Bujang Senang

Bujang Senang

7 Mac 2017

BR1M: Kerajaan Mahu Bantu Rakyat Yang Memerlukan Bukan Yang Malas


1. BR1M adalah polisi bantuan menangani kos sara hidup yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

2. Negara kita telah beberapa kali mengalami masalah inflasi pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Najib Razak.

3. Hanya Najib Razak memperkenalkan skim bantuan ini bagi membantu golongan sasar iaitu keluarga yang berpendapatan bawah RM 4,000.00.

4. Pemberian BR1M bukan "sedekah politik" tetapi satu penyusunan sosial rakyat yang berteraskan wang kerajaan.

5. Justeru pemberian BR1M harus mematuhi garis panduan dan prosedur supaya ia mencapai golongan sasar. Ia tidak boleh dilakukan secara mudah atau sambil lewa atas alasan tidak mahu menyusahkan rakyat.

6. Jika anda benar-benar memerlukan bantuan ini maka ikutlah peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan.

7. Sejak awal BR1M, pemohon BR1M perlu mendaftar dan mengisytiharkan pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN ialah pihak yang layak menentukan jumlah pendapatan anda dan sama ada anda layak menerima BR1M.

8. Jika anda atau pasangan anda mendaftar syarikat dengan SSM dan tidak menghantar penyata kewangan,  maka LHDN tidak dapat mengesahkan pendapatan anda. Jadi permohonan anda tidak boleh diproses atau terpaksa ditolak.

9. Jadi jika tiada perniagaan dan tidak mahu menyediakan laporan penyata kewangan anda, tutup sahajalah perniagaan tersebut.

10. Tidak perlulah maki-maki kerajaan kononnya tidak prihatin kepada orang miskin. Jika anda boleh daftar syarikat di SSM, mengapa anda tidak boleh laporkan kewangan anda kepada SSM seperti mana syarat dalam penubuhan syarikat.

11. Paling tidak, apakah anda boleh daftar syarikat tetapi tidak boleh berusaha menutupnya?

12. Ia bukan soal menyusahkan sesiapa. Tapi jika kita mahu bantuan kenalah ada usaha sedikit.

Orang buta pun sanggup jalan jual tisu, ramai pula yang buka syarikat maki-maki kerajaan kerana mereka tidak mahu usaha sikit memenuhi prosedur untuk bantuan.

0 komentar: