Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

28 Mac 2018

Demo Jalanan Bersih Di Parlimen Gagal


Perhimpunan pembangkang melalui gerakan BERSIH kali ke-6 atau Bersih 6 di hadapan Parlimen hari ini gagal lagi.

Hari ini, tidak sampai 200 orang berhimpun di kawasan Tugu Negara dan di laluan masuk Parlimen ingin membantah pembentangan Laporan Kajian Semula Persempadanan kawasan pilihan raya yang dibentang jam 11.30 pagi tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak pukul 8 pagi waktu mereka mula berkumpul, hanya kira-kira 150 orang ada berkumpul di depan Tugu Negara sebelum mereka berarak ke bangunan Parlimen. Sejak Bersih 1 dulu, mereka selalu kata mereka buat perhimpunan aman dan sering memuji anggota Polis yang mengawal keadaan persekitaran lokasi mereka berhimpun.

Bagaimanapun, kali ini mereka menjerit menyuarakan rasa tidak puas hati apabila Polis tidak membenarkan mereka berarak ke Parlimen kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya beliau tidak membenarkan pembentangan laporan berkenaan.

Pada perhimpunan yang gagal itu, yang hadir ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir hadir dan berceramah.

Dalam ceramahnya, mereka buat tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Najib adalah pencuri, penyangak dan juga perompak serta menuduh BN cuba manipulasi sistem pilihan raya.

Orang menuduh itu sebenarnya adalah penyangak dan pencuri paling besar. Entah berapa jumlah wang yang disorok di resort di Argentina oleh kroninya. Wang Bank Negara berjumlah RM31.5 billion hilang entah ke mana.

Pembangkang sekadar buat tuduhan pillihan raya kononnya tidak adil. Kalau tidak adil kenapa Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dapat kepada pembangkang juga?

Malah dulu ada yang berdemo guna tiket NGO, kini sudah mahu tanding dalam PRU14.

Bekas Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan S Ambiga sudah letak jawatan dalam Bersih dan mahu jadi ahli politik. Sudah pasti mereka yakin sistem pilihan raya adalah adil baru mereka hendak bertanding.

Kemunculan Muhyiddin dan Mahathir serta Kit Siang tidak membawa apa-apa makna kepada perhimpunan berkenaan. Malah menyebabkan salah seorang peserta demonstrasi kena sawan ketika Mahathir tengah ceramah.

Lihat video ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1715285795233036&id=1122306847864270

Semakin hari semakin sedikit orang yang menerima pendekatan gerakan Bersih ini kerana rakyat semakin bijak dalam menilai penipuan blok pembangkang melalui PH.

Jika diteliti proses persempadanan semula ini sepatutnya diluluskan sejak dua tahun lalu namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamah oleh pembangkang menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan. Pembangkang begitu takut jika persempadanan semula dilaksanakan kerana mereka takut kalah selepas tidak buat kerja di kawasan yang diwakilinya.

Himpunan Bersih sudah tidak ada apa-apa makna, Maria Chin dan Ambiga pun sudah tidak percaya pada Bersih tapi percaya pada sistem pilihan raya negara ini. Bersih hanya gerakan yang kini syok sendiri yang buat tuduhan macam-macam ke atas kerajaan tapi tidak ada bukti sehingga ke hari ini.

Ada yang jadi ahli parlimen seperti Muhyiddin, Wan Azizah dan Kit Siang tetapi ponteng dewan rakyat dan hadir ke demonstrasi jalanan Bersih.

Baik jangan undi langsung puak pembangkang ini sebagai ahli parlimen. Mereka tidak minat jadi ahli parlimen. Masuk parlimen pun asyik gaduh dan tidak ikut peraturan hingga digantung oleh Speaker Dewan.

Rugi rakyat yang mengundi mereka kerana mereka ini lebih percaya platform demo jalanan daripada platform dewan rakyat untuk membawakan sesuatu isu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB842, Rabu
28 Mac 2018

27 Mac 2018

Apa Guna Ahli Parlimen Jika Guna Demo Jalanan

Esok, Bersih mengajak orang ramai ke Parlimen untuk menyuarakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula pilihan raya yang dijadual dibentangkan pada Rabu. Kumpulan pendesak itu mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dengan mengadakan demo jalanan ini, apa gunanya Ahli Parlimen pembangkang yang ada di Dewan Rakyat? Sepatutnya biarkan mereka bersidang dan sudah pasti mereka akan membantah, jadi kenapa perlu Bersih masuk campur dan menyuarakan suara sumbang mereka?

Tindakan Bersih ini yang mengajak rakyat turun ke Parlimen esok merupakan satu tindakan provokasi sedangkan Parlimen adalah lambang demokrasi sesebuah negara.

Dengan mengadakan demo jalanan ini, ia juga merupakan sesuatu yang amat malang kerana mereka tidak menghormati Parlimen. Sepatutnya Bersih kini sudah pun dibubarkan sebaik sahaja bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Malah dengan menggunakan logo PKR, ia membuktikan betapa Bersih tidak telus dan berat sebelah serta cenderung kepada pembangkang. Bersih yang tidak bersih.

Apabila Maria mahu bertanding PRU maka ia menunjukkan beliau mengakui sistem pilihan raya di negara ini sudah bersih, jadi apa guna lagi perjuangan Bersih selepas ini?

Entah kenapa Bersih bimbang dengan isu persempadanan semula ini? Adakah tangan-tangan ghaib yang mengatur bantahan ini sedangkan persempadanan semula bukan perkara baru.

Ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, perkara sama juga telah dilakukan iaitu pada 1984, 1994 dan 2003.

Banyak sebab kenapa persempadanan semula terpaksa diadakan memandangkan demografi penduduk kini sudah berubah, malah infrastruktur juga semakin berubah dan semua faktor ini memberi kesan kepada perjalanan pilihan raya.

Ketika PRU, pengundi yang akan menjadi penentu bukannya persempadanan semula. Pengundi mempunyai kuasa mutlak untuk menentu siapa yang akan mereka pilih sebagai pengundi dan mereka yang akan menilai tahap prestasi parti yang bertanding, jadi kenapa pembangkang dan Bersih takut sangat dengan persempadanan semula.

Takut sangat Nurul Izzah sampai lari dari Lembah Pantai ke Pandan. Begitu juga dengan wakil rakyat DAP yang lain yang mahu lompat kawasan. Bukan salah persempadanan semula, tetapi mereka lari kerana tidak buat kerja di kawasan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah pernah menyatakan bahawa persempadanan semula hanya bertujuan menentukan kawasan pentadbiran pilihan raya dan memastikan kemudahan kepada pengundi serta wakil rakyat bukannya untuk memastikan kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak parti politik.

Jika dakwaan kononnya SPR menyebelahi parti BN dan boleh menentukan kemenangan parti itu sudah pasti keputusan sebagaimana PRU-12 dan PRU-13 tidak berlaku di mana Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah tidak jatuh ke tangan pihak parti lain.

Hakikatnya, hanya pihak yang berkepentingan tertentu sahaja akan membantah, mungkin bimbang kononnya ia akan menjejaskan kepentingan pengundi. Mereka ini sebenarnya bimbang kepentingan politik masing-masing, bukannya pengundi pun.

Cukup-cukuplah Bersih. Perjuangan anda sudah tidak laku. Rakyat tahu Bersih lebih cenderung dan berpaksi kepada pembangkang. Rakyat tidak boleh untuk melihat bagaimana persempadanan semula ini dimanupulasikan dan dipolitikkan.

Buang masa sahaja undi wakil rakyat pembangkang masuk parlimen, akhirnya mereka guna pendemo jalanan juga untuk bawa sesuatu isu. Jadi baik jadi pendemo jalanan sahaja daripada jadi ahli parlimen. Undi beri pada BN.

Tulisan :
Beruang Biru
BB839, Selasa
27 Mac 2018

Mahathir Sudah Pelingkup Banyak Selama 22 Tahun, Hendak Lagi 2 Tahun?


Dakwaan Mahathir Mohamad bahawa negara akan hancur jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus jadi Perdana Menteri dalam portal Malaysikini tidak mencerminkan keadaan sebenarnya.

Itu satu lagi tuduhan rambang Mahathir sahaja tanpa asas yang kukuh. Sama seperti Mahathir kata negara ini hendak bankrap dan muflis sejak tiga tahun lepas, tetapi kini Malaysia tidak bankrup seperti ramalan Mahathir.

Mahathir silap. Najib sebenarnya sekarang begitu berjaya membawa Malaysia ke peringkat yang lebih baik dan pada masa sama menyelesaikan masalah legasi ketika zaman Mahathir selama 22 tahun.

Mahathir sudah melingkupkan begitu banyak harta negara ketika jadi Perdana Menteri dari tahun 1981 sehingga 2003.

Skandal dagangan mata wang asing yang disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum ini pun sudah melibatkan kehilangan kira-kira RM31.5 bilion pada sekitar tahun 90-an dulu. Ketika itu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mendesak satu siasatan dijalankan tentang kerugian berkenaan.

Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan sahabat baik Kit Siang ada dipanggil ahli panel siasatan tapi ketika ditanya, Mahathir kata beliau "tidak tahu" berkenaan kerugian itu.

Syarikat Maminco menyebabkan negara rugi RM1.6 bilion. Syarikat itu diwujudkan untuk menguruskan hal ehwal industri dan perniagaan timah negara, selain cuba mengawal harga timah dunia.

Untuk tutup kegagalan, kerajaan tubuhkan syarikat Makuwasa Securities untuk menguruskan kerugian dengan memanipulasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Dalam halaman 38 Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen Malaysia bertarikh 27 Oktober 1986 yang memetik ucapan Lim Kit Siang: “… skandal pembelian bijih timah secara misteri oleh Maminco di London pada tahun 1981 dan pelaburan KWSP Makuwasa yang melibatkan wang simpanan RM5 juta pencarum KWSP yang mengakibatkan KWSP mengalami kerugian sebanyak $9.9juta.” – Lim Kit Siang, Penyata Rasmi Parlimen (27 Oktober 1986).

Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) juga menyebabkan negara rugi lebih RM2 bilion. Kerugian besar dalam Perwaja Steel pula lebih RM10 bilion, Kerugian akibat skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) adalah lebih RM4 bilion.

Paling dahsyat ialah kegagalan Mahathir menguruskan ekonomi dengan baik, negara alami krisis matawang pada tahun 1997 menyebabkan pertumbuhan ekonomi merudum, peniaga gulung tikar dan rakyat hilang pekerjaan. Nilai ekuiti Bumiputera hanya naik 4 peratus sepanjang 22 tahun kerajaan berada di bawah pentadbiran Mahathir.

SME Bank juga rugi RM1.18 bilion kerana skandal Repco Capital. Sekarang Mahathir juga sudah gagal sebagai Pengerusi PH kerana gagal mendaftarkan pakatan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengikut masa yang ditetapkan.

Selepas sudah buat onar begitu lama, Mahathir letakkan beban pula pada Najib untuk selesaikan masalah legasi yang dicetuskannya dan pada masa sama cuba menjatuhkan Najib melalui cara yang salah.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Najib sangat cekal dan komited dengan visi dan agenda transformasinya untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

“Lihat saja Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

“Pastinya Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa anak didiknya, Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka,” katanya.

Sudah perintah negara ini selama 22 tahun atau 5 penggal setengah. Masih tidak cukup lagi? Masih hendak minta lagi 2 tahun untuk jadi PM.

Sudah sudahlah. Dulu kata kena berhenti sebelum kenyang. Sekarang ini kuda dan kucing kesayangan pun sudah "belahak" berapa kali dah setiap hari. Hendak apa lagi?

Kerana dendam kesumat, dalam masa 2 tahun Mahathir akan buang habis kakitangan awam di Putrajaya. Dalam masa dua tahun, Mahathir, Kit Siang dan Anwar akan bergaduh rebut kuasa di Putrajaya.

Ini akan berlaku kalau pembangkang dapat perintah negara ini. Melingkup habis jadinya. Jangan bagi pembangkang jahanamkan negara ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB838, Selasa
27 Mac 2018

26 Mac 2018

Kes Rasuah : Guan Dapat Banglo Murah, Phang Li Koon Dapat Tukar Status Tanah

Hari ini Guan Eng akan dibicarakan di mahkamah kerana dua kes rasuah. Baru hari ini Guan Eng hendak tagih simpati tentang nasib keluarganya, masa buat rasuah tidak pula ingat keluarga.

Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Kes rasuah ini boleh dipercepatkan pada 27 Mac 2017 lagi, namun Guan Eng putar belit dan tangguh tangguhkan kesnya.

20 Mac tahun lepas, Guan Eng cabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah hingga sebabkan kes tertangguh.

7 Mac 2017, Mahkamah menolak petisyen yang difailkan Guan Eng dan Li Koon untuk mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta SPRM itu. Akhirnya kes rasuah itu tetap berjalan juga seperti biasa.

Jika Guan Eng betul-betul berani, beliau takkan cuba untuk mengelak atau melambat-lambatkan perbicaraan sebaliknya akan berdepan dengan yakin jika benar-benar beliau tidak bersalah.

Hari ini rakyat Pulau Pinang akan makan “pop corn” melihat kes rasuah Guan Eng selama 23 hari melibatkan 40 saksi. Guan Eng tidak boleh putar belit lagi. Tidak boleh ajak minum kopi lagi. Kena jawab dengan fakta dalam mahkamah bukan dengan auta lagi.

Guan Eng menghadapi dua tuduhan rasuah iaitu :

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM6.5 juta.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dua kes rasuah ini bukannya konspirasi terhadap Guan Eng. Beli rumah di bawah nilai pasaran dari Phang Li Koon, kemudian tukar status tanah dan serah kepada syarikat yang dimiliki oleh Phang Li Koon.

Guan Eng dapat rumah harga murah, Phang Li Koon dapat tanah dengan harga murah. Phang Li Koon beli rumah banglo dengan harga RM2.5 juta, jual kepada Guan Eng hanya RM2.8 juta. Sedangkan harga pasaran adalah RM6.5 juta.

Guan Eng luluskan tanah sebagai hadiah dapat rumah banglo murah kepada syarikat Phang Li Koon?

Kes rasuah tanah Magnificient Emblem itu melibatkan projek pembangunan perumahan di Balik Pulau. Guan Eng yang mengetuai Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang meluluskan pertukaran tanah tersebut pada 23 Jun 2014.

Selepas 3 minggu tandatangan kelulusan pertukaran tanah yang dinilai dibawah harga pasaran, Guan Eng pengerusikan pula mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri di tingkat 28 di Komtar, George Town pada 18 Julai 2014.

Dalam mesyuarat tersebut, Guan Eng meluluskan penukaran tanah untuk dua lot tanah milik Magnificent Emblem Sdn Bhd, yang 30% dimiliki oleh Phang dan 70% dimiliki oleh pemilik KLIDC Tang, daripada pertanian kepada kediaman.

Ini fakta kes rasuah Guan Eng yang rakyat Pulau Pinang perlu fahami. Samalah macam kes projek terowong, duit kajian lesap entah ke mana, syarikat yang buat terowong pula dapat tanah. Tanah bernilai RM3 billion sudah habis dijual, sedangkan projek terowong belum siap lagi.

Kenapa perlu beri RM19 juta kepada seorang Datuk yang bergambar di rumah dan dalam kereta dengan Guan Eng? Kalau projek terowong tiada masalah, kenapa kena bayar sampai RM22 juta? Kes projek terowong ini pun Guan Eng akan kena dakwa nanti.

Kes rasuah Guan Eng ini bukannya konspirasi. Semasa meluluskan tanah dan minum kopi dengan Phang Li Koon tidak fikir pula soal anak dan keluarga. Kemudian bila kantoi rasuah, mulalah hendak putar belit salahkan pihak lain.

Rakyat Pulau Pinang kena tolak kerajaan DAP di Pulau Pinang. Ini baru dua kes yang didakwa, banyak lagi kes berkaitan penyelewengan DAP di Pulau Pinang. Selamatkan Pulau Pinang daripada parti yang penuh rasuah ini.

Tengok muka Guan Eng masa di mahkamah ini, banyak takut. Lihat video ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1814679448552524&id=697192853634528

Buat kempen Solidariti Sokong Guan Eng pun gagal. 20 orang sahaja yang datang pun. Bukti rakyat Pulau Pinang dah tolak DAP yang kuat dengan skandal rasuah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB836, Isnin
26 Mac 2018

 

 

Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto Raih Populariti Semata Mata

Sekali lagi Mahathir buat “u turn” tentang manifesto yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Dalam satu temubual dengan akhbar Singapura, Sunday Times, Mahathir menyatakan bahawa sukar bagi Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol.

"Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang lain. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu memansuhkan semua jalan tol, mereka mahu memberikan percuma.

"Saya katakan, kita perlu mengekalkan jalan bertol. Anda perlu membina lebih banyak jalan kalau hapus tol. Di manakah kerajaan hendak cari wang untuk mengawal selia jalan ini dengan sendiri? Tetapi mereka mahu populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini, " kata Mahathir kepada akhbar Sunday Times, Singapura semalam.

Maknanya janji hapuskan tol hanya janji untuk raih populariti semata mata sahaja. Tidak berniat pun hendak buat apa yang dijanjikan. Mahathir dalam sejarahnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan kutipan di satu tol iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Pada 8 Mac lepas, baru sahaja lancar manifesto di Shah Alam janji hendak mansuhkan tol dan sebagainya. Kemudian, tidak sampai sebulan sudah tukar pula kenyataan kata susah pula hendak mansuhkan tol.

Ini bukan kali pertama Mahathir berkata janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang tidak akan dipenuhi mereka jika mereka dapat Putrajaya. Pada 20 Februari 2018, Mahathir ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor menyatakan ;

"Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan. Kita berpendapat, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan.

"Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi," kata Mahathir.

Mahathir pun akui duit tidak cukup untuk tunaikan semua janji yang pembangkang buat. Ini selari dengan apa yang sudah diulas sebelum ini bahawa negara ini akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika mengikut semua janji yang dibuat pembangkang.

Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.

Apa yang diperkatakan ini akhirnya Mahathir akui sendiri dalam temubual dengan akhbar Singapura itu. Kerajaan tidak ada duit untuk kawal selia lebuhraya kalau mansuhkan tol.

Pada 10 Januari 2018, Mahathir sendiri sudah akui bahawa kadar tol di Malaysia adalah yang paling murah di dunia dalam satu sesi bual bicara di facebooknya.

“Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah. Ketika saya di negara Jepun, saya dapati bahawa satu jambatan (mengenakan) bayaran sebanyak RM270 sehala” kata Mahathir.

Sudah terbukti sekarang, Mahathir pun sudah mengakui bahawa semua manifesto dan janji janji yang dibuat oleh pembangkang itu hanyalah bersifat populis sahaja. Tidak akan ditunaikan pun oleh mereka.

Jadi, tiada apa yang akan berubah kalau negara ini diperintah oleh pembangkang dalam masa 100 hari, 2 tahun atau 10 tahun. Malah akan jadi lebih teruk kerana negara kekurangan hasil. Boleh jadi bankrup dan negara gagal seperti yang disebut sebut Mahathir dan Kit Siang.

Samalah juga apa yang pembangkang janji dahulu di Pulau Pinang dan Selangor, selepas 10 tahun, apa yang dijanji tidak dibuat pun.

Hari ini, Selangor dengan skandal rasuah tanah Ijok, krisis air dan pelbagai isu isu rakyat. Pulau Pinang pula diselubungi skandal rasuah Guan Eng, banjir yang lebih seratus kali dan tanah runtuh. Apa lagi harapan yang ada pada DAP dan PKR?

Tiada apa apa harapan pun yang akan dibawa kerana yang dijanji itu semuanya tipu belaka. Bakal Perdana Menteri dia pun sudah mengaku tidak mahu hapus tol dan janji itu bersifat populis sahaja.

Jadi hendak harap apa lagi pada Pakatan Harapan? Jangan percayalah dengan pakatan yang tidak boleh diharap ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB837, Isnin
26 Mac 2018

24 Mac 2018

Beruang Biru BN cabar Mahathir terjah siri jelajah 1MDB


Satu artikel yang diterbitkan dalam portal BN hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuat kejutan dengan hadir di siri jelajah 1MDB yang sedang diadakan bagi memberikan taklimat dan menjawab pelbagai soalan berkaitan firma pelaburan negara itu.

“Alangkah menariknya jika ketika program itu diadakan, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN),  Mahathir boleh membuat kejutan dengan hadir ke program tersebut.

“Mahathir boleh datang tanpa jemputan pada majlis penerangan oleh Arul Kanda ini dengan membawa bersama-sama bukti dan tuduhannya terhadap 1MDB.

“Mahathir boleh cakap ‘depan-depan’ dengan Arul,” kata penulis yang menggunakan nama Beruang Biru di theRakyat, yang mendakwa ia sebagai portal rasmi PRU14 BN.

Menurut penulis, jika Mahathir sedia membuat kejutan di wacana Sinar Harian yang bertajuk “Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?”, maka beliau boleh melakukan perkara sama pada program taklimat mengenai 1MDB oleh Arul Kanda.

“Mahathir boleh bertekak atau mempersoalkan jawapan Arul dan beliau boleh tunjukkan sekali bukti-bukti yang diperkatakan mengenai 1MDB selama ini.

“Bila sudah bertemu (dengan Arul Kanda), Mahathir tidak perlu lagi menggunakan alasan ‘saya dengar’ atau ‘saya diberitahu’ tatkala beliau menyerang 1MDB ataupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Selain itu, menurut penulis, Dr Mahathir boleh menyatakan sekali apakah tuduhan khusus terhadap perdana menteri mengenai 1MDB yang boleh dibawa ke mahkamah.

“Masalahnya selama ini pihak yang dituduh pula diminta mengemukakan bukti sedang mereka yang menuduh gagal membawa sebarang fakta, sebaliknya lebih bersandarkan spekulasi,” kata Beruang Biru.

Penulis itu mendakwa isu 1MDB telah dimainkan secara persepsi oleh Dr Mahathir dan penyokongnya seolah-olah amat mudah untuk wang beralih tangan.

Katanya, bagi mereka yang tidak tahu tentang urusan korporat sudah tentu akan mempercayai segala dakwaan itu dengan mudah.

“Seperti kata Arul Kanda, kesilapan membuat keputusan korporat (bad corporate decision) sememangnya ada tapi itu bukan satu jenayah.

“Cuba lihat kepada Proton, ia tersilap dalam urusannya selama 30 tahun dan sentiasa meminta bantuan dari kerajaan sehingga RM13 billion perlu disalurkan untuk membela Proton.

“Hanya menerusi isu 1MDB, ia dijadikan alat sabotaj oleh Mahathir untuk menjatuhkan Najib kerana beliau enggan menjadi ‘pak turut’ kepada Mahathir.

“Dalam hal ini, eloklah jika Mahathir dapat menghadirkan diri pada sesi penerangan mengenai 1MDB ini,” kata Beruang Biru sambil menambah ini tentunya menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu ramai.

PRU14: Lebih ramai 'panglima' Najib akan turun berentap


Bukan pelik apabila pegawai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut berentap dalam pilihan raya umum (PRU).

Lima tahun lalu, beberapa pegawai Najib turut masuk gelanggang seperti Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Kota Bharu), Datuk Shahlan Ismail (Pokok Sena) dan Datuk Seri Dr Shafei Abdullah (Wangsa Maju).

Bagaimanapun, nasib mereka tidak begitu baik masing-masing hanyut dilanda “tsunami Cina”.

Kali ini, muncul lagi spekulasi berkaitan penyertaan lingkaran dalaman (inner circle) perdana menteri dalam pilihan raya yang akan diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.

Cakap-cakap menyebut Shafei akan sekali lagi bertanding di samping Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ghazali Ibrahim, Setiausaha Akhbar Datuk Akmar Hisham Mokhles dan Pegawai Khas Isham Jalil.

Shafei, bekas setiausaha politik di Kementerian Kewangan, dijangka akan cuba menebus kembali kekalahannya dengan majoriti 5,515 di parlimen sama di tangan calon PKR Tan Kee Kwong.

Pengerusi Uda Holdings Berhad (UDA) itu kini dilihat cuba 'melobi' agar dicalonkan semula.

Ketua Umno Wangsa Maju itu telah pun secara terbuka menyatakan kesediaannya bertanding sekali dan telah lama melakukan gerak kerjanya.

Ghazali pula dijangka meneruskan legasi keluarga dengan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Kedah yang disandang adiknya, Kama Noriah Ibrahim.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Kama Noriah memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 2,960 undi mengalahkan calon PKR Zamri Yusuf.

Pedu terletak dalam parlimen Padang Terap yang Ghazali merupakan anggota parlimen kawasan berkenaan pada 2004.

Ada juga cakap-cakap berkenaan Ghazali yang boleh pergi lebih jauh sehingga ke kerusi menteri besar Kedah yang kini disandang oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dikatakan tidak berapa sihat.

Bagi Akmar pula, beliau dikhabarkan bertanding di Parlimen Parit, Perak.

Ketika ini, anggota parlimen Parit ialah Datuk Mohd Zaim Abu Hassan. Pada PRU ke-13, Zaim berjaya mengekalkan kerusi Parit dengan undi majoriti 4,497 mengalahkan calon PAS.

Bagaimanapun, timbul juga spekulasi yang mengatakan Zaim masih lagi mahu menjadi anggota parlimen Parit untuk satu penggal lagi.

Namun perkara itu tidak menjejaskan Akmar apabila beliau telah memulakan kerja-kerja 'kempennya' dengan bertemu penduduk setempat.

Perkara itu dapat dilihat apabila Akmar aktif turun ke Parit serta melakukan pelbagai program bersama rakyat di sana. 

Selain itu, khabar mengenai muka baru yang merupakan lepasan pusat pengajian terkemuka dunia Universiti Harvard akan bertanding di DUN di Selangor juga kedengaran.

Isham yang merupakan pegawai khas Najib kini aktif mengupas isu-isu semasa terutamanya melibatkan negeri itu.

Beliau juga disebut-sebut sebagai antara calon menteri besar Selangor untuk BN apabila dilihat mampu menyaingi menteri besar sedia ada, Datuk Seri Azmin Ali ekoran faktor kredibiliti serta latar belakang pendidikan.

Sekiranya tiada halangan daripada Umno Selangor, Isham dikatakan akan bertanding di kawasan beliau membesar iaitu DUN Paya Jaras.

DUN Paya Jaras yang terletak bawah parlimen Subang kini disandang oleh Mohd Khairuddin Othman daripada PAS.

Pada pilihan raya umum yang lalu, PAS berjaya merampas kawasan yang menjadi 'kubu' BN selama dua penggal apabila Khairuddin mengalahkan Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dengan majoriti 5,522 undi.

23 Mac 2018

SAYA TERKUCIL DI DEPAN TUN DR MAHATHIR?


Sejak awal lagi saya sudah sedar bahawa Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM, adalah bertujuan untuk mempromosikan Tun Dr Mahathir.

Ini kelihatan di dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut bahawa kupasan topik berkenaan adalah bertujuan supaya "kita nampak jelas kekuatan Tun M".

Saya mengandaikan bahawa kedua-dua rakan panelis saya, iaitu pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Baki, dan pakar fitness, Kevin Zahari, akan ditugaskan untuk memberikan testimoni mereka mengenai kemampuan mental dan fizikal Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Saya juga sangat tahu bahawa moderator, Nazri Kahar, adalah seorang penyanjung Tun Dr Mahathir dan pengkritik Datuk Seri Najib, dan ini terbukti dari soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi.

Malah, beberapa rakan rapat saya yang menyebut mengenai betapa Sinar Harian semakin lama kelihatan semakin kuat menyokong Pakatan Harapan meminta saya tidak menyertai wacana ini kerana bimbang ia merupakan satu perangkap untuk mengenakan diri saya.

Pada peringkat awalnya, saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa mereka turut menjemput Tun Dr Mahathir untuk turut hadir bagi bercakap mengenai isu yang melibatkan diri beliau ini tetapi beliau dikatakan tidak menjawab jemputan menyebabkan saya mengandaikan beliau tidak akan hadir.

Walaupun menyedari kemungkinan wacana ini akan menjadi berat sebelah, saya bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkan saya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir ini.

Untuk tujuan itu, saya telah menyenaraikan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek legal, physical, genetical, mental, psychological, moral, demographical, intellectual, philosophical dan spiritual.

Bila saya diberi ruang bercakap, saya pun terus mengemukakan penilaian saya ke atas kayu ukur tersebut, di mana pada kali pertama saya sempat mengemukakan enam kayu ukur sebelum dihentikan oleh moderator (yang menyebut mengenai kelebihan tokoh tua berbanding tokoh muda yang korupsi).

Dari sudut legal, saya menyebut Tun Dr Mahathir mampu kerana, berbanding di Iran yang menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.

Dari sudut physical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai beliau telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung pada 24 Januari 1989 dan 4 September 2007; beliau telah tiga kali gagal hadir berceramah dalam tempoh empat bulan terakhir, iaitu di Ipoh pada  3 Disember 2017, di Bentong pada 10 Februari 2018 dan di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018; dan beliau telah mengalami batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.

Dari sudut genetical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai jangkaan hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun; dan mengenai purata tempoh hayat adik-beradik beliau yang tidak lebih tinggi berbanding beliau, iaitu Mashahor yang meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002, Mahadi yang meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000, Habshah yang meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006 dan Rafeah yang meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.

Dari sudut mental, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif beliau yang kelihatan jelas di dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 20 Disember 2017.

Dari sudut pyschological, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai ketidaksediaan awal beliau untuk menjadi Perdana Menteri membabitkan kenyataan beliau di University of London pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau, kenyataan beliau di Tasek Gelugor pada 23 April 2017 bahawa beliau terlalu tua dan pendedahan Wan Saiful dalam Channel News Asia pada 6 Disember 2017 bahawa Tun Dr Mahathir menyebut tidak mahu bertanding.

Dari sudut moral, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik yang lebih muda dari beliau sebagai terlalu tua untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan melalui kritikan beliau terhadap Datuk Nik Abdul Aziz pada 30 Oktober 2009 dan 27 April 2013 serta kritikan beliau terhadap Datuk Seri Anwar dalam The Australian pada 11 April 2016 (yang menyebut betapa beliau sendiri sedar beliau tidak mampu terus menjadi Perdana Menteri pada usia 80 tahun).

Selepas dipotong oleh moderator, saya menggunakan kesempatan lain untuk menghujahkan Tun Dr Mahathir tidak mampu dari sudut philosophical dan demographical.

Dari sudut philosophical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan mengenai pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah sesuatu yang stressful dan yang diasosiasikan dengan orang muda berbanding orang tua yang diasosiasikan dengan kestabilan.

Dari sudut demographical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas yang hanya berjumlah 6.2% berbanding penduduk Malaysia berusia 15-64 tahun yang berjumlah 69.7% selain mengenai trend dunia yang menyaksikan kemunculan semakin ramai pemimpin muda seperti Justin Trudeau yang berusia 44 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri Kanada pada 4 November 2015, Emmanuel Macron yang berusia 40 tahun sewaktu menjadi Presiden Perancis pada 14 Mei 2017 dan Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun sewaktu menjadi Canselor Austria pada 13 Disember 2017.

Bila panelis lain menyebut mengenai keterpaksaan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kembali kerana ketiadaan pemimpin muda berwibawa di Malaysia, saya menyatakan bahawa pindaan ke atas Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Saya memang tidak menyangka mengenai kehadiran secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir ke wacana ini, apatah lagi bila moderator terus memberikan ruang kepada beliau dan isteri beliau untuk bercakap selain meminta kami sebagai panelis untuk bertanya soalan kepada beliau sebagai jemputan pula.

Bagaimanapun, saya menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Tun Dr Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut spiritual dengan merujukkan kepada peringatan Allah mengenai kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam Ayat 68 Surah Yasin, Ayat 5 Surah al-Hajj, Ayat 54 Surah al-Rum dan Ayat 70 Surah al-Nahl.

Saya juga menggunakan ruang yang ada untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi puppet kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dan disebabkan Perjanjian Pakatan Harapan yang mensyaratkan supaya setiap pembuatan keputusan mestilah dibuat secara konsensus, termasuk dengan membangitkan beberapa kandungan utama di dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai contoh.

Saya juga turut menanyakan beliau satu soalan yang memang sudah lama saya mahu tanyakan sendiri kepada beliau, iaitu apa yang menyebabkan beliau sendiri kini bersedia untuk menjadi Perdana Menteri kembali tatkala beliau sendiri menyebut, pada 21 September 2016,  bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau dan tatkala kaji selidik PPBM yang diumumkan oleh Datuk Dr Rais pada 10 Mei 2017 sendiri menyebut bahawa calon paling popular untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah beliau, tetapi Tan Sri Muhyiddin.

Saya berpuas hati dapat menanyakan kedua-dua soalan tersebut secara terus kepada Tun Dr Mahathir, malah jawapan Tun Dr Mahathir kepada kedua-dua soalan saya ini telah diberikan liputan oleh media massa.

Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

Saya sebaliknya merasa teruja dengan kehadiran Tun Dr Mahathir yang, berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq, kepada saya selepas majlis itu tamat, memutuskan untuk hadir sendiri ke majlis itu selepas melihat perjalanan wacana itu sejak ia bermula secara live, termasuk tindakan saya yang lantang mengkritik beliau.

Pada hemat saya, cubaan Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan keberanian beliau dengan mencabar saya di laman Facebook beliau untuk mengkritik beliau secara berdepan adalah sesuatu yang melucukan kerana jika beliau betul-betul berani beliau sepatutnya menyahut undangan Sinar Harian untuk ikut sama di dalam wacana itu sejak awal lagi sebagai pembicara bukan hadir tiba-tiba di tengah majlis sebagai penonton (yang diberi peluang untuk berbicara).

Saya mengharapkan akan ada soalan dari penonton yang akan membolehkan saya mengkritik Tun Dr Mahathir secara berdepan, malangnya peluang untuk penonton berbicara juga ditutup secara yang, saya dimaklumkan, tidak adil.

Saya juga merasa terkejut dengan sikap hipokrit Tun Dr Mahathir yang memberikan gambaran positif mengenai tahap kesihatan beliau kepada khalayak, tetapi sewaktu jamuan selepas majlis itu tamat saya mendengar sendiri beliau komplen mengenai jadual ceramah beliau yang ketat, mengenai betapa beliau terpaksa menunggu sehingga lewat malam di dalam sesuatu majlis ceramah kerana sering diletakkan sebagai penceramah terakhir dan sebagainya.

Saya dimaklumkan mengenai pelbagai troll memanjang yang dikenakan terhadap saya oleh para pengikut setia Tun Dr Mahathir, termasuk oleh para pemimpin AMANAH. Paling menarik ialah tindakan dua evangelis Kristian utama DAP, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin, menggelakkan saya di laman Facebook mereka.

Tidak mengapa, ada ubi ada batas.

Tamat.

22 Mac 2018

Mahathir Mengaku Guna Media Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan Malaysia


20 Mac 2018, dalam satu sidang media di parlimen akhirnya Mahathir mengakui bahawa pihak pembangkang di negara ini menggunakan bantuan media asing untuk memainkan isu isu persepsi tentang 1MDB.

Akhirnya sudah terbongkar siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang diperolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan tentang 1MDB di luar negara.

Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan dalam satu posting bahawa Mahathir ada bertemu Justo untuk mengambil dokumen. SSTDM menulis "Kalau Untuk Pengesahan Apa Salah nya … takkan nak terima saja Tanpa Dokumen Pengesahan Melalui Perjumpaan empat mata …".

Pada tahun 2015 lagi, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama polis Thailand telah menyiasat bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat bahawa gerakan mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dibuat menerusi pengubah suaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi.

Dalam transkrip perbualan Whatsapp telefon Justo turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pembangkang, orang kanan Mahathir dan Claire Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report yang berkonspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan mengunakan dokumen palsu itu.

Dalam satu temubual dengan News Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Mahathir sebagai salah seorang yang terlibat. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk ambil dokumen tetapi akhirnya tidak membayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.

Baca kisah lanjut di pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1708830822545200&id=1122306847864270

Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire Brown berkata mahu raikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak. Malah Claire Brown telah berjumpa dengan Mahathir selepas itu. Bergambar sekali lagi. Bukan sekali jumpa tetapi berkali kali termasuklah di London semasa Hari Raya Puasa tahun lepas.

Dengan pengakuan Mahathir pada dua hari lepas itu, ianya mengesahkan segalanya, siapa dalang terbesar yang mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi. Mahu gunakan isu 1MDB sebagai isu politik bagi tumbangkan kerajaan.

1MDB bukanlah isu pun. Duit RM42 billion yang didakwa Mahathir sebagai hilang tidak pun hilang. Kapal layar, lukisan dan kapal terbang yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar. Termasuklah dakwaan kononnya ada RM430 juta duit 1MDB di Switzerland, juga tidak benar bila sudah dua kali ditolak oleh parlimen Switzerland.

Semua ini cerita rekaan kerana dokumen dan sumber yang diguna untuk tumbangkan Najib itu adalah semata mata berdasarkan dokumen yang diubah suai oleh Sarawak Report semata mata. Malah portal Malaysian Insider pun sudah tutup bila pendedahan Justo ini dibuat.

Syed Saddiq juga sudah bocorkan rahsia bahawa Mahathir sudah beri AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk bayar pihak media asing untuk kempen propaganda jatuhkan kerajaan.

Sebelum ini pada 10 April 2016, Mahathir dalam satu temubual dengan The Weekend Australian turut menjemput campur tangan asing di Malaysia.

Jadi apa yang Wan Saiful Wan Jan, yang baru dua tiga hari masuk PPBM dedahkan tentang campurtangan asing menerusi Cambridge Analytica akhirnya terkena ke atas batang hidung anak Mahathir sendiri.

Puas Mukhriz bersilat menafikan, tetapi akhirnya peluru yang ditembak oleh Wan Jan itu makan diri sendiri bila Azrin Zizal, bekas pegawai media Mukhriz mendedahkan cerita yang sebenar.

Ramai sudah keluar parti PPBM kerana tahu agenda peribadi Mahathir ini. Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun. Mahathir sebenarnya yang tidak berpuashati bila kroninya tidak lagi mendapat berbillion ringgit menerusi IPP.

Kerana hendak anak sendiri jadi Perdana Menteri, kerana agenda kroni, Mahathir sudah jadi pengkhianat bangsa dan negara sendiri. Undang campur tangan asing untuk jatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini.

Malaysia belum lagi dijajah oleh China seperti yang didakwa pembangkang. Yang terjajah dan tergadai adalah pembangkang Malaysia. Mereka sudah tergadai kepada tangan tangan asing.

Tulisan :
Beruang Biru
BB832, Khamis
22 Mac 2018

21 Mac 2018

Lari Kawasan : Strategi DAP Setelah Tidak Buat Kerja Pada Rakyat


Wakil rakyat DAP hanya wakil rakyat hinggap sahaja. Datang dan ada masa kempen pilihanraya sahaja, kemudian selama sepenggal hilang entah ke mana. Bila dekat hendak waktu mengundi pula, dengar cerita lari ke kawasan lain pula.

Wakil rakyat DAP lari kawasan kerana tidak buat kerja. Mereka tahu kalau mereka bertanding lagi di kawasan itu, maka pengundi yang kenal mereka tidak akan lagi memilih mereka lagi. Oleh itu, baik lari sahaja ke kawasan baru.

Di kawasan baru boleh buat janji baru. Boleh tipu orang yang baru jumpa. Boleh bagi harapan yang macam macam kepada orang yang baru dikenali. Kemudian genap satu penggal, lari pula ke tempat lain. Inilah strategi tradisi DAP, lari kawasan.

Paling aktif lari kawasan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan ketika PRU12, dia bertanding di Ipoh Timur dan kemudian pada PRU13 lari jauh ke Johor iaitu di Gelang Patah. Penduduk di Gelang Patah pun merungut Kit Siang sering tidak ada di kawasan.

Siap kena “sound” lagi dengan penduduk kampung. Penduduk kampung siap halau lagi Kit Siang sebulan yang lalu di sebuah kampung di Johor. Tengok video ini :

https://www.facebook.com/tokadithejustice/videos/1667981816630101/

Sejak mula bertanding pada 1969, Kit Siang sudah lari di lima negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan termasuk Johor. Sama kisahnya dengan Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Ching Tong yang juga buat perkara yang sama iaitu menang dan lari.

Pada PRU12,Ching Tong bertanding dan menang di Parlimen Bukit Bendera dan kemudian berpindah ke Johor bertanding di Kluang. Pengundi Bukit Bendera dan Kluang kena “kencing’ dengan “kelentong” sahajalah dengan Ching Tong ini.

Pengundi Ayer Hitam pula bakal kena “kencing” dan “kelentong” selepas ini. Di Kluang, Ching Tong hanya terkenal buat provokasi sahaja bila edar kurma di bazar Ramadhan.

Ketika itu, Liew bersama dengan Penolong Setiausaha DAP Johor, Sheikh Umar Ali cuba masuk ke dalam kawasan bazar tanpa meminta kebenaran. Buat provokasi, gaduh dan cetus kontroversi kemudian lari ke kawasan lain pula. Inilah strategi turun temurun DAP.

Di Selangor pun sama, wakil rakyat DAP ini lari juga, ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin difahamkan akan bertanding di Johor pada PRU14 begitu juga dengan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah serta ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim masing-masing akan bertanding di DUN Kuala Kubu Bharu dan Sungai Pelek.

Sama seperti Ahli Parlimen DAP Serdang pada penggal 2008-2013, Teo Nie Ching yang selepas itu lari kawasan untuk bertanding di parlimen Kulai Johor pada 2013. Khabarnya, Teo Nie Ching hendak lari kawasan lari bertanding di negeri lain pula.

Guan Eng pun sama, lari melompat jauh dari parlimen Kota Melaka untuk bertanding di parlimen Bagan pada 2008. Teresa Kok juga ada rekod lari kawasan, melompat dari parlimen Ipoh Barat, Perak untuk tanding di parlimen Seputeh pada tahun 1999.

Anthony Loke lari kawasan dari parlimen Rasah pada 2008 untuk bertanding di parlimen Seremban pada 2013. M.Kulasegaran juga lari kawasan kali iaitu dari parlimen Telok Intan pada 1997 ke parlimen Ipoh Barat pada 1999.

Selain Kit Siang, yang menjadi naib johan lari kawasan dalam DAP adalah Ngeh Koo Ham iaitu lari kawasan sebanyak 4 kali. Pada tahun 1990 tanding di parlimen Beruas, kemudian lari ke parlimen Batu Gajah pada tahun 1995, kemudian lari lagi ke kawasan Ipoh Timor pada 1999 dan kali keempat bertanding balik di parlimen Beruas pada 2008.

Sepupu Ngeh, iaitu Nga Kor Ming juga melompat kawasan iaitu tanding di DUN Pantai Remis pada 2008 sebelum melompat ke DUN Kepayang pada 2013.Khabarnya Nga Kor Ming juga teringin hendak bertanding di parlimen Kulai, tempat yang ditinggalkan oleh Ching Tong.

Lari kawasan dan lompat dari tempat ke tempat lain adalah tradisi turun temurun DAP. Itulah yang disebut oleh Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor Tan Tuan Tat yang menyatakan lari kawasan adalah tradisi turun temurun DAP yang menjadi amalan mereka sejak dulu untuk memastikan hayat politik calon mereka terus bernyawa selama yang boleh.

Tuan Tat berkata, calon yang lari ini tidak berjaya berkhidmat dengan baik di kawasan masing-masing, jadi sebelum dihukum oleh pengundi, baik mereka beredar dan lari bertanding di tempat lain pula.

Kali ini DAP ada calon calon baru untuk bertanding atas logo roket pada PRU14. DAP ada Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin untuk diperkudakan bagi mendapatkan undi Melayu pada PRU14.

Sudah pastilah “kuda kuda” DAP yang baru ini akan melompat lebih kuat pada PRU14 ini. Setelah disuap dengan karot yang berkualiti dari luar negara sebagaimana yang pernah didedah oleh Dr Zuhdi dari PAS, sudah tentulah melompat laju “kuda kuda” DAP ini. Sekarang pun sudah lompat laju sampai mahu buang penjawat awam dan jayakan konsep Malaysian Malaysia yang DAP mahukan.

Pengundi jangan tertipu dengan “kuda kuda” baru DAP ini. Pengundi juga jangan tertipu dengan calon ‘kencing dan kelentong” DAP di kawasan kawasan baru nanti. Lari kawasan ini memang amalan turun temurun parti DAP. Lari setelah tidak buat kerja pada rakyat.
 
Tulisan :
Beruang Biru
BB831, Rabu
21 Mac 2018

Skandal Rasuah Dengan Azmin Ali Berpisah Tiada

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana skandal tanah di Ijok. Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu menimbulkan kontroversi dan dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk peneroka.

Lima syarikat menerima transaksi wang kira kira RM200 juta iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

"SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Siapa Datuk yang berada di luar negara itu? Apakah Datuk itu ada kaitan dengan Azmin Ali dan Mahathir? Difahamkan Datuk itu adalah Khairuddin yang mempunyai dua syarikat iaitu syarikat Mujur Zaman dan LBCN Development. Khairuddin merupakan bekas pengarah eksekutif kedua dua syarikat tersebut.

Pada 14 Februari 2018, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pernah mempersoalkan kenapa Azmin Ali menyerahkan tanah peneroka di Ijok itu kepada dua syarikat ini.

"Apa justifikasi Azmin menyerahkan tanah ini kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LCBN Development Sdn Bhd, sedangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk mengambil semula tanah itu” kata Rahman Dahlan.

Pada 2014, semasa Azmin menjadi Menteri Besar, dan sebelum Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan kes ini, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan beberapa syarikat berkaitan pada 22 September 2015 membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual tanah kira-kira 880 hektar dengan harga RM1.18 bilion.

Pada 17 Mei 2016 Azmin memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd bersetuju untuk membatalkan kes ini.

Azmin seterusnya membuat keputusan menyerahkan semula tanah itu kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan syarat penting serta wajib dalam perjanjian penyelesaian itu ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam yang berkenaan. Khairuddin pula adalah bekas pengarah eksekutif kepada kedua dua syarikat itu.

Tanah peneroka di Ijok yang dijual adalah berkeluasan 2,198.4 ekar dengan harga RM1.18 billion. Sejumlah 981 peneroka dibayar hanya RM421.4 juta sahaja sebagai pampasan oleh dua syarikat swasta yang terbabit. Mana baki lagi RM758.6 juta ?

Difahamkan semalam, wang bernilai RM36 juta sudah dibekukan dan dipercayai adalah hasil daripada skandal tanah di Ijok. Maknanya ada lagi baki sejumlah RM722.6 juta. Apakah wang baki itu sedang dibawa lari di luar negara oleh Datuk tersebut untuk tujuan pengubahan wang haram?

Azmin tidak menjawab langsung hal skandal tanah di Ijok ini. Malah lebih melucukan bila Azmin dilanda dengan skandal tanah di Ijok dan krisis air di Selangor, apa yang dibuat oleh Azmin adalah mencari simpati dengan membalut tengkuknya sahaja.

Skandal rasuah berpisah tiada dengan Azmin Ali. Skandal tanah di Ijok libatkan wang peneroka beratus juta ringgit. Bukannya satu jumlah yang kecil. Takkanlah wang itu sanggup dibawa lari ke luar negara untuk dibuat dana pilihanraya kempen pada PRU14 nanti? Guna duit peneroka hendak kempen PRU14?

Ini bukan kali pertama skandal rasuah menyelubungi Azmin Ali di Selangor. 14 April 2017, SPRM telah menahan Adam Rosly yang memiliki kekayaan meragukan dan punyai “banglo Disneyland” berharga RM4 juta di Ampang.

30 November 2017, anak saudara Azmin Ali ditahan SPRM kerana skandal projek lombong pasir dan wang berjumlah RM4 juta dibekukan. Malah rakyat kena tahu, hanya Selangor sahaja yang masih belum tandatangan Ikrar Basmi Rasuah (IBR). Apa yang Azmin takut sangat?

Takut kerana skandal rasuah dengan Azmin Ali berpisah tiada. Bukan sedikit yang hilang dalam skandal tanah di Ijok, melibatkan wang berjumlah RM758.6 juta wang rakyat. Bukan sedikit juga wang yang kerajaan BN beri pada Azmin untuk selesaikan masalah air, RM22.3 billion jumlahnya.

Oleh kerana itulah, Azmin disaman sejumlah RM14 billion oleh Puncak Niaga kerana melengah lengahkan pengstrukturan semula syarikat air di Selangor. Entah entah ada wang yang diminta ambil alih syarikat air itu pun lesap dan hilang juga. Kemungkinannya ada.

Rakyat Selangor harus bangkit dan tukar kerajaan Azmin Ali yang sombong di Selangor ini. Air terawat tiada, Azmin tidak mahu mengaku, malah mahu humban pula Menteri dan KSU ke dalam empangan. Skandal rasuah dan krisis air, dua sebab utama untuk rakyat Selangor tukar kerajaan yang sedia ada di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB830, Rabu
21 Mac 2018

20 Mac 2018

Lepas Gagalkan Memalukan PM Di Australia, Mahathir Bawa Porsche Dalam Hujan

Satu persatu serangan yang dilakukan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar negara telah gagal. Dari Amerika Syarikat, ke Bali, di mahkamah Switzerland dan kemudiannya Australia.

Semua serangan itu gagal. Bermula dengan membawa kes berkenaan ke Amerika Syarikat dengan menggunakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat dan menipu rakyat kononnya FBI akan menahan Najib sebaik sahaja beliau melangkah ke negara berkenaan pada 2016, kemudian beralih pula ke Bali di mana kapal layar mewah Equanimity dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bukan itu sahaja Equanimity dikatakan membawa RM1 bilion dolar yang kononnya untuk digunakan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), namun akhirnya kebenaran terdedah apabila pihak berkuasa Indonesia menafikan menemui wang berkenaan.

Selepas reda isu kapal layar, tiada bukti dan tiada apa apa susulan dari DOJ dan telah dibuktikan kapal layar yang dibeli itu bukan dengan duit 1MDB, maka datang pula serangan dari parlimen Switzerland pada minggu lepas. Kononnya ada duit 1MDB yang hilang berjumlah RM430 juta di Switzerland.

Cerita di Bali dan Switzerland, dua dua ini cerita persepsi. Penjelasan telah dibuat. Sila baca artikel ini.

1) Isu Kapal Layar di Bali
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1793466290673840&id=697192853634528

2) Isu Di Parlimen Switzerland
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1803226269697842&id=697192853634528

Serangan kemudiannya beralih pula ke Australia. Beberapa hari sebelum Najib berangkat ke Australia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018, tiba-tiba anak Perdana Menteri Australia, Alex Turnbull mendakwa beliau meletak jawatan dengan Goldman Sachs kerana dilabel sebagai pemberi maklumat selepas mempersoalkan kedudukan firma berkenaan dalam isu 1MDB.

Bagaimanapun, Alex kemudian menjelaskan kenyataannya disalah lapor media malah perletakan jawatan itu sudah lama, iaitu pada 2014, jadi kenapa perlu dibangkitkan semula.

Akhirnya kebenaran terserlah apabila akhbar Australian Financial Review (AFR) melaporkan bahawa anak kepada Malcolm Turnbull itu diarah menghentikan urus niaga dalam saham media dan teknologi berikutan kedudukan bapanya sebagai Menteri Komunikasi pada waktu itu.

Baca artikel penuh di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1705613916200224&id=1122306847864270

Pada masa sama, Mahathir pula telah menggunakan media asing untuk memberikan tekanan kepada Najib. Mahathir dilaporkan memberitahu The Australian bahawa Turnbull harus menimbulkan isu skandal 1MDB dengan Najib pada sidang kemuncak itu.

Manakala dalam temubual dengan ABC News, Mahathir memberi amaran kepada Turnbull supaya tidak bergambar dengan Najib.

Malangnya Turnbull tidak peduli akan hasutan Mahathir itu sebaliknya beliau dan Najib bergambar mesra selepas sidang kemuncak berkenaan. Bukan itu sahaja, kedua-dua pemimpin itu berikrar untuk terus menjadi rakan rapat dan akan terus bekerjasama.

Gagal lagi Mahathir. Selepas semua usaha memalukan Najib di luar negara gagal, Mahathir kemudiannya cuba mengalih perhatian dengan memandu kereta dalam hujan.

Klip klip video pendek dimuat naik di media sosial petang semalam yang menunjukkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu memandu kereta Porsche semasa hujan lebat dan petir.

Kononnya bila masih boleh bawa kereta Porshe dalam hujan, maka kuat lah lagi hendak jadi PM. Kuat apanya? Kena hujan setitik pun demam dah.

Kalau kuat, kenapa tidak selesaikan dahulu mesyuarat mesyuarat cawangan PPBM? Kenapa biar ramai ahli PPBM keluar parti?

Oh terlupa, semua ahli PPBM tidak penting lagi bagi Mahathir. DAP sudah ada. Baik jaga kuda dan naik kereta Porshe dari "berlengas" fikir hal ahli ahli PPBM yang sudah pun dianggap sampah oleh Mahathir.

Bukan soal boleh pandu kereta atau tidak namun ia mengenai Mahathir sendiri. Apakah beliau masih tidak puas untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Kenapa sanggup untuk menjadi Perdana Menteri lapuk dan kitar semula?

Mahathir hendak lagi pada kuasa. Sanggup jilat balik ludahnya dulu pada Anwar dan DAP. Semuanya kerana ada agenda peribadi untuk anak sendiri dan kroni.

Tulisan :
Beruang Biru
BB826, Isnin
19 Mac 2018

Sumbangan 1MDB Kepada Rakyat Malaysia


Sebenarnya syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memberikan banyak sumbangan kepada rakyat Malaysia. Ia adalah hakikat yang perlu diakui oleh rakyat hatta pembangkang sekali pun.

Namun disebabkan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak maka kebenaran berkenaan telah disembunyikan malah mereka sanggup menjadikan ia sebagai satu publisiti murahan.

Nama 1MDB telah dibusukkan dan dijaja ke seluruh dunia, mujurlah ada pihak-pihak dan pemimpin yang rasional, tidak terpedaya dengan cubaan pembangkang.

Bukan itu sahaja, ia sampai ke tahap mempergunakan media asing walaupun suatu masa lalu pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa dalang asing akan bantu pembangkang untuk jatuhkan kerajaan.

Kenyataan Mahathir itu dibuatnya pada 1999, ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri. Tetapi kini selepas menyertai Pakatan Harapan, rupa-rupanya apa yang beliau katakan itu dilakukannya sendiri.

Mungkin ada yang tidak sedar bahawa 1MDB telah memberikan sumbangan yang banyak kepada pembangunan Malaysia. Ia termasuk projek Bandar Malaysia seluas 202.3 hektar yang bakal menjadi pembangunan paling ikonik di negara ini.

1MDB terlibat dalam pembangunan projek Bandar Malaysia walaupun ditohmah oleh pembangkang dan ia merupakan satu penghargaan kepada syarikat terbabit.

Begitu juga dengan TRX City Sdn. Bhd. (TRX City) yang kini menjadi tarikan pelabur.

Ketika ini TRX telah menarik pelabur terkemuka antarabangsa iaitu HSBC Malaysia melibatkan pelaburan bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) dan Lendlease yang turut membangunkan Lifestyle Quarters, Mulia International Group yang membangunkan Signature Tower dan Veolia, iaitu syarikat kitar semula bagi sisa kumbahan.

Bak kata Perdana Menteri baru-baru ini, jika London boleh berbangga dengan Canary Wharf, Shanghai pula dengan Pudong, Singapura terkenal dengan Marina Bay, kini tiba masanya Kuala Lumpur berbangga dengan TRX.

Selain itu, Pangkalan Udara Sendayan pula bakal menjadi pusat latihan terbesar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyumbang kepada transformasi utama dalam pembangunan rakyat dan negara.

Kawsan Sendayan yang sebelum ini merupakan kawasan Felda, bakal menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Hasilnya penduduk di kawasan itu akan mengecap kualiti hidup lebih baik dan permintaan terhadap kediaman di kawasan itu akan melonjak naik.

Tidak ketinggalan adalah biasiswa 1MDB. Disebalik tohmahan pembangkang, mereka terlupa bagaimana 1MDB membantu membiayai pengajian anak-anak cemerlang di negara ini.

Tidak ramai yang tahu selain Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), 1MDB turut membantu dari segi menyediakan biasiswa tetapi orang tidak nampak perkara ini.

Apa yang mereka nampak ialah 1MDB kononnya banyak hutang hinggakan namanya diburukkan ke seluruh dunia. Tuduhan itu tidak benar, hanya tohmahan pembangkang semata mata.

Begitu juga dengan program haji yang ditaja oleh Yayasan 1MDB. Setiap tahun seramai 1,200 jemaah haji berpeluang ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka yang terpilih ini adalah terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2011, program yang memasuki tahun kelapan penganjurannya itu telah menghantar seramai 5,711 orang menunaikan ibadah haji.

Program yang bermula dengan 111 orang pada tahun 2011 itu kini telah dapat dipertingkatkan kepada 1,200 orang. Meskipun Mahathir pernah menyifatkan haji yang dilakukan itu sebagai tidak mabrur, namun siapa beliau yang mahu mengeluarkan fatwa berkenaan.

Tidak perlu memainkan peranan untuk menentukan ibadah orang lain sebaliknya apa yang penting lebih ramai jemaah haji berpeluang ke Mekah. Meskipun tidak bersetuju dengan 1MDB dan Najib, Mahathir tidak sepatutnya menghina jemaah haji tajaan 1MDB.

Beliau patut melihat kepada dirinya sendiri. 1MDB juga turut membina semula Masjid Kampung Baru dengan nilai RM20 juta.

Betullah apa yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, pembangkang mengkritik 1MDB kerana mereka sudah ketandusan idea sedang semua isu-isu yang berbangkit sebelum ini telah dijelaskan.

Apa lagi hendak dikait selepas ini, Duta Besar Malaysia sudah sahkan isu kapal layar hanyalah persepsi. Parlimen di Switzerland sudah dua kali tolak usul kononnya ada duit 1MDB di sana. Akuilah 1MDB banyak membantu rakyat Malaysia termasuklah mengurangkan kadar tarif elektrik di Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB828, Selasa
20 Mac 2018

19 Mac 2018

Mukhriz Ikut Telunjuk DAP Mahu Buang Penjawat Awam Jika Berkuasa


Anak calon Perdana Menteri sementara pembangkang sudah menunjukkan belang sebenar Pakatan Harapan (PH) bila secara terbuka menyatakan PH akan memecat semua pegawai kerajaan yang ada di Putrajaya.

Apa yang Mukhriz cakap ini, senada dengan apa yang Mahathir sebut semasa demonstrasi tahun lepas. Senada dengan apa yang DAP mahukan iaitu buang penjawat awam.

“Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga” kata Mahathir ketika berucap di Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Pemecatan pegawai penjawat awam itu disenaraikan antara tindakan yang akan dilaksanakan oleh PH dalam masa 30 hari jika PH menang di peringkat Persekutuan pada PRU14 nanti.

"Kalau kami berjaya tubuhkan kerajaan dengan mandat tuan-tuan dan puan-puan, saya boleh masukkan janji dalam 30 hari, kami akan pecat semua pegawai tinggi kerajaan," kata Mukhriz dalam sesi dialog 'Tak Ado Apo Nak Sorok' di Seremban pada 18 Mac 2018.

Video ucapan Mukhriz untuk buang penjawat awam itu boleh dilihat di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1705606539534295&id=1122306847864270

Apa yang dicakap oleh Mukhriz tidak sama dengan manifesto PH yang dilancarkan baru baru ini. Dalam manifesto itu, PH janji akan mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengenalpasti para pegawai kerajaan yang berbakat dan berpotensi untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentabdiran.

Bagaimana hendak dapatkan pegawai kerajaan yang berpotensi kalau semuanya hendak dipecat? Samalah dengan apa yang Mahathir buat dulu masa dia menjadi PM. Pecat semua orang yang tidak sehaluan dengannya.

Pecat Tan Sri Rahim Nor, Tan Sri Ani Arope, Tun Salleh Abbas dan Tan Sri Jaafar Hussein. Pecat empat orang Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Tengku Razaliegh, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.

Masa jadi PM dahulu, Mahathir pecat habis semua orang. Masa jadi Pengerusi PPBM pun sama, habis keluar dari PPBM kerana Mahathir. Kalau jadi PM sekali lagi, licin habis kakitangan awam di Putrajaya kena buang.

Apa yang Mahathir dan Mukhriz buat bila mahu buang penjawat awam ini sebenarnya mengikut telunjuk dan niat sebenar DAP sejak 1965 lagi. Sejak konsep Malaysian Malaysia dibuat lagi untuk tentang Hak dan Keistimewaan Orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, pada 24 Oktober 2016, pernah kata mahu buang kira-kira 700,000 orang penjawat awam di Putrajaya.

Pua mengikut cadangan firma bawah DAP, Penang Institute yang menyatakan Malaysia hanya memerlukan 430,000 orang penjawat awam. Kit Siang pun pernah berniat hendak buang penjawat awam.

Baca perancangan halus DAP ini untuk buang kakitangan awam :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1806682192685583&id=697192853634528

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersedia memberi sokongan padu kepada penjawat awam.

Kerajaan bukan macam pakatan yang panggil penjawat awam dengan gelaran 'kucing kurap' dan 'monyet' dalam ceramahnya tetapi mempertahankan golongan itu yang memberi khidmat dan menyumbangkan idea kepada pelaksanaan dasar kerajaan.

Pada Khamis lepas, Najib berkata di saat pembangkang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam, kerajaan sedia ada pula bukan sahaja mengekalkan saiz penjawat awam negara, malah bersedia menambah bilangan mereka.

Najib beri jaminan itu pada program Bajet 2018 Bersama Rakyat : Penjawat Awam di Dewan Seri Perdana Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan, Perak.

DAP mahu mengurangkan jumlah penjawat awam supaya mereka yang menyokong DAP dapat dibawa masuk bekerja di Putrajaya.

Siapa yang ramai menjadi penjawat awam di Putrajaya? Kalau ramai kena buang, siapa yang akan dibawa masuk oleh DAP bekerja di Putrajaya?

Pembangkang hendak buang penjawat awam sedia ada untuk diisi dengan orang-orang mereka. Mahathir dan Mukhriz sudah jadi "barua" DAP untuk jayakan konsep Malaysian Malaysia dengan membuang penjawat awam di Putrajaya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB827, Isnin
19 Mac 2018

Video : Kanak Kanak Pun Dijadikan Mangsa, Kempen Politik Kebencian Guan Eng.


Rakyat Pulau Pinang sudah muak. Mereka sudah tidak sabar lagi hendak melakukan angin perubahan di Pulau Pinang. Merubah kerajaan DAP yang berada di Komtar kepada kerajaan yang baru.

Kerajaan DAP yang sedia ada sudah terbukti korup. Rasuah berleluasa hingga tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, kilang haram membunuh penduduk, rasuah buat terowong berjuta juta, rasuah banglo dan rasuah jual tanah rakyat.

Apa yang rakyat dapat? Tidak ada apa apa manfaat yang rakyat dapat. Guan Eng sahaja dapat banglo berjuta, rakyat hanya dapat rumah mampu tengok sahaja.

Semua orang sudah tidak percaya Guan Eng. Hanya tinggal mereka yang dibayar gaji puluhan ribu ringgit sebulan masih memuja Guan Eng iaitu Saifuddin Nasuiton, Ustaz Wan Ji dan Ustaz Mat Sabu.

Bila tiada lagi orang hendak percaya pada Guan Eng, terpaksalah Guan Eng mencari sasaran baru. Kanak kanak pula menjadi bahan kempen Guan Eng. Sampai begitu terdesak sekali Guan Eng hendak berkempen sebarkan kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional.

17 Mac 2018, dalam satu video yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook milik Guang Ming Daily, Guan Eng dilihat menari macam “beruk mat yeh” mengikut rentak lagu “ABCD”  dalam filem Hindustan,Hum Saath Saath Hain tetapi ditukar jadi lagu GST.

Majlis itu adalah majlis untuk sekolah tadika di Penang Sunset Idaman 2, Jelutong, Pulau Pinang. Peserta yang hadir majoritinya adalah kanak-kanak. Seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh menari macam “beruk mat yeh” dan menunjukkan kelakuan tidak senonoh di hadapan kanak kanak.

Video yang berdurasi 32 saat yang tular itu penuh dengan kempen kebencian. Antara bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan termasuk ‘A B C D G S T, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mee, semua kena GST, bayar untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harga semakin tinggi? Realitinya, harga rumah semakin tinggi di Pulau Pinang. Bil air naik empat kali di Pulau Pinang, tarif makin tinggi. Parking di Pulau Pinang tinggi, sampai ke waktu malam kerajaan DAP kutip duit parking.

Tanah untuk orang Melayu semakin mengecil di Pulau Pinang. Datuk Dr Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Fokus Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang mendedahkan orang Melayu di Pulau Pinang hanya memiliki tanah kurang daripada 1.16% sahaja.

Ketua Menteri DAP gadai habis tanah di Pulau Pinang dan kemudian terkinja kinja nyanyi lagu benci GST di hadapan kanak kanak. Kanak kanak itu masih tidak faham apa apa tentang politik. Mereka pun bukan boleh mengundi mana mana parti lagi.

Ada kanak kanak yang terus menangis bila terjumpa Guan Eng selepas itu. Lihat gambar ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1705596796201936&id=1122306847864270

Entah entah mereka bukan tahu pun yang menari macam “beruk mat yeh” itu adalah Ketua Menteri di Pulau Pinang. Namun Guan Eng mana peduli, asal dapat peluang sahaja semua bendak hendak dipolitikkan oleh DAP dan Guan Eng.

Tanah kena gadai, tanah Melayu berbaki hanya 1.16% dan gambar terbaru Guan Eng dengan Dato Seri yang menerima rasuah RM19 juta dalam kereta masih belum dijawabnya. Sudah boleh diagak apa jawapan Guan Eng iaitu “tidak tahu”.

Kemudian siap tunjuk gambar pemimpin MCA untuk menutup cerita. Harus diingat pemimpin MCA itu bergambar di tempat awam. Dia tiada kuasa melulus macam Guan Eng. Dia juga tidak bergambar dalam rumah dan dalam kereta macam Guan Eng.

Kes rasuah terowong masih belum selesai. Duit kajian terowong yang lesap sampai beratus juta masih belum dijawab Guan Eng. Untuk menutup semua cerita ini, Guan Eng menari lagu benci GST dengan gaya macam “beruk mat yeh” di tadika.

Sungguh teruk sekali politik Guan Eng dan DAP. Politik tahap murahan sama sekali. Hingga sanggup rosakkan otak dan minda budak budak dengan fitnah dan kebencian. Rakyat Pulau Pinang kena tolak Ketua Menteri murahan seperti ini.


Tulisan :
Beruang Biru
BB825, Isnin

18 Mac 2018

#PRU14 :Formula Calon Langsung Tidak Akan Digunakan PRU14 - Abg Jo

KUCHING: Formula calon langsung Barisan Nasional (BN) tidak akan digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pengerusi BN Sarawak itu berkata, kesemua calon yang diletakkan pada setiap kerusi parlimen pada PRU-14 ini dipilih dari parti komponen BN sahaja.

"Tidak ada calon langsung kerana ini adalah pilihan raya umum dan semua calon hendaklah dari parti komponen BN.

"Semenanjung dan Sabah juga tidak menggunapakai calon langsung," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan jambatan besi baharu di Kampung Kudei Lama di sini tengah hari tadi.

Tambah Abang Johari, ia juga termasuk calon BN bagi kerusi Parlimen Saratok.

Ditanya mengenai senarai calon BN untu PRU-14 ini, Abang Johari bagaimanapun enggan mendedahkan dahulu.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

17 Mac 2018

Parlimen Switzerland Sahkan Duit CHF104 Juta Bukan Duit 1MDB


Parlimen negara Switzerland semalam mengesahkan dana CHF104 juta Swiss Franc atau RM430 juta yang dikaitkan dengan Malaysia bukan milik 1MDB.

Usul itu ditolak semalam di parlimen Switzerland. Usul untuk mengembalikan dana itu ke Malaysia itu dimulakan oleh Ahli Parlimen dari Parti Sosial Demokrat (SDP), Carlo Sommaruga.

Usul tersebut ditolak dengan 138 wakil mengundi menentang manakala hanya 53 menyokong. Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Ignazio Casssis, usul berkenaan terlalu umum.

"Usul ini terlalu umum, kerana ia meminta Majlis Persekutuan masuk campur melangkaui apa yang mampu dilakukannya, ekoran pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman," katanya.

Dakwaan bahawa dana di Switzerland itu kononnya dana dari 1MDB dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Pengarah Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme, Cynthia Gabriel dan bukannya pihak berkuasa Switzerland.

Sejak bila Kit Siang, Wan Azizah dan Cynthia Gabriel jadi FBI di Switzerland? Duit penalti bank swasta dituduh dan diputar belit kata duit 1MDB yang hilang. Memandai sungguh mereka buat cerita.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR dan Kit Siang iaitu pemimpin DAP sanggup menulis surat kepada kira-kira 154 orang Ahli Parlimen negara itu menuntut wang berkenaan dipulangkan kepada ke Malaysia.

Hendak pulang buat apa? Duit itu bukan duit 1MDB. Tiada duit 1MDB yang hilang. 1MDB dan MOF sudah pun buat kenyataan, yang memandai mandai reka cerita kata duit di Switzerland itu adalah duit 1MDB adalah pembangkang.

Duit RM430 juta di Switzerland itu adalah jumlah keseluruhan saman dan penalti yang dikenakan oleh Pengawal Selia Kewangan Switzerland (FINMA) kepada bank-bank swasta kerana melanggar peraturan kewangan dan perbankan Switzerland.

Untuk buat cerita karut di Switzerland,
pembangkang di Malaysia memilih Sommaruga bagi membawa usul di parlimen. Siapa Sommaruga ini?

Sommaruga ini sama "taste" dengan Anwar. Seorang yang menyokong hubungan songsang dan homoseksual di negara Eropah itu. Pada 13 Disember 2012, Parlimen Switzerland meluluskan usul membenarkan pasangan sejenis ( gay dan lesbian) yang berkahwin untuk mengambil anak angkat untuk dijadikan anak sendiri.

Ia diluluskan dan Sommaruga mengundi menyokong usul itu. Di Australia pun, pembangkang Malaysia cari puak LGBT, di Switzerland pun cari geng LGBT juga untuk memburuk burukan Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pun menyelar wakil pembangkang khususnya Chyntia Gabriel dan dan Pengarah Global Bersih, Bala Chelliah yang cuba menyebarkan berita palsu dengan mengaitkan usul Parlimen Switzerland itu dengan 1MDB.

“Mereka telah mengkhianati (negara) dengan menghantar surat kepada anggota Parlimen Switzerland dan wakil-wakil NGO Malaysia membuat perjalanan ke negara itu, untuk melobi anggota parlimen Switzerland supaya menyokong usul tersebut," kata Salleh.

Pada 16 Jun tahun lepas, Sommaruga turut mengemukakan usul bertajuk 'Penghantaran Balik Dana Rasuah Rakyat Yang Dirompak'. Dalam usul itu, dinyatakan secara umum serta banyak nama syarikat lain disebut berserta dengan negara mereka.

Usul yang dikemukakan Sommaruga pada 15 Mac 2018 adalah untuk kali kedua, ianya bukan ditujukan kepada 1MDB atau Malaysia. Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland (sama dengan Kabinet), mengeluarkan analisis terperinci mengenai usul itu dan Kabinet Switzerland dicadangkan untuk menolak usul itu.

Bermaksud Kabinet dan Parlimen Switzerland pun menyiasat kesahihan maklumat yang diberikan dan bukti bukti yang ada. Bila sudah dua kali ditolak pada Ogos 2017 dan Mac 2018, ini membuktikan bahawa cerita duit 1MDB kononnya ada di Switzerland hanyalah cerita tipu semata mata.

Cerita yang direka oleh talibarut pembangkang di luar negara iaitu Sarawak Report dan Wall Street Journal. Guna pula ahli parlimen sokong LGBT untuk bawa usul di parlimen. Itu pun Rais Yatim percaya bulat bulat cerita dari portal yang ditaja oleh talibarut Yahudi ini.

Hendak jadi penasihat bagaimana kalau percaya cerita cerita palsu sebegini? Mudah sungguh Rais Yatim kena tipu dengan Sarawak Report.

Duit di Switzerland bukan duit 1MDB.

"Oleh itu, CHF104 juta itu adalah hasil denda oleh FINMA terhadap bank-bank tertentu," menurut kenyataan dari syarikat 1MDB, Rabu lepas.

Samalah juga dengan cerita lukisan, kapal terbang dan kapal layar Jho Low yang kononnya dibeli dengan duit 1MDB. Sudah terbukti sekarang, dakwaan yang dibuat itu tidak benar.

Pembangkang berhempas pulas hendak guna Economist, Australian Post, ahli parlimen sokong Gay di Switzerland dan Sarawak Report. Semua campur tangan asing ini sedang diguna untuk sebar cerita propaganda dan persepsi menjelang pilihanraya kali ini.

Selepas ini, dari Australia pula. Nampak sangat pembangkang di Malaysia sudah desperate. Sanggup undang tangan asing untuk masuk campur hal di Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB824, Jumaat
16 Mac 2018

Goldman Sachs: Turnbull tidak terlibat dalam perjanjian 1MDB


Anak lelaki Perdana Menteri Australia, Alex Turnbull tidak terlibat dalam transaksi 1MDB dengan Goldman Sachs, kata syarikat itu, menurut The Australian Financial Review.

"(Alex) tidak terlibat dalam transaksi 1MDB. Tidak menghairankan, kami tidak menemui sebarang komunikasi elektronik di mana (Alex) mengenal pasti sebarang kelakuan tidak wajar berkenaan dengan transaksi ini atau sebarang tindakan yang diambil terhadapnya sebagai akibat," syarikat itu dipetik sebagai berkata.

Ini telah menimbulkan persoalan mengenai dakwaan awal Alex bahawa peletakan jawatannya dari Goldman Sachs di Singapura pada 2014 berkaitan dengan aktiviti pemberian maklumat mengenai 1MDB.

Menurut The Australian Financial Review, Alex enggan mengulas mengenai kenyataan firma itu, sambil menambah bahawa beliau tidak mempunyai akses kepada e-mel tersebut.

Laporan itu mengatakan bahawa aduan Alex tentang 1MDB berlaku pada tahun 2012, sementara beliau meletak jawatan dua tahun kemudian.

The Australian Financial Review mendakwa telah melihat surat peletakan jawatan Alex yang panjang, menunjukkan bahawa beliau meletak jawatan selepas diperintahkan menghentikan perdagangan dalam sekuriti yang dikaitkan dengan portfolio kabinet ayahnya, Malcolm.

Pada masa itu, Malcolm adalah menteri komunikasi, dan pegawai pematuhan Goldman Sachs mengarahkan Alex untuk berhenti berdagang dalam teknologi sekuriti dan media Australia.

Laporan itu mendakwa bahawa dalam surat peletakan jawatannya, Alex telah mengadu mengenai keputusan firma yang melarangnya menjual sekuriti tertentu adalah "sangat luas dan melumpuhkannya."

Alex berkata beliau lebih rela pergi sebelum "sekatan pematuhan menjadikannya mustahil untuk menghasilkan wang" sehingga firma itu terpaksa menghentikan saya.

Laporan itu juga mendakwa bahawa Turnbulls telah berkongsi kepentingan pelaburan, dan kedua-dua bapa dan anak melabur dalam sebuah syarikat teknologi pada tahun 2012.

Malcolm telah melepaskan semua kepentingannya pada September 2013 apabila pelantikannya sebagai menteri komunikasi.

Goldman Sachs adalah tokoh penting dalam urusan 1MDB, yang telah membantu mengumpul bon bernilai AS$6.5 bilion untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 manakala mengumpulkan komisen bernilai AS$593 juta.

Pihak berkuasa Singapura kemudiannya mengenakan 10 tahun larangan perdagangan ke atas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner selama 10 tahun kerana kesalahan yang berkaitan dengan transaksi 1MDB.

Tulisan asal oleh:
MalaysiaKini, 12 Mac 2018

Link asal oleh:
https://m.malaysiakini.com/news/415309

15 Mac 2018

Guan Eng Salahkan Pengamal Media, Gagal Jelaskan Gambar Skandal Projek



Wong Chun Wai boleh menamakan tempat, acara, masa dan tarikh gambar beliau itu. Bolehkah Guan Eng yang terdesak itu melakukan perkara yang sama?

Pada sidang akhbar di Komtar hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempamerkan kepada media gambar Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Wong Chun Wai berjabat tangan dengan suspek dan seorang lagi yang tidak dikenali. Hari ini mendedahkan gambar editor atasan akhbar milik MCA yang sedang bergambar dengan ahli perniagaan yang sedang disiasat oleh SPRM kerana menerima bayaran RM19 juta daripada SPV Terowong dalam percubaan gagal untuk menghentikan siasatan SPRM ke dalam rasuah projek Terowong Pulau Pinang.

Bagi saya, ini adalah tindakan terdesak dari Ketua Menteri yang kini harus mengubah definisi CM (Chief Minister) kepada Coward Minister kerana memberikan pelbagai alasan yang bodoh kerana tidak menyahut cabaran Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong untuk berbahas mengenai skandal Terowong Pulau Pinang.

Terdapat perbezaan besar antara gambar Wong Chun Wai dengan suspek dan gambar Guan Eng dengan suspek SPRM yang ditahan selama 11 hari.

Gambar Wong Chun Wai jelas dalam acara umum yang dihadiri oleh ramai orang dan tentu saja beliau memakai kasut. Tidak seperti CM, Chun Wai tidak terlibat dalam skandal Terowong Pulau Pinang.

Manakala gambar Lim Guan Eng jelas merupakan urusan peribadi di kediaman peribadi suspek dengan CM tidak memakai kasut.

Wong Chun Wai boleh menamakan tempat, acara, masa dan tarikh gambar yang ditunjukkan oleh Guan Eng itu.

Bolehkah Guan Eng melakukan perkara yang sama?

---
Wong Chun Wai: Kenyataan Akhbar sebagai respons kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang menunjukkan gambar saya dengan suspek SPRM pada sidang akhbar hari ini - 14 Mac 2018.

Sebagai pengamal media yang terkenal dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, saya bertemu dengan ramai orang kerana kerja saya. Banyak kali, saya diminta untuk mengambil gambar dengan mereka, yang kebanyakannya tidak saya kenali. Saya tidak tahu orang ini terlibat.

Gambar saya yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri itu diambil pada malam 8 Ogos 2017 di Malam Anugerah Hartanah StarProperty.my 2017 (SREA 2017) yang diadakan di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. Acara itu dianjurkan oleh Star Property, yang merupakan anak syarikat SMG.

Seperti yang terbukti dalam gambar ini di mana terdapat lebih daripada dua orang yang hadir, ini adalah acara awam dan bukan di kediaman persendirian seseorang.

Saya memakai jaket makan malam hitam saya dan sudah pasti saya memakai kasut saya ketika gambar itu diambil.


Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 14 Mac 2018


Wong Chun Wai.

https://www.facebook.com/EricSeeTo/photos/a.1616864194992633.1073741828.1613712091974510/1903506362995080/?type=3

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1903510946327955

Duit Di Switzerland Tiada Ada Kena Mengena Dengan 1MDB

Tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) yang menghantar surat kepada Ahli Parlimen Switzerland berkaitan dana yang mereka kaitkan dengan 1MDB adalah tidak benar.

Wang berkenaan sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam, pihak MOF menafikan tuduhan yang dibuat Kit Siang dalam surat yang dialamatkan kepada 154 orang Ahli Parlimen Switzerland yang mendakwa aset 1MDB telah disalahgunakan.

1MDB telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa sebarang tuduhan terhadap asetnya yang dicuri atau disalahgunakan sama ada di dalam atau di luar negara adalah tidak benar sama sekali dan jelas bermotifkan politik.

Di Switzerland ketika ini ada sejumlah CHF104 juta Swiss Franc dipegang oleh Pengawal Selia Kewangan Switzerland (FINMA) yang menurut Kit Siang dan Dr Wan Azizah adalah sumber dari 1MDB.

Menurut kenyataan MOF, FINMA sedang menyiasat pelbagai bank swasta di Switzerland tentang aduan bahawa bank-bank ini telah melanggar beberapa undang-undang pengubahan wang haram Switzerland.

Bank bank swasta itu dipercayai mengaut untung secara haram dari beberapa transaksi perbankan tanpa melakukan pemeriksaan latar belakang yang mencukupi ke dalam hubungan perniagaan dan transaksi yang disifatkan sebagai satu kesalahan serius di bawah undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland.

Sebenarnya wang CHF104 juta itu mewakili jumlah keseluruhan data atau penalti yang dikenakan oleh FINMA ke atas pelbagai bank swasta kerana melanggar undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland dan oleh itu, wang itu bukan milik kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi atau syarikat berkaitan dengannya.

Denda itu kemudian sekarang ini sedang dipertikaikan oleh pelbagai bank di negara itu dan mereka sedang merayu di Mahkamah Switzerland supaya bank-bank itu dilepaskan dari sebarang kesalahan.

Siasatan dan audit telah dilakukan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan di Malaysia antaranya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), SPRM, Polis dan Jabatan Peguam Negara, membuktikan tiada wang 1MDB yang hilang.

Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1789965387690597&id=697192853634528

MOF sukar membuat tuntutan daripada kerajaan Switzerland kerana wang itu bukan milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh dua Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH).

Pembangkang sengaja cipta persepsi sahaja, sama seperti isu kapal ditahan di Bali. Tiada wang pun dalam kapal. Ternyata cerita wang itu fitnah. Blogger pembangkang pun sudah padam artikel itu.

Hendak suruh 1MDB tuntut buat apa kapal, lukisan dan kapal terbang itu kerana ianya dibeli bukan dengan duit 1MDB. Samalah juga dengan wang di Switzerland ini, tiada kena mengena dengan 1MDB dan negara ini.

"Tindakan mereka (Kit Siang dan Wan Azizah) tidak berperlembagaan dan tidak patriotik. Mereka secara bersungguh mahu terus memutar belitkan dan menokok tambah cerita isu 1MDB bagi meraih sokongan rakyat.

"Mereka akan menolak setiap perkara dijelaskan kerajaan, apatah lagi kalau tidak memihak kepada mereka. Bagaimanapun, jika memihak baru mereka akan percaya.

"Ini menampakkan mereka ketandusan isu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kebanyakan cerita diulang dan ditokok tambah tanpa fakta jelas dan benar," ini kata Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Siapa Kit Siang dan Dr Wan Azizah yang pandai-pandai menulis surat kepada Ahli Parlimen negara asing dan menuntut pula wang yang itu dipulangkan ke Malaysia?

Kerajaan Switzerland tidak pernah langsung menyebut dana CHF104 juta berkenaan adalah dari 1MDB tetapi yang sibuk sebut semua hal di luar negara adalah berkaitan dengan 1MDB adalah pemimpin pembangkang sahaja.

Sebab itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah muak dan berkali-kali marah kepada wakil rakyat pembangkang kerana mengulangi isu berkaitan 1MDB, isu wang di Switzerland serta kejadian rampasan kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali.

Yang buat kenyataan akhbar di Switzerland pula adalah Pengerusi NGO Bersih dari Malaysia. Siapa "sponsor" dia ke sana? Nampak sangatlah semua tuduhan ini adalah konspirasi jahat pembangkang semata mata.

Wang di Switzerland itu tiada kena mengena dengan 1MDB dan rakyat Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB822, Khamis
15 Mac 2018