Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

7 Sep 2017

Mahathir Bergegas Ke Putrajaya, Mahu Dengar Sendiri Apa Anwar Cakap Mengenai RCI Forex

Mahathir khabarnya bergegas ke Putrajaya untuk mendegar sendiri apa Anwar cakap mengenai Skandal RCI Forex. Mahathir dilaporkan dalam perjalanan ke Istana Kehakiman Putrajaya tengahari ini.

Ini bermakna Mahathir sudah tidak percaya lagi pada laporan orang lain mengenai apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex. Mahathir sanggup hadir dan duduk di kerusi orang awam untuk dengar dengan telinganya sendiri.

Semalam, Mahathir baru sahaja buat hal dengan Anwar bila berkata surat Anwar dari penjara mengundang masalah. Mahathir kata sudah ada noktah mengenai hubungan PAS dan Pakatan Harapan.

"Kami akan letakkan tanda noktah untuk rundingan itu. Saya harap kita boleh buat begitu" kata Mahathir semalam. Dilaporkan oleh sumber dalaman, Anwar tidak berpuashati dengan kenyataan yang diberikan Mahathir itu.

Seolah olah Mahathir sudah menguasai PKR pula dalam urusan dalaman mereka. Anwar memang rasa tercabar dan terganggu emosinya dengan ayat ayat Mahathir itu. Silap silap Anwar "u turn" pula hari ini, bantai Mahathir.

Hari ini, memang benarlah jantung Mahathir berlari sederas kudanya. Risau dan gabra menanti apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex yang rugi sampai RM32 billion. Kenyataan Zeti semalam yang mengesahkan kehilangan wang puluhan billion itu amat meresahkan Mahathir.

Apa pula komen Anwar mengenai kenyataan Murad? Sebenarnya Anwar mengetahui hal kehilangan wang ini, namun disembunyikan untuk selamatkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan.

Mahathir pernah memujuk Anwar dengan cuba tandatangan kempen mahu bebaskan Anwar. Mahathir cuba pujuk Anwar dengan cara bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar dengan The Guardian UK.

Mahathir cuba cari Anwar sampai di mahkamah sebanyak dua kali untuk berbaik semula dengan Anwar. Namun bila ditanya mengenai hal Anwar sebagai peliwat, Mahathir masih pertahankan kenyataannya yang lama dahulu.

Mengenai hal liwat,  Mahathir belum minta maaf pada Anwar. Hari ini, Mahathir bergegas ke Istana Kehakiman Putrajaya untuk dengar sendiri apa yang Anwar cakap.

Apakah hari ini Anwar pula akan conteng arang ke muka Mahathir atau Mahathir akan meratap dan merayu agar Anwar selamatkannya. Mahathir sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri dari skandal perbankan terbesar di dunia yang berlaku pada zamannya itu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB568, Khamis
7 September 2017

6 Sep 2017

Hati-hati Dengan Pejuang Rakyat. Kerana Mereka Kesultanan Bangsa Melayu Di Indonesia Musnah

Adakah kami di tanah melayu telah lupa???? Adakah kita telah lupa? Pada tanggal 1946, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Tengku Amir Hamzah,Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit . beliau tak lari saat nak dibunuh , beliau berkata " lari dari binjai patik pantang,Patik ialah keturunan Panglima , kalah di gelanggang sudah biasa".
Di Malaya,besyukurlah kita diatas kegagalan Gagasan Indonesia Raya melalui Penubuhan UMNO disaat2 amat terdesak dan kritikal.

Jika tidak,belum tentu apa nasib Islam,Melayu dan Raja2.

HATI HATI DENGAN YANG NAMANYA ''PEJUANG RAKYAT''..PADAHAL MEREKALAH GUNTING DALAM LIPATAN.

Al Fatihah untuk leluhur kita.
Salam kemerdekaan Malaysia KE 60

ASEAN Should Come Together to Help Malaysia Stop Genocide in Myanmar

Everybody should not resort to only reading about this situation. The United Nations has reported that some 73,000 Rohingya refugees have crossed the border to Bangladesh since August 25.

Satellite images released by Human Rights Watch on Saturday showed tens of thousands of people trapped at the Bangladesh border without any food and medical help.

They ran away because of the genocide and ethnic cleansing by the Myanmar military junta towards the Rohingyas. Junta killed tens of thousands of Muslims in the Rakhine state.

Houses were burned, men were killed, women were raped and young children were also victimized by the situation.

The situation has touched the hearts of many. Many were affected by this inhumane cruelty. This situation happened with the knowledge of the world's Nobel laureates.

No single human is able to witness another human being the victim of a mass murder, of a genocide. Everyone will argue against it. It hurts to see what's happening in Myanmar.

Malaysia is not only the champion of the SEA Games, but is also a champion in humanitarian issues happening in ASEAN. Malaysia is among the first to speak against the cruelty issue that happened in the Rakhine state among other ASEAN countries.

On December 4, 2016, Datuk Seri Najib Razak, the President of UMNO along with Datuk Seri Hadi Awang, the President of PAS, together with some 10,000 Muslims gathered at Stadium Mini Titiwangsa, denouncing the cruelty of the Myanmar military junta.

"We have something to say to the Myanmar’s government. We want to tell Au San Suu Kyi, enough is enough, enough is enough."

"They (the Myanmar's government) warned me. They warned me but I do not care, I'm here in the name of the ummah and as a Malaysians. Allahuakbar!!!” said Datuk Seri Najib.

On January 31, 2017, Datuk Seri Najib sent a flotilla on a mission to bring thousands of supplies and medicines to Myanmar.

Datuk Seri Najib's consistent effort to protest against the cruelty in Myanmar was praised by Rached Ghanbouchi, the President of Tunisia who described it as a noble endeavor for the sake of the Muslims.

It cannot be up to Malaysia solely. All other ASEAN countries need to demonstrate their loyalty and agreement regarding the humanitarian issues than is happening towards the Rohingyas. ASEAN needs to be involved in this humanitarian issue and not just in sporting events. All ASEAN leaders must come together to fight this situation.

Ban Kin Moon has been praising Malaysia’s effort on the issue since 2015. This means that Malaysia's efforts and initiatives over the Rakhine issue on the UN and regional platform have been recognized by the world’s body.

On December 12 2016, Yanghee Lee, UN representative confirmed that the Myanmar government could face humanitarian crimes in the international court. This is because there are so many pictorial and video proofs about the brutality of the Myanmar military junta.

The UN should not just praise Malaysia's efforts. They should not stop at talking about making a move but instead, they should start making a move. The genocide is still happening. Babies died in the arms of their mothers because of milk and food shortages. How long do we have to witness babies becoming victims of such cruelty?

UN and ASEAN must act now. It's time to turn words into actions. Last Sunday, Datuk Seri Najib had asked Ban Kin Moon to urge the Myanmar military to use a holistic approach to resolve the issues in Rakhine.

ASEAN needs to call for a special session. All ASEAN countries need to be together with Malaysia on this humanitarian issue. It is necessary to embargo the economy against Myanmar if the junta is still in full force with the genocide.

This cruelty is a humanitarian issue. It hurts to see such brutality. Come on Malaysians, together we opposed the junta's cruelty.

Let's tweet the objection on @UN twitter page and use the #Rohingya hashtag.

Written by:
Beruang Biru
BB564, Tuesday
5 September 2017

Skandal RCI Forex Resahkan Mahathir

"Berdasarkan keterangan saksi, banyak yang tidak mengetahui perkara ini secara mendalam. Bahkan, isu ini disimpan terlalu lama,” kata Tan Sri Saw Choo Boon, salah seorang panel suruhanjaya.

Ayat Choo Boon ini sudah pasti meresahkan Mahathir. Lebih meresahkan bila enam perkara penting telah berjaya ditemui oleh panel penyiasat Skandal Forex ini.

Sepuluh hari bagi pendengaran awam mengenai kehilangan puluhan billion wang  Bank Negara. Sudah berlalu 4 hari iaitu pada 21 Ogos, 24 Ogos, 29 Ogos dan 30 Ogos.

Enam perkara utama telah ditemui setakat ini sepanjang empat hari pendengaran RCI Forex.

Pertamanya, wang sejumlah RM31.5 billion disahkan hilang antara tahun 1991 hingga 1994. Tiada tindakan diambil terhadap pihak yang melesapkan wang tersebut. Perkara ini disahkan oleh Abdul Aziz Abdul Manaf, bekas staff Bank Negara.

Keduanya, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, bekas juruaudit Bank Negara mengesahkan bahawa sistem Bank Negara pada masa itu tidak ada "check and balance". Selain terdapat pengolahan laporan untuk sembunyikan nilai sebenar yang hilang.

Ketiga, Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara mengesahkan bahawa Menteri Kewangan pada ketika itu iaitu Anwar Ibrahim memberitahu bahawa dia mungkin akan kena letak jawatan jika kerugian sebenar diketahui.

"Pada awal tahun 1994, saya diarah oleh Gabenor untuk memberi penjelasan mengenai kerugian mata wang asing kepada Anwar, yang ketika itu Menteri Kewangan, ketika kami dalam penerbangan ke Hawaii" kata Abdul Murad.

Malah Murad menyifatkan Skandal Forex pada zaman Mahathir itu jika didedahkan akan menjadi satu skandal terbesar dalam sejarah perbankan dunia.

"Kedudukan kerajaan yang memerintah juga akan tergugat dengan skandal ini, oleh itu, "penutupan" terpaksa dilakukan untuk menjaga imej BNM dan kerajaan," kata Murad.

Keempat, Wong Yew Sen mendedahkan polisi Bank Negara mengenai urusniaga mata wang pada ketika itu adalah tidak komprehensif.

Kelima, Essah Yusuf, bekas pengurus dana di Bank Negara menyatakan bahawa Tan Sri Nor Yakcop bertanggungjawab untuk urusniaga mata wang pada ketika itu.

Keenam, Fizaman Noor Mohammed, peniaga mata wang di Bank Negara menyatakan pengurusan Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengarahkan beliau melakukan transaksi mencecah AS$800 juta (RM2.5 bilion) sehari.

Fizaman Noor Mohamed Nasir berkata transaksi pada jumlah sebegitu besar hanya boleh dilakukan atas arahan pengarah jabatan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Apa pula yang akan Nor Yakcop akan cakap nanti bila dipanggil oleh RCI Forex? Siapa yang arahkan dia untuk dagang sampai RM2.5 billion sehari? Ini yang buat Mahathir resah.

Mahathir dijangka akan dipanggil pada 19 - 21 September ini. Oleh kerana tidak tahan, Mahathir sendiri datang untuk mendengar pendengaran awam yang diadakan pada hari kedua, 24 Ogos 2017.

Mahathir amat resah bila dengar pendengaran hari pertama telah buktikan ada RM31.5 billion hilang dan tiada tindakan dibuat terhadap orang yang bertanggungjawab.

Menjelang 19 September ini, Mahathir amat resah sekali. Oleh kerana itulah dia sengaja buat buat sibuk naik kuda dan naik MRT. Sudah tidak ada apa yang boleh dibuat untuk tarik perhatian kepadanya.

Lebih resah bila, Malaysia dapat 145 pingat emas dan seluruh negara bergembira bila Dato Seri Najib umumkan cuti. Apa lagi modal Mahathir? Sampai montaj Buletin Utama pun hendak dipolitikkan.

Mahathir begitu terdesak dan resah. Kem Azmin tengah bergaduh sakan dengan kem Anwar yang diketuai Rafizi. Buat parti baru PPBM pun tiada sambutan. Buat Pakatan Harapan pun banyak yang kelam kabut.

Claire Brown terkontang kanting seorang diri di Mahkamah London. Mahathir juga bakal terima nasib yang sama mengenai RCI Forex. Mahathir resah kerana takut Kit Siang, Anwar dan Nor Yakcop pecah lubang nanti.

Ini yang buat Mahathir resah. Kebenaran akhirnya akan diketahui. Skandal Forex adalah skandal kewangan terbesar dalam sejarah perbankan dunia. Ianya berlaku zaman Mahathir, ini faktanya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB563, Selasa
5 September 2017

Kenapa Nurul Izzah Marah Bila Mahathir Mahu Tubuh Proton Kedua

Mata terbeliak. Jelas sekali, raut wajah anak Anwar Ibrahim itu tidak puas hati. Siap berpaling dan buat mimik muka tidak suka lagi pada Mahathir. Lihat video ini ;
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1607360929284378&id=697192853634528

“Kalau saya tak dapat balik Proton, saya ada idea untuk memulakan sebuah lagi syarikat automotif,” kata Dr Mahathir pada forum tentang pelaburan China di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 24 Ogos 2017.

Sedangkan sebelum itu, Naib Presiden PKR itu memberi bayangan rancangan menubuhkan Proton yang satu lagi akan dikaji semula jika mereka berjaya kuasai Putrajaya.

“Kita juga bertuah kerana ada pakar yang boleh membantu kita membuat keputusan yang baik, apabila kita menjadi kerajaan,” kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah menegaskan perkataan “keputusan baik” bermakna keputusan untuk menubuhkan Proton bukan satu prioriti bagi PH dan juga ayahnya.

Kenapa Nurul Izzah tidak puas hati bila Mahathir mahu buat Proton yang kedua? Mungkin ini sebabnya.

"Siapa yang benarkan syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga menjadi hanya jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?" kata Nurul Izzah dalam buku bertajuk Masa Depan, Masa Kita dalam mukasurat 159.

Maknanya, Nurul Izzah akui Proton dibawah Mahathir sebenarnya hanyalah jaguh kampung sahaja. Selain itu, Nurul Izzah sifatkan Proton pada zaman Mahathir turut gagal seperti MAS dan juga Perwaja.

Dalam mukasurat 28, buku yang sama, Nurul Izzah memperleh Proton pada era Mahathir dengan membandingkannya dengan kereta Hyundai.

Menurut Nurul Izzah, Hyundai yang  bermula pada tahun 1970an sudah menjadi jenama dunia berbanding Proton yang bermula pada tahun 1980an dan 8masih lagi menjadi jaguh kampung.

Oleh kerana itulah, Nurul Izzah tidak berpuashati bila Mahathir mahu buat Proton yang kedua. Ayah Nurul Izzah juga pernah buat laporan polis bila Petronas membeli 27.2 sen  saham Proton dengan jumlah RM1 billion pada 7 Ogos 1999.

Anwar Ibrahim sifatkan pembelian pada zaman Mahathir ini ada unsur nepotisme dan kroni. "Tahukah adinda, sebanyak apapun Proton yang kami produksi, itu belum ada apa-apanya jika dibandingkan satu N-250 yang telah diproduksi Indonesia” kata Anwar memperlekeh Proton dan memuji produk Indonesia.

Bapa perlekeh kereta Proton dan anggap ianya projek kroni. Anak pula anggap Proton hanya jaguh kampung dan projek gagal. Memang dalam hati Nurul Izzah tidak suka dengan projek kereta zaman Mahathir ini.

Oleh kerana itu, Nurul Izzah beri reaksi tidak suka bila Mahathir cadang mahu buat Proton yang kedua.

Inilah dia politik tidak ikhlas dan saling tikam belakang yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Mulut cakap lain, hati kata lain. Pakatan apakah ini?

Mahathir selaku Pengerusi mahu Proton yang kedua. Anak Ketua Umum Pakatan Harapan pula Nurul Izzah tidak setuju. Mereka sebenarnya tidak berpakat.

Amat bahaya memperjudikan nasib negara kepada pakatan pembangkang yang berperangai sebegini. Mereka tidak akan membawa Malaysia ke mana mana pun.

Mereka akan mewarisi permusuhan lama mereka dan terus bertikam sesama sendiri jika mereka berkuasa. Masing masing hanya berpolitik untuk anak sendiri dan kroni, bukanya untuk rakyat pun.

Tulisan :
Beruang Biru
BB562, Selasa
5 September 2017

ASEAN Perlu Bersama Bantu Malaysia Hentikan "Genocide" Di Myanmar

Semua orang tidak boleh tengok sahaja bila baca keadaan ini. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melaporkan sejumlah 73,000 orang pelarian Rohingya telah menyeberangi sempadan ke Bangladesh sejak 25 Ogos lepas.

Imej satelit yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch pada Sabtu lepas menunjukkan puluhan ribu orang terperangkap di sempadan Bangladesh tanpa makanan dan bantuan perubatan.

Mereka lari kerana junta tentera Myanmar sedang melakukan "genocide" dan "ethnic cleansing" terhadap orang Rohingya. Junta membunuh puluhan ribu orang Islam di daerah Rakhine.

Rumah dibakar, lelaki dewasa dibunuh, wanita dirogol dan anak anak kecil yang masih tidak mengerti apa apa turut menjadi mangsa keadaan.

Hati mana yang tidak menangis. Mata siapa yang tidak masuk habuk melihat kekejaman tidak berperikemanusiaan seperti itu. Ini semua dilakukan dibawah hidung pemenang anugerah Nobel dunia.

Bila paha kiri dicubit, paha kiri juga akan terasa sakit. Tidak ada manusia yang sanggup melihat manusia lain menjadi mangsa pembunuhan beramai ramai, genocide. Semua orang akan bantah. Sakit hati melihat apa yang  sedang berlaku di Myanmar.

Bukan sahaja menjuarai Sukan SEA, Malaysia juga jadi juara dalam isu isu kemanusiaan di ASEAN. Malaysia antara yang terawal menjuarai isu kekejaman yang berlaku di wilayah Rakhine ini di kalangan negara ASEAN yang lain.

4 Disember 2016, Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO  bersama dengan Datuk Seri Hadi Awang, Presiden PAS bersolidariti bersama 10,000 umat Islam di Stadium Mini Titiwangsa membantah kekejaman junta tentera Myanmar ini.

"Kita mahu beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita mahu beritahu Au San Suu Kyi, enough is enough, enough is enough"

"Dia (kerajaan Myanmar) gertak saya. Dia beri amaran kepada saya. Saya tidak peduli. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia seluruhnya. Allahuakbar!!!" kata Datuk Seri Najib.

31 Januari 2017, Datuk Seri Najib hantar satu misi fortilla membawa bersama ribuan bekalan dan ubatan dihantar ke Myanmar.

Usaha Datuk Seri Najib ini yang konsisten membantah kekejaman yang berlaku di Myanmar dipuji oleh Rached Ghanbouchi, Presiden Tunisia yang menyifatkan ianya usaha yang mulia demi umat Islam sejagat.

Tidak cukup hanya dengan Malaysia sahaja. Seluruh negara ASEAN yang lain perlu menunjukkan setiakawan dan sepakat dalam isu kemanusiaan di Rohingya ini. Bukan sekadar setiakawan dalam sukan, ASEAN perlu berpakat dalam isu isu kemanusiaan ini. Semua pemimpin ASEAN harus bersama berganding bahu.

Ban Kin Moon memuji usaha Malaysia dalam isu Myanmar ini sejak 2015 lagi. Bermakna usaha dan inisiatif Malaysia selama ini terhadap isu Rakhine di pentas PBB dan serantau sudah diiktiraf badan dunia itu.

12 Disember 2016, Yanghee Lee, wakil PBB mengesahkan bahawa kerajaan Myanmar boleh berdepan tuduhan jenayah kemanusiaan di mahkamah antarabangsa. Ini kerana terdapat begitu banyak sekali bukti bergambar dan video tentang kekejaman junta tentera Myanmar.

PBB tidak boleh hanya memuji usaha Malaysia. Bercakap mahu bertindak tetapi tiada pun tindakan susulan yang konsensus. Pembunuhan beramai ramai masih berlaku. Bayi kecil mati dalam dakapan ibu kerana tiada susu dan makanan. Sampai bila mata kita mahu melihat bayi sebegini menjadi mangsa kekejaman?

PBB dan ASEAN harus bertindak. Sudah sampai masanya keprihatinan terhadap isu Rohingya ini masuk ke fasa tindakan. Ahad lepas, Datuk Seri Najib sudah minta Ban Kin Moon menggesa pihak tentera Myanmar mengunakan pendekatan holistik dalam menyelesaikan isu di Rakhine.

ASEAN perlu panggil sidang khas. Semua negara ASEAN perlu bersama Malaysia terhadap isu kemanusiaan ini. Jika junta masih mengganas, amat perlu embargo ekonomi terhadap Myanmar.

Kekejaman yang berlaku ini isu kemanusiaan. Bengkak dan berair mata melihat kekejaman yang berlaku. Ayuh rakyat Malaysia, kita bersama sama bantah kezaliman junta ini.

Mari kita tweet bantahan itu kepada twitter @UN dan gunakan hashtag #Rohingya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB564, Selasa
5 September 2017

31 Ogo 2017

Harimau Muda Tetap Hero Di Hati Rakyat

Di padang bolasepak, mereka mendapat pingat perak, tetapi di hati seluruh rakyat Malaysia, Harimau Malaya sebenarnya mendapat kalungan “pingat emas”. 

Pada tahun 2001, pembantu jurulatih dari Barcelona membimbing skuad “favourite” untuk memenangi emas Sukan Sea, namun akhinya tumpas pada minit ke 86 bila Kamarulzaman Hasaan menahan bola sepakan Sarawut menggunakan kaki dan masuk ke gol sendiri.

Kamarulzaman adalah penjaga gol terbaik pada waktu itu kerana pada pusingan kelayakan, hanya melepaskan satu gol sahaja. Namun ketika beraksi di pertandingan akhir, nasib tidak menyebelahinya.

16 tahun selepas itu, di stadium yang sama, Haziq Nadzli tertumbuk bola ke gawang gol sendiri pada minit ke 38 seterusnya memberikan gol kemenangan ke pasukan Thailand. Pasukan bolasepak semalam, dibimbing oleh anak tempatan, Dato Ong Kim Swee.

Biarpun ketinggalan 0-1, penyokong Ultras Malaya seluruh rakyat Malaysia tetap terus menyokong pasukan Harimau Muda untuk bangkit kembali melawan pasukan Thailand. Rezeki tidak memihak kepada pasukan negara.

31 Ogos 1989, itulah detik yang mahu diulangi oleh pasukan bolasepak negara semalam. Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea pada waktu itu setelah mengatasi Singapura dengan keputusan 3-1 di Stadium Merdeka. Pasukan Malaysia ketika itu dibimbing oleh Trevor Hartley dari England.

Semasa kejayaan emas bolasepak 1989 inilah, Dato Seri Najib Razak yang menjadi Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu melancarkan Program Tunas Cemerlang. Program ini merupakan sebuah program pembangunan bakat sukan bola sepak di kalangan pelajar berumur 13 sehingga 15 tahun yang dikelolakan oleh MSN dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Program ini bertujuan untuk melahirkan atlet-atlet berpotensi dan mengembangkan kemahiran mereka di sekolah atau pusat latihan, dengan kemudahan asas seperti asrama, padang/gelanggang latihan dan jurulatih yang bertauliah dalam kalangan guru untuk melatih atlet sepanjang tahun. Program ini merangkumi 42 pusat latihan melibatkan 1,295 murid dan 93 jurulatih.

Ong Kim Swee pada ketika Malaysia memenangi emas 1989 baru berusia 19 tahun. Belum lagi mewakili pasukan kebangsaan pada ketika itu, setahun selepas itu barulah Kim Swee dipilih menyertai pasukan Olimpik Malaysia. Bakat Kim Swee terhasil daripada program pembangunan sukan yang dirangka ketika Dato Seri Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1986.

Dasar Sukan Negara terbentuk ketika Datuk Seri Najib menjadi KBS. Datuk Seri Najib juga  menjadi penggerak  dalam mengkaji semula fungsi Majlis Sukan Negara untuk melahirkan atlet bermutu dan berkualiti.

Beberapa insentif dan skim diperkenalkan termasuklah untuk jurulatih, atlet dan staf sebagaimana menyediakan biasiswa sukan dalam dan luar negara. Ini tidak ketinggalan program di peringkat sekolah seperti program Kem Bakat dan Tunas Cemerlang untuk mengenal pasti kebolehan bersukan dari peringkat awal lagi.

Dasar Sukan Negara yang inilah yang menjadi asas pembentukan atlet cemerlang yang memenangi emas pada 2001 dan seterusnya melahirkan generasi kedua yang mengharumkan nama negara pada temasya Sukan Sea 2017 ini dengan  pungutan lebih 140 pingat emas. Insentif yang diperkenal pada era Dato Seri Najib menerajui KBS diteruskan sehingga kini kepada seluruh atlet negara.

Ong Kim Swee adalah generasi awal dan pasukan Harimau Muda 2017 yang dibentuknya pada hari ini adalah generasi kedua. Biarpun semalam, emas yang yang ke 141 tidak hadir menerusi bolasepak, namun pasukan Harimau Muda tetap menjadi pasukan paling disayangi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ada yang sanggup beratur seawal jam 1 pagi untuk menyaksikan pasukan Harimau Malaya. Ada yang datang jauh dari Utara dan Pantai Timur ke Shah Alam semata mata kerana mahu tengok aksi Thanabalan dan Safawi Rashid. Biarpun kalah semalam, namun topik mengenai pasukan Harimau Malaya menjadi “trending” di media sosial, kalah semua cerita lain.

Pasukan Harimau Malaya ini adalah yang paling popular sekali semasa Sukan Sea ini. Biarpun ada Prince Mateen di gelanggang polo, Leong Mun Yee di kolam renang dan Farah Ann Abd Hadi di pentas gimnastik, namun yang tetap menjadi pujaan hati semua penyokong Sukan Sea adalah pasukan Harimau Muda.

Jaringan gol sendiri hasil sepakan penjuru pemain Thailand, Sasalak Haiprakhon semalam yang memisahkan warna pingat untuk pasukan Harimau Malaya. Namun di hati penonton dan seluruh rakyat Malaysia, pasukan Harimau Malaya adalah pemenang pingat emas sebenar di hati mereka. 

Harimau Malaya akan beraksi lagi pada 5 September ini menentang Hong Kong dalam kelayakan Piala Asia. Kepada yang tidak dapat tiket semalam, boleh datang semula untuk beri sokongan kepada pasukan bolasepak negara. Mungkin beberapa pemain Harimau Muda mampu diserapkan ke dalam skuad Nelo Vingada untuk memperkemaskan lagi pasukan senior negara.

Manakala cabaran sebenar Harimau Muda adalah pada tahun hadapan dalam aksi Piala Asia B-23 AFC 2018.

Dendam kekalahan terhadap pasukan Thailand boleh ditebus dalam Aksi Piala AFF Suzuki pada tahun hadapan. Jika beginilah semangat rakyat Malaysia maka sudah pasti Harimau Malaya akan bangkit semula menjadi jaguh bolasepak yang digeruni di rantau ini.

Apa pun tahniah kepada pasukan Harimau Muda, anda semua adalah hero sebenar di hati rakyat Malaysia.

Tulisan:
Beruang Biru
BB560, Rabu
30 Ogos 2017

Hubungan Baik Malaysia & Arab Saudi Banyak Beri Manfaat Kepada Rakyat

Hujung bulan Februari lepas, Baginda Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan delegasi seramai 600 orang melawat Malaysia. Raja Salman memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk dilawati di benua Asia.

Hasil lawatan tersebut, Kerajaan Arab Saudi akan menambah 3 kali ganda jumlah biasiswa buat pelajar Malaysia di Arab Saudi bermula tahun hadapan. Kini, hanya terdapat 100 biasiswa tersedia bagi pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Islam Imam Mohammed bin Saud di Riyadh.

Kuota haji berjaya ditambah hasil lawatan Raja Salman tersebut. Setakat ini, kuota jemaah Haji Malaysia bagi musim Haji 2017 adalah 27,900 orang. Ketika musim haji ini, kuota itu berjaya ditambah sehingga 30,200 orang. Pada tahun hadapan, kuota haji jemaah Malaysia berjaya ditambah sehingga 40,000 orang.

Pada 31 Mei 2017, Tabung Haji mengumumkan tempoh menunggu haji dipendekkan selama 31 tahun. Dahulu tempoh menunggu haji adalah sehingga 120 tahun, akan dipendekkan menjadi 89 tahun sahaja.

24 Ogos 2017, Dato Seri Najib mengumumkan satu lagi berita baik buat jemaah haji dan umrah Malaysia. "Ini pilot projek. Malaysia menjadi negara pertama yang dibenarkan untuk melakukan program pre clearance oleh kerajaan Arab Saudi. Ia pengiktirafan kepada Malaysia" kata Dato Seri Najib selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

Jemaah haji dan umrah Malaysia juga tidak perlu lagi menunggu 5 hingga 6 jam bila sampai Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.

Video di bawah memaparkan bagaimana Jemaah Haji Malaysia penerbangan KT73 tiba di King Abdulaziz International Airport, mereka tidak perlu tunggu lama lagi. Turun kapal terbang terus masuk lalu kaunter dan beredar.

Lihat video di pautan ini ;
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=815832625264239&id=476011935912978

Hasil hubungan baik ini, Malaysia juga berjaya membina dua pusat jemaah haji, satu di Mekah berdekatan Masjidil Haram dan satu lagi di Masjid Nabawi di Madinah.

Sebelum lawatan Raja Salman, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berada pada jumlah sederhana sahaja iaitu RM13.99 bilion, pada 2016.

Semua itu berubah bila Saudi Aramco mahu membuat pelaburan berjumlah RM31.08 bilion dalam Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Johor.

Malah Arab Saudi juga menjejaki langkah Malaysia untuk mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak dan gas, termasuk memperkenalkan GST. Selain  melaksanakan Pelan Transformasi Nasional sama seperti Malaysia.

Hari ini adalah hari Wukuf di Padang Arafah mulai jam 12.21 tengahari (waktu Arab Saudi, Khutbah Arafah).

Di Malaysia, adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Dalam masa satu jam ini, marilah kita sebagai umat Islam di Malaysia mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan kepada Dato Seri Najib dan Barisan Nasional agar terus menerajui kerajaan di Putrajaya.

Hasil hubungan baik Dato Seri Najib dengan Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi telah banyak beri manfaat kepada rakyat Malaysia.

Di hari kemerdekaan ini, dan esoknya adalah Hari Raya Aidiladha, marilah kita bersama sama ucap terima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha usaha baik ini. Bersama samalah kita pertahankan negara ini dari diganggu gugat oleh pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Tulisan:
Beruang Biru
BB561, Khamis
31 Ogos 2017

28 Ogo 2017

Guan Eng "Lembukan" Penduduk Sungai Lembu Dengan Sebakul Durian

Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng tergamak menangguhkan operasi sebuah kilang haram dek kepentingan mereka sehingga sanggup mengambil ringan perihal kebajikan penduduk kampung berhampiran yang sudah menderita lama akibat kilang berkenaan.

26 Ogos lepas, pemimpin PKR bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri yang ditahan reman oleh SPRM, tempoh hari, Phee Boon Poh menyelesaikan masalah penderitaan penduduk Kampung Sungai Lembu dengan hanya memberikan mereka makan sebakul durian sahaja.

Kilang perusahaan habuk papan yang sudah beroperasi secara tidak sah selama lebih 10 tahun terus beroperasi tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

Alasan Guan Eng, memang dasar kerajaan negeri yang tidak dihebahkan iaitu menangguhkan operasi ke atas kilang atau premis besar yang beroperasi secara tidak sah kerana kerajaan negeri mahu mencari penyelesaian yang lebih adil untuk kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja hanya beri makan durian sahaja, Guan Eng pula kemudian memberikan RM10,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Sungai Lembu sebagai pemberian mencuci dosa yang langsung tidak setimpal dengan apa yang penduduk kampung berkenaan lalui.

Kalau dulu, semasa pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, DAP dan parti pembangkang lain mengutuk kerajaan dengan pelbagai tuduhan bahawa kilang berkenaan akan akibatkan ada orang mati dan ada orang akan jadi zombie.

Tuduhan ini tidak tepat. Selepas 5 tahun, tiada zombie di Lynas. Namun di Sungai Lembu ada 7 orang telah mati akibat kanser. Seorang mangsa yang mati bernama Mo Teng Jie, berusia 26 tahun. Gambarnya juga turut jadi viral di media sosial.

Namun DAP dan Guan buat buat tidak nampak dan tutup mata. Mahu tutup mata dan mulut rakyat dengan sebakul durian dan wang RM10,000 sahaja. Penduduk Sungai Lembu masih waras, mereka tidak sanggup "dilembukan" oleh Guan Eng.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas anak Lim Kit Siang itu dalam soal kilang haram. Ini kerana DAP sendiri masih dibelenggu masalah seperti itu tetapi sibuk mengkritik soal kilang Lynas.

"(Isu) Kilang Lynas diperbesarkan dan dijadikan isu sebelum pilihan raya kononnya menjadi punca kepada masalah radiasi, boleh sebabkan penduduk terkena kanser dan mati tetapi sampai hari ini tiada orang yang mati di Kuantan sebab Lynas," kata Dato Seri Najib semalam.

Dulu, ada kes penguatkuasa pihak berkuasa tempatan yang diganggu operasinya ketika menjalankan tugas serta turut diganggu secara seksual yang diberi RM200 sebagai habuan selepas anggota itu menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Ketua Menteri hanya tahu melayan rakyat negerinya seperti "lembu" sahaja. Penguatkuasa kena maki, tutup mulut dengan RM200. Padahal yang memaki itu adalah ahli DAP.

Kemudian 7 orang mati dan berpuluh lagi hidap kanser di Sungai Lembu mahu ditutup dengan wang RM10,000 dan sebakul durian sahaja. Ini tindakan yang tidak berperkemanusiaan oleh Guan Eng.

Kilang haram untung berjuta, rakyat yang kena penyakit dan keluarga mangsa yang mati hanya dapat rasa durian sahaja.

Rakyat Pulau Pinang jangan beri undi lagi pada DAP di Penang. Banyak lagi kilang haram akan tumbuh kalau DAP terus berkuasa. Kroni senang, rakyat akan terus menderita.

Tulisan :
Beruang Biru
BB556, Isnin
28 Ogos 2017

Rashid Rahman: Sebab untuk Bersih 2007


Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa pilihan raya umum 2008 adalah titik perubahan untuk politik Malaysia. Tetapi seseorang itu tidak boleh meremehkan sebab untuk apa yang terjadi pada tahun 2008. Ia seperti mengatakan WWII telah dicetuskan kerana Jerman menyerang Poland. Ahli sejarah akan memberitahu anda bahawa WWII telah dicetuskan oleh WWI dan Perjanjian Versailles pada akhir perang itu dan bahawa Jerman menyimpan dendam kerananya selama bertahun-tahun.

Oleh itu apabila Hitler datang untuk 'membalas dendam' ketidakadilan yang dilakukan ke atas Jerman dan untuk memulihkan maruah Jerman, rakyat Jerman bersatu di belakangnya, tidak peduli betapa gilanya beliau. Mereka menyerang Jerman selepas WWI semasa ia jatuh maka Jerman bangkit semula untuk membalas dendam.

Apa-apa pun, itu bukan fokus kita hari ini. Apa yang ingin kita bincangkan ialah apa yang menyebabkan peristiwa 2008 terjadi.

Terdapat banyak faktor untuk setiap senario. Salah satu faktor ialah Tun Dr Mahathir Mohamad menjalankan kempen kebencian yang berjaya sejak Jun 2006 sehingga Hari Mengundi pada Mac 2008 untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah tidak cekap ('Fourth Floor Boys' sebenarnya yang mentadbir negara itu), tidur semasa menjalankan tugasnya (tidur semasa mesyuarat, semasa majlis makan malam, dan malah ketika gambarnya diambil semasa persidangan APEC), korup (anaknya Kamal dan menantunya Khairy Jamaluddin melakukan tawaran yang tidak sah), adalah ejen Singapura (sebab itulah beliau tidak mahu membina 'Jambatan Bengkok' itu), dan banyak lagi.

Mahathir menggerakkan semua blogger dari kedua-dua belah jurang politik dan melancarkan serangan media sosialnya ke atas Perdana Menteri, Umno, dan Barisan Nasional. Sementara itu, Zainuddin Maidin (Zam) memberitahu Umno bahawa media sosial bukanlah ancaman kepada kerajaan. Kanak-kanak menggunakan internet untuk bermain ‘game’ dan mencari tiket penerbangan murah, kata Zam. Jadi mereka boleh mengabaikan media sosial. Kemudian, sudah tentu, semasa ‘post mortem’, mereka mengenal pasti internet sebagai salah satu faktor terbesar untuk mengalahkan kerajaan pada pilihan raya umum 2008.

Satu lagi faktor yang membawa kepada keputusan pilihan raya umum 2008 ialah perarakan Bersih November 2007 ke Istana Negara. Sekumpulan NGO dan aktivis politik, juga dari kedua-dua belah jurang politik, berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan petisyen kepada Yang Mulia Agong menggesa pembaharuan pilihan raya.

SPR telah menjalankan pilihan raya penipuan di mana parti pemerintah perlu menang hanya 45% undi popular untuk kekal berkuasa manakala pembangkang perlu memenangi sekurang-kurangnya 60% undi popular untuk mendapat kuasa. Walaupun mereka memenangi 55% undi, pembangkang masih tidak dapat memegang kuasa.

'Pilihan raya penipuan' adalah apa yang disebut oleh pembangkang. Istilah yang betul adalah menggerimander, dan itu bukanlah jenayah. Malah di AS dan UK ini juga dilakukan dan ini tidak menyalahi undang-undang di barat. Tambahan pula, terdapat perbezaan di antara kerusi di mana satu kerusi boleh menjadi 20,000 pengundi dan satu lagi boleh menjadi 120,000 pengundi. Secara idealnya varians sepatutnya sekitar 20% dan di sesetengah negara ini adalah undang-undang. Di Malaysia, variansnya adalah sangat besar dan itu tidak menyalahi undang-undang.

Tuntutan ketiga, tentu saja, adalah undi pos, yang ramai merasakan tidak lagi diperlukan kerana pelbagai alasan.

Apa-apa pun, ini dan banyak lagi telah menjadi sebab pembangkang tidak berpuas hati dan mereka cuba mengadakan sesi dialog dengan SPR sejak tahun 2000 tetapi SPR tidak melayan permintaan mereka. Dan orang yang mengetuai SPR dari tahun 2000 hingga 2008 ialah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Apabila ditanya apakah tugas SPR jika bukan untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka menjawab bahawa tugas SPR adalah untuk memastikan orang Melayu tidak kehilangan kuasa politik. Apabila ditanya kenapa mereka tidak dapat menghapuskan sistem pengundian pos, mereka menjawab jika mereka berbuat sedemikian, maka tidak ada seorang Menteri Kabinet pun yang boleh mengekalkan kerusi mereka.

Ya, Rashid Rahman dari SPR ini adalah seorang yang sombong yang sangat dibenci pembangkang. Perarakan pertama Bersih ke Istana Negara pada November 2007 adalah kerana Rashid Rahman yang begitu angkuh dan enggan untuk menerima petisyen kami yang menyerukan pembaharuan pilihan raya.

Sejak Rashid Rahman enggan menemui kami, kami tidak mempunyai pilihan selain daripada untuk membawa perkara ini kepada DYMM Agong. Walaupun begitu, Rashid Rahman memberitahu kami bahawa DYMM Agong tidak mempunyai urusan yang memasuk campur hal pentadbiran, terutama yang melibatkan politik.

Apa-apa pun, pilihan raya telah diadakan pada bulan Mac 2008 dan sejarah telah dicipta. Dan pada bulan Disember 2008, Rashid Rahman bersara dari SPR dan semua orang sangat gembira bahawa akhirnya beliau telah tiada dalam kuasa dan mungkin sekarang kami boleh berbincang dengan SPR mengenai pembaharuan pilihan raya.

Dan apa yang berlaku kepada Rashid Rahman selepas beliau bersara dari SPR?

Tidakkah anda dengar? Rashid Rahman kini merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau kini berada dalam parti yang merupakan rakan kongsi DAP dalam Pakatan Harapan dan bosnya, Mahathir, adalah 'Top Dog' pembangkang.

Bolehkah anda melihat bagaimana perkara ini menjadi sangat menarik? Rashid Rahman, salah seorang yang paling dibenci di Malaysia, yang tugasnya untuk mengganggu pilihan raya untuk memastikan Umno kekal berkuasa dan orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa politik, kini menjadi rakan kongsi DAP. Menurut DAP, jika tidak kerana Rashid Rahman, Pakatan Rakyat sudah pun berkuasa pada 2008. Tapi kini mereka tidak mungkin boleh berkuasa.

Sudah tiba masanya orang Cina bertanya DAP permainan apa yang mereka cuba mainkan. Mereka menyalahkan Dr Mahathir pada 13 Mei dan mereka menjadikannya sebagai Top Dog. Mereka menyalahkan Anwar Ibrahim kerana mengacau sekolah-sekolah Cina dan mereka menjadikannya calon Perdana Menteri. Mereka menyalahkan Rashid Rahman kerana penipuan pilihan raya dan mereka menjadikannya Naib Presiden PPBM. Adakah ini menunjukkan bagaimana pintarnya orang Cina DAP?

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 27 Ogos 2017

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/rashid-rahman-the-reason-for-bersih-2007/