Kalau pembangkang yang perintah, bukan sahaja penjawat awam akan kena buang, tetapi projek projek besar seperi ECRL, East Coast Rail Link dan HSR, High Speed Rail pun akan dibatalkan.
Kadir Jassin baru baru ini sudah ulas dalam Malaysiakini kata projek ECRL adalah sebahagian daripada penjajahan negara China ke atas Malaysia. Hishamuddin Rais pun sama, mahu projek projek ini dibatalkan dengan alasan kononnya Malaysia kena gadai pada negara komunis merah.
"Kita mungkin perlu batalkan beberapa projek. Kita mungkin terpaksa bayar sejumlah pampasan, tetapi itu lebih baik daripada menanggung hutang berterusan. Kereta api laju tidak diperlukan” kata Mahathir dalam satu forum pada 25 Ogos 2017.
ECRL, Laluan Kereta Api Pantai Timur bernilai RM55 bilion dan HSR, Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura bernilai RM60 bilion. Jumlah kedua dua projek ini bernilai RM115 billion.
Mahathir kata dua projek ini membazir. Dulu yang hilang begitu sahaja duit RM32 billion tidak pula dikata membazir? Itu satu kes, yang dikatakan hilang sampai RM100 billion itu lesap begitu sahaja.
Apa pun tidak nampak. Hidung Mahathir sahaja yang nampak. Kerugian sampai RM100 billion ini lebih membazir duit rakyat. Mahathir sampai hari ini tidak menjawab sepatah pun tentang skandal skandal besar di zamannya ini.
Kalau tambah lagi RM15 billion, sudah lama ECRL dan HSR ini boleh siap jika RM100 billion ini tidak hilang dan lesap.
Dua hari lepas, Datuk Seri Najib lancarkan tujuh Konsep Reka Bentuk HSR yang akan beroperasi pada 2026. Rekabentuk tujuh stesen ini adalah amat cantik, penuh dengan seni dan budaya Malaysia.
Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura yang sejauh 350 kilometer hanya 90 minit sahaja dengan HSR. Projek ini mencipta 30,000 peluang pekerjaan.
ECRL pula yang sejauh 688km dari Gombak ke Tumpat hanya mengambil masa 4 jam setengah. Mencipta 45,000 peluang pekerjaan.
Dua projek ini mencipta 75,000 peluang pekerjaan. Membazir lagi kah kalau dua projek ini memberi sampai 75,000 peluang kerja kepada rakyat?
Itu belum lagi dikira impak ekonomi yang lain. Dua projek ini tidak membazir. Jika HSR dan ECRL ini dihapuskan, ramai anak anak muda Malaysia akan hilang peluang kerja.
MRT pun dulu pembangkang hendak mansuh dan gunakan duit itu kononnya untuk subsidi harga minyak. Namun lihatlah hari ini, siapa yang "terhegeh hegeh" naik MRT?
Mahathir kata "keretapi api laju tidak diperlukan"? Sekarang Mahathir sanggup batal apa sahaja projek biarpun ianya bermanfaat untuk rakyat.
Mahathir sanggup buat begitu demi DAP.
Sabotaj ekonomi negara pun tidak mengapa, kerana DAP yang diperlukan Mahathir untuk merampas kuasa.
Tulisan :
Beruang Biru
BB622, Khamis
19 Oktober 2017.
0 komentar:
Catat Ulasan