Barisan Nasional sudah memilih calon-calon yang layak bertanding pada PRU13 nanti. Watikah perlantikan sudahpun diserahkan kepada calon yang terpilih menerusi Pengerusi Barisan Nasional negeri masing-masing.
Transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk memperolehi kemenangan yang besar buat Barisan Nasional kali ini menampilkan 33 peratus muka baru sebagai calon di Parlimen manakala 49 peratus di DUN. Sudah pasti calon-calon yang terpilih ini mempunyai kewibawaan dan aura tersendiri sehinggakan menarik perhatian Perdana Menteri.
Namun begitu, transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini telah dijadikan isu yang besar oleh pecacai Pakatan Pembangkang. Dicanangkan oleh mereka kononnya penyokong Barisan Nasional menolak ramai calon baru yang dipilih ini.
Kononnya menurut mereka Barisan Nasional akan kalah teruk memandangkan ramai pengundi akan memprotes calon yang tidak mereka gemari dengan memberi undi rosak.
Sampai begitu sekali usaha mereka untuk menggoyahkan semangat perpaduan dalam Barisan Nasional. Mungkin mereka tidak perasan, ataupun sengaja buat-buat tidak perasan yang di kalangan mereka juga ada yang sudah hilang rentak perjuangan apabila calon kegemaran mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan.
Contohnya Yusmadi yang tidak tercalon di Balik Pulau di mana tempatnya digantikan oleh orang lain yang dipilih oleh Anwar. Ramai penyokong Yusmadi yang membantah keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan, bahkan mereka mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan kemarahan mereka.
Apatah lagi ramai di antara penyokong Pakatan Pembangkang yang keluar parti apabila calon kegemaran mereka tidak terpilih dan seterusnya berhijrah ke Barisan Nasional.
Menjadi perkara biasa jika seseorang calon itu tidak terpilih walaupun ia mempunyai ramai penyokong. Sudah tentu ada sesuatu yang dilihat oleh pucuk pimpinan pada seseorang calon itu. Mungkin beliau tidak memberikan khidmat selaras dikehendaki oleh pucuk pimpinan. Atau barangkali beliau tidak mempunyai duit yang lebih untuk melobi pucuk pimpinan seperti yang berlaku terhadap Yusmadi.
Apa sekalipun, pilihan yang dibuat oleh Perdana Menteri perlu diberi sokongan padu. Lupakan siapa calonnya, yang penting kemenangan harus berpihak kepada Barisan Nasional supaya dapat membentuk kerajaan sekali lagi dan seterusnya dapat melaksanakan lebih banyak transformasi untuk kebaikan semua.
0 komentar:
Catat Ulasan