Bujang Senang

Bujang Senang

28 Dis 2017

#KE7B :Qobin Berjaya Tempa Nama Sebagai Muslim Termuda Jadi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017

Misi Ekspedisi KE7B Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 yang dilaksanakan oleh Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin),36, berjaya mencapai matlamat apabila beliau tiba di titik 90 Kutub Selatan hari ini, tepat pukul 11.05 pagi (waktu Malaysia).

Cabaran cuaca sejuk beku -26 darjah selsius yang hampir menjejaskan misi tersebut dapat diharunginya dengan tabah demi mengharumkan nama negara di pentas sukan ekstrem peringkat dunia.

Ekspedisi sembilan hari mulai 19 Disember lalu menyaksikan Qobin berski dari Union Glacier, Antartika ke titik 90 Kutub Selatan dengan jarak keseluruhan sejauh 111 kilometer.

Ekoran kejayaan itu, Qobin kini menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam iaitu individu yang berjaya mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia termasuk Gunung Everest, berski di Kutub Utara dan berski di Kutub Selatan.

Kejayaan itu juga melayakkan Qobin menjadi individu kedua dari rantau Asia Tenggara dan individu Islam ketiga serta termuda diiktiraf sebagai penjelajah Grand Slam dunia.

Setakat hari ini, hanya 70 orang dari seluruh dunia berjaya menamatkan ketiga-tiga ekspedisi tersebut.
PRU14. TV 

Related Posts:

  • #PRN11:DUN BUBAR MINGGU DEPAN? KUCHING: Penganalisis politik Dato Peter Minos meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada Khamis depan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri ke-11 diadakan. Menurutnya, pada Ahad lepas di satu… Read More
  • DI HALAU DARI SARAWAK, MAT SABU KEMPONAN TERUBOK MASIN DAN UMEI TERKINI Presiden AMANAH Tn Hj Mohamad Sabu tidak sempat "Menjual Auta" ke Sarawak bilamana beliau dihalang memasuki Sarawak hari ini atas arahan Pejabat Ketua Menteri. Beliau bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang S… Read More
  • Kami Tak Mahu Datang Lagi ' Kami Tak Mahu Datang Lagi ', begitulah luahan pasukan lumba basikal luar negara yang kecewa dengan pembatalan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Sarawak. Terdapat nada yang begitu marah apabila penat lelah mereka datang da… Read More
  • Ahli Parlimen Di Lebel Sebagai Menteri GRO ? Ramai dikalangan pengamal media sosial melebelkan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai Menteri GRO. Mungkin para pengkomen melihat operasi sebegini sepatutnya hanya diuruskan oleh Pasukan Polis dan agensi kerajaan ter… Read More
  • N02 TASIK BIRU,PKR SARAWAK MEMULAI LANGKAH.PKR memulakan provokasi terhadap sekutunya DAP di N02 Tasik Biru bila kain rentang dah mula di pasang disekitar kawasan itu sejak semalam. Dengan kain rentang bertulis Sokong PKR,Tulak DAP (tolak DAP) keadaan ini akan… Read More

0 komentar: