Bujang Senang

Bujang Senang

5 Ogo 2015

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?

Assalamualaikum Tun Mahathir, 1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya. 2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. 3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak. 4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang berifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham. 5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini. 3. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.” 4. Pada 2008 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri. 5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja. 6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013. 7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008. 8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara. 9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun. 10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini. 11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri. 12. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun. Amin Yatim Petaling Jaya 5 Ogos 2015.

Related Posts:

  • CM to receive honorary doctorate from Unimas KUCHING: Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem will be conferred an honorary Doctorate in Environmental Conservation by Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) at its 19th convocation to be held from Nov 14. … Read More
  • Luahan Bapa: “Saya Jadi Hamba Whatsapp” Nama saya Ali Abu (bukan nama sebenar). Berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif dalam bidang minyak dan gas. Apa yang saya ingin ceritakan lebih kepada luahan perasaan saja tentang aplikasi mesej yang berna… Read More
  • REGATTA MUKAH KEMBALI LAGI. Regatta Mukah yang akan diadakan pada 28/29 November 2015 bakal menjadi berita gembira kepada penduduk Mukah setelah menunggu 10 tahun untuk menyaksikan keramaian dan menyertai sukan air popular itu. Kali terakhir Regatta Mu… Read More
  • TEDAH AZIZ ISA OLEH DAP SARAWAK Dalam senarai terbaru Pimpinan Tertinggi parti Dap Sarawak ternyata memihak kepada bangsa cina dan Bumiputera hanya 30% tapi 0% kepada melayu seperti yang diharapkan pembantu khas Chong Chieng Jien iaitu Abdul Aziz Isa sebelu… Read More
  • Majlis Penyampaian Geran MRP Adun N50 DalatOya, Dalat :-8/11/15 (ahad) YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan,Wanita dan Pembangunan Keluarga.S'wak merangkap Adun N.50 Dalat menghadiri Majlis Penyampaian Geran MRP Adun N50 Dalat kpd K1M Kg Kuala Oya (RM3000… Read More

0 komentar: