Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

16 Nov 2016

No need to pass resolution on state’s rights as PM will be accommodating – Adenan


There is no need to pass a resolution in the State Legislative Assembly (DUN) demanding our rights, as the prime minister will be accommodating to the state’s claims, said Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.


On Oct 23, Adenan said that the state government would table a motion at the coming DUN sitting on reclaiming Sarawak’s rights.
“We trust the prime minister to do the right thing. In the meantime there is no need to pass a resolution in the DUN.
“We believe in diplomacy, not confrontation,” he told a press conference after chairing a pre-council meeting this afternoon.
Adenan said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was “ready for discussions” if the Malaysia Agreement 1963 and the Federal Constitution had been “misinterpreted”.
The prime minister had said that his door would be open to the state’s leaders to discuss the agreement.
“In the context of Sarawak, the process of which is described as ‘devolution of power’ is ongoing with the principal objective of addressing and resolving concern over the erosion of the special safeguards of Sarawak under the Malaysia Agreement and embedded in the Constitution,” he said.

Sarawak begunaka RM10 bilion dikena mekal ai beresi


Nengeri tu randaka ungkus sepenyampau RM10 bilion dikena nyikap 100 peratus ruang bilik ngambika dibekal ai beresi manggai ba taun 2025.
Menteri Perengka Guna Mensia Mayuh Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom madah,naka ke diatu urung 114,000 buah ruang bilik di Sarawak empai bisi bekal ai beresi lalu tebal agi ari sida betimbunka ai ujan kelimpah mega bisi ngena sistem graviti ngulihka ai.
“Penyampau ruang bilik ke empai bisi bekal ai iya nya 19.5 peratus ari semua penyampau rayat ba nengeri tu tauka 39 peratus ari sida iya nya ari menua pesisir,” pia ku iya maya berandau enggau pengarang berita, kilah ensana.
Iya mantaika penerang nya maya ditanya penyampau berapa buah enggau peratus ruang bilik di nengeri tu ke empai bisi nerima bekal ai beresi naka ke diatu.
Iya ti mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Kemena madah, opis menteri iya bisi numbuhka program Bekal Ai Alternatif Sarawak (SAWAS) dikena mutarka penanggul menua pesisir ti empai disambung paip ai beresi ketegal empai datai jalai.
Ditanya penyampau ruang bilik ke udah diberi program SAWAS ungkup taun tu, Rundi madahka SAWAS semina baru diperambu empai lama tu tadi enti dibanding enggau Skim Bekal Karan Alternatif Menua Pesisir Sarawak (Sares) ti udah berengkah digaga taun seiti tadi.
“Program tu deka berengkah digaga taun ti deka datai lalu ungkus program dipelanja perintah besai enggau perintah nengeri,” ku iya nerang.
Nambahka nya ku iya,sida melabaka SAWAS diperambu deka mai penguntung ngagai urung 1,400 buah ruang bilik ba taun 2017 ngena ungkus RM161 juta.
Rundi madah, SAWAS sebengkah ari projek ke diperambu digaga nengah Langgur Pemansang Malaysia Ke-11 (RMK-11).
“Menua ke deka digagaka SAWAS tu deka ditentuka pengudah Aum Kunsil Nengeri ti deka datai,” pia ku iya madahka baru.
Bajet 2017 ke dibantai Menteri Besai Datuk Seri Najib Razak empai lama tu tadi mandangka ungkup ungkus bekal ai iya nya sepenyampau RM500 juta dikena napi penanggul bekaul enggau ai di serata Malaysia.
Taja pan baka nya, bajet nya nadai madahka penyampau diungkupka ngagai nengeri tu.

PEMANTAUAN FENOMENA AIR PASANG BESAR DI SELURUH SARAWAK


Air pasang besar di sini mencatatkan ketinggian 6.4 meter semalam dan dijangka mencapai ketinggian 6.5 meter pada jam 6.15 petang hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meningkatkan pemantauan terhadap fenomena air pasang besar terutama di kawasan-kawasan berisiko dinaiki air di seluruh negeri.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pemantauan sehingga jam 6.30 petang semalam mendapati tiada berlaku limpahan air yang melampau.

“Kerja-kerja pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bukan sahaja di Kuching dan Samarahan, tetapi juga di Bintulu, Mukah dan Miri yang diramal akan mengalami hujan dan ribut petir sehingga esok (hari ini).

“Hari ini (semalam), tiada limpahan air yang melampau dan keadaan stabil terutama di Kuching kerana hujan tidak berpanjangan di hulu sungai yang memungkinkan pertembungan dengan air pasang besar dan boleh mengakibatkan limpahan air di kawasan hilir sungai,” katanya.

Tambahnya, pemantauan di sekitar bandar raya ini termasuk di Kampung Bako juga mendapati keadaan air semakin surut.

“Kerja-kerja pemantauan ini dimulakan dari semalam (kelmarin) hingga esok (hari ini) selari dengan fenomena air pasang besar,” katanya.

15 Nov 2016

Anwar Atau Muhyiddin Perdana Menteri Pakatan Harapan


Ramai orang berpendapat menamakan Perdana Menteri adalah amat penting kerana bergerak dari situ maka seluruh tenaga boleh digembelingkan untuk memenangkan parti yang bertanding pada PRU14.

Sambil itu menamakan calon Perdana Menteri amat penting kerana ia menunjukkan kata sepakat telah dibuat dan muafakat telah wujud demi kebaikan Pakatan Harapan.

Pada konvensyen yang baru berlalu beberapa hari lepas , Pakatan Harapan telah secara tidak langsung menunjukkan mereka belum lagi bersedia untuk berpakat untuk menamakan calon bagi mewakili mereka sebagai Perdana Menteri.

Ini menunjukan parti DAP , PAN , PKR dan Pribumi masing masing belum bersedia untuk memberi kepercayaan kepada calon masing masing.

Maka atas dasar tidak mahu terlihat sesama mereka bercakaran, mereka mengelakkan dari menamakan calon Perdana Menteri mereka.

Hampir semua kepimpinan parti dalam PH mengetahui bahawa calon idaman Tun Mahathir adalah mereka yang akan menamakan anaknya sebagai timbalan dan kemudiannya menaikkan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

“Orang” ini boleh jadi sesiapa pun asalkan agenda Mahathir termakbul.

Bagi pihak PH pula hampir majoriti dari mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri, maka dari kelihatan ‘clash” pendapat sesama mereka , lebih elok ia tidak dibincangkan.

Tun Mahathir sentiasa mengawasi semua kedudukan untuk menamakan Perdana Menteri dari PH.

Ini adalah kerana mahu menjaga kepentingan agenda peribadinya.

Beratus ratus sudah majlis dihadiri oleh Tun Mahathir tetapi sekali pun dia tidak pernah menyebut nama anaknya sebagai calon Perdana Menteri, dan akan mengelak  untuk menamakan Mukhriz seboleh mungkin.

Ini bermaksud sebagai melindungi nama ‘candidate” idamannya dari serangan.

Mahathir bermain sekitar nama Muhyiddin dan Anwar. Ini supaya jika ada serangan atau tekanan , maka kedua mereka ini yang akan menerima padahnya.

Itu cara Mahathir dari dulu , menggunakan pihak lain untuk selamatkan dirinya atau anaknya.

Selain itu ,  nama Azmin juga ada dimainkan sekali sekala oleh jentera Tun M, tetapi ia bergantung kepada kerusi apa yang Azmin akan bertanding nanti.

Jika dia pilih untuk bertanding 2 kerusi iaitu DUN dan Parlimen, maka desas desus  ini hampir betul.

Mahathir akan sebolehnya menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri kerana dijangka dengan  kelicikan Anwar, sudah tentu dia tidak akan menyerahkan tahkta kepada anaknya Mukhriz dalam masa terdekat. Dia akan “hold on” selama dia mahu.

Ini menjadikan Anwar sebagai calon “no no” kepada Mahathir.

Muhyiddin adalah calon paling tepat bagi Mahathir kerana, Mahathir ada bermacam macam cara untuk memaksanya untuk turun bila tiba waktu.

Jika diteliti dengan halus, kita akan bertanya, kenapa pula Mahathir yang tentukan nama Perdana Menteri dari pihak Pakatan Harapan  dan bukan orang lain?

Jawabnya mudah sahaja, PH seperti DAP dan PKR serta PAN , hanya mahu menggunakan Mahathir untuk tumbangkan Barisan Nasional, itu sahaja.

Jadi mereka beri peluang untuk dia bercakap dan bermimpi di siang hari.

Apabila tiba waktunya, dan melihat jumlah kerusi yang sedikit di terima oleh Pribumi, mereka akan tolak sahaja Mahathir ketepi.

Usahkan jawatan Perdana Menteri, jawatan menteri untuk pelbagai kementerian pun akan jadi peperangan kepada PH kerana masing masing mahu membina pasak dalam kerajaan baru.

Jadi buat masa ini, rakyat sudah boleh perhatikan betapa tidak sepakatnya Pakatan Harapan.

Bagi Mahathir, dia hanya mahu pergunakan PH seperti dia pergunakan UMNO untuk memuaskan nafsu peribadinya, bagi Pakatan Harapan , mereka pun sama juga, sekadar mahu cuba melihat jauh mana Mahathir berjaya rosakkan Barisan Nasional kerana ini cubaan pertama menggunakan bekas Perdana Menteri dari BN untuk menjatuhkan BN.

Pribumi Bersatu adalah parti yang gagal umumkan jumlah keahliannya walaupun telah berjanji sedemikian lebih sebulan lalu, jika jumlah ahli pun gagal untuk di beritahu sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena pada parti ini.

Tentu sekali tiada rugi untuk masing masing parti dalam Pakatan Harapan untuk pergunakan satu sama lain, hanya apabila perlu nanti baru lah masing masing menunjukan “true color” masing masing apabila habuan sudah menjelma di depan mata.

Tulisan :
Beruang Biru
BB135, Selasa
15 November 2016                       

APA YANG DIHARAPKAN DARI BERSIH 5?


Tinggal beberapa hari lagi sebelum himpunan haram Bersih 5 diadakan di ibu kota pada Sabtu, 19 November ini.

Seperti biasa masyarakat di ibu kota sudah mengeluh dan merungut kerana Bersih 5 bakal memberikan kesan besar kepada kehidupan seharian mereka.

Bukan sahaja kepada golongan peniaga, malah bagi orang biasa pula, ia akan hanya menjejaskan aktiviti hujung minggu mereka.

Selain kebimbangan golongan berkenaan, ada yang lebih membimbangkan masyarakat iaitu pertembungan antara baju merah dan baju kuning, pada Sabtu ini.

Mengambil kira kejadian yang berlaku semalam, melibatkan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang diserang dan ditumbuk dekat sebuah pasar raya di Ampang, keadaan pada hari Sabtu ini pasti akan menjadi panas.

Meskipun polis akan membuat kawalan ketat termasuk penutupan jalan, namun jalan terbaik ialah membatalkan perhimpunan berkenaan.

Jika dalam kumpulan kecil berkenaan, boleh berlaku ketegangan hingga bertumbuk dan tidak terkawal, inikan pula dalam kelompok yang besar dan ramai.

Sudah tentu ia akan menjadi panas. Jika tindakan membatalkan perhimpunan baju merah dan kuning itu diadakan, masyarakat tentunya akan menarik nafas lega.

Ia sesuatu yang dinantikan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini memandangkan penganjur juga gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ironinya jika tiada baju kuning, maka tiadalah juga baju merah.

Hakikatnya rakyat yang cintakan keamanan mahu penganjur Bersih dikenakan tindakan. Dicampur dengan Sabtu ini, maka sudah lima kali perhimpunan haram itu diadakan.

Banyak kesan buruk yang dibawa oleh kumpulan berkenaan yang boleh membawa mudarat kepada negara khususnya dalam bidang ekonomi dan ancaman kuasa asing, apatah lagi Bersih dikaitkan dengan pembiayaan daripada George Soros.

Selama ini pihak berkuasa hanya memberikan peringatan tetapi kini, peringatan seperti itu sudah `tidak berkesan' sebaliknya tindakan tegas perlu diambil.

Batalkan sahaja perhimpunan itu, ambillah apa jua tindakan yang mengikut lunas undang-undang untuk memastikan perhimpunan baju kuning dibatalkan.

Setiap tahun agenda Bersih sama sahaja, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usaha menangani kumpulan Bersih ini memerlukan pendekatan daripada aspek yang berbeza, kerana rakyat sudah muak dan bosan.

Tiada apa-apa pun yang dicapai oleh Bersih dalam empat siri himpunan haramnya selama ini, jadi apa yang mereka harapkan Bersih 5 akan sumbangkan? Jangan bermimpilah.

Tulisan :
Beruang Biru

MAHATHIR SEDANG SAKIT TERUK DAN PERLU 'INTENSIVE CARE'...???



Sebagai yang pernah diperkatakan oleh banyak pihak berkenaan Tun Mahathir, beliau tiada kesetiaan kepada mana mana pihak dan kepada sesiapa pun selain kesetiaan kepada matlamat dirinya sendiri sahaja.

Terlalu tepat sekali pandangan berkenaan Mahathir  ini.

Kelmarin ketika berlangsung Konvensyen Pakatan Harapan, Mahathir menyeru kepada pihak Pakatan Harapan supaya semua parti komponen berdiri dalam keadaan bersatu untuk menghadapi Barisan Nasional.

Hanya dengan kedudukan bersatu sahaja Pakatan Harapan boleh dan mampu menjatuhkan Barisan Nasional. Namun itu tidak berlaku.

Kempen peribadi Mahathir kini di bawa ke peringkat nasional kerana sudah gagal di peringkat serangan peribadi beliau bersendirian bersama kuncunya berlawan dengan DS Najib.

Dengan memakai “outfit” Parti Pribumi sebagai lesen untuk bersuara di dalam Pakatan Harapan, Mahathir tanpa malu dan segan berlagak seolah olah dia sudah menjadi sebahagian dari mereka berkurun lamanya.

Mahathir menyeru Pakatan Harapan untuk bersama sama tanpa berbelah bagi kesetian untuk berlawan BN, hanya dengan PH bersatu sahaja BN boleh ditumbangkan.

Jika diperhalusi skrip Mahathir ketika berucap kepada delegasi konvensyen, seseorang tentu dapat megesan bahawa itulah juga skrip Mahathir ketika memakai “outfit” Presiden UMNO dan Pengerusi BN selama 22 tahun.

Maka boleh dikira ucapan Mahathir umpama sedang menjual ubat luput tarikh kepada pesakit baru iaitu Pakatan Harapan.

Lebih tepat lagi jika diumpamakan Pakatan Harapan sebagai syarikat sarkis yang baru sedang masuk ke pekan dengan badut dan haiwan baru untuk dipersembahkan.

Jika dikaji sejarah Mahathir kebijaksanaannya adalah melemparkan sesuatu sebagai umpan untuk mengalihkan pandangan orang dari melihat kepada dirinya.

Dalam perang peribadinya dia berjaya mengalihkan tumpuan rakyat kepada DS Najib sebagai “subject” dan rakyat tidak beri tumpuan kepada penyakit dan masalah peribadi Mahathir sendiri.

Dalam skala besar pula, Mahathir menyeru audien barunya menumpukan perhatian kepada BN dan tidak  perlu melihat kepada kedudukan Pakatan Harapan itu sendiri yang carca marba dan kepimpinannya penuh dengan skandal dan isu.

Begitu juga Mahathir berjaya mengalihkan rakyat dari membenci Najib dan apabila gagal menyeru mereka membenci UMNO pula. Kini ia mengalihkan kepada benci BN.

“Shifting of Focus” yang dimainkan oleh Mahathir juga membuat rakyat di arah menyukai “Soros” yang sekian lama dia sendiri yang mendidik mereka untuk membenci Soros.

Mahathir juga berjaya bermain minda rakyat dengan cubaannya menghalalkan wang derma dari Soros setelah sekian lama menyuruh rakyat membenci “derma” dari Arab.

Jika yang menderma itu Arab, maka Mahathir mengelarkan nya sebagai “Arab Bodoh” namun jika ikut kepentingannya di waktu ini jika yang menderma untuk BERSIH dan Majlis Peguam atau MKini itu Soros, maka ia bukan Soros yang bodoh.

Begitulah Mahathir dia tidak bodoh, dia hanya memperbodohkan orang sahaja, yang bodoh sebenar nya adalah mereka  yang menerima kata katanya secara pukal  “line hook and sinker”.

Mahathir semacam Anwar Ibrahim juga, keduanya berupaya menjual ais kepada eskimo.

Jika mereka bercakap sesiapa yang mendengar tanpa berfikir akan terpengaruh.

Kerana menyedari ada kepincangan dalam perkongsian benci dengan Pakatan harapan , maka Mahathir mengarah mereka menumpu kan perhatian kepada musuh iaitu BN.

Keadaan sebenar adalah kedudukan Pakatan Harapan yang sedang parah.

Kelahiran Parti Pribumi sebenarnya adalah penyakit baru mereka. Parti Pribumi bermasalah umum jumlah keahliannya walaupun mereka boleh menipu dengan jumlah , mereka tidak berani berbuat sedemikian kerana akan diketahui rakyat juga.

Selain Pribumi bermasalah dalaman, sesama anggota komponen pun mereka bermasalah juga.

Konvensyen yang sepatutnya berakhir dengan satu iltizam menandatangani MOU tidak menjadi kerana TS Muhyiddin ada rencana lain yang perlu difikirkan.

Dipercayai usaha sedang dibuat untuk Pribumi mengadakan sepakatan dengan PAS dan PKR dan bukan dengan DAP dan PAN.

Apa pun yang penting Mahathir sedang menjual ubat luput tarikhnya kepada PH dengan harapan mereka membelinya tanpa sebaran keraguan.

Mahathir berharap sangat mereka dapat dipulihkan untuk menghadapi Barisan Nasional, tanpa Mahathir sendiri sedar yang sakit dan nazak bukan sangat kepada kedudukan Pakatan Harapan , tetapi yang sakit dan nazak yang perlu ubat adalah Mahathir sendiri.

Dia yang sedang sakit teruk dan perlu "intensive care".

Tulisan :
Beruang Biru

APAKAH YANG TELAH DIDEDAHKAN OLEH RAFIZI DENGAN DOKUMEN OSA?



Fakta mengenai kes OSA Rafizi Ramli:

1. Ramai yang lupa apakah yang telah "didedahkan" oleh YB Rafizi Ramli menggunakan dokumen OSA.

2. Pada bulan Mac 2016, YB Rafizi telah menggunakan dokumen OSA untuk menyokong dua dakwaan beliau - bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan Lembaga Tentera Angkataan Tentera (LTAT) dan ini telah membawa kepada seramai 110 veteran angkatan tentera tidak dibayar ganjaran mereka tepat pada masanya.

3. Hakikat bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan LTAT merupakan suatu maklumat yang diketahui umum sejak tahun 2013 apabila satu kenyataan umum telah dibuat oleh 1MDB bahawa ia telah menganugerahkan LTAT kontrak RM2.1 bilion bagi bahagian mereka untuk membina 8 pengkalan tentera di seluruh negara dan untuk kos memindahkan pangkalan udara Sungai Besi ke pangkalan udara pengganti baru seluas 750 ekar di Sendayan.

4. LTAT, yang juga memiliki Affin Bank, kemudiannya telah menjelaskan bahawa tidak ada kebenaran dalam dakwaan YB Rafizi. LTAT juga menjelaskan bahawa 70 daripada 110 veteran sudah dibayar manakala selebihnya menghadapi masalah kerana maklumat yang diberikan oleh veteran adalah tidak lengkap.

LTAT sejak itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi kerana memfitnah ke atas tuduhannya yang tidak berasas dan merosakkan itu.

5. YB Rafizi telah secara tidak perlu melanggar undang-undang OSA untuk tuduhan yang sama ada sudah pun menjadi maklumat umum atau satu fakta. Satu pengorbanan yang sia-sia.

6. Kami mendapat tahu bahawa sabitan OSA ini adalah kes mahkamah keempat di mana YB Rafizi Ramli telah kalah berturut-turut dalam tahun ini. Beliau didapati bersalah dan didenda oleh mahkamah kerana hasutan pada bulan Januari dan pada awal November.

Pada bulan Oktober, YB Rafizi juga didapati memfitnah National Feedlot Corporation (NFC) dan telah diarahkan untuk membayar RM300,000 sebagai ganti rugi. Mahkamah telah menyiasat dan memutuskan bahawa tidak ada kebenaran dalam dakwaan Rafizi bahawa NFC telah menggunakan atau memanfaatkan dana kerajaan untuk membeli hartanah. Satu tuduhan yang telah lama dibuat oleh pembangkang dan kini didapati tidak benar.

BARISAN NASIONAL
PASUKAN KOMUNIKASI STRATEGIK,
PUTRAJAYA.

Viral 'news' of Dr Mahathir's death fake


A viral "news" piece which reported on the death of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad is confirmed to be fake. 
Sunday's article titled BREAKING: Former Malaysia Prime Minister Tun Mahathir Mohamad Dies At 91 is one of many fake stories from the website http://telegraph-tv.co.uk which has the words "World's Most Reliable News Channel" written below its masthead. 
The page appears to be relatively new with only a few articles hosted.   
On Nov 6, the outlet carried another false piece of news claiming that former Thai prime minister Thaksin Shinawatra had died. 

Stay vigilant, Najib advises Malaysians in New Zealand


Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Sunday advised Malaysians who are in New Zealand to remain vigilant and immediately contact the High Commission of Malaysia in Wellington if they were affected by the earthquake in Christchurch.
In a statement posted on his official Facebook account, Najib said the Foreign Ministry would continue to monitor the situation closely despite no reports of Malaysian casualties so far.
“Warnings for tsunami have been issued but so far there have been no reports of any Malaysian casualties. However, the Ministry of Foreign Affairs will continue to monitor the situation closely.
“Please remain vigilant and contact the High Commission of Malaysia in Wellington at +64-4-3852439 or +64210440188 if you need help or for further enquiries,” he said.
The prime minister also expressed his deepest condolences to New Zealanders, especially to the families of victims of the tragedy.
The Foreign Ministry said yesterday no Malaysians have been affected in Sunday’s earthquake.
In a statement, the Foreign Ministry said the Malaysian High Commission in Wellington was monitoring closely the situation in the affected areas.
“As of now, no Malaysians are reported to be affected by the earthquake.
Meanwhile, Higher Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh also said all 1,200 Malaysian students studying in eight universities in Christchurch were safe. The Malaysian Education Department (Education Malaysia) and the Malaysian High Comission in Wellington had contacted all of them and found that none were hurt, he said.
“Education Malaysia in New Zealand has advised Malaysian students there to remain vigilant and follow advice issued by New Zealand’s Civil Defence Department,” he said in a statement here on Sunday.
A powerful magnitude 7.8 earthquake struck New Zealand’s South Island on Sunday, killing at least two people.
Following the temblor, New Zealand authorities had issued tsunami warnings and urged people living along the eastern coast to head inland or higher ground.
The South Island was hit by another magnitude 6.5 earthquake yesterday morning.
The Malaysian Meteorological Department said the temblor struck at 8.34am 151km northeast of Christchurch.
However, there was no tsunami threat, it said in statement. — Bernama

14 Nov 2016

RAFIZI HAS BEEN FOUND GUILTY, HE GOT WHAT HE WANTED



Rafizi has been found guilty of breaking the OSA laws and sentenced to 18 months jail. This is no surprise as Rafizi himself had admitted to being guilty.

He was not sentenced for "exposing 1MDB's monstrous scandal" as what  Pakatan is positioning, he was sentenced for being stupid for exposing one page of the 1MDB's Auditor General Report which was already read by 4 Pakatan MPs including Tony Pua.

He had revealed the OSA document to "expose" that LTAT has links with 1MDB but has not been fully paid - something we all know already as news of LTAT being awarded the contract by 1MDB to move the Sg Besi air-base and to develop the 8 replacement military bases is public info.

In any case, LTAT has not lost any money and will be fully paid by the IWH-China Rail consortium that has taken a 60% ownership of the Bandar Malaysia project.

Therefore, Rafizi's OSA "expose" is totally wasted and ill-advised.

LTAT lost no money at all and in fact, HAD MADE money and will continue to make money from the construction works of the military bases and from the contract to move the Sg Besi airbase.

This is the fourth straight court loss for various cases for Rafizi. Has anyone lost more court cases in a row?

While I am sure he will appeal against this ruling but this will disqualify him from seeking re-election until he gets a favourable outcome in his appeal hearing.

He still has other court cases - civil and criminal pending.

His 4 years-old BAFIA case which is as clear cut as anything and also the LTAT, Tabung Haji and Najib-Rosmah (saya hanya bergurau) cincin cases to deal with,

I can only say that Rafizi asked for this. And now he has got what he wanted.