Bujang Senang

Bujang Senang

10 Apr 2015

Gelanggang PRK Permatang Pauh.



HARI pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sudah ditetapkan pada 7 Mei depan untuk memilih pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang merupakan penyandang kerusi itu hilang kelayakan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 25 April ini dan hari mengundi awal ditetapkan pada 3 Mei nanti.

Tarikh bersejarah bagi Parlimen Permatang Pauh itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK berkenaan hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 1 April lepas telah memaklumkan kepada SPR berhubung kekosongan itu.

Ia berikutan Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dihantar oleh keluarga Anwar untuk memohon Pengampunan Diraja bagi kesalahan meliwat berkenaan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.044 Permatang Pauh itu, perlu diadakan satu pilihan raya kecil.
– PRU14.tv

0 komentar: