Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

14 Nov 2016

RAFIZI HAS BEEN FOUND GUILTY, HE GOT WHAT HE WANTED



Rafizi has been found guilty of breaking the OSA laws and sentenced to 18 months jail. This is no surprise as Rafizi himself had admitted to being guilty.

He was not sentenced for "exposing 1MDB's monstrous scandal" as what  Pakatan is positioning, he was sentenced for being stupid for exposing one page of the 1MDB's Auditor General Report which was already read by 4 Pakatan MPs including Tony Pua.

He had revealed the OSA document to "expose" that LTAT has links with 1MDB but has not been fully paid - something we all know already as news of LTAT being awarded the contract by 1MDB to move the Sg Besi air-base and to develop the 8 replacement military bases is public info.

In any case, LTAT has not lost any money and will be fully paid by the IWH-China Rail consortium that has taken a 60% ownership of the Bandar Malaysia project.

Therefore, Rafizi's OSA "expose" is totally wasted and ill-advised.

LTAT lost no money at all and in fact, HAD MADE money and will continue to make money from the construction works of the military bases and from the contract to move the Sg Besi airbase.

This is the fourth straight court loss for various cases for Rafizi. Has anyone lost more court cases in a row?

While I am sure he will appeal against this ruling but this will disqualify him from seeking re-election until he gets a favourable outcome in his appeal hearing.

He still has other court cases - civil and criminal pending.

His 4 years-old BAFIA case which is as clear cut as anything and also the LTAT, Tabung Haji and Najib-Rosmah (saya hanya bergurau) cincin cases to deal with,

I can only say that Rafizi asked for this. And now he has got what he wanted.

13 Nov 2016

GEMPA BUMI 7.4 MAGNITUD DI NEW ZEALAND

Gempa bumi sekuat 7.4 magnitud menggegarkan tengah New Zealand sejurus selepas tengah malam (7.02 malam waktu Malaysia) hari ini dan mencetuskan tsunami melanda pesisir pantai timur laut Pulau Selatan.

Jabatan Pertahanan Awam New Zealand mengeluarkan amaran kepada penduduk di seluruh kawasan pantai timur dan menggesa mereka mencari tempat lebih tinggi demi keselamatan.

Pegawai seismologi GNS Science, Anna Kaiser, berkata isyarat ombak sehingga satu meter direkodkan di wilayah North Canterbury di Pulau Selatan.

"Ia signifikan dan orang ramai perlu mengambil serius perkara ini," katanya kepada Radio New Zealand.

Pusat gempa itu dilaporkan berada 91km di timur Christchurch - bandar terbesar di Pulau Selatan.

Kejadian gempa bumi sekuat 6.3 magnitud pada Februaryi 2011 mengorbankan 185 orang dan menyebabkan kerosakan besar pada bandar berkenaan.

Gegaran - dicatat agensi Geonet New Zealand sekuat 6.6 magnitud - turut dirasai di hampir seluruh negara itu.

Bagaimanapun Jabatan Pertahanan Awam New Zealand berkata terlalu awal untuk menentukan kerosakan atau sebarang kecederaan yang berlaku.

- Reuters

TUN MAHATHIR, PAS PULAK MAKAN 'DEDAK'


Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menempelak PAS dan berkata bahawa parti Islam tersebut ‘makan dedak’. Mahathir menambah lagi bahawa sesiapa yang menentang pihak pembangkang mesti telah ‘makan dedak’. Ini sama seperti Doktrin Presiden Bush Senior “jika kamu tidak bersama saya maka kamu menentang saya", ungkapan itu keluar bila Bush cuba untuk mendapatkan sokongan untuk perang di Timur Tengah", yang mana Amerika telahpun mengakibatkan Timur Tengah dalam keadaan kucar-kacir. Apa yang beliau gagal lihat adalah PAS tidak meninggalkan Pakatan Rakyat. Tetapi DAP yang telah menutup Pakatan Rakyat supaya PAS boleh ditendang keluar daripada pakatan pembangkang dan apabila mereka membentuk Pakatan Harapan, PAS tidak dijemput untuk menyertainya.

Mahathir kini bercakap tentang satu parti, satu simbol, satu manifesto. Ini adalah apa yang telah diperkatakan oleh pihak pembangkang sejak tahun 1999. Tetapi selepas 17 tahun mereka masih belum dapat melaksanakannya. Bercakap tentang perkara tersebut memang mudah. Melakukannya pula adalah satu perkara yang sama sekali lain. Pihak pembangkang tidak bersatu dalam banyak perkara jadi bagaimana ia boleh mencapai persetujuan dalam satu parti, satu simbol, satu manifesto? PAS tidak akan sesekali meninggalkan ‘bulan’ mereka bahkan DAP juga tidak akan meninggalkan ‘roket’ mereka. Ia merupakan identiti bagi setiap parti itu sendiri. Untuk meminta setiap parti membuang simbol tradisional mereka dan menggantikannya dengan simbol lain merupakan satu perkara yang telah mereka bincangkan tetapi tidak akan sekali-kali melakukannya sejak 17 tahun yang lalu.

Lagipun, PPBM, PKR, DAP dan PAN semuanya mempunyai agenda yang berbeza. PPBM dengan agendanya untuk memecat Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan menggantikannya dengan proksi Mahathir. PKR dengan agendanya untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara dan menjadikannya Perdana Menteri. PAN merupakan sebuah parti yang terdiri daripada ahli PAS yang kecewa kerana gagal and menyingkirkan Tn Guru Dato' Sri Hj Abdul Hadi Awang. DAP pula merupakan parti dengan agenda 'Malaysian Malaysia' nya yang ditentang oleh kebanyakannya Melayu.

Manifesto bersama adalah masalah lain bagi pihak pembangkang. DAP bercakap tentang Negara Sekular. Dalam hal tersebut mereka mestilah jujur untuk memasukkan perkara tersebut dalam manifesto bersama mereka. Tetapi adakah PKR, PAN dan PPBM; malah PAS; bersedia untuk menerima Negara Sekular DAP? PAS  kemudian akan meminta impiannya terhadap Negara Islam untuk dinyatakan. Dan itu juga tidak boleh dimasukkan ke dalam manifesto bersama. Jadi ia bermakna, seperti biasa, selain daripada manifesto bersama, setiap parti akan mempunyai manifesto individu dan malah manifesto berbeza untuk setiap negeri, seperti pada masa lalu.

Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak

Terjemahan oleh : KKMM

11 Nov 2016

MAHATHIR PERLU PERTIMBANG MEMECAT KEYSTONE COPS DAN GANTI DENGAN BOFFIN BOYS SEPERTI YANG NAJIB ADA


Dalam artikel semalam, “Soros di ’trump’”, saya berkata:
Seseorang memberitahu saya bahawa surat ini (http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2016/11/Najib-Trump.jpg)  telah disediakan semalam dengan menjangkakan bahawa Trump memenangi jawatan Presiden AS hari ini. Dan itu adalah perbezaannya antara ‘Boffin Boys’ Najib dan ‘Keystone Cops’ Mahathir. ‘Boffin Boys’ Najib tahu apa yang mereka lakukan sementara orang-orang Mahathir terpaksa meraba-raba mencari jalan.

Sekarang ini anda tahu mengapa pada bulan Februari 2015 semasa saya diminta untuk membuat keputusan sama ada untuk menyertai pasukan Mahathir atau pasukan Najib saya memilih pasukan Najib. Saya cuma benci bekerja dengan orang yang bodoh dan suka bekerja dengan orang yang bijak. Maksud saya, hanya orang bodoh yang akan seronok bekerja dengan orang yang bodoh. Dan saya ingin percaya bahawa saya adalah seorang yang bijak dan bukannya seorang yang bodoh.


Anda mungkin berfikir bahawa saya seorang yang sangat sombong kerana berkata seperti itu tetapi jika itu adalah kebenarannya, bagaimana boleh saya menidakkannya? Dan bukankah kebenaran itu menyakitkan, seperti yang orang katakan? Anda hanya perlu untuk melihat cara Rafizi Ramli berucap di Parlimen dalam video ini (https://youtu.be/4niQSDBsgSo) untuk melihat betapa bodohnya beliau (jika anda masih belum yakin bahawa beliau adalah seorang yang bodoh).

Dan Rafizi sepatutnya menjadi bintang nombor satu mereka. Bolehkah anda bayangkan kualiti (atau kekurangan kualiti) mereka yang berada di tangga bawah dalam rantaian makanan? Dan apabila saya diberitahu nama-nama personaliti dalam pasukan Mahathir - orang seperti Kadir Jasin, Syed Akbar Ali, Zainuddin Maiden, Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang, dan lain-lain - saya tahu tidak mungkin saya akan menyertai pasukan itu dan sebaliknya saya memilih pasukan Najib.

Rafizi Ramli memberitahu Parlimen bahawa pada tahun 2015 sahaja kerajaan telah mengutip RM39 bilion daripada GST. Rafizi kemudian berkata, ini bermakna setiap keluarga Malaysia membayar RM19 sehari dalam GST, iaitu jumlah sebanyak RM6,935 setahun bagi setiap keluarga di Malaysia.

Untuk satu keluarga membayar RM6,935 setahun dalam GST, mereka perlu membelanjakan RM115,583. Dan untuk sebuah keluarga membelanjakan RM115,583 setahun, pendapatan keluarga mestilah sekurang-kurangnya RM250,000 setahun selepas cukai pendapatan - memandangkan anda juga perlu membayar untuk rumah (ansuran atau sewa), kereta, cukai pintu, cukai tanah, menghantar anak-anak ke sekolah, telefon, internet, TV kabel, dan banyak lagi.

Rafizi berasal dari Kemaman, Terengganu dan beliau tahu bahawa orang Melayu di Terengganu tidak mendapat RM250,000 setahun bagi setiap keluarga (melainkan anda adalah Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Ketua PAN di Terengganu). Malah, sangat sedikit orang Cina di Terengganu yang mendapat RM250,000 setahun bagi setiap keluarga selain daripada pembalak dan pekerja kilang balak.

Jadi, siapa yang Rafizi cuba bohongi apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa setiap keluarga di Malaysia membayar RM19 dalam GST setiap hari selama 365 hari setahun? Anda hanya membayar GST apabila anda berbelanja. Jika anda tidak berbelanja, maka anda tidak membayar GST. Jadi, untuk membayar RM19 dalam GST setiap hari, anda perlu membelanjakan RM115,583 setahun dan mendapat sekurang-kurangnya RM250,000 setahun selepas cukai pendapatan.

Nampaknya seorang lagi penasihat Tun Dr Mahathir Mohamad, Syed Akbar Ali, adalah orang yang membantu Rafizi menyediakan ucapan Parlimen beliau. Syed Akbar ini adalah seorang lagi orang bodoh yang terus memanggil Najib dungu sedangkan beliau sendiri tidak terurus seperti Keystone Cops.

Jika apa yang Rafizi beritahu Parlimen adalah tidak cukup bodoh, pakar media Mahathir, Kadir Jasin, menjadi pencabar Rafizi untuk Anugerah Orang Paling Bodoh. Merujuk kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ke China dan perjanjian pelaburan bernilai RM144 bilion yang Malaysia dan China tandatangani, Kadir berkata:

"Mari kita lihat jika modal China benar-benar mengalir masuk dan setiap sen dikira. Kita tidak mahu syarikat-syarikat China untuk datang ke Malaysia atas alasan mahu melabur dalam projek-projek yang besar tetapi meningkatkan modal dari pasaran tempatan. Saya mencabar Mustapa Mohamed, Johari Abdul Ghani dan Muhammad Ibrahim untuk menunjukkan kepada kita slip pembayaran untuk membuktikan bahawa syarikat-syarikat China sebenarnya membawa masuk modal."

Slip bayaran? Kenyataan yang benar-benar tidak patut dibuat. Kadir menjangkakan pelabur China akan bergegas ke bank untuk ‘bank in’ RM144 bilion ke dalam 'akaun pelaburan' supaya mereka boleh melabur di Malaysia?

Saya percaya Kadir pernah memiliki majalah yang dipanggil Malaysian Business. Namun begitu, beliau masih tidak dapat memahami bahawa apabila pelabur asing melabur RM144 bilion di Malaysia mereka tidak ‘bank in’ RM144 bilion ke dalam akaun bank mereka di Malaysia. Begitu bodoh sekali Kadir ini!

Mahathir benar-benar perlu mempertimbangkan untuk memecat Keystone Cops dan menggantikannya dengan Boffin Boys yang bijak seperti apa yang Najib ada: orang yang mempunyai otak dan yang bagus dalam melakukan tugas mereka. Sebagai contoh, orang-orang Najib tidak akan pernah menasihati Najib untuk melakukan apa yang Mahathir lakukan Selasa lalu: membuat penampilan di Parlimen.

Itu adalah perkara yang paling bodoh Mahathir pernah lakukan. Sekarang orang bertanya: siapa lembu siapa? Adakah Lim Kit Siang lembu Mahathir atau Mahathir lembu Kit Siang. Hasilnya adalah bahawa kedua-dua orang Cina dan Melayu amat kecewa dengan kerjasama ini atau pakatan di antara Mahathir dan Kit Siang. Jadi ia adalah satu situasi kalah-kalah sementara Mahathir dan Kit Siang kedua-duanya merasakan mereka mengalahkan orang lain.

Ya, Mahathir fikir beliau menggunakan Kit Siang dan dengan itu mendapat manfaatnya sementara Kit Siang fikir beliau menggunakan Mahathir dan dengan itu mendapat manfaatnya. Sebenarnya kedua-duanya sedang kalah kerana kedua-dua orang-orang Melayu dan Cina jijik melihat Mahathir dan Kit Siang boleh membuang prinsip-prinsip mereka dan bekerjasama dengan satu sama lain walaupun mereka pernah mahu masing-masing mati.

Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu rakyat bahawa apa yang Malaysia Today tulis adalah satu pembohongan.

Hakikatnya kekal bahawa Husni tidak pernah menafikan kepada umum mengenai dakwaan ke atasnya atau mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kedudukannya. Seperti apa yang Mahathir katakan, selagi Najib tidak menjelaskan dan menerangkan, maka Perdana Menteri itu hendaklah dianggap bersalah. Kenyataan yang sama perlu digunakan ke atas Husni.

Saya tahu satu kes di mana Husni menawarkan salah satu stafnya 'pelajaran French kissing' dan apabila beliau membongkok untuk menciumnya, staf itu menolaknya. Husni sama seperti Muhyiddin Yassin dan, seperti dalam kes Muhyiddin, kerjaya politik Husni telah hancur. Itulah yang berlaku apabila anda melakukan perkara yang sama. Dan beliau menipu ramai orang dengan berjanggut dan selalu bercakap mengenai agama sedangkan beliau meninggalkan solat Jumaat dengan bersembunyi di pejabatnya.

Satu lagi perkara, sesetengah orang tidak percaya bahawa Boffin Boys Najib sudah tahu beberapa bulan yang lalu bahawa Donald Trump akan menang pilihan raya Presiden AS dan bahawa mereka telah merancang strategi mereka untuk apabila Trump mengambil alih White House.

Sebenarnya semua yang anda perlu lakukan adalah untuk mengkaji trend atau corak (lihat di bawah) untuk melihat bahawa ia tidak dapat dielakkan lagi bahawa Trump akan menang. Dan apabila Presiden Obama dan Wanita Pertama berkempen untuk Hillary Clinton, yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini dan adalah yang pertama kali dalam sejarah, kita sudah tahu bahawa Trump telah menang.


Senarai Presiden AS sejak Kennedy

1961: John F. Kennedy, Demokrat (1 penggal)

1963: Lyndon B. Johnson, Demokrat (1 penggal)

1969: Richard Nixon, Republikan (1 penggal)

1974: Gerald Ford, Republikan (1 penggal)

1977: Jimmy Carter, Demokrat (1 penggal)

1981: Ronald Reagan, Republikan (2 penggal)

1989: George H. W. Bush, Republikan (1 penggal)

1993: Bill Clinton, Demokrat (2 penggal)

2001: George W. Bush, Republikan (2 penggal)

2009: Barack Obama, Demokrat (2 penggal)

2017: Donald Trump, Republikan

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mahathir-asking-boys-to-do-a-mans-job/

10 Nov 2016

#The Trump Lesson ,His People Made Sure He Wins By Working On The Ground


There is a lesson that BN can learn from Trump's election victory. While Clinton's handlers & backers were basking in the opinion polls & mainstream media's predictions of 'sure win', Trump's people were busy engaging with the common people/electorate. Clinton side were buoyed by the adulation & apple polishing of mainstream media carelessly let their guards down.

Political commentators especially from CNN were already discussing about Hilary's presidency. Republican heavyweights too were distancing themselves from Trump. The only seeds of doubt came from Fox TV & other political minions. All these gave reasons & the motivation for the Trump people to work even harder to prove the rest wrong. The rest they say is history.

The useful lesson is there is a limit to what political rhetorics, writings & comments in the social media can accomplish during elections. Finally it all boils to hard work on the ground. In Malaysian politics, it's called 'turun padang'. This is what Govt leaders & politicians should be doing. Go down to the people & serve them without all the fanfare. The voters remember more when leaders make an effort to attend their son's wedding than attending a big government sponsored do with leaders merely making token appearances & shaking their hands.

Trump was not expected to win. His people made sure he wins by working on the ground.

Sincerely - Masidi Manjun

#Pakatan Harapan Kini Diketuai DAP :Jom Lihat SIAPA yang menguasai parti-parti pembangkang?


Tatkala dunia sedang dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump bagi merebut kerusi Presiden Amerika Syarikat, pembangkang di negara ini sebenarnya belum memilih lagi ketua mereka secara rasmi.

Logo rasmi dan satu perlembagaan khas untuk mengikat semua parti seperti BN masih belum ada.

Sebab itu politik parti pembangkang semakin hari semakin kucar kacir.

Pembangkang hanya ada ‘kepala’ yang memegang ‘ekornya’. Itu pun kadang kadang bertukar kepala kerana masing masing gila hendak jadi PM.

Selepas pemergian PAS dari Pakatan Rakyat pada 2015, blok politik utama pembangkang di negara ini memperkenalkan Pakatan Harapan dengan dianggotai oleh DAP, PKR dan pengganti PAS iaitu Parti Amanah Negara atau PAN. Dan kehadiran parti baru PPBM dan Parti Warisan Sabah.

Pecahan parti pembangkang terkini adalah seperti berikut :

1) DAP - 37 kerusi (Ketua)
2) PKR - 28 kerusi
3) PAN - 6 kerusi
4) Parti Warisan Sabah -
    2 kerusi (Shafie & Darrel)
5) Parti Sosialis Malaysia
     1 kerusi, Sungai Siput
6) PPBM - 1 kerusi, Pagoh

Jumlah - 75 kerusi parlimen

DAP yang sebenarnya memonopoli urusan ‘disebalik tabir’ pergerakan dan hala tuju pembangkang di negara ini.

Abang besar kepada pembangkang sekarang adalah DAP.

Diasaskan pada 18 Mac 1966, DAP telah menjadi parti paling berpengaruh dan paling lama dalam perjuangan blok pembangkang.

Ini antara faktor terpenting yang memungkinkan parti-parti pembangkang lain hanya mampu berfungsi tak ubah seperti ‘lembu dicucuk hidung’..

Mahathir pun tidak berani bersuara langsung pasal rasuah anak Kit Siang di Penang. Apa boleh buat, PPBM hanya ada satu kerusi sahaja. Kena ikutlah "punggung DAP".

Walaupun mereka memperkenan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, namun harus diingat Ketua Parlimen DAP iaitu Lim Kit Siang adalah antara Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat.

Lim tidak pernah ada cita-cita untuk bersara sejak dari 1969 sehingga kini kerana ia tidak mahu para ahli-ahli parlimen pembangkang yang lain melakukan sesuatu tindakan yang tidak sehaluan dengan perjuangan DAP itu sendiri.

Tidak kisahlah ahli parlimen pembangkang itu dari PKR atau PAN, namun apa sahaja tindakan mereka sentiasa diperhatikan secara senyap oleh Lim agar ia tidak lari dari perjuangan DAP yang bukan sahaja mahu menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, malah anti-Islam dan menjadi ‘agen Israel’ melalui pendedahan penerimaan dana RM1.2 bilion dari negara itu yang masih belum dinafikan mereka.

Apabila PAS sudah tidak mampu bersekongkol dengan kehendak dan karenah DAP, maka mereka mengambil keputusan drastik untuk berpecah dan menentang BN dari blok ketiga politik Malaysia.

Ia satu lagi bukti bahawa Pakatan Harapan sememangnya dikuasai oleh kuasa diktator dari DAP secara diam dan ‘dari bawah meja’.

PKR hanya diletakkan sebagai Ketua Pembangkang sebagai sebuah boneka dan wayang untuk menggaburi mata umum akan kuasa jahat sebenar pembangkang di negara kita.

Dengan seramai 37 ahli parlimen dari DAP, semestinya ia amat mudah untuk mempengaruhi 28 ahli parlimen dari PKR, enam dari PAN dan seorang dari PPBM iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kini, jangan kita berselindung lagi untuk mengakui bahawa DAP adalah ketua sebenar Pakatan Harapan di Malaysia.

Pakatan pembangkang kini diketuai oleh DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB126, Khamis
10 November 2016

DENGAN KEMENANGAN DONALD TRUMP MAKA GAGALLAH KEMPEN AS UNTUK MENJATUHKAN NAJIB


Trump: mengatasi dengan berkata atau melakukan sesuatu yang lebih baik, lebih bernas, lebih bertaraf, lebih menarik, lebih bagus berbanding orang lain; mengalahkan, melakukan/menjadi lebih baik daripada orang lain, menjadi jauh lebih baik daripada orang lain, berusaha dalam pertandingan atau dengan lawan.
----

ANC (Kempen Anti-Najib) begitu teruja apabila pada Julai tahun ini Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E. Lynch, dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan tindakan terhadap 1MDB. Ramai mula meraikannya kerana memikirkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dijatuhkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah berusaha mengenai perkara ini untuk satu tahun atau lebih. Itulah sebabnya mengapa Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang telah pergi ke AS bersama-sama dengan Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara), Abdul Gani Patail (Peguam Negara) dan Abu Kassim Mohamed (ketua SPRM).

Mereka tahu bahawa sidang akhbar Peguam Negara AS dan DoJ hanyalah sekadar kata-kata sahaj. Tetapi ini adalah politik dan politik adalah permainan persepsi. Jadi apa yang mereka perlu lakukan hanyalah untuk mewujudkan persepsi bahawa Najib akan mengalami nasib sama seperti Manuel Noriega dari Panama. Itu sudah cukup baik dan itulah adalah rancangannya yang utama.

Pembangkang dan tentera anti-Najib sangat gembira. Mahathir juga berkata bahawa Najib tidak akan berani keluar dari Malaysia kerana jika beliau keluar, beliau akan ditangkap dan akan dihantar ke AS untuk dibicarakan. Bagaimana Najib boleh ditangkap apabila beliau tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan tidak ada waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya? Malah, Peguam Negara AS dan DoJ tidak pernah menyatakan nama Najib dalam sidang media mereka.

Tetapi inilah caranya bagaimana permainan persepsi dimainkan. Mereka mencipta persepsi dengan mencadangkan dan membayangkan dan dengan menyindir. Dari awal lagi isu 1MDB hanyalah permainan persepsi semata-mata. "RM42 bilion wang 1MDB telah lesap begitu sahaja," umum Mahathir. "Mungkin juga RM50 bilion atau lebih telah lesap. Dan RM2.6 bilion atau mungkin juga RM4 bilion daripadanya telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib."

Ini adalah manteranya sejak tahun 2014. Hakikatnya, aset 1MDB melebihi liabilitinya sebanyak RM9 bilion dan wang yang masuk ke dalam akaun Najib adalah sumbangan dari orang Arab. Dan mereka mensabotaj IPO yang 1MDB telah usahakan. Mereka menyekat semua pinjaman bank kepada 1MDB. Mereka memalsukan dokumen dan memberikan 'bukti' ini kepada wartawan dan penulis blog di Malaysia dan di luar negara - wartawan dan blogger yang telah mereka rasuahkan sebanyak beratus-ratus juta (ya, jangan terkejut, orang putih juga boleh disogok) .

Mereka telah menggunakan segala-galanya untuk menghentam Najib - kerana lebih banyak mereka boleh menghentamnya, lebih banyak mereka boleh membuat beliau kelihatan bersalah. Tetapi Najib tidak panik. Beliau kekal tenang. Dan lebih penting sekali adalah hakikat bahawa ‘Boffin Boys’ beliau kekal tenang dan merancang strategi mereka dan kekal satu atau dua langkah di depan Mahathir dan ANC beliau.

Najib tahu apa yang Donald Trump tahu, iaitu bahawa media telah rosak, boleh disogok, tidak pernah neutral, dan akan memilih pihak dan bekerja untuk mereka yang membayar gaji mereka. Jadi mengapa cuba untuk berlawan dengan wartawan-wartawan dan penulis blog yang sedang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Barisan Nasional yang dipimpin Umno dan menggantikan kerajaan dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP?

Najib tahu apa yang Donald Trump tahu, iaitu media dan panglima perang boleh menentang anda tetapi di penghujungnya, pengundi yang menentukan siapa yang boleh membentuk kerajaan dan memimpin negara. Hari ini, Trump telah membuktikan bahawa rakyat akan membuat keputusan jika mereka mahu beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45. Dan pada pilihan raya umum akan datang, rakyat juga akan membuat keputusan sama ada mereka mahu Najib sebagai Perdana Menteri dan Barisan Nasional yang dipimpin Umno sebagai kerajaan Malaysia.

Jadi, kenapa begitu bodoh melawan media apabila wartawan dan penulis blog telah disogok untuk menentang anda? Pengundi yang akan menentukan nasib anda, bukan Sarawak Report, Malaysiakini, Wall Street Journal, New York Times, Washington Post, atau apa sahaja. Jadi, sementara pembangkang mensia-siakan begitu banyak masa sejak tahun 2014 pada kempen 1MDB mereka, Najib menghabiskan semua masa itu memastikan bahawa apabila pilihan raya umum akan datang diadakan, Umno-Barisan Nasional dan bukannya DAP-Pakatan Harapan yang akan memenangi pilihan raya.

Mahathir, ANC beliau, dan Pakatan Harapan pimpinan DAP, telah terbawa-bawa dengan propaganda mereka sendiri. Dan ini adalah sangat berbahaya. Sebaik sahaja anda mula mempercayai pembohongan anda sendiri, anda akan gagal. Dan inilah masalahnya dengan Mahathir dan pembangkang. Mereka begitu banyak berbohong dan melakukannya dengan terlampau kerap sehinggakan mereka mula mempercayai pembohongan mereka sendiri.

Tidak, Najib tidak akan jatuh. 1MDB tidak akan bankrap. Malaysia tidak akan bankrap. AS tidak akan menghantar tenteranya ke Putrajaya untuk menculik Najib dan membawanya kembali ke Amerika untuk dipenjara, seperti yang mereka lakukan kepada Noriega. Malah, kerajaan baru AS akan mengatakan bahawa Najib telah dianiaya secara tidak adil oleh media - yang telah disogok dan yang telah dibiayai oleh orang-orang seperti George Soros yang mana sejak tahun 1995 telah menyokong Anwar Ibrahim dan merancang untuk menjatuhkan Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar.

Pada tahun 1998, Suharto (Indonesia) dan Mahathir (Malaysia) kedua-duanya sepatutnya jatuh. Bagaimanapun, ketika Suharto jatuh pada Mei 1998, Mahathir melawan balik dan tiga bulan kemudian, Anwar yang sebaliknya telah jatuh. Dan Mahathir tahu bahawa Soros dan IMF telah menyokong Anwar dalam usahanya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan IMF dan menuduh kedua-dua IMF dan Soros cuba untuk 'menjajah' Malaysia.

Mahathir dan ANC beliau berharap bahawa Hillary Clinton akan menang jawatan Presiden AS. Dengan kemenangan Hillary, mereka boleh terus menghidupkan isu DoJ. Tetapi oleh kerana Donald Trump sebaliknya yang telah memenangi jawatan Presiden AS, maka gagal sudah kempen AS mereka untuk mewujudkan persepsi bahawa Najib akan dijatuhkan.

Seseorang memberitahu saya bahawa surat ini (http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2016/11/Najib-Trump.jpg)  telah disediakan semalam dengan menjangkakan bahawa Trump memenangi jawatan Presiden AS hari ini. Dan itu adalah perbezaannya antara ‘Boffin Boys’ Najib dan ‘Keystone Cops’ Mahathir. ‘Boffin Boys’ Najib tahu apa yang mereka lakukan sementara orang-orang Mahathir terpaksa meraba-raba mencari jalan.

Sekarang ini anda tahu mengapa pada bulan Februari 2015 semasa saya diminta untuk membuat keputusan sama ada untuk menyertai pasukan Mahathir atau pasukan Najib saya memilih pasukan Najib. Saya cuma benci bekerja dengan orang yang bodoh dan suka bekerja dengan orang yang bijak. Maksud saya, hanya orang bodoh yang akan seronok bekerja dengan orang yang bodoh. Dan saya ingin percaya bahawa saya adalah seorang yang bijak dan bukannya seorang yang bodoh.

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 9 November 2016.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/soros-got-trumped/

9 Nov 2016

MALAYSIA BAKAL CATAT PENINGKATAN KDNK LEBIH BAIK

Malaysia dijangka kembali mencatatkan peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini pada kadar 4.1 peratus, sekali gus menamatkan trend penurunan pertumbuhan ekonomi negara sejak lima suku berturut-turut sebelum ini.

Berdasarkan undian dalam kalangan ahli ekonomi oleh agensi berita Reuters, jangkaan 4.1 peratus itu dilihat sebagai pemulihan berbanding suku kedua tahun ini apabila Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan ekonomi empat peratus.

Undian yang membabitkan 14 pakar ekonomi itu, mendapati pertumbuhan ekonomi yang mampu dicatatkan Malaysia adalah antara 3.8 peratus hingga 4.4 peratus. Malaysia mula mencatatkan pertumbuhan yang menurun sejak suku ketiga 2015, dan rekod tertinggi yang dicapai sebelum ini ialah pada 2010 pada kadar 10.1 peratus.

Penganalisis bagaimanapun menjangka, kemampuan Malaysia untuk kembali mencatatkan KDNK yang lebih tinggi tidak cukup untuk membawa negara ini keluar daripada persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.

Industri minyak dan gas Malaysia telah terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia, sementara eksport komoditi seperi minyak sawit merosot akibat pembelian yang rendah. Malah, eksport negara bagi September 2016 telah merosot tiga peratus berbanding September 2015.

JADILAH BANGSA MELAYU BERMARUAH-SULTAN PERAK

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, orang Melayu wajib membuktikan mereka adalah bangsa yang bermaruah, menepati janji dan tidak berdusta ketika bertutur serta memiliki harga diri.

Pada masa sama, titah baginda, orang Melayu juga perlu berazam untuk lebih bersedia memberi dan kurang meminta serta membantu bangsa sendiri.

“Bantulah bangsa kita untuk dapat berbangga, bantulah bangsa kita agar memiliki maruah, memiliki harga diri dengan menyerahkan amanah dan tanggungjawab kepada Melayu yang benar-benar kompeten, berwibawa, bertenaga, berkemahiran, berpengalaman, berpe­ngetahuan dan berintegriti daripada menyerahkan kepada orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh kasap, untung tiada, modal pun lesap.

“Muliakan bangsa Melayu de­ngan memperkayakan sopan dan tertibnya, adat dan adabnya, hemah dan budinya. Melayu itu hendaklah berimej orang yang dihormati, bukan orang yang ditakuti.

“Buktikan bangsa Melayu bangsa yang pintar dengan menghentikan perbuatan mengolah cipta pelbagai penglipur lara untuk dijadikan halwa telinga atau berimej badut hingga dijadikan bahan ketawa. Setiap kegagalan, setiap kesilapan yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya ditanggung oleh seluruh bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli merasmikan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said.

Konvensyen bertemakan Me­nying­kap Perjuangan Bangsa itu merupakan julung kali diadakan dan dianjurkan bersama oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM serta Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak).

Berlangsung selama tiga hari, konvensyen berkenaan menghimpunkan ilmuwan, pemimpin, pemikir dan tokoh korporat bagi berkongsi pengalaman serta penge­tahuan merentasi pelbagai arena disiplin.

Majlis penutup akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Sultan Nazrin bertitah, UiTM telah berjaya memenuhi visi dan misi untuk membangunkan sumber manusia Melayu.

Baginda bertitah, kejayaan yang dicapai itu telah menjadi sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan lebih gemilang.

“Setelah 60 tahun penubuhannya, UiTM kini memiliki enrolmen 165,000 pelajar, disokong dengan kekuatan 500 program pengajian akademik yang dikendalikan oleh 24 fakulti serta empat pusat penga­jian.

“Di samping kampus induk di Shah Alam, tersebar di serata negara 12 kampus cawangan dan 21 kampus satelit yang tanggungjawabnya didukung oleh 18,188 staf akademik, staf pengurusan dan staf sokongan.

“Sehingga November ini, UiTM telah mencatat rekod menghasilkan 687,176 graduan,” titahnya.

MALAYSIA DAN TURKMENISTAN TERUSKAN HUBUNGAN DAGANGAN

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia memberi perhatian terhadap permintaan Turkmenistan untuk Petronas meneroka industri hiliran sektor minyak dan gas di negara berkenaan.

Perdana Menteri berkata, Petronas bersedia meneroka peluang-peluang di Turkmenistan dalam membangunkan loji petrokimia serta mengambil bahagian dalam projek saluran paip gas ke Afgha­nistan dan Pakistan.

“Petronas telah melabur (di Turkmenistan) sebanyak AS$10 bilion (RM42.1 bilion) sejak 1996, pembangunan kemudahan gas di Laut Kaspia adalah contoh komitmen kami kepada Turkmenistan.

“Ini juga adalah satu kebanggaan untuk kita membangunkan teknologi tinggi di Turkmenistan serta membuktikan keupayaan Petronas dalam membangunkan sumber minyak dan gas di seluruh dunia,” katanya dalam sidang akhbar bersama Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov selepas mesyuarat dua hala Malaysia-Turkmenistan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam pertemuan hari ini, kedua-dua pemimpin berkenaan turut menyaksikan majlis pemeteraian protokol untuk kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi, sains dan teknikal serta memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama bidang sukan.

Terdahulu, ketibaan Berdimuhamedov di Bangunan Perdana Putra pada pukul 10 pagi diberikan sambutan rasmi dan penghormatan untuk memeriksa kawalan kehormat 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Menurut Najib, pembabitan Petronas telah membuka pelbagai peluang pekerjaan di Turkmenistan dengan 85 peratus tenaga kerja syarikat itu diisi warga tempatan dan Petronas juga telah menyediakan latihan kepada 230 juruteknik serta 150 biasiswa untuk pengajian dalam sektor minyak dan gas.

Mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan hari ini, Najib memberitahu, Malaysia mengalu-alukan hasrat Berdimuhamedov untuk menghantar satu pasukan teknikal bagi mempelajari model ekonomi Malaysia.

Katanya, kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengukuh­kan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sukan di sam­ping Malaysia akan menghantar peserta dalam pertandingan seni mempertahankan diri di negara itu pada tahun depan.

“Kami berdua saling bertukar pandangan dalam isu antarabangsa dan bersetuju bagi menghadapi situasi ketidaktentuan ekonomi global, kedua-dua negara yang mewakili rantau ASEAN dan Asia Tengah ini perlu memperkukuhkan lagi kerjasama,” katanya.

Dalam pada itu Berdimuhamedov berkata, bagi merancakkan lagi usahasama Malaysia dan Turkmenistan, kedua-dua negara bersetuju untuk memperku­kuhkan kerjasama dalam sektor tenaga, komunikasi, bank, pembinaan, minyak dan gas, industri kimia dan pelancongan.

Beliau juga amat mengalu-alukan penyertaan syarikat Malaysia ke Turkmenistan dengan mengambil kejayaan Petronas Carigali me­nerokai industri mi­nyak dan gas di negara itu selain kerjasama syarikat Malaysia da­lam sektor pengangkutan bagi menghubungkan ASEAN dengan Laut Kaspia, Laut Merah dan negara-negara Balkan.

Selain itu kata beliau, perbincangan antara kedua-dua negara turut menyentuh usahasama da­lam memerangi keganasan, keselamatan antarabangsa dan pengedaran dadah.

Lawatan rasmi Berdimuhamedov kali ini merupakan kun­jungan kali kedua beliau ke Malaysia selepas 2011 manakala Najib pernah melawat Turkmenistan pada 2011 dan 2014.