Bujang Senang

Bujang Senang

13 Dis 2017

Najib tiba di Istanbul bincang isu Baitulmuqaddis

ISTANBUL13 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang membincangkan isu pengisytiharan Amerika Syarikat (AS) terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, tiba di Istanbul lewat malam tadi.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab.

Mesyuarat pertubuhan 57 buah negara itu akan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku pengerusi sidang kemuncak ke-13, di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Lütfi Kırdar pada sebelah pagi.

Ia disusuli dengan ucapan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Raja Jordan, Raja Abdullah 11 dan Setiausaha Agung OIC, Dr. Yousef Ahmad,

Perdana Menteri dijadual turut menyatakan pendirian tegas Malaysia tentang tindakan Presiden AS, Donald J. Trump itu yang telah mendapat bantahan meluas dunia. Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC dijadual mengeluarkan Deklarasi Istanbul pada akhir mesyuarat. Sidang akhbar bersama pula dijadual dibuat kira-kira pukul 4 petang. - UTUSAN ONLINE

Related Posts:

  • Aksi Buka Seluar - Siapa? Andai Sin Yee Buka Seluar….  PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari. Apa agaknya akan terja… Read More
  • Bila Anwar Sudah Meroyan Akhirnya Anwar Gila Juga…  Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi j… Read More
  • Blogger Pakatan Gelar Perdana Menteri "Firaun" Pakatan Rakyat Panggil Najib Firaun  Membaca tulisan terbaru dari blog pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com bertajuk "Buat Apa Minta Maaf Maaf Pada Firaun Seperti Najib?", pastinya membuatkan hati kita membuak ma… Read More
  • YAKIN BOLEH MENANG KERUSI BANDAR KUCHING  1 Night with P195/P196 BFF Best Friends ForeverPresiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP), Datuk Seri Peter Chin yakin Barisan Nasional(BN) boleh memenangi semula kerusi Parlimen Bandar Kuching dengan sokongan pad… Read More
  • Sikap Melampau Puak Pakatan Dikala Sambutan Kemerdekaan Dan Idul Fitri Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.  Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tia… Read More

0 komentar: