Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang
Memaparkan catatan dengan label Kabinet Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kabinet Sarawak. Papar semua catatan

20 Mei 2016

KABINET SARAWAK 2016, APA YANG MENARIK UNTUK DIKETAHUI



DATUK Patinggi  Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri  Sarawak berjaya melengkapi kabinet  dengan  pelantikan pasukan Adenan apabila 18 orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah sebagai menteri muda di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri  Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Terdapat beberapa fakta menarik  berkenaan ahli kabinet baharu tersebut.  

Gabungan muka lama dan muka baru

Terdapat 6 muka baru dilantik  sebagai Menteri Muda, 12  muka lama dikekalkan  dan  dua  digugurkan. Sudah tentu, Adenan  mempunyai pregoratif dalam pelantikan ini kerana ini membayangkan barisan  kabinet untuk 5 tahun sepanjang tempoh sah mandate rakyat. Gabungan muka lama dan baru dilakukan untuk memantapkan barisan kabinet.  Gabungan pengalaman baru dan pengalaman diyakini akan berupaya memberikan kesan yang lebih ampuh untuk membangunkan negeri Sarawak.

Pelbagai Etnik

Adenan  bertindak dengan meletakkan semua wakil etnik di Sarawak  menganggotai kabinet baharu yang meliputi etnik Iban, Melayu/Melanau, Bidayuh, Cina dan orang Ulu.  YB Liwan Dagang misalnya mewakili  etnik Kayan manakala  Datuk Gerawat  juga merupakan  etnik   orang Ulu.  Dengan kata lain, sungguhpun etnik orang Ulu merupakan etnik minoriti kecil berbanding dengan etnik Iban dan Melayu, tetapi mereka tidak disisihkan dalam penyertaan dalam kabinet. Inilah dinamakan sebagai politik inklusif  yang memenuhi cita rasa rakyat Sarawak.

Politik Zon

Bagi melakukan imbangan ahli kabinet  agar tidak semata-mata berpusatkan di Petra Jaya semata-mata maka formula agihan kuasa dilakukan.  Didapati setiap zon  mempunyai menteri-menteri  muda mereka sendiri.  

Misalnya YB Abdul Rahman Ismail yang menang tanpa bertanding  di Bukit Kota dilantik menjadi Menteri Muda. Begitu YB Dr Annuar Rapaee merupakan salah seorang wakil rakyat di kawasan  zon tengah manakala terdapat wakil rakyat   dilantik sebagai menteri muda di  kawasan Zon Selatan. Inilah dikatakan agihan  politik mengikut zon sama ada disedari secara langsung atau tidak langsung.

Penyertaan Wanita

Pelantikan Sharifah Hasidah  Sayeed Aman Ghazali  telah menambahkan lagi penyertaan wanita dalam pembentukan kabinet baru ini.  Pendekatan mesra rakyat, tidak sombong dan latar pendidikan undang-undang cemerlang seterusnya kunci kepada beliau untuk terus naik dalam kerjaya politik.

Fokus luar bandar

Sebahagian besar ahli kabinet dibentuk Adenan merupakan wakil rakyat dari kawasan luar bandar. Hal ini sesuai dengan fokus pembangunan luar bandar yang kini dilaksanakan dengan lebih giat lagi.  Wakil rakyat di luar bandar lebih faham akan masalah  sebenar dan mencari jalan untuk  merancakkan pembangunan luar bandar berdasarkan acuan mereka sendiri.  

Adenan sendiri lebih faham akan hal ini kerana beliaulah satu-satu wakil rakyat yang menjadi wakil rakyat  di beberapa kawasan  luar bandar  sebelum menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Berpendidikan

Rata-rata mereka yang terpilih sebagai Menteri Muda terdiri  daripada pelbagai  latar belakang profesional. Terdapat teknokrat disegani, lulusan undang-undang, ekonomis,  pentadbir awam dan sebagainya.  Mereka juga bukanlah wakil rakyat  baru pertama  kali menjadi YB. Kecualilah pelantikan  sebagai Timbalan  Speaker Dewan Undangan Negeri, iaitu Dato Gerawat Gala yang mempunyai nama besar dalam bidang perundangan.

Realiti Etnik dan Protokol

Realiti di Sarawak tidak sama seperti reality di Semenanjung  Malaysia kerana  Sarawak  mempunyai etnik bumiputera bukan Islam yang terbesar. Adenan menyedari realiti ini dan  lebih berhati-hati dalam soal ini.  Beliau juga tahu selama ini, terdapat Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam dan Mufi Negeri Sarawak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam.

Mufti Negeri Sarawak dari segi protokol negeri Sarawak  lazimnya  memainkan peranan menasihati Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak dalam hal ehwal agama Islam.   Institusi agama ini termasuklah dalam soal  pengurusan  baitulmal,  mempunyai ramai pakar berkelayakan untuk rujukan  hukum-hakam  adat istiadat dan sebagainya.

Selagi jawatan dan peranan  Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam masih wujud dan berfungsi   soal  perlunya portfolio orang politik  memegang jawatan tersebut tidak relevan.  Lagi pun ramai ahli kabinet Negeri Sarawak beragama Islam.

*Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Pensyarah dari Universiti Malaya

18 Mei 2016

SENARAI MENTERI MUDA YANG DIJANGKA DIUMUM 19 MEI INI?



Adun Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi, Adun Nangka, Dr Annuar Rapaee dan Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya adalah antara lima nama baharu yang diramal akan menyertai kabinet  negeri Sarawak.

Selain itu, Adun Marudi, Datu Dr Penguang Manggil dan Adun Piasau, Datuk Sebastian Ting juga turut dikaitkan dengan pelantikan yang akan mengangkat sumpah khamis ini.

Nama-nama tersebut berada dalam senarai paling tinggi yang bakal diumumkan sebagai menteri muda.