Bujang Senang

Bujang Senang

16 Apr 2015

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA .


KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION
US$1 bilion 3.043% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025
US$500 juta 4.236% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045

Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya menetapkan harga bagi Sijil Amanah bertempoh matang 10 tahun sebanyak US$1 bilion dan Sijil Amanah penanda aras bertempoh matang 30 tahun sebanyak US$500 juta (kedua-duanya “Sukuk”). Jumlah keseluruhan bagi Sukuk yang diterbitkan adalah US$1.5 bilion. Terbitan Sukuk bertempoh matang 30 tahun ini merupakan terbitan sukuk yang mempunyai tempoh matang yang terpanjang dalam sejarah sesebuah kerajaan.
Transaksi ini terlebih langganan dan telah menarik minat pelabur dengan langganan melebihi US$9 bilion daripada jumlah keseluruhan pelabur yang melebihi 450 akaun. Sukuk bertempoh matang 10 tahun terlebih langganan hampir 7 kali dan sukuk bertempoh matang 30 tahun pula terlebih langgan hampir 6 kali. Sukuk tersebut diterbitkan melalui sebuah syarikat bertujuan khas iaitu Malaysia Sovereign Sukuk Berhad dengan menggunakan struktur berlandaskan komoditi patuh Shariah, aset pajakan dan aset bukan fizikal yang menjana pendapatan (dalam bentuk hak ke atas penglibatan dalam pemberian perkhidmatan). Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang menerbitkan Sukuk seumpamanya.
Terbitan ini merupakan Sukuk dalam denominasi USD yang keempat bagi Kerajaan Malaysia berikutan kejayaan penerbitan Sukuk global pada tahun 2002, 2010 dan 2011. Hasil daripada terbitan Sukuk ini akan digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan am yang patuh Shariah, khususnya untuk penebusan Sijil Amanah 1Malaysia Sukuk Global Berhad berjumlah US$1.25 bilion yang akan matang pada Jun 2015 serta bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.
Menurut Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Kerajaan berasa bangga dengan pencapaian sebagai negara pertama yang memperkenalkan struktur Sukuk ini kepada pasaran kewangan Islam yang pesat berkembang dan amat berpuas hati dengan kejayaan transaksi ini serta keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kedudukan kredit Malaysia.
Sukuk tranche (bahagian) 10 tahun telah diagihkan kepada pelabur Timur Tengah (24%), Asia (50%), Eropah (16%) dan Amerika Syarikat (10%), sementara Sukuk tranche (bahagian) 30 tahun telah diagihkan kepada pelabur Timur Tengah (2%), Asia (50%), Eropah (19%) dan Amerika Syarikat (29%).

Transaksi ini berjaya ditetapkan pada tahap terendah dalam julat panduan harga yang disemak semula mencerminkan keyakinan pelabur, kedudukan sektor luar Malaysia yang kukuh, kewangan yang fleksibel, kedudukan fiskal yang kukuh serta ekonomi yang pelbagai dan berdaya saing. Sukuk ini dijangka diberi penarafan kredit A- oleh Standard and Poor’s Rating Services dan A3 oleh Moody’s Investors Services Limited.
Penetapan harga transaksi ini berjaya dilaksanakan setelah siri jelajah bagi mempromosi sukuk di peringkat global diadakan merentasi pusat kewangan utama, meliputi Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura, Abu Dhabi, Dubai, London dan New York. CIMB Investment Bank Berhad, The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited dan Standard Chartered Bank merupakan Joint Bookrunners dan Joint Lead Managers bagi terbitan Sukuk ini.

Kementerian Kewangan Malaysia

Related Posts:

  • Tujuh Menteri Muda baharu ditampilkan pagi ini Sekurang-kurangnya tujuh muka baharu bakal dilantik sebagai Menteri Muda bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan atas beberapa sebab  Tujuh muka baharu itu dipilih berdasarkan pelbagai faktor, antaranya parti yan… Read More
  • Senarai Menteri Muda Kabinet Sarawak 2016 Berikut merupakan senarai Ahli Dewan Undangan Negeri yang mengangkat sumpah pagi ini di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak. Muka baharu, Datuk Gerawat Jala dilantik Timbalan Speaker manakala tujuh muka baharu di… Read More
  • PORTFOLIO MENTERI MUDA 2016 Menteri-menteri muda: 1. YB Datuk Francis Hardin : - Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan ( Interior Area) 2. YB Datuk Lee Khim Shin : - Menteri Muda Tanah, Pengangkutan Udara dan Keselamatan - Menteri Muda Pelanc… Read More
  • Terkini: Pesawat EgyptAir mungkin terhempas ke laut KAHERAH: Pesawat EgyptAir yang hilang bersama 66 orang penumpang mungkin terhempas ke dalam laut, kata pegawai dari syarikat penerbangan dan penerbangan awam Mesir, hari ini. Sebelum ini EgyptAir berkata, pesawat Airbus A… Read More
  • New assistant ministers take oath of office KUCHING: All the new faces speculated by The Borneo Post were among the state assemblypersons who were sworn in as assistant ministers at the State Legislative Assembly (DUN) Complex this morning (May 19). Marudi assemb… Read More

0 komentar: