Siang.

Satu ketika kata BR1M rasuah, kemudian pusing kata mahu laksanakan BR1M jika dapat kuasai Putrajaya. Mahathir sudah "mamai dah".

Semalam, di Jepun Mahathir memuji negara China pula sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini, termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Dato Seri Najib ke China dan Forest City 

Guan Eng pinjam duit dan berhutang entah berapa juta dengan bank dari China, Mahathir tidak pula kecam kata hendak jual Penang pada China. Diam sahaja, sebab takut dengan DAP.

Mahathir menyatakan pujian kepada China pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-23 di Jepun yang dianjurkan oleh Nikkei Inc.

Lihat video di pautan ini :
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1547897295254171&id=206671872710060

Menurut Mahathir, persidangan berkenaan perlu menjemput negara China, iaitu kuasa ekonomi paling besar di Asia untuk menyertainya.

Mahathir kata, tanpa negara Amerika dalam kumpulan itu, negara lain boleh memikirkan cara baru untuk bekerjasama di antara satu sama lain dengan lebih adil.

"Negara Asia perlu mengambil peluang untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada Amerika Syarikat (AS) dari segi politik dan perdagangan, Malaysia merupakan satu daripada tiga negara anggora dalam ASEAN yang ada dalam Perjanjian Trans-Pasifik yang kini terdiri daripada 11 negara anggota selepas AS menarik diri.

"Perjanjian itu perlu dikaji semula kerana kandungan keseluruhan asal sebelum ini kebanyakannya digubal oleh AS. Persaingan akan menjadi lebih adil, oleh itu, kita perlu mengundang China bersama-sama," katanya.

Mahathir terus memuji China dengan mengatakan jika meminggirkan China ia bermaksud mereka tidak mengendahkan peranan yang dimainkan oleh China di rantau berkenaan. Pusing sungguh Mahathir ini.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa masuk pelaburan asing dari China, Mahathir menuduh Najib menjual kedaulatan negara kepada negara China. Di Jepun, bukan main lagi Mahathir bagi nasihat agar jangan pinggirkan negara China.

Penjualan sebahagian pegangan DRB-Hicom dalam Proton kepada syarikat Geely dari China juga dituduh Mahathir sebagai menjual aset negara kepada orang asing.

49.9 peratus pegangan DRB-Hicom dijual kepada Geely adalah kerjasama strategik Proton, tetapi dituduh Mahathir sebagai jual kedaulatan negara.

Mahathir memang mudah lupa. Pada 13 Jun 2014, Mahathir bersama Tan Sri Syed Mokhtar terbang ke China berjumpa untuk membuat rundingan antara Geely dan Proton. Berita ini dilaporkan oleh portal Jepun iaitu Nikkei Asian Review.

Baca pautan ini :  http://asia.nikkei.com/Business/Companies/Mahathir-seeks-to-turn-Malaysia-s-Proton-around-with-Geely-s-help?page=1

Kini selepas, Geely benar benar membeli saham Proton pada 2017, Mahathir kata Proton kena jual pada China. Apa sudah jadi? Mahathir sudah lupakah siapa yang sebenarnya memulakan rundingan dengan Geely pada 2014?

Bulan lepas ketika Mahathir ke Oman pada 9 Mei 2017, Mahathir juga membuat "pusingan u" di luar negara. Ketika berucap di The Third Duqm Society and Economy Forum di Oman, Mahathir menggesa Oman membuka pintu yang lebih luas pada pelaburan asing.

"With Malaysia’s limited experience in manufacturing, we decided not to be too patriotic and instead opened doors to foreign companies. Foreign companies came with their technology, as well as capital, which has helped develop the skills of citizens,” kata Mahathir.

Boleh pula Mahathir kata jangan terlalu patriotik sangat dan buka pintu pada syarikat asing yang ada teknologi dan modal besar.

Hanya bila berada di Oman dan Jepun, Mahathir memuji pelaburan asing masuk. Namun bila berada di Malaysia, lain pula nada Mahathir. Inilah "pusingan u" Mahathir.

Samalah macam hendak jadi PM semula. Dulu sungguh sungguh menagis kata "tak mau dah" sebab "dah lama dah". Namun sekarang ini sungguh sungguh hendak jawatan itu balik.

Mahathir sudah terdesak sangat. Sanggup buat apa sahaja demi kroni dan anak sendiri. Buat "pusingan u" pun tidak mengapa janji matlamatnya tercapai.

"The ends justify the means".

Tulisan :
Beruang Biru
BB458, Rabu
7 Jun 2017

6 Jun 2017

Pengacara program TV3 didakwa di mahkamah hina ayah Watson Nyambek

Bekas pengacara program sukan TV3 didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana mengeluarkan kenyataan menghina mendiang ayah bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, lapor The Star.

Azizul Ammar, 30, dan penerbit program Sukan Tak Sentral, Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azizul didakwa menyebut perkataan “Nyambek” iaitu nama akhir Watson secara mengejek dalam program komedi disiarkan TV3 itu.

Majistret Saiful Sayoti membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Beliau juga mengarahkan mereka untuk hadir di mahkamah pada 4 Julai untuk pra-perbicaraan.

Watson sebelum ini enggan menerima permohonan maaf daripada Azizul dan syarikat penerbitan Primework Studios.

“Saya susah menerima permohonan maaf tersebut kerana mereka menghina dan menyamakan bapa saya dengan seekor haiwan dan saya berasa amat kecewa dan marah,” katanya.

Peguam Negara Dibayar RM1,000 Bukannya RM9.5 Juta Seperti Difitnah Sarawak Report


Tidak logik kata mereka. Pihak pembangkang hari ini berhempas pulas memainkan isu kononnya RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Tuduhan itu dibuat dari luar negara. Oleh portal yang sebelum ini sudah beberapa kali kantoi menyiarkan cerita fitnah. Bekas penulis Sarawak Report, Lester Melanyi pernah mendedahkan 90% daripada artikel Sarawak Report adalah artikel yang dimanipulasi dan diubah suai.

Mengapa buat tuduhan dari luar negara? Bawalah ke mahkamah jika ada bukti kukuh. Tidak berani sebab perkara itu adalah rekaan semata mata. Sudah lebih dua tahun Anwar dihukum penjara, baru timbul pula cerita baru. Tuduhan RM9.5 juta ini adalah persepsi semata mata.

Cerita RM9.5 juta ini tidak boleh menidakkan keputusan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 14 Disember 2016 yang mengekalkan keputusan panel terdahulu pada 7 Mac 2014 untuk penjarakan Anwar.

Keputusan panel itu juga menurut Tan Sri Zulkefli adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri.

Logik dibayar RM1,000 sahaja? Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah membuat persetujuan bagi membayar RM1,000 kepadanya selaku Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II yang membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Perkara ini tidak didedahkan kepada umum atas dasar kerahsiaan dan ianya dijawab di parlimen setelah mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee.

Pada 11  Mac 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah menjawab pertanyaan Er Teck Hwa, Ahli Parlimen DAP-Bakri. Jumlah bayaran adalah RM1,000. Adakah pembayaran RM1,000 ini merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, ia bukanlah satu kesalahan asalkan terdapat terma-terma tugas yang ditetapkan Jabatan Peguam Negara kepada Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya dan dipersetujui sebagai syarat ada pembayaran di situ.

Berita Harian 14 Oktober 2014 melaporkan Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (ketika itu) secara "fiat" (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ramai yang tidak tahu bahawa ada berbagai kaedah pelantikan pegawai kerajaan dilakukan termasuklah pelantikan secara  Contract of Service ( COS) dan Contract For Service ( CFS). 

Berdasarkan kesesuaian Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam Negara pada ketika itu, jika sekalipun terma dirahsiakan ( atas sebab etika & kerahsiaan), ramai yang menafsir dengan penuh yakin bahawa beliau dilantik secara Contract For Service ( CFS).

Sila rujuk http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1219&Itemid=328〈=ms

Ini kerana Contract For Service  atau CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu. Dengan kata mudahnya, ia lebih terbuka.

Ini bermakna terma pelantikan, tugasan, gaji dan segala kelayakan oleh Muhammad Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya itu telah ditentukan. Hanya Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee saja yang tahu. Apapun cara pelantikan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara kepada Muhammad Shafee, ia tetap menjelaskan Ketua Pendakwa Raya yang dilantik merupakan seorang pegawai kerajaan pada ketika itu.

Justeru, jelaslah kepada kita bahawa dakwaan dangkal oleh Sarawak Report mengenai jumlah bayaran khidmat guaman RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee adalah palsu sama sekali.

Dakwaan Sarawak Report itu ternyata fitnah dan tidak benar bila mengaitkan kononnya pembayaran tersebut diambil dari wang 1MDB. Apatah lagi dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah pun ditutup 30 Ogos 2013.

Sarawak Report mendakwa kononnya pembayaran kepada Tan Sri Shafee dari akaun Datuk Seri Najib ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Hendak bayar bagaimana jika akaun itu telah ditutup pada  30 Ogos 2013? Sebab itu cerita karut ini direka dari luar negara oleh portal yang dibiayai oleh Open Society Institute, tajaan George Soros.

Logik Tan Sri Shafee dibayar RM1,000 atas kapasitinya sebagai Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara.

Pendakwa tidak dibayar kerana dalam kes jenayah pendakwa adalah mewakili kerajaan. Mereka adalah pegawai kerajaan bergaji atau peguam yang dilantik khas oleh kerajaan.

Kalau kes sivil kedua dua pihak ada peguam tetapi tidak dipanggil pendakwa atau peguam tertuduh. Ianya dipanggil peguam planitif dan defendan.

Kes liwat Anwar ini adalah kes jenayah.
Sarawak Report tidak usahlah buat cerita karut semata mata hendak bebaskan Anwar. Patutlah pakai Sarawak Report sebab Rafizi sudah kantoi banyak kali menipu.

Rakyat Malaysia bukan mudah lupa. Mereka tahu sejarah fitnah Sarawak Report. Sudah sudahlah buat cerita fitnah di bulan Ramadhan ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB456, Selasa
6 Jun 2017