Pada awalnya Tan Sri Muhyiddin mula menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada 10 April 2009 setelah berlaku rombakan kabinet apabila Tun Abdullah meletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Dari awal pentadbiran Dato Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia , pelbagai usaha telah dibuat bagi memastikan pendidikan sebagai suatu perkara utama yang perlu diberikan perhatian dan telah diwujudkan suatu bidang keberhasilan negara yang di panggil sebagai
"NKRA Perkukuh Pendidikan kearah Negara Maju"
Dari sini, Pihak Kementerian pendidikan sendiri telah memilih untuk menggunakan kaedah ICT bagi menghubungkan jaringan internet kepada sekolah-sekolah dengan harapan dapat memberikan capaian yang menyeluruh kepada beberapa toolkit SIP ( Sekolah Berprestasi Tinggi) pada setiap sekolah .
Perkara ini telah dipersetujui pada dasarnya oleh semua pihak yang amat mengharapkan agar sekurang-kurangnya terdapat sebanyak 70% sekolah diliputi capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.
Persoalan : Bagaimana pula dengan pemilihan YTL sebagai Penyedia Perkhidmatan Utama ?
Perhubungan yang rapat diantara Tan Sri Francis Yeoh serta Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah perkara yang tidak dapat disembunyikan lagi.
Semenjak dari awal lagi, Tan Sri Muhyiddin telah dilihat bersama-sama didalam beberapa majlis sosial kelolaan YTL termasuklah pada bulan Oktober 2009 setelah 6 bulan menjawat jawatan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada didalam majlis bersama Anna Kournikova , pemain tenis dunia yang mengadakan program motivasi menggilap potensi pelajar Malaysia dalam mencapai keinginan mereka.
Semenjak dari itu, YTL dilihat aktif dalam menaja program-program Kementerian Pelajaran . Keadaan ini kelihatan seperti dokongan yang kuat bagi pihak YTL kepada TPM pada ketika itu seperti pesta mengharapkan durian runtuh.
Selepas dari itu, kelihatan program- program yang berorientasikan pendidikan yang dianjurkan oleh YTL.
Durian Berharga RM 4.077 Billion jatuh ke pangkuan YTL
Pada bulan Januari 2013, telah dimulakan suatu usaha yang radikal untuk menggantikan penggunaan buku teks kepada komputer riba .
Biarpun pada guru-guru telah dibekalkan dengan peralatan ICT yang canggih, namun begitu keberkesanan penggunaan applikasi online berada pada tahap yang minima iaitu hanya 4% dari pelajar-pelajar.
Semenjak itu, kegagalan demi kegagalan dalam sistem pendidikan telah berlaku .
Bermulanya dari isu kertas jawapan yang bocor, kemudian diikuti dengan kegagalan sistem Penikaian berasaskan sekolah, ditambah lagi dengan capaian yang kurang memuaskan dari penyedia perkhidmatan 1Bestari .
Pada pihak kementerian pelajaran pada ketika itu pula, mereka memilih untuk mendiamkan diri dan pada ketika itu juga, YTL juga memilih untuk mendiamkan diri .
Keraian dari YTL telah berakhir.
Kesan dari tindakan Tan Sri Muhyiddin pula mengakibatkan seramai 300,000 warga pendidik dan juga 3 juta ibu bapa dalam keadaan yang resah dan gelisah memikirkan masa depan anak-anak mereka dan memaksa kementerian Pendidikan membuat tindakan susulan bagi memastikan masalah ini selesai.
Pada tahun 2014 juga, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM 25 Billion bagi membolehkan sekolah meneruskan pembangunan anak bangsa. Namun begitu dengan kegagalan yang menghantui para pendidik serta ibu bapa, Tan Sri Muhyiddin masih lagi terus menerus menafikan kegagalannya.
0 komentar:
Catat Ulasan