Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

25 Mac 2013

“U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan”




Masihkah anda semua ingat detik 3 Mei 2012??? Apabila sekumpulan wartawan berpakaian hitam telah berhimpun sempena “Hari Kebebasan Media Sedunia” anjuran Malaysiakini di hadapan pejabat portal tersebut di Bangsar? Jika tidak ingat, biar penulis menyingkap kembali peristiwa tersebut, yang kononnya hendak menunjukkan solidariti menentang apa yang di dakwa mereka sebagai keganasan polis ketika demo Bersih 3.0.

Tapi yang datang hanya wartawan-wartawan yang pro-pembangkang dan selebihnya bukan wartawan pun malah langsung tidak ada kena-mengena dengan media baik cetak mahupun elektronik. Mereka hanya datang untuk meramaikan majlis bagi mengambarkan kononnya perhimpunan itu mendapat sokongan dan dokongan dari para petugas media.

Majoriti di kalangan wartawan pada ketika itu hanya tersenyum sinis, apabila melihat gelagat mereka yang buta menilai apa sebenar yang dimaksudkan dengan kebebasan media.

Persoalannya, adakah penganjur program, Malaysiakini turut mengamalkan kebebasan media? Pasti ramai yang mendengar soalan ini akan ketawa terbahak-bahak hahahaa. Kerana portal tersebut hanya berselindung disebalik nama ketelusan semata-mata, tapi pada hakikatnya adalah merupakan media propaganda pembangkang.

Tambahan pula, sebelum ini portal tersebut turut pernah terkait dengan dakwan menerima dana asing yang dibiayai oleh penyangak mata wang asing, keturunan Yahudi iaitu George Soros. Dengan menerima dana tersebut, portal tersebut secara tidak langsung telah hilang kredibiliti sebagai media yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Berbalik kepada isu tadi, tidak salah untuk meraikannya tapi kalau nak bercakap pasal kebebasan media tu cerminlah diri dulu. Antara jaguh yang menyekat kebebasan media ini adalah PKR yang diketuai oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim.

Terbaru, Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli telah dilaporkan mengugut untuk memanggil pengawal mengheret wartawan keluar, hanya kerana tidak mampu menjawab soalan yang ditanya.

“Tapi the issue here is, why Anwar berani saman blogger dalam isu ini, tapi kes dahulu yang melibatkan China Doll dia tidak berani saman Datuk Trio (Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib). Why?” antara soalan yang dikemukan oleh wartawan tersebut.

Apa yang tidak kena dengan soalan ini? Jika kita lihat soalan tersebut, ianya jelas wartawan tersebut hanya mahukan penjelasan. Kenapa Rafizi perlu mengamuk sehingga mahu memanggil pengawal untuk mengheret wartawan keluar?

Tak cool la brader…mana pergi kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Tindakan di bawah sedar Rafizi itu jelas menunjukkan mereka dalam keadaan hilang arah dan panik. Pelbagai mala petaka sedang menimpa pakatan pembangkang yang akhirnya menyebabkan pakatan pembangkang berada dalam keadaan tertekan.

Belum pun selesai satu isu, keluar pula isu yang lain, sehingga menyebabkan Rafizi tidak menang tangan untuk membela dan menjaga kehormatan Anwar.

Sedarlah wahai Rafizi, golongan bloggers hanya watak kecil @ ikan bilis sekiranya ingin dibandingkan dengan Anwar. Macam mana nak menjadi perdana menteri, sekiranya baru dicuit ikan bilis, bagai nak gila Anwar dibuatnya.

Mana hak kebebasan bersuara yang ingin diperjuangkan? Hahahahaha



24 Mac 2013

TERKINI!!!! 4 Pengganas Mati Ditembak, Seorang Anggota Keselamatan Cedera


Ini berita yang baru diterima...



Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.

23 Mac 2013

Nur Misuari Musuh Negara






Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.

Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.

Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.

Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.

Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.

Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.

Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.

Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.

Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.

Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.

Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara?

20 Mac 2013

Dr Asri Tolak Pujuk, Rayu Dan Rayuan Anwar??





Tindakan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang memaklumkan mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri di laman twitternya nyata tidak dapat diterima oleh pimpinan tertinggi PKR khususnya Anwar Ibrahim. Ini kerana menurut sumber dalaman PKR, kenyataan  Dr Asri yang seolah-olah memuji gaya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib itu telah menyebabkan PKR mengambil keputusan untuk tidak mencalonkannya dalam pilihanraya akan datang.

Dr Asri semalam, melalui laman sosialnya memaklumkan mengenai perjumpaan tersebut yang diadakan pada 2 minggu yang lalu.

“2 mnggu lepas YAB PM (Perdana Menteri) jemput saya ke pejabat beliau (untuk berjumpa secara) sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau mendengar dengan teliti (dan) saya hargai sikap itu” katanya.
Beliau sebelum ini dikatakan menjadi buruan PKR untuk diletakkan sebagai calon parti itu yang ingin menonjolkan tokoh agama sebagai salah satu cara untuk meraih simpati pengundi. Selain PKR, parti gabungan pakatan pembangkang seperti DAP dan Pas turut dikatakan berminat untuk mencalonkannya mewakili parti mereka di dalam pilihnaraya umum yang akan datang.

Malah PKR turut dikatakan menghantar salah seorang Naib Presidennya untuk berjumpa dengan Dr Asri agar segera menimbangkan tawaran yang diberikan itu. Dan usaha memujuk yang dilakukan itu dikatakan telah memakan masa hampir berbulan-bulan lamanya.

Tambah menarik perhatian ialah, Anwar Ibrahim turut mengunakan umpan jawatan untuk menarik minat penceramah itu dengan menawarkan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya pakatan berjaya mengekalkan negeri tersebut.

Secara keseluruhannya, melihat dari usaha yang dilakukan oleh Anwar ini nyata membuktikan bahwa parti itu benar-benar berada dalam keadaan yang terdesak dalam mengetengahkan calon yang boleh diterima rakyat.
Dengan usaha dan percubaan untuk memberikan rasuah jawatan kepada mana-mana pihak untuk menyokong mereka turut membuktikan budaya politik jijik yang diamalkan.

Ia juga secara tindak langsung membuktikan bahawa parti itu telah ketandusan pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon, walaupun di pentas-pentas ceramah mereka mendakwa semakin diterima oleh rakyat.

Dan jangan dilupa, dari artis sehinggalah kepada pegawai tertinggi kerajaan, ramai dikatakan telah mula menyatakan hasrat untuk menyertai dan  memberikan sokongan terbuka kepada mereka.

Masakan dalam ramai-ramai tokoh dan ikon yang menyertai mereka, tiada seorang pun yang difikirkan layak untuk diketengahkan sebagai calon. Atau mungkinkah Anwar sendiri masih sangsi dengan kelayakkan dan kredibiliti mereka? Atau mungkin juga Anwar merasakan peranan dan tugas mereka hanya layak digunakan sebagai tukang maki dan carut sahaja di atas pentas ceramah.

Terbaru, Dr Asri dilaporkan telah membuat keputusan untuk tidak bertanding di atas mana-mana parti kerana ingin bertindak sebgai pemikir yang kritis dan kritikal terhadap kerajaan.

Ternyata rayuan Anwar selama berbulan-bulan untuk memujuk Dr Asri gagal dan telah ditolak mentah-mentah. Kenyataan sumber PKR seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini hanyalah merupakan satu sandiwara untuk mengelak Anwar mendapat malu.

Maklumlah selama berbulan usaha dilakukan untuk memujuk rayu Dr Asri telah ditolak mentah-mentah.

13 Mac 2013

Segera!! Sampai Masa Tentera Dilengkapkan Dengan Heli Penyerang







Operasi Daulat yang sedang berlangsung duSabah sekarangmendedahkan beberapa keperluan mendesak yang perlu diberi perhatian kerajaan untuk memantapkan lagi pertahanan Kawasan Keselamatan Khas yang baru sahaja ditubuhkan di Sabah.

Antara yang yang penulis rasa perlu disegerakan porelehannya ialah helikopter penyerang (attack helicopter).

Keadaaan muka bumi negeri sabah terutamanya Lahad Datu yang berbukit bukau, jelas menyukarkan pergerakan kereta perisai tentera darat.

Rancangan asal untuk menggunakan kenderaan jenis ACV-300 Adnan yang leih moden, terpaksa dibatalkan kerana masalah berat.

Nasib baik tentera darat menangguh untuk menamatkan operasi kereta perisai jenis Condor, dapat juga kenderaan kantersebut digunakan dalam Operasi Daulat walaupun iaa telahpun berusia 30 tahun.

"Terima Kasih" juga kepada pembangkang yang membantah cadangan pembinan 257 kenderaan 8x8 buatan tempatan dengan menggunakan teknologi kereta perisai FNSS Pars dari Turki, Sehingga Program pertahanan bernilai lebih RM 8 billion itu tertangguh sampai sekarang.

Maka itu, perolehan helikopter penyerang ini wajar diteruskan semula bagi membantu pergerakkan anggota di darat. 

Ramai tidak tahu bahawa ATM pada satu ketika pernah cuba memperolehi sehingga satu skuadron 8 buah helikopter penyerang jenis Rooivalk dari Afrika Selatan pada tahun 1997 untuk melengkapkan skuadron 883 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Pakej perjanjian yang turut merangkumi 2 bateri meriam berat jenis Danel G5 155mm, telah ditandatangani antara 2 kerajaan. Tapi berikutan krisis matawang yang melanda negara pada ketika itu, perolehan helikopter penyerang digugurkan dari pakej yang telah dipersetujui.

Hanya perolehan meriam sahaja yang diteruskan.

Sejak itu, pengeluar Rooivalk, Denel berusaha keras untuk memasarkan helikopter tersebut di negara ini melihat kepada penyertaan syarikat tersebut dalam beberapa edisi LIMA.  Tapi sejak 2 edisi LIMA yang lepas, Denel sudah berhenti menghantar Rooivalk untuk dipamirkan,  mungkin kerana hilang minat, selain tidak ada petunjuk kerajaan Malaysia akan menyambung semula perolehan yang tergendala pada 1997.

Rooivalk dirasakan adalah satu pilihan yang sesuai.  Selain mempunyai sistem persenjataan dan navigasi yang hampir sama (walaupun tidak sehebat) dengan pesaingnya, Apache, tapi satu kelebihan Rooivalk yang menarik minat PUTD dahulu ialah kerana ia mudah diselenggara, walaupun tanpa fasiliti yang lengkap.
Kehebatan Rooivalk tidak boleh diketepikan kerana helikopter ini tersenarai sebagai antara 2 calon terakhir dalam program helikopter penyerang tentera Turki, ATAK.  Program itu bagaimanapun dimenangi oleh firma dari Italy, Agusta dengan pesawat A129.

Selain itu, kerajaan juga ada pilihan helikopter penyerang lain seperti T-129 Mangusta (Agusta Westland), KA-52 BlackShark (Kamov), EC665 Tiger (Eurocopter) selain AH-64 Apache (Boeing) sendiri.  Bercakap tentang KA-52, sistem komputer helikopter ini boleh dihubungkan dengan pesawat SU-30 MKM yang telah diperolehi TUDM untuk memudahkan lagi kordinasi serangan.