Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang
Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan

17 Mei 2021

Pembubaran Dun Sarawak: Abang Johari akan menghadap Agong



Kuching: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memaklumkan di bawah Perlembagaan Sarawak, tempoh Dun tamat pada 6 Jun 2021, lima tahun dari 7 Jun 2016, tarikh mesyuarat pertama Dun selepas Pilihan Raya Sarawak 2016.

"Oleh sebab darurat kesihatan pandemik Covid-19 diisytiharkan sehingga 1 Ogos 2021, pembubaran Dun akan ditetapkan pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

"Ketua Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara ini.

"Kita yakin di atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam perkara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tempoh Dun Sarawak akan berakhir pada 6 Jun 2021.

Dalam norma biasa, Dun sepatutnya dibubar untuk mengembalikan mandat serta hak demokrasi rakyat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya.

Bagaimanapun, Pilihan Raya Negeri Ke-12 tidak dapat diadakan ketika ini kerana negara di bawah darurat kesihatan pandemik Covid-19 sehingga 1 Ogos 2021.

Kematian Meningkat, Hospital Sg Buloh Terpaksa Simpan Mayat Dalam Kontena


Dengan jumlah korban yang kian meningkat, Hospital Sungai Buloh - hospital utama dalam memerangi wabak Covid-19 - terpaksa menggunakan kontena untuk menyimpan jenazah.

"Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana Covid-19.

Hari ini (semalam), enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu," menurut Kementerian Kesihatan di Twitter.

Ciapan tersebut turut melampirkan gambar kontena berwarna putih dan pekerja yang memasang tempat penyimpanan di dalamnya.

Sebelum peningkatan kes pada April, negara tidak pernah merekodkan lebih daripada 30 kematian dalam sehari.

Bagaimanapun, terdapat lebih 30 kematian sehari untuk empat hari sejak Rabu lalu.

Setakat ini, jumlah kematian sehari tertinggi adalah pada Sabtu lalu dengan 44 kematian - 26 daripadanya di Selangor.

Seramai 202 orang meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lalu, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 1,902 orang.

Pesakit yang perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga mencecah angka tertinggi dengan 520 orang.