Bujang Senang

Bujang Senang

17 Apr 2013

#PRU13: BN Yakin Tawan Selangor.




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato SEri Anwar Ibrahim sepatutnya menyelesaikan permasalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang meneraju empat buah negeri ini. Bukannya bermimpi dan menggunakan ceramah-ceramah fitnah bagi mengambil alih Putrajaya. Anwar dilihat seolah-olah lupa bahawa Pakatan Rakyat sedang mengalami pelbagai masalah. 

Semakin hampir PRU13, semakin banyak pekung terbuka, timbul dari sikap pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Dengan sikap gelojoh ingin menawan Putrajaya, Anwar lupa pengikut-pengikutnya semakin ramai berpecah-belah dan sudah beralih arah.

Bagaimana Anwar boleh yakin bahawa pembangkang boleh mengambil-alih Putrajaya dari kerajaan sedangkan mempunyai masalah meletakkan calon-calon mereka untuk menjadi wakil rakyat seterusnya sebagai menteri. Sejak pembubaran Parlimen kita masih kabur lagi sama ada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bertanding atau tidak untuk PRU13 nanti.

Sekiranya bertanding,bagaimanakah pula dengan Azmin Ali yang kita tahu bahawa sejak dahulu tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Khalid Ibrahim? Azmin sendiri akan bertanding di Parlimen Gombak dan perebutan kerusi menteri Besar Selangor telah disedari sejak Pakatan memerintah Selangor.

Pembangkang sedang menghadapi beberapa masalah yang agak serius dalam struktur organisasi mereka jadi mereka perlu tahu bahawa ia adalah masa untuk mereka fikirkan kebaikan dan keburukan mereka untuk mengambil-alih Putrajaya atau bertindak menyelesaikan masalah dalaman yang mereka hadapi. Jangan disebabkan kerakusan Ketua Umum itu,hubungan pemimpin bawahan menjadi kucar-kacir.

Kita percaya akan berlaku peralihan kuasa di negeri Selangor dan yakin Barisan Nasional akan mengambil semula negeri itu. Melihat kepada kerjasama serta sikap berdedikasi dan penyelidikan yang telah dilakukan di Selangor, Barisan Nasional yakin akan mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagi persediaan PRU13 ini, Barisan nasional memberi tumpuan kepada penglibatan jentera dalam mengadakan kempen secara langsung dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah. Barisan Nasional Selangor juga telah menubuhkan pusat perkhidmatan dengan operator telefon bagi menjawab pelbagai pertanyaan serta aduan yang mana setiap aduan akan diambil perhatian.

Semoga Barisan Nasional akan dapat menawan Selangor kembali kerana banyak janji yang telah dibuat oleh Pakatan rakyat tidak tertunai. Rakyat sudah berubah dan akan kembalikan negeri Selangor kepada Barisan Nasional.

0 komentar: