Bujang Senang

Bujang Senang

10 Jul 2017

6 KENDERAAN ANGUS, PEMANDU LORI RENTUNG DI BINTULU


Satu kebakaran berlaku melibatkan sebuah lori tangki minyak,lima kenderaan lain dan sebuah motosikal yang berlaku di lampu isyarat berhadapan dengan Bintulu Medical Centre,Bintulu pada pukul 12.10 minit tengahari tadi.

Ketua Polis Bintulu,Supritendent Zailanni Amit,mendedahkan lori tangki minyak berkenaan datang dari arah Kidurong hendak membelok ke arah Tanjung Batu tetapi terlanggar pembahagi jalan menyebabkan lori tidak stabil dan tumbang.

Jelasnya,lori yang membawa muatan minyak tersebut meletup di tempat kejadian dan api turut memusnahkan beberapa buah kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan.

Tambahnya lagi kelihatan satu mayat rentung dibawah sebuah kenderaan yang musnah terbakar bersebelahan lori tersebut.

Hasil siasatan mendapati mayat tersebut ialah pemandu lori berkenaan Martin Ak Joshua,berbangsa iban,31 tahun ,manakala seorang pembonceng motosikal mengalami cedera ringan dan pemandu kenderaan lain yang terbabit terselamat sempat menyelamatkan diri.

Supritendent Zailanni memberitahu perkara itu kepada media di Bintulu hari ini.

Related Posts:

  • BERSIH 5, 'POT CALLING THE KETTLE BLACK' - ABDULLAH SAIDOL Sambutan hambar perhimpunan BERSIH 5 yang berlangsung Sabtu lalu di sini mungkin kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap motif sebenar perhimpunan tersebut. Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak A… Read More
  • BERSIH bukan lagi berkaitan Pilihan Raya.Slogan BERSIH dikaitkan dengan pilihanraya hanyalah umpan untuk memancing rakyat dan mengaburi mata polis. BERSIH digunakan untuk menjatuhkan DS Najib Razak dengan cara menghasut rakyat baik yang menghadiri demontrasi BERSIH … Read More
  • Rayat pesisir diperansang meretika Bajet Nengeri Sapit Kepala Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meransang peranak di nengeri tu kelebih agi peranak entigis ngambi meri perati sereta meretika Bajet Nengeri 2017 ti dibantai maya Aum Kunsil Nengeri (DUN) ke berengk… Read More
  • KESAN MAHATHIR : RAKYAT MENJAUHI BERSIH Kehadiran Peserta Bersih yang rendah hari ini merupakan tamparan hebat buat Tun Mahathir Mohamad dan parti barunya Pribumi, yang merupakan rakan baru dalam Pakatan Harapan Pimpinan DAP.  Penubuhan parti baru Mahathir se… Read More
  • AL-FATIHAH BUAT BLOGGER DIN TURTLE Seorang blogger Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang tadi (Ahad). Allahyarham dilaporkan mengadu keletihan dan… Read More

0 komentar: