Bujang Senang

Bujang Senang

18 Mei 2021

Dua juta belia boleh tuntut kredit eBelia mulai 1 Jun

KIRA-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak dipelawa menuntut kredit e-tunai RM150 di bawah program eBelia bermula 1 Jun hingga 22 Julai ini, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai ini.

“Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

“Data belia akan disemak silang dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan,” menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam.

Tuntutan eBelia boleh dibuat melalui empat saluran penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-wallet.

”Setiap tuntutan kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk ‘cashback’, baucar dan mata terkumpul oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen,” jelasnya.

Menurut Kementerian Kewangan, golongan belia yang layak adalah mereka yang berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata program eBelia dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) diwujudkan bagi meringankan beban kewangan serta menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia IPT. — Bernama

Related Posts:

  • FOTO LELAKI DI TEMBAK DI LEBUHRAYA Seorang Lelaki Di Tembak Di LebuhRaya Sungai Besi - Seremban - Kuala Lumpur pagi ini. Motif masih lagi Di Siasat dan keterangan akan diambil sebaik saja mangsa stabil . Mangsa dikatakana masih di rawat di Pusat Perubatan U… Read More
  • At least 32 killed in suicide bomb attack at Istanbul airport A triple suicide bombing and gun attack at Istanbul’s Ataturk airport killed at least 32 people and left scores wounded, in the latest deadly strike to rock Turkey’s biggest city. The attackers began spraying bullets at… Read More
  • PEMBUNUHAN BILL KAYONG DI FOKUS DARI TIGA SUDUT TAPI BUKAN POLITIK Polis menolak motif politik dan perkauman dalam pembunuhan Bill Kayong, sebaliknya menfokuskan tiga sudut yang mungkin menjurus kepada insiden tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar berkata… Read More
  • Reshuffle letdown Sarawak leaders unhappy state loses full minister’s post in new cabinet lineup, accept PM’s prerogative in federal ministerial appointment The federal cabinet reshuffle announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Ra… Read More
  • PBB Mulu nerima Datuk Gerawat ke dalam parti Semua kaban asal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pampang Mit Mulu udah ngenuku sereta nerima resolusyen nyukung kaban kunsil nengeri (ADUN) ke baru dipilih ke mega ex-kaban parti, Datuk Gerawat Gala, patut diterima… Read More

0 komentar: