Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

28 Apr 2017

Ini adalah satu kisah yang menyentuh hati.


Kerja keras dan pembangunan baru-baru ini oleh Presiden MCA dan Ahli Parlimen Bentong Liow Tiong Lai telah mengubah masa depan bagi kawasan itu.

Ini adalah kisah bagaimana dengan memberi tumpuan kepada projek-projek eko-pelancongan, agrikultur dan infrastruktur seperti Central Spine Road bebas tol (yang sebahagiannya sudah dibuka) dan ECRL telah membantu meningkatkan kekayaan penduduk di sana dan menyediakan peningkatan peluang pekerjaan dan prospek.

Liow Tiong Lai telah berkata bahawa beliau telah menegaskan bahawa ECRL mesti melalui Bentong.

Dengan berbuat demikian, prospek bagi Bentong akan meningkat.

Projek infrastruktur besar membantu meningkatkan daya tarikan dan prospek tempat yang mendapat manfaat walaupun sebelum kerja bermula kerana ia meningkatkan keseronokan dan memperbaiki sentimen pelabur.

Hasilnya, sebuah bandar yang sebelum ini telah ditakdirkan untuk terkubur sekarang melakukan pusingan U dan menjadi satu bandar dengan masa depan yang cerah.

Ini adalah jenis pusingan U yang rakyat Malaysia mahukan. Bukannya pelbagai pusingan U yang datang dari Pakatan.

Penghijrahan ke bandar kini akan U-turn untuk menjadi perpindahan ke bandar ‘reverse’ yang akan meringankan tekanan ke atas kawasan bandar dan menyatukan semula anak dengan keluarga mereka?

PS. Adakah anda berasa gembira bahawa anda tidak mengundi untuk Wong Tack, mutan penipu dan pentaksub Lynas dari DAP itu?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 28 April 2017

---

http://www.thestar.com.my/metro/focus/2017/04/25/craving-for-activity-in-quiet-karak-new-village-for-now-only-coffeeshops-doing-brisk-business-when-v/

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

26 Apr 2017

PENYELESAIAN LUAR KES ARBITRARI ANTARA 1MDB-IPIC. PEMBANGKANG CUBA FITNAH BARU KONONNYA KERAJAAN PULA KENA BAYAR RM25.18 HUTANG 1MDB.


Apabila IPIC-1MDB membuat penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) kes yang melibatkan dua pihak, pembangkang rasa kecewa dan cuba spin dengan cerita bohong yang tidak  berasas......

1. Fitnah terbaru Pembangkang - "JUMLAH  hutang RM 25.18 Bilion ( IPIC RM5.28 Bilimon + Bon RM15.4 Bilion + Faedah Bon RM4.5 Bilion) perlu dibayar oleh 1MDB dan Kerajaan Malaysia. Di samping Itu pembangkang juga mendakwa "Penyelesaian luar arbitrari membuktikan 1MDB telah tersalah bayar kepada entiti yang tiada kaitan dengan IPIC".

2. Fakta 1 - JAMINAN IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC perlu  membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.

3. Fakta 2 - PERSETUJUAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 1MDB-IPIC telah dicapai dan ia akan membantu menyelesaikan sebanyak $2.5 bilion hutang dan faedah hutang 1MDB tanpa menggunakan DANA TAMBAHAN DARI KERAJAAN.

4. Caranya:- Menebus aset kewangan/Unit Dana Brazen Sky dan GIL 1MDB yang dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion serta menggunakannya untuk:-

i. Mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016.

ii. Membayar faedah bon 1MDB bermula tahun ini sehingga tahun 2022 yang berjumlah AS$1.3 bilion (yang disebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah pembangkang)

5. Fakta 3 - IPIC akan MELUPUS KIRA tuntutan sebanyak AS$481 juta Bayaran Penamatan Opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC akibat pertikaian ini.

6. Fakta 4 - Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.

7. Fakta 5 - Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR SEKALI LAGI JUMLAH AS$3.5 BILION KEPADA IPIC atau MEMBAYAR NILAI POKOK BON AS$3.5 BILION INI.

8. IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC dan 1MDB bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut.

9. Fakta 6 - jika TIADA PENYELESAIAN dicapai di antara IPIC dan 1MDB, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.

10. Fakta 7 - JAMINAN IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon ini masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.

11. Pembangkang TIDAK MAHU menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan TEORI dan DAKWAAN mereka selama ini mengenai beberapa perkara, iaitu :-

I. Wang 1MDB dicuri dan ia dicuri oleh Datuk Seri Najib
II. 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian
III. Unit Dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai
IV. 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu
V. Penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain akan mendapati Datuk Seri Najib bersalah dan beliau akan dihukum oleh negara-negara ini

12. Hakikatnya penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB ini adalah satu kejayaan kerana ia :-

I. Dapat mengurangkan lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB
II. Membuktikan Unit Dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB
III. IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi dari 1MDB kepada syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB.
IV. Penyelesaian luar kes arbitrari ini telah melemahkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri.

Mohd. Puad Zarkashi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155237380993609&id=337845423608

21 Apr 2017

Virus Frust & Forex Scandal Sedang Menghimpit Mahathir


Semalam, Pasukan Petugas Khas mengenai Forex Scandal sudah membuka langkah. Anwar Ibrahim sudah dibawa ke badan penyiasatan untuk menyiasat skandal kehilangan RM44 billion pada zaman Mahathir itu.

Nama nama lain turut disebut bakal dipanggil sebagai saksi. Antaranya adalah Guan Eng, Kit Siang, Mahathir, Daim dan Mohamed Nor Yaakop.

Jika Zuraida dan Azmin gabra hari ini kerana Adam Rosly dicekup, Mahathir pula demam gabra bila kes Forex Scandal ini dibuka semula.

Mahathir yang menjadi “mastermind” bersama Daim pasti sekali tertekan dan dalam ketakutan. Ini kerana apa apa apa yang telah diluahkan oleh Anwar sebagai semasa siasatan “can be a clue" untuk "drill" siasatan semasa  Mahathir dan Daim dipanggil nanti.

Maka dalam keadaan sebegini, Mahathir pasti sekali tertekan. Lebih tertekan bila "virus frust" kepada kumpulan elitis 3M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) sedang merebak dalam parti PPBM.

Kapal PPBM di Negeri Sembila terus karam dan tenggelam. "Cikgu Kamarul" keluar terus kerana "frust" bersama sama 821 orang ahli yang lain.

Sebelum ini sudah ramai yang keluar kerana "frust";

1) Baling, 60 orang
2) Rembau, 500 orang
3) Teluk Kemang, 821 orang
4) Pandan, 50 orang
5) Pendang, 50 orang
6) Kerteh, 146 orang

Jumlah yang "frust" sudah 1,627 orang. Khabarnya ramai lagi yang akan buat demikian di Pahang, Perak dan Kedah. Jumlah 1,627 orang ini ramai kerana ianya hampir sama dengan jumlah ahli PPBM di Jerlun dan Langkawi. Dua kawasan yang paling kuat PPBM.

Belum pun dibadai gelombang, kilat pun belum menyambar. Kapal pun belum siap dan belayar. Tiba tiba kapal yang belum siap dan ditambat di tepi pantai ini dah tenggelam dibawa arus.

Parti terkecil dan termuda dalam PH sudah dilanda virus. Semalam, tenggelam juga sebuah parti kawan baik PPBM juga iaitu PBR yang diasas oleh orang kepercayaan Mahathir iaitu Khairuddin dan Ezam.

Mencuri parti orang, tipu alamat pejabat kedai jubin dan daftar nama individu yang tidak wujud. Sudah kantoi berbohong masa daftar parti lagi, belum pun berkempen lagi.

Tatkala PPBM tengah dijangkiti virus "frust" kepada kumpulan elitis ini, datang pula pembongkaran cerita Forex Scandal.

Jumlah Forex Scandal berbeza beza, apakah ada kerja kerja "cover up" pada masa itu. Jumlah kehilangannya amat berbeza dari laporan BNM, dari kenyataan bekas Timbalan Gabenor, Datuk Murad dan juga bekas Gabenor.

Bahkan ia juga berbeza seperti kenyataan Menteri Kewangan pada ketika itu , iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Semua keterangan saksi ini akan merumuskan satu kesimpulan baru tentang kes Forex Scandal. Ini yang buat Mahathir rasa terhimpit dan takut.

Nur Jazlan juga ada menyatakan arwah bapa mentuanya iaitu Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussin sebenarnya menjadi ‘fall guy” dalam isu Forex Scandal ini.

Jazlan mendakwa arwah dipaksa mengaku silap bagi melindungi pihak lain. Ini katanya untuk mengambil “blame” dari pihak yang sebenarnya dalang kepada kehilangan wang negara.

Ramai juga mereka yang berkait dalam hal FOREX ini berkata sebab sebab jumlah tidak sama adalah atas sebab ada wang yang telah dicuri. Sebab sebenar itu ditutup atas nama  kerugian.

Selain dari itu , ada juga pihak menyatakan keadilan akan sukar didapati kerana ada juga antara ahli panel itu pernah bekerja dibawah pentadbiran Mahathir. Itu hanyalah satu kekhuatiran semata mata. Apa pun, biar pihak penyiasat rumuskan apakah hasil siasatan nanti.

Apa pun konklusi kepada isu ini, Mahathir sebenarnya amat tertekan. Diharap Mahathir tidak melakukan sesuatu di belakang tabir.

Akhir sekali apa yang dapat kita lihat adalah, Mahathir sendiri sedang dirundung malang.

Mahathir sendiri "frust" dengan hal parti PPBM sekarang. Mahathir tidak kisah pun PPBM hendak lingkup dan gagal sekali pun. Mahathir hanya kisah agenda utamanya sahaja iaitu jadikan Mukhriz sebagai PM tidak gagal. Kalau perlu logo PKR atau DAP, Mahathir akan guna untuk capai matlamatnya itu.

Virus frust yang menyebabkan 1,627 orang sudah keluar PPBM benar benar menghimpit Mahathir. Sebagai seorang doktor, Mahathir sendiri tidak mampu ubati virus frust ini.

1,627 orang,  ramai jumlahnya buat PPBM kerana seluruh negeri Kedah pun ada 6,200 orang ahli sahaja. Seluruh Malaysia tidak sampai pun 8,000 orang ahli.

Skandal Forex dan Virus Frust ini benar benar menghimpit Mahathir. Silap silap Kit Siang dan Guan Eng pun ambil kesempatan nanti bila jadi saksi kes Forex.

Diam diam sahaja Mahathir kena dengan dua beranak itu nanti. Itulah sebenarnya yang buat Mahathir rasa begitu takut dan terhimpit sekali.

Tulisan :
Beruang Biru
BB396, Jumaat
21 April 2017

Adam Rosly Didakwa Kes Rasuah, Ramai Pemimpin Pembangkang Gabra


Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly akan didakwa hari ini di mahkamah mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.

Sudah trending di "timeline Facebook" dan Twitter, semua bercakap soal skandal rasuah Adam Rosly ini. Penggiat media sosial gunakan hashtag #DiaMemangFemes merujuk pada Adam Rosly dan #PKRpartiKuatRasuah untuk menceritakan kes kes rasuah Ketua Pemuda PKR Ampang itu.

Sedang semua orang bercakap soal Adam Rosly yang popular kerana isu rasuah, para pemimpin Pakatan Harapan (PH) nampaknya terus diam membisu. Mungkin gabra agaknya, takut mereka dibabitkan sekali dengan Adam Rosly.

Paling gabra nampaknya adalah Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Azmin Ali ketika ini sedang membuat perancangan untuk ke Jakarta, Indonesia sekali lagi. Dua kali dah Azmin berulang alik ke seberang sejak Adam Rosly ditahan ini.

Di laman Twitternya, Azmin mengatakan mahu ke ibu negara Indonesia itu tetapi mahu menunggu kedatangan Gabenor baru Jakarta, Sandiaga S. Uno datang melawat Selangor terlebih dahulu.

Dalam kes Adam, nama Mohamed Azmin paling banyak dikaitkan kemungkinan terlibat dalam beberapa kes rasuah dalam negeri Selangor seperti yang pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.

Azmin belum lagi menafikan semua tuduhan Rafizi ini. Benarkah Azmin benar terlibat? Ini kerana Adam Rosly dikaitkan menerima kekayaan luar biasa yang dikatakan berpunca daripada projek projek yang ada di Selangor.

Di Penang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula terus menyepi dan berdiam diri dari memberikan pendapat beliau dalam kes Adam Rosly ini. Guan Eng juga menanti sahaja masanya tiba untuk memakai baju lokap SPRM yang berwarna oren seperti yang dipakai Adam.

Tiba tiba pula Guan Eng bercerita berkaitan penemuan artifak dinosaur di Penang. Tulang dinosour di seberang nampak, dinosour dalam DAP selama 51 tahun siapa pun tidak nampak. "Divert" perhatian orang supaya jangan bercakap hal rasuah.

Guan Eng tidak pertahan pun Adam Rosly ini. Mungkin Guan Eng enggan masuk campur kerana dirinya sendiri pun ada kes rasuah. Kroni Guan Eng juga sudah ditahan bab rasuah. PKR pun tidak pertahankan kroni Guan Eng bila kena tahan rasuah baru baru ini.

Masing masing jaga punggung dan kedudukan masing masing. Namun sifat gabra Guan Eng dan Azmin itu tidak boleh disembunyikan daripada rakyat.

Seorang lagi yang gabra adalah Zuraida, atau lebih dikenali sebagai "Mak Lampir". Satu ketika, anggap Adam macam anak sendiri. Satu ketika, lantik Adam sebagai pegawai khasnya. Goreng koeteouw bersama sama di pasar malam. Bila Adam kena, terus mengaku tidak kenal Adam.

Selepas ditahan, Zuraidah berkata Adam bukan orangnya dan padahal sebelum ini ke mana mana pun berdua sahaja. "Mak Lampir" sudah gabra.

"Dia bukan pegawai khas saya dan juga tidak pernah dilantik menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor," kata Zuraidah.

Nampak gelabah benar kerana sebaik ditahan, terus Zuraida 'cuci tangan' dan menjauhkan diri dari Adam.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyita banglo bernilai RM1.2 juta milk Adam di Ampang yang dibeli dengan wang tunai.

Persoalannya, jika dokumen dan transaksi yang diberikan oleh Adam adalah palsu. Kemudian, kereta kereta yang dimiliki Adam pun milik orang lain. Wang siapa sebenarnya yang digunakan Adam Rosly untuk beli banglo secara "cash"? Wang siapa yang diguna untuk beli deretan kereta kereta mewah?

Siapa pemilik sebenar wang ini? Tentulah pemilik sebenar wang ini gabra. Adam Rosly mungkin masuk ke dalam lokap. Pemilik wang sebenar masih ada di luar. Apakah Adam Rosly akan biar sahaja pemilik sebenar wang ini bebas?

Sudah tentu tidak. Penahanan Adam akan membawa kepada penangkapan yang lebih besar lagi. Siapa lagi yang akan kena? Gabralah orang itu sekarang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB395, Jumaat
21 April 2017

Video: TIGA PENJELAJAH KUTUB UTARA KELAB EKSPLORASI 7 BENUA (KE7B) BERJAYA TAMATKAN EKSPEDISI LEBIH AWAL



Tiga Penjelajah Negara yang melaksanakan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017, berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Utara jam 5.06 minit petang semalam waktu Kutub Utara atau jam 11.06 minit malam tadi waktu Malaysia.




Menurut Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, kejayaan menamatkan misi ekspedisi itu dimaklumkan oleh Ketua Penjelajah, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin menerusi panggilan telefon satelit malam tadi.



Dua lagi penjelajah yang bersama Qobin ialah atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana negara kita sekali lagi mencatat sejarah dengan kejayaan Qobin, Shahrom dan Irwan yang berjaya bukan sahaja memahatkan nama mereka sebagai Penjelajah Kutub Utara malah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, kerana mereka bertiga membawa nama negara dan berski di Kutub Utara bersama-sama dengan beberapa orang lagi Penjelajah dari negara lain iaitu dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada", kata Datuk Akmar Hisham dalam satu kenyataan kepada media hari ini.



Berdasarkan perancangan, Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 akan membabitkan penjelajahan berski dengan menarik beban kereta luncur salji (sledge) sejauh 111 kilometer yang memakan masa selama 11 hari bermula dari Stesen Barneo ke Titik 90 Darjah Kutub Utara.

Bagaimanapun, ketiga-tiga Penjelajah Negara itu berjaya menamatkan misi mereka  dalam tempoh enam hari sahaja iaitu 5 hari lebih awal dari jadual.

Lebih manis lagi jelas Datuk Akmar Hisham, kejayaan menamatkan penjelajahan hari ini juga merupakan hadiah cukup bermakna kepada Qobin kerana beliau menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35  pada tarikh 20 April 2017.

Tambahnya, beliau dimaklumkan oleh Qobin yang juga Presiden KE7B, bahawa baki tiga kilometer terakhir menuju ke titik 90 darjah, penjelajahan mereka disifatkan paling mencabar kerana terpaksa berdepan dengan rekahan ais yang lebar dan menyebabkan mereka berusaha keras untuk menyeberangi rekahan tersebut.

Selain itu tambah beliau, penjelajahan mereka pada hari ketiga diganggu oleh seekor beruang kutub yang menghampiri khemah salah satu kumpulan lain dan menyebabkan mereka terpaksa berjaga setiap masa.

Qobin juga menceritakan detik cemas berkenaan halangan-halangan yang mereka tempuhi.

Antaranya terlalu banyak bongkah-bongkah ais yang pecah dan memaksa mereka berulang kali mengangkat sledge dan berdepan risiko terjatuh ke dalam air laut ais kerana ketebalan ais hanya antara 3 hingga 4 meter.

Perjalanan mereka juga menjadi lambat berikutan kawasan laluan mereka mula mencair sehingga menyebabkan ada antara bahagian ais terpisah oleh air laut sehingga 30 meter jaraknya.

Disebabkan itu mereka perlu mencari laluan alternatif sejauh kira-kira 8 batu untuk mengelakkan laut yang mula mencair untuk sampai ke garisan penamat.

Sebaik menamatkan penjelajahan itu, semua penjelajah diterbangkan dengan helikopter dari titik 90 Darjah Kutub Utara ke Stesen Barneo yang mengambil masa penerbangan selama kira-kira 35 minit.

"Saya juga dimaklumkan oleh Qobin yang mereka juga perlu segera keluar dari Stesen Barneo dengan penerbangan khas ke Longyearbyen, Norway memandangkan landasan terbang ais di stesen tersebut sudah mula retak dan cair".

Kumpulan Penjelajah Negara itu sebelum ini berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April lepas sebelum berpangkalan di Longyearbyen, Svalbard, Norway selama seminggu bersama pasukan sokongan yang diketuai oleh Datuk Akmar Hisham dan turut disertai beberapa wakil media dari TV3 dan NSTP.




Ketiga-tiga mereka kemudiannya memulakan misi penjelajahan berski dari Stesen Barneo di Kutub Utara ke Titik 90 Darjah itu pada 14 April lalu.

"Apa yang lebih penting ialah ketiga-tiga penjelajah selamat dan berada dalam keadaan sihat sepenuhnya sepanjang misi penjelajahan tersebut walaupun berdepan dengan cabaran cuaca sejuk yang ekstrim sehingga mencecah negatif 40 darjah selsius", tegas Datuk Akmar lagi.

Sepanjang ekspedisi itu, mereka berski sambil menarik kereta luncur salji yang mengandungi barang-barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 50 kilogram.

Titik 90 Darjah Kutub Utara merupakan titik paling utara di bumi. Ia terletak pada latitud 90 darjah utara dan semua garisan longitud bertemu pada titik itu dan pada kedudukan itu, setiap arah seseorang itu menghadap adalah selatan.

Ekspedisi ke Kutub Utara itu merupakan aktiviti ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B Tujuh Puncak Tujuh Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi KE7B Merentas Greenland 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016.

13 Apr 2017

Perlantikan Ketua Pakatan Harapan Belum Selesai, Hal Hishamuddin Pula Mereka Sibuk


Malaysia adalah negara yang “highly political”. Apa sahaja tindakan dan keputusan yang diambil akan adalah nanti ulasan politik muncul.

Kes orang hilang dan kes kemalangan jalanraya pun dikatakan ada kaitan dengan politik biarpun jelas ianya kes yang berbeza. Apa sahaja benda hendak dipolitikkan. Ini tanda pembangkang sudah kering isu. Terlalu kering dan habis modal.

Lawatan Raja Salman lenyapkan isu RM2.6 billion. Bila BR1M diagih pada bulan Mac, GST sudah berusia dua tahun pada April lepas dan hutang 1MDB diselesaikan terus. Apa lagi ruang isu yang ada pada pembangkang?

Malah dalam soal RUU355, mereka bercakaran sesama sendiri. PKR buat pusingan U TURN sokong RUU355. Ini satu tamparan hebat buat DAP.

Orang politik Malaysia tidak seperti di negara lain. Sebaik sahaja habis pilihanraya Presiden , rakyat Amerika “go about” rutin harian mereka seperti biasa. Di United Kingdom, mereka yang menyesal undi Brexit pun tidak meracau memarahi kerajaan yang ada. Biarpun ada yang kesal mengundi Brexit.

Hanya pembangkang di Malaysia yang pelik. Sanggup rosakkan ekonomi negara demi tujuan politik.

Di Malaysia kerana ada parti seperti DAP yang mana kepimpinan mereka ghairah beragenda melampaui batas, maka penyokong mereka terikut ikut mempolitikkan segala perkara yang ada.

Terkini, bila terlalu kering isu, perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussin sebagai Menteri Tugas Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri pun dijadikan bahan politik oleh pihak pembangkang

Pihak pembangkang telah dengan segera mentafsirkan ia seolah olah satu tindakan Datuk Seri Najib untuk mempersiapkan Hishammuddin sebagai menggantinya.

Malah salah seorang dari mereka menyatakan Datuk Seri Zahid Hamidi perlu risau akan perlantikan itu. Ini semua cerita mengarut pembangkang.

Salah seorang dari mereka pula menafsirkan  Hishammuddin bakal memintas Datuk Seri Zahid Hamidi dalam hirarki UMNO.

Inilah dia pembangkang, kerana malas berbakti kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan mereka, lalu mereka sibukkan diri dengan isu isu sebegini untuk tunjuk kewujudan mereka.

Tambah lagi , kerajaan Barisan Nasional amat efektif dalam kerja membela rakyat lalu mereka hanya perlu goyang kaki sahaja.

Sebenarnya, perlantikan ini adalah amalan biasa yang pernah terjadi di zaman Tun Razak, Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan kini kerajaan Datuk Seri Najib.

Individu individu seperti "King Ghaz", Tun Daim, Effendi Norwawi dan beberapa orang lain juga pernah dilantik ke jawatan tersebut. Ia amalan biasa.

Dari segi operasi, jika Hishammuddin membantu Datuk Seri Najib dalam urusan khas yang bukan berkaitan Pertahanan , maka kos menjalankan tugas itu tidak boleh dibayar oleh Kementerian Pertahanan. Maka sebab itu perlukan satu perjawatan baru untuk tujuan tersebut di JPM.

Maka dengan perlantikan kepada portfolio ini secara rasmi, apabila Hishammuddin menjalankan kerja mewakili Perdana Menteri dalam urusan negara ia boleh diletakkan dalam peruntukan khas untuk portfolio ini dan bukan Kementerian Pertahanan.

Apa yang menarik dalam isu perlantikan Hishammuddin ini adalah tabiat ahli pembangkang yang terlebih sudu dari kuah.

Dalam mereka sentiasa sibuk jaga tepi kain orang dengan hal kepimpinan Barisan Nasional, mereka terlupa  bahawa kain yang mereka sendiri pakai terkoyak besar.

Pakatan Harapan masih belum ada Ketua dan Timbalan Ketua sebenarnya. Yang ada sekarang adalah dua penasihat sahaja. Siapa orang No. 1 dan No. 2 dalam Pakatan Harapan?

Kenapa susah sangat hendak lantik dan pilih? Calon Perdana Menteri pun mereka masih belum gagal berikan satu nama. Sebab itulah disebutkan bahawa organisasi PH ini adalah antara yang paling pelik di dunia.

DAP yang memegang kerusi terbanyak enggan meletakkan nama Lim Kit Siang sebagai pemimpin nombor satu pembangkang kerana tidak mahu penggundi Melayu melihat DAP menguasai pembangkang.

Mahathir pula dilantik hanya sebagai maskot sahaja dalam PH, bukan ketua pun. Sebenarnya "unofficial boss" dalam PH adalah DAP. Semua keputusan tanpa DAP adalah tidak sah.

Apa pula status Ezam dan Khairuddin dengan parti PBR dalam PH? Apakah Khairuddin itu adalah Menteri Tugas Tugas Khas bagi pihak Mahathir dalam PH?

Organisasi dalam PH pun berterabur dan berselerak. Ada hati mereka hendak kacau hal rumah tangga orang lain.

Maka elok sangatlah Pakatan Harapan selesaikan dahulu masalah kepimpinan mereka. Kain sendiri terkoyak tidak nampak, sibuk hendak jaga tepi kain orang lain.

Tulisan :
Beruang Biru
BB382, Khamis
13 April 2017