Bujang Senang

Bujang Senang

29 Apr 2016

GELARAN BARU 'AMAI AYA' UNTUK PERDANA MENTERI


Gelaran 'Apai Besai Malaysia' daripada masyarakat kaum Iban yang sinonim dengan Perdana Menteri, hari ini beliau di beri gelaran lagi oleh masyarakat etnik Kaum Kayan iaitu gelaran 'Amai Aya' yang bermaksud dalam bahasa Kayan ' Ketua pemimpin Keluarga' ketika melancarkan Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Luput dan Long Loyang di kawasan tengah Baram hari ini.
'Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkkan untuk skim itu dan tiada kadar faedah akan dikenakan terhadap pinjaman itu ' kata beliau di hadapan lebih kurang 3,000 penduduk etnik Kayan hari ini.
'Kos itu boleh digunakan untuk membina rumah panjang baru atau menambah baik kediaman yang sedia ada' tambah beliau lagi.
Di samping itu beliau juga telah meluluskan pembinaan Dewan Masyarakat dan sekolah rendah yang baru bagi Sekolah Rendah(SK) long Luput.Begitu juga tapak rumah bagi pembinaan rumah panjang Long Luput.
Setiap keputusan hari ini akan  memberi kesan jangka panjang kepada negeri dan negara kata beliau.Untuk itu beliau menyeru agar pengundi di Sarawak tidak mengambil pendekatan jangka pendek terhadap calon sebalik nya memberi sokongan padu terhadap calon yang telah di pilih oleh Ketua Menteri.

0 komentar: