Bujang Senang

Bujang Senang

3 Okt 2017

Berbaloikah Pengorbanan Syed Saddiq Untuk Politik Bodoh PPBM?

Berdrama lagi dalam PPBM. Lepas Ainina panggil mereka yang masih tinggal dalam PPBM sebagai lanun, keldai, anjing, lembu kali ini Ketua Armadanya pula, Syed Saddiq buat drama air mata.

Nampak macam skrip sinetron airmata dan tuduhan mengarut Syed Saddiq itu sudah dikarang awal lagi. Penipuan yang sistematik untuk tarik simpati semata mata.

Kata Syed Saddiq, dia rela melepaskan tawaran dari Universiti Oxford demi perjuangannya bersama 'Mr Tak Tahu' dalam PPBM.

Soalnya, berbaloikah pengorbanan Syed Saddiq untuk politik bodoh dan penuh kebencian dalam parti itu?

Tatkala berpusu-pusu para pengasas parti PPBM keluar kerana tidak mahu menjadi anjing, keldai dan lembu seperti yang dikata Anina Saadudin. Syed Saddiq pula masih hendak duduk dalam PPBM.

Syed Saddiq sudah kantoi menipu. Lihat dengan jelas surat tawaran yang Syed Saddiq dapat dari Oxford itu. Surat dari Oxford itu sudah lama.

Sudah 6 bulan lepas lagi Syed Saddiq terima surat itu. 15 Jun 2017 tarikh surat dari Oxford itu. Habis itu kenapa pada 2 Oktober baru hendak buat sidang media?

Buat sidang media pula tuduh UMNO yang kononnya salah dan punca dia tidak boleh belajar ke Oxford. Syed Saddiq tidak payahlah reka cerita pasal RM5 juta dan sebagainya.

Diri sendiri yang salah, kenapa hendak menipu dan kata orang lain yang salah. Inilah penipuan terbesar Syed Saddiq dalam sidang medianya semalam.

Bukan Oxford yang dicari, sebenarnya Syed Saddiq kejar bertanding di kerusi parlimen atau DUN pada PRU14 nanti.

Syed Saddiq pilih duduk dalam kapal yang hendak karam berbanding saranan Rasulullah SAW mengenai mencari ilmu.

"Mencari ilmu itu adalah wajib bagi muslim lelaki dan perempuan" (Hadis Riwayat Ibnu Abdil Barr).

Ini bukan kali pertama Syed Saddiq buat cerita lawak dan tipu ini.

Kira-kira hampir setahun lepas iaitu pada 4 Oktober 2016, Syed Saddiq berkata dia akan umumkan jumlah keahlian parti PPBM pada 11 Oktober.

Sampai sekarang, sudah Oktober 2017, mana dia pengumuman Syed Saddiq mengenai ahli PPBM?

Belajar ke Oxford pun gagal, urus parti sendiri pun gagal juga.

Ada tiga orang exco dalam Armada PPBM tidak bersetuju dan mendesak Syed Saddiq supaya meletakkan jawatan. Sampai ke hari ini, Syed Saddiq tidak berani buat apa apa pun dengan mereka.

Tiga exco Armada tersebut adalah Muhammad Hafiz Azhar, Mohamad Taufik Abbas serta Abd. Wahazir Abd. Wahab. Banyak isu yang dibangkitkan mereka bertiga ini terhadap PPBM. Satu pun Syed Saddiq tidak berani jawab.

Bukan sahaja dalam Armada, Syed Saddiq juga punca ramai pengasas PPBM keluar parti. Mahathir anggap yang keluar parti itu sampah sahaja tetapi Syed Saddiq dianggap sebagai anak emas oleh Daim dan Mahathir.

Apalah sangat nilai RM400,000 biasiswa Oxford dan jadi pensyarah sambilan di UIA? Kalau sudah anak emas, minta sahajalah kroni kroni Mahathir dan Daim biayai Syed Saddiq.

Bercinta pun dengan anak Menteri Besar Selangor. Jadi buat apa hendak berlakon menangis depan sidang media ? Minta sahajalah biasiswa dengan Daim, Mahathir dan Azmin.

Hamidah Osman katanya hendak saman Syed Saddiq kerana tuduhnya keluar parti kerana dedak. Eloklah disaman, Syed Saddiq penipu ini.

Syed Saddiq kena jawab dulu pendedahan exco Armadanya sendiri tentang wang RM5 juta yang dibayar oleh Daim dan Mahathir kepada media asing dan Yayasan Clinton untuk memburukkan Malaysia.

Jawab tuduhan ini dulu sebelum hendak reka skrip RM5 juta yang lain. Cara Syed Saddiq cakap dalam sidang media semalam pun kita sudah tahu dia bercakap benar atau pun tidak.

Usahlah hendak menipu rakyat Malaysia dengan cerita fiksyen dan rekaan. Buka mulut sahaja, orang sudah tahu Syed Saddiq hendak berbohong semalam.

#SyedPenipu

Tulisan :
Beruang Biru
BB597, Selasa
3 Oktober 2017

0 komentar: