Bujang Senang

Bujang Senang

15 Mac 2018

Mahathir Akan Cakap Anwar Tidak Meliwat Pula Selepas Ini

Dunia ini sudah terbalik bagi Mahathir. Segala apa yang Mahathir percaya dulu, sekarang ini jadi sebaliknya. Kenapa jadi begitu? Kerana Mahathir hendak sangat pada kuasa. Mahathir hendak sangat anaknya menjadi Perdana Menteri.

Memang benar itulah kehendak Mahathir. Pada 20 Oktober 2013, Mukhriz kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO. Hanya sebulan selepas itu, pada 2 Disember 2013, Mahathir sudah mula merajuk. Mahathir cakap hendak letak jawatan sebagai penasihat Petronas dengan alasan sudah terlalu tua.

Penyokong pembangkang kena malu dengan orang Afrika, mereka pun tidak mahu lagi pemimpin yang usianya lebih 90 tahun memimpin negara. Mereka sifatkan umur begitu hanya boleh memimpin ke kubur sahaja. Lihat video di pautan ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1700248163403466&id=1122306847864270

Dulu masa tahun 2003, letak jawatan dengan sebab terlalu tua dan “dah lama dah” tetapi sekarang bila sudah berusia 94 tahun kenapa hendak lagi jadi Perdana Menteri? Mahu berkuasa semata mata hendak memastikan legasi anak sendiri dan kroni diteruskan. Itulah matlamat sebenar Mahathir.

Dengan matlamat itulah, Mahathir kini sudah buat pusingan “u turn” banyak kali.

Pertama, pada tahun 1998, Anwar Ibrahim digelar sebagai pesalah laku moral dan tidak layak jadi Perdana Menteri. Pada 6 Julai 2017, Mahathir sudah buat pusingan “u turn”, dalam satu temubual dengan akhbar Guardian di United Kingdom, Mahathir bersetuju Anwar menjadi PM.

Kedua, pada 1 Mei 2013 ketika berceramah di Shah Alam, Mahathir berkata “Kit Siang adalah seorang rasis”. Namun kini Mahathir sudah buat pusingan “u turn” dengan berkata pada 3 Mei 2017 bahawa DAP adalah bukan parti perkauman dan rasis.

Ketiga, pada tahun 1998, Mahathir kata George Soros penyangak matawang. Namun kini, Mahathir sudah berpakat dengan Sarawak Report yang dibiayai oleh Soros untuk menjatuhkan kerajaan.

Keempat, pada 29 April 2012, Mahathir kecam mereka yang turun demo Bersih 3. Mahathir kemudian buat pusingan “u turn”, turun dan sertai demo haram Bersih 4 di Kuala Lumpur pada 29-30 Ogos 2015 dan kemudian menyertai demo Bersih 5 pada 19 November 2016.

Kelima, Mahathir kata BR1M adalah rasuah dan dedak dalam Sinar Harian pada 15 November 2014. Mahathir ulang lagi kata BR1M itu adalah rasuah pada 25 Disember 2015 dalam Malaysiakini.

Bagaimanapun bila semua rakyat marah dengan Mahathir sebab kenyataan itu, Mahathir mulalah buat pusingan “u turn”. Pada 15 Januari 2017, ketika berucap di Stadium Melawati, Mahathir mahu teruskan BR1M.

Keenam, pada 14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang diketuai Mahahir berjanji hendak mansuhkan tol. Namun, Mahathir yang merupakan calon Perdana Menteri bagi pembangkang berkata sebaliknya pada 10 Januari 2018, dengan menyatakan tol Malaysia masih lagi yang termurah di dunia.

Ketujuh, dulu Mahathir bersetuju Anwar dipenjarakan kerana kesalahan moral dan rasuah. Kini, pada 13 Disember 2017, dalam satu kenyataan di Malaysiakini, Mahathir gesa Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segera.

Kelapan, pada tahun 1998, Mahathir kata mungkin Anwar Ibrahim tumbuk sendiri matanya sampai lebam. Kini, pada 13 Mac 2018, Mahathir kata mata Anwar Ibrahim lebam sebab polis.

Kesembilan, dulu Mahathir kempen jangan undi logo DAP kerana parti itu chauvinis dan perkauman. Kini, Mahathir sudah sebut dia sedia guna logo DAP dalam PRU14.

Kesepuluh, Mahathir dulu kata keputusannya untuk pecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998 adalah betul. Namun kini, Mahathir sudah buat pusingan “u turn” pada 13 Mac 2018, dengan mengatakan keputusannya untuk memecat Anwar dulu adalah salah.

Sepuluh kali Mahathir buat pusingan “u turn”. Tidak mustahil satu hari nanti Mahathir akan kata pula Anwar Ibrahim sebenarnya tidak meliwat dan menangis nangis di depan kamera kata tuduhan liwat itu adalah orang lain yang buat.

Mahathir akan cakap dia percaya Anwar tidak meliwat dan Anwar adalah seorang "pak syeikh". Mahathir akan kata mana boleh "pak syeikh liwat orang. Semua ini, Mahathir akan sebut suatu hari nanti.

Kerana hendak kuasa, Mahathir sudah jadi begitu. Kuasa mengatasi segalanya. Kebenaran, prinsip dan maruah sudah tiada lagi. Mahathir sudah jadi gila kerana kuasa. Dia sanggup buat apa sahaja. Jangan biar orang gila kuasa masuk Putrajaya.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB821, Khamis
15 Mac 2018

0 komentar: