Bujang Senang

Bujang Senang

25 Mac 2013

“U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan”




Masihkah anda semua ingat detik 3 Mei 2012??? Apabila sekumpulan wartawan berpakaian hitam telah berhimpun sempena “Hari Kebebasan Media Sedunia” anjuran Malaysiakini di hadapan pejabat portal tersebut di Bangsar? Jika tidak ingat, biar penulis menyingkap kembali peristiwa tersebut, yang kononnya hendak menunjukkan solidariti menentang apa yang di dakwa mereka sebagai keganasan polis ketika demo Bersih 3.0.

Tapi yang datang hanya wartawan-wartawan yang pro-pembangkang dan selebihnya bukan wartawan pun malah langsung tidak ada kena-mengena dengan media baik cetak mahupun elektronik. Mereka hanya datang untuk meramaikan majlis bagi mengambarkan kononnya perhimpunan itu mendapat sokongan dan dokongan dari para petugas media.

Majoriti di kalangan wartawan pada ketika itu hanya tersenyum sinis, apabila melihat gelagat mereka yang buta menilai apa sebenar yang dimaksudkan dengan kebebasan media.

Persoalannya, adakah penganjur program, Malaysiakini turut mengamalkan kebebasan media? Pasti ramai yang mendengar soalan ini akan ketawa terbahak-bahak hahahaa. Kerana portal tersebut hanya berselindung disebalik nama ketelusan semata-mata, tapi pada hakikatnya adalah merupakan media propaganda pembangkang.

Tambahan pula, sebelum ini portal tersebut turut pernah terkait dengan dakwan menerima dana asing yang dibiayai oleh penyangak mata wang asing, keturunan Yahudi iaitu George Soros. Dengan menerima dana tersebut, portal tersebut secara tidak langsung telah hilang kredibiliti sebagai media yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Berbalik kepada isu tadi, tidak salah untuk meraikannya tapi kalau nak bercakap pasal kebebasan media tu cerminlah diri dulu. Antara jaguh yang menyekat kebebasan media ini adalah PKR yang diketuai oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim.

Terbaru, Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli telah dilaporkan mengugut untuk memanggil pengawal mengheret wartawan keluar, hanya kerana tidak mampu menjawab soalan yang ditanya.

“Tapi the issue here is, why Anwar berani saman blogger dalam isu ini, tapi kes dahulu yang melibatkan China Doll dia tidak berani saman Datuk Trio (Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib). Why?” antara soalan yang dikemukan oleh wartawan tersebut.

Apa yang tidak kena dengan soalan ini? Jika kita lihat soalan tersebut, ianya jelas wartawan tersebut hanya mahukan penjelasan. Kenapa Rafizi perlu mengamuk sehingga mahu memanggil pengawal untuk mengheret wartawan keluar?

Tak cool la brader…mana pergi kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Tindakan di bawah sedar Rafizi itu jelas menunjukkan mereka dalam keadaan hilang arah dan panik. Pelbagai mala petaka sedang menimpa pakatan pembangkang yang akhirnya menyebabkan pakatan pembangkang berada dalam keadaan tertekan.

Belum pun selesai satu isu, keluar pula isu yang lain, sehingga menyebabkan Rafizi tidak menang tangan untuk membela dan menjaga kehormatan Anwar.

Sedarlah wahai Rafizi, golongan bloggers hanya watak kecil @ ikan bilis sekiranya ingin dibandingkan dengan Anwar. Macam mana nak menjadi perdana menteri, sekiranya baru dicuit ikan bilis, bagai nak gila Anwar dibuatnya.

Mana hak kebebasan bersuara yang ingin diperjuangkan? Hahahahaha



0 komentar: