Bujang Senang

Bujang Senang

20 Okt 2015

NAZIR : PRODUK "DEFECT" TUN RAZAK?


Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan Nama.  Jika disebut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), nama pertama yang sudah pasti terpancar dalam ingatan kita ialah Allahyarham Tun Razak.  Tokoh yang bertanggungjawab merapatkan jurang perbezaan ekonomi Melayu dengan bangsa lain.  Sungguhpun, matlamat Bumiputra menguasai 30% ekuiti dalam negara ini masih belum dicapai, namun tidak mungkin ekuiti Melayu yang hanya 2.33% pada tahun 1969, boleh meningkat lebih 10 kali ganda sekarang tanpa idea DEB Tun Razak.

Sungguhpun begitu, tidak semua yang dihasilkan oleh Tun Razak itu sempurna.  Setiap hasil keluaran mana-mana kilang sekalipun pasti ada yang "defect" (cacat). Secara peribadi, saya berasakan Nazir Razak adalah satu-satunya produk "defect" tokoh berjiwa rakyat, Tun Razak.  Kalau Tun Razak masih hidup, pasti beliau bersedih kerana salah seorang dari anaknya, gagal menjiwai Dasar Ekonomi Baru yang beliau ilhamkan.
Malah, hari ini Nazir tergamak berkerjasama dengan DAP yang jelas mahu menghapuskan hak istimewa Melayu dan DEB.

Apa lagi yang Nazir mahu? Sehingga tergamak untuk membuka laluan bagi Lim Guan Eng membelasah abang kandungnya sendiri dan 1MDB di Oxford? Pilu hati saya bila membaca ucapan Guan Eng yang menyatakan terima kasih kepada adik Perdana Menteri kita ini.......

"I have the honour of being hosted by the Blavatnik School of Government, Oxford University, thanks to Datuk Seri Nazir Razak" – http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/penang-a-high-income-model-for-malaysia-through-inclusive-growth-lim-guan-e#sthash.AIaQnOnI.dpuf

Sejak tahun 2010 lagi Nazir sudah mula memperlihatkan gaya pemikiran "Melayu Liberal" beliau dan lantang mengetengahkan idea meritokrasi, bagaikan semua Melayu mempunyai peluang dan layanan yang sama seperti apa yang beliau perolehi.  Tanpa mengambil kira nasib Melayu yang tidak membesar dengan sudu perak, Nazir sering menekankan betapa ruginya kerajaan yang dilihat terlalu 'memanjakan' kaum Melayu dengan limpahan bantuan sehingga membantutkan kemajuan negara kononnya.

Lihat sahaja pada kelantangan beliau menyelar DEB di hadapan hampir 500 peniaga Cina di Kongres Ekonomi Cina sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa DEB seolah-olah telah di "Bastardisation" (diharamjadahkan).  Bagaimana seorang anak tergamak mengeluarkan perkataan sedemikian rupa ke atas idea bapanya?  Apa sebenarnya masalah Nazir?  Beliau sepatutnya mencontohi kegigihan kedua-dua individu terdekat dengannya dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputra.  Bukan menutup mata dan berterusan mengagungkan pemimpin DAP yang meletakkan matlamat menghapuskan DEB dan hak istimewa Melayu sebagai agenda mereka.  Kalau hendak dikatakan "defect" ini berpunca daripada kemewahan yang beliau perolehi melalui harta peninggalan Tan Sri Noah dan ayahnya pula seorang Perdana Menteri, kenapa semangat membela nasib Melayu itu masih membara dalam jiwa Najib dan adik-beradik beliau yang lain?

Utusan Malaysia dan NGO Melayu juga turut menjadi sasaran Nazir dalam menonjolkan wajah Melayu Liberalnya.  Beliau bagaikan "take team" (berkerjasama) dengan pembangkang melontarkan kecaman ke atas tulisan yang disiarkan oleh Utusan.  Namun. bila akhbar-akhbar lain menyiarkan tulisan yang jauh lebih rasis, diam pula Nazir seribu bahasa.

Tidak cukup dengan itu, instagramnya kini,  digunakan sehabis baik untuk berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan menghentam 1MDB dan memperlekeh abangnya sendiri.   Inikah sikap professional dan keperibadian yang hendak ditunjukkan oleh CEO sebuah Bank yang terkemuka di negara ini?  Proses penyiasatan ke atas 1MDB pun hendak dipertikaikan.  Sempurna sangatkah kamu wahai Nazir?  Pengurusan CIMB sudah terlalu mantap ke?  Sibuk sangat nak bela nasib rakyat, nasib pekerja CIMB sudah terbela ke?  Dan jangan sampai orang mula cungkil kenapa kamu beria-ia melobi supaya Azman Mokhtar dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua atau Menteri yang menjaga EPU.

Nampaknya Nazir kini semakin jauh menyimpang dari agenda ayahnya.  Jika Tun Razak banyak membantu orang Melayu dengan mewujudkan Felda umpamanya, kini Nazir pula rancak membantu DAP.  Jika dulu CIMB hanya sekadar membeli ruang iklan (melalui agen) di laman Malaysiakini, kini CIMB sudah semakin berani untuk menjadi penaja bersama program-program yang dianjurkan oleh DAP.  Patutlah pemikiran beliau kebelakangan ini semakin mirip pemikiran pemimpin DAP.

Kepimpinan Nazir dalam menguruskan CIMB juga sebenarnya telah lama dipertikai.  Bukan hanya dari pihak luar, namun dari kakitangannya sendiri. Pada tahun 2012, kira-kira 1,000 kakitangan CIMB telah berpiket di hadapan Menara CIMB atas kegagalan Nazir menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Jika Nazir ini bersih sangat, takdelah mereka yang berpiket itu mempersoalkan pembelanjaan jutaan ringgit bagi pelbagai majlis yang hanya menaikkan nama beliau, sedangkan Bonus Prestasi PMS kepada pekerja dibayar pada kadar yang rendah. Itu belum lagi saya huraikan nasib pekerja Melayu CIMB yang semakin gagal dibela sejak Nazir menjadi CEOnya.

Nasihat saya pada Nazir, sebelum sibuk jaga tepi kain orang, uruskanlah dulu CIMB itu dengan sebaiknya.  Buatlah persiapan sekiranya ahli-ahli Parlimen kita bersetuju untuk menandatangani TPPA.  Cabaran sudah pasti lebih getir.  Kalau dah terlalu banyak masa yang terluang, gunakanlah kepakaran yang ada pada kamu untuk menjalankan tanggungjawab kamu sebagai Ahli JKE.  Berikan idea yang terbaik dalam usaha mengukuhkan ekonomi dan matawang kita.  Buktikan kepada dunia bahawa CIMB menjadi teguh kini bukan kerana kerja-kerja yang diberikan oleh Azman Mokhtar, tetapi CIMB kukuh kerana mempunyai CEO yang hebat.  "Prove to the World that you are not a defect product of Tun Razak".
Oleh Lokman Adam

0 komentar: