Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

2 Jan 2018

Mansuhkan Tol : Pembangkang Terbukti Berjanji Kosong Dan Hipokrit Sahaja

Semalam, empat plaza tol telah dihentikan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau (Shah Alam), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) (Johor Bahru) atas inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018, 27 Oktober lepas.

BN terbukti mengotakan janji dalam perkara ini apabila dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas, BN berjanji untuk menangani masalah kos sara hidup yang merupakan teras utama dalam manifesto BN.

Lain ceritanya di pihak pembangkang, kerana janji untuk hapus tol ini adalah janji yang paling susah untuk mereka tunaikan dan ia mungkin jadi janji yang dikategorikan sebagai harapan palsu sahaja. Dalam 10 janji Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13, janji kedua ialah menghapuskan tol tapi satu pun tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Di Selangor, dua tol yang dimansuhkan semalam adalah atas inisiatif kerajaan BN bukannya Kerajaan Negeri PKR, pimpinan Azmin Ali. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus lepas tangan kepada janji yang dibuat pada PRU ke-12 lagi iaitu untuk hapuskan tol Sungai Nyior. Kini, sudah hampir hendak diadakan PRU14, sudah 10 tahun berlalu, tapi janji mansuh tol tidak lagi dimansuhkan.

Janji DAP masa berkempen PRU12, ialah hendak hapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang dengan kadar RM7, dan Sungai Nyior yang kadar kutipannya 50 sen.

Mahathir yang dikenali sebagai Bapa Segala Tol pula menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), pakatan baru selepas PR berkubur. Dalam belanjawan alternatif PH untuk tahun ini, disenaraikan sekali lagi janji mansuhkan kutipan tol.

Berjanji apa lagi? Janji 10 tahun lepas pun masih belum tunai lagi.

Mahathir dalam sejarah beliau jadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan satu plaza tol sahaja iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Majoriti perjanjian konsesi tol yang berat sebelah ditandatangani ketika zamannya. Zaman Najib jadi Perdana Menteri, beliau sudah mansuhkan kutipan di tujuh plaza tol.

Plaza tol METRAMAC dimansuhkan pada 16 Mei 2011, Plaza Tol Teluk Kapas (NNSB) dimansuhkan pada 21 Disember 2009, Plaza Tol Batu 9 Cheras kedua-dua laluan dimansuhkan pada 2 Mac 2012 dan empat yang dimansuhkan pada tengah malam tahun baru 2018.

Bukti Najib lebih bersungguh memansuhkan tol bila dia berkuasa. Tidak seperti Mahathir, masa berkuasa 22 tahun hanya mansuh 1 plaza tol sahaja.

Bila sudah tiada kuasa, bercita cita pula hendak mansuhkan tol. Ini cerita karut sama sekali. Boleh percayakah? Orang kalau hendak buat sesuatu masa dia ada kuasa bukan masa tiada kuasa.

Rakyat janganlah mudah percaya janji manis pembangkang ini. Mereka mungkir janji dan hipokrit semata mata.

Zaman Mahathir, beliau tidak sibuk hendak fikir hendak mansuhkan tol sebaliknya merancang hendak buat lagi banyak perjanjian tol untuk membebankan rakyat demi kesenangan kroninya sahaja.

Lebuh raya Maju Expressway dan Denai Desaru Highway dibina pada 2004, kedua-duanya memperolehi surat perjanjian konsesi yang sudah ditandatangani sebelum Mahathir letak jawatan pada Oktober 2003.

Lebuh Raya Utara-Selatan pula dibina pada awalnya oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia setelah dirancang pada tahun 1977 ketika Allahyarham Tun Hussein Onn jadi Perdana Menteri. Ia mula dibina setahun sebelum Mahathir mengambil alih iaitu pada tahun 1980.

Sepanjang tahun 1980 hingga 1985, LLM telah membina sepanjang 366 km atau 41% daripada cadangan 823 km lebuhraya dengan kos sebanyak RM3.2 bilion yang ditanggung oleh kerajaan.

Pada tahun 1986, seluruh projek diserahkan kepada Halim Saad dari UEM, pembida yang tawarkan harga tertinggi walaupun mereka tidak ada pengalaman dalam pembinaan lebuh raya. Akibatnya, lebuh raya PLUS diserahkan lewat dua tahun dari tarikh sebenar dan kerajaan pada ketika itu telah membiayai separuh daripada bajet RM3.5 bilion.

Tahun 2011, pentadbiran Najib ambil alih PLUS dan perjanjian konsesi dirangka semula dan kenaikan tol yang sepatutnya berlaku dalam perjanjian era Mahathir dapat dihalang.

Sampai bila-bila pun pembangkang takkan mahu hapuskan tol kerana mereka lebih pentingkan kroni dari rakyat. Tengok apa DAP buat di Pulau Pinang, hendak mansuh tol bernilai RM50 sen pun tidak boleh.

10 tahun sudah, cerita hendak mansuh tol ini kalau keluar dari mulut pembangkang, jangan percayalah. Hipokrit sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB722, Selasa
2 Januari 2018

Model Ekonomi Malaysia Ditiru Kerana Ianya Berada Di Landasan Yang Betul

Di Iran sekarang, rakyat turun ke jalan untuk berdemonstrasi buat hari kelima. Sudah 13 orang terbunuh, ratusan yang lain ditahan dan media sosial terus disekat. Di Iran, kadar pengangurannya adalah 12.6%, atau 10.2 juta orang rakyatnya tiada pekerjaan. Demonstrasi jalanan mudah tercetus bila poket kosong dan perut lapar.

Datanglah apa juga isu, bila ekonomi sesebuah negara tidak diuruskan dengan baik, maka rakyat akan mula marah pada pemerintah. Itu juga yang berlaku di Mesir pada 2011, bila kadar pengangguran ketika “Arab Spring” menjatuhkan Mubarak pada ketika itu adalah 20% atau 16 juta rakyat Mesir tiada pekerjaan pada masa itu.

Itu krisis yang berlaku dari Timur Tengah. Di Arab Saudi pula semalam, kerajaannya menaikkan harga minyak di antara 80 hingga 126 peratus hari ini. RON95 dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini. Biarpun naik sampai 126 peratus, harga minyak di Arab Saudi masih lagi tersenarai antara harga minyak yang ke-15 termurah di dunia.

Arab Saudi mengambil pengajaran dari Venezuela, apa gunanya minyak terlalu murah hingga RM0.04 seliter tetapi keadaan ekonominya  tidak berkembang. Kadar pertumbuhan  ekonomi di Venezuela adalah negatif dua belas peratus. Kadar pengangguran di Venezuela pula tinggi iaitu 7.3% atau 2.4 juta rakyatnya menganggur.

Tabung Kewangan Antarabangsa telah unjurkan ekonomi Arab Saudi berkembang pada kadar 0.1 hingga 0.4 peratus sahaja akibat kejatuhan harga minyak dunia. Oleh itu, Arab Saudi pula mencari pendekatan lain dan melihat alternatif ekonomi yang dilakukan oleh Malaysia bila berdepan kekurangan hasil dari industri minyak.

Model ekonomi Malaysia yang cuba diteladani oleh Arab Saudi. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa telah beri semakan menaik terhadap ekonomi Malaysia.

Tiga kali ‘rating” Malaysia dinaikkan dan pendekatan ekonomi Malaysia diberi pujian oleh institusi antarabangsa yang lain. Bermakna, pendekatan ekonomi Malaysia adalah di landasan yang betul dan ianya mahu diteladani oleh negara lain.

Arab Saudi meniru cara GST dan BR1M daripada Malaysia. UAE pula ikut cara Arab Saudi, sudah memperkenalkan GST mulai Januari 2018. UAE anggarkan akan mendapat hasil sejumlah AS43.3 billion menerusi GST.

Arab Saudi dan UAE bergantung 90% hasilnya kepada minyak, dengan adanya GST maka kebergantungan terhadap hasil minyak dapat diminimakan. Beberapa negara lain juga akan mula perkenalkan GST iaitu Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar.

Ada dengar berita di negara negara yang perkenalkan ini rakyat turun ke jalan berdemonstrasi? Turun ke jalanan membantah dan meminta agar GST dihapuskan? Tidak ada, kerana apa yang dibuat kerajaan di negara itu adalah untuk menjamin pertumbuhan ekonomi terus berlaku dan rakyat terus dapat peluang pekerjaan.

Apa guna ada minyak murah seperti Venezuela, tetapi rakyatnya tidak ada pekerjaan? Itulah juga yang berlaku di Iran dan Mesir, orang turun ke jalan bila tiada pekerjaaan. Orang sanggup bakar diri sendiri seperti di Tunisia bila peluang kerja tiada. Tidak sama keadaan ekonomi negara yang bergolak ini dengan Malaysia.

Oleh kerana itulah, cubaan membuat demonstrasi di Sogo pada malam tahun baru baru baru ini disambut sepi oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia lebih suka melayan percikan bunga api dan bersama keluarga di malam tahun baru. Sanggup bersesak dalam ‘jammed’ demi berhibur bersama keluarga.

Hanya pembangkang di Malaysia yang suka mengada ngadakan cerita karut tentang ekonomi Malaysia. Dulu sudah beberapa kali mereka kata ekonomi Malaysia hendak bankrup dan Malaysia jadi negara gagal, tetapi tidak menjadi juga tekaan mereka. Kali ini, mereka cuba takutkan rakyat pula dengan membuat cerita kononnya Malaysia akan tergadai kerana projek ECRL.

Mengaitkan projek ECRL dengan pelaburan Hambantota di Sri Lanka. Perbandingan yang jauh meleset sama sekali. Jauh berbeza ekonomi Malaysia dengan Sri Lanka.

Kerajaan Sri Lanka terjerumus dalam perangkap hutang kerana mereka mempunyai nisbah hutang berbanding KDNK setinggi 86.9%. Jauh berbeza, hutang Malaysia hanya 50.7% sahaja. Lebih buruk lagi, 43% daripada hutang Sri Lanka  didenominasikan dalam mata wang asing berbanding hanya 2.5% untuk Malaysia.

97.5% hutang kerajaan Malaysia berada dalam Ringgit dan kerajaan mengawal Ringgit. Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang sama seperti Sri Lanka.Rizab Sri Lanka juga rendah pada AS$5.12bilion pada Mac 2017 berbanding rizab sebanyak AS$102.2 bilion yang dimiliki oleh Malaysia.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kos projek ECRL sebanyak RM55 bilion itu tidak terlalu tinggi jika mengambil kira bayaran secara ansuran selama 20 tahun dan mengambil kira saiz ekonomi Malaysia ialah RM1.3 trilion sekarang.

Kalau ekonomi Malaysia jadi semacam Sri Lanka, buat apa negara negara seperti Arab Saudi dan India hendak meniru sistem ekonomi yang ada di Malaysia? Sudah tentu mereka tidak mahu ikut. Kalau ekonomi Malaysia teruk, buat apa Arab Saudi melabur RM31 billion, India tandatangan RM158 billion MOU, China melabur RM144 billion dengan negara kita?

Buat apa pula susah susah pembangkang hendak rampas Putrajaya kalau negara ini sudah tiada apa apa dan bankrup, Buat apa susah susah seorang yang sudah berusia 93 tahun hendak jadi Perdana Menteri lagi kalau negara ini sudah tiada apa apa lagi. Bermaksud, semua tuduhan pembangkang terhadap ekonomi negara adalah bersifat persepsi dan propaganda semata mata.

Di Malaysia, semua demonstrasi yang pembangkang buat sepanjang 2017 gagal sama sekali. Semua ceramah yang pembangkang buat pun tidak ramai yang datang.

Pembangkang di Timur Tengah pun tidak mahu tiru demonstrasi yang dibuat pembangkang di Malaysia. Sebaliknya, kerajaan di negara negara Arab mahu tiru model ekonomi kerajaan Malaysia kerana ianya terbukti berada pada landasan yang betul.

Tulisan :
Beruang Biru
BB721, Selasa
2 Januari 2018

28 Dis 2017

Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai


Dakwaan pembangkang bahawa status tanah dalam lingkungan Tun Razak Exchange (TRX) sudah tergadai kepada negara asing adalah tidak benar dan tidak berasas kerana ia dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.

Hanya kerana banyak syarikat asing melabur di atas tanah tersebut tidak bermaksud ia sudah menjadi milik asing.

Jangan samakan tanah di kawasan itu dengan tanah yang telah digadai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 November 1990 apabila memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura untuk mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 km persegi) untuk membina empangan di Sungai Linggiu seperti didedahkan penganalisis politik Lim Sian See baru-baru ini.

Dalam pendedahan itu, Singapura dikatakan hanya perlu bayar RM320 juta ganti rugi kerana permanent loss of use of the land, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi. Di bawah perjanjian ini, Singapura turut dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

Kalau dibuat perbandingan antara 54,000 ekar yang diserah Mahathir kepada Singapura, dengan Menara Exchange yang dibina hasil pelaburan anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, kecil sangat bezanya.  Tanah 54,000 ekar itu sudah jadi milik kekal asing sementara pemilikan tanah di TRX tempat Menara berkenaan dibina, langsung tidak berubah, masih milik kita.

Tuduhan Pakatan Harapan (PH) dan penyokong mereka konon tanah di TRX sudah dimiliki oleh pihak asing ini sebenarnya hanyalah bersifat politik semata-mata.  Jika kita semua masih ingat, pada peringkat awal dahulu Pakatan juga yang menuduh tanah TRX gagal mendapat sambutan pelabur dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah tersebut hanyalah khayalan semata-mata.

Sekarang bila terbukti pembangunan di atas tanah itu bukanlah khayalan tapi memang benar-benar berlaku termasuk pembinaan Menara yang mengatasi ketinggian Menara kebanggaan Mahathir - KLCC, Pakatan mengubah “pintu gol mereka” (shifting the goal post).

Jelas, semua dakwaan Pakatan bahawa kerajaan hari ini menggadai tanah kepada pihak asing seperti yang didakwa berlaku di TRX, hanya untuk mengalih perhatian rakyat daripada tindakan Mahathir menggadai beribu-ribu tanah Johor kepada Singapura tahun 1990 yang dulu.

Pakatan tahu lambat laun perkara ini akan terdedah dan mereka melakukan apa yang dikenali sebagai teknik pre-emptive strike dengan membuat pelbagai dakwaan tidak berasas seperti ini untuk mencipta persepsi salah di kalangan rakyat demi melindungi Mahathir.    Tidak hairan kenapa kita lihat bukan sahaja tanah di TRX yang jadi sasaran tapi pembangunan di Forest City Johor, taman perindustrian di Kuantan dan sebagainya turutr menjadi mangsa.

Maklum sajalah, ‘bangkai’ yang nak ditutup ni bukan kecil, tapi 54,000 ekar luasnya

Apatah lagi penggadaian tanah di Johor ini turut melibatkan orang kanan Mahathir, Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu adalah Menteri Besar Johor.  Muhyiddin sebelum ini mendakwa, sepanjang dia menjadi Menteri Besar, tidak ada seinci tanah Johor yang digadai kepada pihak asing.

Benar apa yang Muhyiddin cakap, bukan seinci cuma 54,000 ekar!!

Beruang Biru
BB717, Khamis
28 Disember 2017

Apa Sahaja Yang Berkaitan Keperluan Hidup, Semua Mahu Berkira

Sudah menjadi tradisi, minggu terakhir cuti penggal persekolahan adalah masa untuk ibu bapa melengkapkan keperluan persekolahan anak masing-masing, terutama yang gemar memilih untuk melakukannya pada saat-saat akhir.

Cuti persekolahan di Malaysia memang ada tradisinya tersendiri.  Majoriti memilih minggu pertama sebagai persediaan untuk bawa keluarga bercuti, minggu kedua dan ketiga masa untuk bercuti, minggu terakhir itulah masing-masing baru sibuk melengkapkan persiapan anak bersekolah.

Seakan sudah menjadi tradisi juga, setiap kali isu melengkapkan persekolahan anak-anak ini diperkatakan, pasti yang tidak terlepas ialah rungutan segelintir ibu bapa untuk membeli semua kelengkapan tersebut.

Menariknya, tiada siapa merungut ketika bercuti sakan.

Walaupun hakikatnya sejak zaman berzaman lagi, tidak ada pernah sekalipun yang kita jumpa dimana  barang sekolah yang mengalami penurunan harga, ia tetap menjadi isu juga.  Saban tahun, harga barangan pasti akan meningkat sesuai dengan zaman dan keadaan semasa. Ini adalah fakta sebab itu kita tidak melihat harga barangan persekolahan tahun 1990 dulu, masih boleh dibeli dengan harga itu pada zaman ini.

Tentang peranan kerajaan dalam membantu rakyat membuat persiapan di sekolah, sejak tahun 2012, semua yuran persekolahan telah di mansuhkan. Ini termasuklah yuran mengambil sebarang peperiksaan, yuran pra sekolah dan macam-macam yuran yang dahulunya cukup menekan kedua ibu bapa dan penjaga.

Awal sebelum itu, ketika Paklah menjadi Perdana Menteri, buku teks yang dulu hanya diberikan secara pinjaman kepada ibu bapa berpendapatan RM 1,200 ke bawah, sudah diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan lagi dah.

Malah, berbeza dengan zaman Mahathir dahulu, kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, memberi bantuan tunai RM 100 seorang kepada anak-anak yang pendapatan bulanan ibu bapa mereka di bawah RM 4,000.  Yuran hapus, kerajaan bagi duit pulak lagi.

Yang kekal tidak berubah ialah yuran PIBG yang bukan wajib selain hanya dikenakan kepada seorang sahaja dari semua anak-anak yang belajar di sekolah yang sama.  Yuran ini bagaimanapun diputuskan dalam mesyuarat PIBG dimana pihak sekolah dan ibu bapa turut terlibat. Mahal dan murahnya, terpulang kepada diri sendiri, tak berkaitan dengan kerajaan langsung.

Apa yang kelihatan sekarang ialah rakyat kita – taklah semua, sering berkira tentang barangan yang menjadi keperluan hidup.  Bukan dalam soal barang persekolahan sahaja malah dalam semua hal-hal lain yang berkaitan pun seperti minyak, barang makan asas dan sebagainya. 

Pada kelompok ini, bab keperluan hidup mereka sendiri kerajaan perlu sediakan atau campur tangan, bab seronok, itu tak nampak jadi masalah pulak.

Berhentilah berkhayal dan kembali berpijak di bumi yang nyata.  Tidak ada kerajaan di dunia yang mampu menyediakan seperti apa yang kelompok ini harapkan.  Masa berjimak tak pulak tanya kerajaan, bila dah ‘membiak’ dan semuanya nak kena dilengkapkan, masa itu kerajaan jadi bahan kecaman.

Sampai masa kelompok suka merungut ini mengubah tradisi.  Minggu pertama cuti persekolahan sepatutnya digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, selepas itu barulah pergi bercuti.  Ini bercuti dulu, lengkap hal sekolah kemudian, mana tak senak!!

Beruang Biru
BB718, Khamis
28 Disember 2017

#KE7B :Qobin Berjaya Tempa Nama Sebagai Muslim Termuda Jadi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017

Misi Ekspedisi KE7B Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 yang dilaksanakan oleh Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin),36, berjaya mencapai matlamat apabila beliau tiba di titik 90 Kutub Selatan hari ini, tepat pukul 11.05 pagi (waktu Malaysia).

Cabaran cuaca sejuk beku -26 darjah selsius yang hampir menjejaskan misi tersebut dapat diharunginya dengan tabah demi mengharumkan nama negara di pentas sukan ekstrem peringkat dunia.

Ekspedisi sembilan hari mulai 19 Disember lalu menyaksikan Qobin berski dari Union Glacier, Antartika ke titik 90 Kutub Selatan dengan jarak keseluruhan sejauh 111 kilometer.

Ekoran kejayaan itu, Qobin kini menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam iaitu individu yang berjaya mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia termasuk Gunung Everest, berski di Kutub Utara dan berski di Kutub Selatan.

Kejayaan itu juga melayakkan Qobin menjadi individu kedua dari rantau Asia Tenggara dan individu Islam ketiga serta termuda diiktiraf sebagai penjelajah Grand Slam dunia.

Setakat hari ini, hanya 70 orang dari seluruh dunia berjaya menamatkan ketiga-tiga ekspedisi tersebut.
PRU14. TV 

#KE7B: Qobin Selamat Dan Terus Semangat Tempuhi Cabaran Misi Kutub Selatan


SYUKUR…..Keadaan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin yang sedang merealisasikan misi berski menuju ke titik 90 darjah Kutub Selatan, dilaporkan selamat.

Menurut sebuah entri yang dimuat naik oleh Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia  (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles, pada kira-kira jam 8.30 malam tadi, Qobin tetap bersemangat meneruskan perjalanannya meskipun keadaan jarinya belum pulih sepenuhnya.

BACA: Sejuk Melampau, Qobin Hadapi Sedikit Kesukaran
Tambah Akmar lagi, walaupun ada penjelajah dari negara lain terpaksa dibawa keluar dari Kutub Selatan kerana keadaan kesihatan mereka yang merosot dan tidak tahan dengan cuaca yang ekstrem, namun Qobin berjaya mengekalkan semangatnya untuk menamatkan misi ini.

“Hari ini, dalam penuh kepayahan Qobin berjaya berski sejauh 22 km lagi,” tulis Akmar, sambil memanjatkan kesyukuran dan rasa terima kasihnya kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan doa kepada Qobin.

“Terima kasih Ya Allah kerana menolong Qobin untuk bergerak pada hari ini. Terima kasih atas doa rakyat Malaysia untuk melihat Qobin berjaya dan sihat.”

Sebentar tadi, Qobin memaklumkan perjalanannya hanya berbaki 26 km sahaja lagi dan beliau bertekad untuk sampai ke titik 90 darjah Kutub Selatan pada Khamis, 28 Disember ini (bersamaan awal pagi 29 Disember waktu Malaysia).

Dalam pada itu, Qobin juga mohon minta rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatannya terutama keadaan tangannya supaya beliau dapat sampai ke titik 90 darjah dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.

Sehingga hari ini Qobin telah berjaya menamatkan perjalanan sejauh 85 km dan esok beliau bertekad untuk berski antara 10 hingga 11 jam untuk menamatkan baki 26 km lagi.

Ayuh semua kita doakan kejayaan untuk Qobin bagi membolehkannya menjadi rakyat Malaysia pertama bergelar Penjelajah Grand Slam dan umat Islam termuda berjaya melakukan misi ini!-MYNEWSHUB.CC/FB Datuk Akmar Hisham Mokhles

22 Dis 2017

Rakyat Malaysia Bersolidariti Bantah Baitulmaqdis Jadi Ibu Negara Israel

Semalam di United Nation, 128 negara menolak cadangan Trump untuk jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel. Hanya 9 negara yang sokong cadangan Trump itu. 35 negara lagi berkecuali.

Malaysia antara yang paling awal dan konsisten dalam memperjuangkan isu ini. Keberanian Datuk Seri Najib dalam memperjuangkan isu Palestin ini tidak perlu dipersoal lagi oleh pembangkang. Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang memijak kaki ke bumi Palestin.

Hari ini suara rakyat Malaysia bergema menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Hari ini juga menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi ketegasan pendirian Malaysia yang akan terus teguh dan konsisten menolak keputusan AS itu sampai bila-bila.

Bukan itu sahaja, suara menerusi Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di Putrajaya ini menyaksikan bagaimana UMNO sedia sepentas dengan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain atas nama Islam, demi mempertahankan Palestin daripada penindasan oleh rejim Zionis.

Malah bagi Najib sendiri, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting.

``Kita ada maruah kita, sedikit sebanyak kita ada kekuatan kita. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bersatu padu,'' demikian kata Perdana Menteri.

Ia sekali gus menolak sindiran dan tuduhan pembangkang bahawa beliau tidak berani bertindak disebabkan hubungan baiknya dengan Trump.

Orang yang menulis di blog mengecam Najib itu hadir juga di masjid Putrajaya. Namun ketika himpunan diadakan, Mahathir hilang entah ke mana. Ambil gambar, kemudian bagi Malaysiakini buat "story" dan terus hilang. Barangkali takut sepentas dengan pemimpin Islam lain. Takut kena marah dengan DAP barangkali.

Ternyata apa yang dinyatakan oleh Najib telah membuktikan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada prinsip membawa suara Malaysia yang menentang pengiktirafan Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Najib turut menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah mesej yang jelas dan tegas kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Trump itu.

Ironinya ketika Malaysia mengadakan himpunan solidariti ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula telah memberikan tamparan hebat kepada langkah Amerika Syarikat.

Dalam pengundian pada sidang tergempar Perhimpunan Agung PBB, 128 buah negara mengundi menyokong resolusi PBB menentang langkah AS itu manakala hanya sembilan menolaknya termasuk Israel dan AS. 35 buah negara lain berkecuali.

Sesi mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan status Baitulmaqdis selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Susulan kepada keputusan PBB itu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi PBB berhubung isu Baitulmaqdis tersebut.

Namun seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Malah Malaysia juga katanya bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.

Justeru, kepada pembangkang yang sering menipu rakyat dengan menyatakan Perdana Menteri dan kerajaan tunduk kepada Amerika Syarikat, sila betulkan kenyataan anda. Sebaliknya pembangkang yang mengharapkan sokongan AS dalam banyak perkara termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan usaha pembebasan Anwar Ibrahim.

Jangan lupa akan fakta berkenaan. Siapa yang mengharapkan sokongan siapa sekarang? Najib sudah buktikan beliau berpendirian tegas, bagaimana pula dengan pembangkang?

Hendak duduk sama sepentas dengan NGO Islam pun takut. Parti Melayu dalam pembangkang lebih takut pada DAP. Mereka hendak duduk atas pentas pun kena tanya DAP dulu. Sampai begitu sekali mereka takut pada DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB712, Jumaat
22 Disember 2017

21 Dis 2017

1MDB Bukan Sebab Utama, Mereka Memang Hendak Jatuhkan Najib

Dalam satu wawancara Anda Tanya Kita Jawab, Diskusi Umno-Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak membangkitkan langsung mengenai isu wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Justeru kata Annuar, dakwaan bahawa Muhyiddin dipecat dari jawatannya selepas menegur presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB adalah tidak benar.

``Saya yang jadi saksi. Ada orang kata kerana Muhyiddin tegur Najib dalam MT, bohong. Sepanjang mesyuarat MT, Muhyiddin tak pernah bangkit isu 1MDB,'' kata Annuar ketika mendedahkan mengenai perkara itu.

Annuar juga mendedahkan beliau pernah mengaturkan satu pertemuan dengan Muhyiddin untuk mendapatkan gambaran sebenar perkara itu tapi mesyuarat itu tidak pernah diadakan.

Muhyiddin juga katanya, tidak pernah menegur atau menyoal Najib mengenai perkara itu dan memilih untuk berdiam diri.

Keadaan ini menyebabkan ahli-ahli MT berasa aneh kenapa Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden tidak membuka mulut.

Jika 1MDB itu adalah isu utamanya, sudah pasti Muhyiddin akan membangkitkan perkara berkenaan dalam mesyuarat MT sebelum ia didedahkan kepada pengetahuan umum dan orang ramai.

Jadi, berdasarkan kepada pengakuan Annuar ini maka terbuktilah bahawa 1MDB sebenarnya bukan sebab utama untuk beberapa pihak tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

Sebaliknya mereka sudah berniat untuk menjatuhkan beliau lalu digunakanlah isu 1MDB ini.

1MDB sebenarnya hanyalah sebagai alat tetapi malangnya ia tidak boleh dijadikan sebagai `peluru' lagi selepas  pihak-pihak yang terbabit dengan siasatan 1MDB telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri telah bebas daripada sebarang tuduhan penyelewengan.

Dan menerusi tulisan bekas editor MerdekaReview, Lim Hong Siang di portal pembangkang MalaysiaKini bertajuk `Mahathir sebagai PM strategi terbaik HARAPAN?' ia mengesahkan apa yang rakyat Malaysia tahu selama ini iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Mahathir Mohamad hanya berpakat untuk menjatuhkan Najib sahaja.

Dalam tulisannya itu, Lim berkata, PH terlalu gopoh untuk mengumumkan (atau membocorkan?) calon Perdana Menterinya dan membangkitkan persoalan apa akan berlaku sekiranya Mahathir diumumkan sebagai calon PM?

Tidak ada sebenarnya dalam gandingan itu keutamaan berkaitan teknologi, keutamaan tentang sistem pengangkutan awam, dasar pendidikan atau perancangan untuk rakyat sebaliknya hanya untuk menjatuhkan Najib.

Justeru bukalah mata dan lihat bagaimana 1MDB dijadikan sebagai isu dan senjata untuk menjatuhkan Najib. Walaupun mereka tahu mereka tiada bukti dan asas untuk menuduh beliau, namun ia terus dibangkitkan bagi memberikan persepsi buruk kepada Perdana Menteri.

Mereka akan terus menanam di kepala rakyat kononnya Najib terlibat dengan 1MDB. Itulah tuduhan kitar semula yang dilakukan dan dimainkan sepanjang masa, umpama piring hitam yang sudah rosak.

Jangan jadikan diri terpedaya dengan permainan pembangkang ini. Tolaklah PH  semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti. Tolaklah parti yang kelam kabut dan tiada arah tuju ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB709, Khamis
21 Disember 2017

19 Dis 2017

IMF Pun Makan Dedak?

Satu tahun selepas Malaysia melancarkan BR1M, India melaksanakan BR1I (Bantuan Rakyat 1India), yang mereka panggil sebagai program "Aadhaar card Direct Cash Transfer".

Pembayaran pertama dibuat pada 1 Januari 2013 yang memberi manfaat kepada 229 juta keluarga.

Kerajaan akan melaksanakan skim Pemindahan Tunai Langsung dari Januari 2013
http://indiagovernance.gov.in/news.php?id=1826

Ini adalah untuk mengimbangi rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh India di mana semua subsidi petrol di India telah dipotong dan tidak seperti Malaysia, cukai ke atas petrol telah dikenakan pada akhir tahun 2014:

India Menghapuskan Subsidi Dan Mula Mengenakan Cukai Bahan Api
https://oilprice.com/Energy/Energy-General/Low-Oil-Prices-Enable-India-To-Abolish-Subsidies-And-Start-Taxing-Fuels.html

India berkata rasionalisasi subsidi mereka dan langkah pemindahan tunai langsung adalah untuk mengurangkan pembaziran, menghapuskan orang tengah dan memerangi rasuah disebabkan kebocoran.

Mereka juga mengatakan bahawa langkah untuk menghapuskan subsidi dan mengenakan cukai petrol adalah untuk mengurangkan kesan karbon India dan mengurangkan masalah pelepasan gas rumah hijau mereka:
indianexpress.com/article/india/india-others/will-cut-greenhouse-gas-emissions-to-a-third-by-2030-india-promises/

Hari ini, harga petrol India ialah RM4.62 seliter berbanding RM2.25 di Malaysia.

Mesir telah mengumumkan bahawa semua subsidi minyak akan dihapuskan dalam tempoh 3 tahun akan datang - yang bermaksud bahawa menjelang masa itu, harga minyak Mesir akan sama atau lebih tinggi daripada harga Malaysia.
https://www.reuters.com/article/egypt-economy-imf/imf-backs-egypt-plan-to-remove-fuel-subsidies-in-three-years-ease-inflation-idUSL8N1IJ63C

Oh ... India juga menggantikan cukai jualan negeri mereka dan memperkenalkan GST mereka pada kadar yang berbeza sehingga 28% pada 1 Julai 2017 - sedikit lebih daripada 2 tahun selepas Malaysia melaksanakan GST. https://www.deskera.in/gst-implementation-in-india/

Rakyat Malaysia dari keturunan etnik India sekarang mempunyai alasan untuk diberikan apabila kaum rasis menyuruh mereka untuk "balik India".

Tidak boleh! Kerana GST India dan harga petrol adalah lebih zalim daripada Malaysia manakala India juga memberikan dedak kepada rakyat.

Pakatan digalakkan untuk menghantar pemimpin mereka ke sana, terutamanya pemimpin DAP yang menyokong pengganas P.Ramasamy dan Dr Mahathir, untuk membantu "Selamatkan India". Mereka boleh menggunakan hujah seperti:

1) Tetapi India adalah negara pengeluar minyak dan mengeluarkan 750,00 tong minyak sehari - lebih daripada Malaysia ... kenapa kamu zalim kepada rakyat?

2) GST membebankan rakyat dan boleh disonglap kerajaan India.

3) program "Aadhaar card Direct Cash Transfer" adalah dedak kepada rakyat. Wang adalah segalanya.

Kita kini melihat "Malaysiaisasi" India juga.

Menurut PKR Wong Chen, IMF tidak akan mengesyorkan dasar Najib kepada negara lain. Walau bagaimanapun, nampaknya seperti IMF sebaliknya melakukan itu:
www.business-standard.com/article/economy-policy/gst-a-monumental-effort-indian-economy-on-very-solid-track-imf-chief-117101500017_1.html

---
Ketahui mengenai "Malaysiaisasi" Arab Saudi:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2085299658355484&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&fref=mentions

Ketahui tentang "Malaysiaisasi" Mesir juga:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2085710568314393&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&fref=mentions

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2087551394796977&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Himpunan Solidariti Palestin: Demi Islam UMNO Dan PAS Bersatu

Pada Jumaat ini (22 Disember 2017), satu himpunan solidariti untuk memperjuangkan Palestin akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Ia akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sebelum ini dengan lantang telah menyatakan pendirian Malaysia untuk terus memperjuangkan nasib penduduk Palestin.

Kali ini, beliau akan berada sepentas dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Seperti yang dinyatakan oleh Najib yang juga Presiden UMNO: ``Perlu ada pendirian bersama apabila ia melibatkan isu kepentingan Islam dan umatnya,''.

Maka dalam isu Palestin, kedua-duanya akan berada sepentas untuk membantah pengiktirafan Amerika Syarikat yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Ini bukan kali pertama Najib sepentas dengan Hadi, malah pada 4 Disember tahun lepas, kedua-duanya mencipta sejarah apabila buat kali pertama berkongsi pentas dalam Himpunan Solidariti Rohingya di Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Tujuan himpunan berkenaan diadakan adalah untuk menunjukkan kesepakatan suara umat Islam di negara ini berhubung kekejaman junta tentera Myanmar yang begitu hebat membantai Etnik Rohingya di Rakhine sehingga memaksa ratusan ribu etnik berkenaan menjadi pelarian dan ramai yang menjadi korban.

Ironinya, himpunan ini diadakan sebaik sahaja selesainya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke 70, tahun lepas. Dan himpunan solidariti untuk Palestin ini juga diadakan selepas PAU ke 71, yang berakhir pada awal bulan ini.

Melihat kepada kedua-dua himpunan ini, sangat jelas sekali, dalam menyentuh nasib umat Islam, bahawa UMNO dan PAS boleh berganding bahu demi memartabatkan Islam itu sendiri.

UMNO telah menetepikan perbezaan idealogi politik demi untuk menyuarakan hak dan kepentingan umat Islam.

Timbul persoalan di sini, adakah Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mampu melakukan perkara sedemikian?

Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh satu portal pro DAP, Roket Kini bertarikh 14 Februari 2017, mereka mendakwa, UMNO dan BN telah menjalankan propaganda rasis dan tidak bertanggungjawab dengan mendakwa DAP sebagai sebuah parti rasis dan tidak akan membela nasib kaum Melayu dan umat Islam di negara ini seandainya mereka berkuasa kelak.

Namun kenapa PH tidak melakukan himpunan yang sama demi memperjuangkan nasib penduduk Palestin yang tertindas ini akibat kezaliman zionis?

Mana perginya suara mereka ketika umat Islam seluruh dunia mengutuk tindakan Amerika Syarikat yang memperakukan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel?

Hakikatnya himpunan solidariti bagi memperjuangkan Palestin ini bakal memberikan makna yang besar dalam perjuangan kemanusiaan dan Islam di negara ini.

Jika himpunan solidariti terhadap Rohingya telah membuktikannya, kali ini kita akan memperlihatkan bagaimana ketegasan Najib dan Hadi untuk membantah keputusan Amerika Syarikat itu.

Suara lantang yang bakal bergema ini, akan turut membimbangkan Pakatan Harapan kerana ia menunjukkan kerjasama antara UMNO dan PAS, iaitu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh PH.

Tulisan :
Beruang Biru
BB703, Isnin
18 Disember 2017