Laporan Bank Negara Malaysia pada 17 November 2017 menyatakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK Malaysia adalah pada kadar 6.2% pada suku ketiga tahun 2017.
Pencapaian 6.2% ini menjadikan Malaysia antara negara yang merekodkan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di dunia pada tahun ini. Bermaksud dasar dan perancangan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan BN pusat sekarang ini berada di landasan yang betul.
Semasa pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada bulan lepas, Datuk Seri Najib ada menyindir pembangkang yang selalu sangat menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dan bankrup. Pembangkang di Malaysia ini seronok sangat hendak lihat negara ini jadi bankrup dan gagal.
Datuk Seri Najib sebut rizab negara sekarang lebih USD$100 billion, Jika hendak dibandingkan dengan hanya USD$21 billion pada tahun 1997. Dengan jumlah rizab USD$21 billion pun Malaysia tidak bankrap, apatah lagi dengan jumlah rizab yang ada pada masa sekarang ini. “Sekarang hendak kata bankrup?” kata Datuk Seri Najib.
Itu belum lagi dikira yang hilang RM32 billion. Kemudian Datuk Seri Najib sebut “senyap je pembangkang?”. Lagilah senyap pembangkang bila melihat laporan terbaru mengenai statistik ekonomi negara yang dikeluarkan oleh Bank Negara ini. Apa yang mereka jaja selama ini bahawa Malaysia hendak gagal dan bankrup sudah terbukti hanya dakyah palsu semata mata.
Sampai data Bank Dunia pun mereka sanggup selewengkan semata mata hendak menuduh Malaysia negara yang hendak bankrup. Negara hendak bankrup apa kalau penuh orang beratur menyerbu IKEA baru yang dibuka di Tebrau?. Apakah tanda tanda negara ini hendak bankrup bila jualan kereta baru MyVi yang baru mendapat 6,000 tempahan dalam masa seminggu.
Apakah ini tanda rakyat negara ini tiada duit dan ikat perut bila rakyat Malaysia berbelanja RM100 juta membeli belah di Lazada pada 11 November 2017. Rakyat Malaysia menderita sangat kerana naik minyak 7 Sen tetapi 10 juta barang di Lazada ditinjau setiap minit oleh rakyat Malaysia.
Ada 1,400 transaksi jual beli setiap minit di Lazada dan antara barang yang dibeli adalah TV bernilai RM13,499. Ini tanda tanda rakyat Malaysia susah? Rakyat Malaysia sanggup bertumbuk bila beratur hendak membeli kasut Adidas NMD Hu Trail Pharrel Williams berharga RM900 sepasang. Bukan bertumbuk berebut makanan tetapi bertumbuk hendak beli kasut mahal. Ini yang berlaku di Malaysia.
Semua tanda tanda ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukanlah seperti yang digambarkan oleh pembangkang. Negara paling murah minyaknya di dunia iaitu Venezuela, pertumbuhan ekonominya adalah (-12%).
Pertumbuhan ekonominya adalah negatif dan berada dalam kedudukan yang paling bawah dalam pertumbuhan ekonomi dunia.
Buat apa berbangga dengan kedudukan nombor satu minyak paling murah di dunia jika pertumbuhan ekonomi negara adalah pada kadar negatif dan paling rendah sekali di dunia.
Menurut data Bank Dunia, kadar pertumbuhan ekonomi 6.2% yang dicapai Malaysia adalah lebih baik berbanding Singapura negara jiran hanya mencatat 2.5%. Lebih baik dari Thailand 3.7%, Jerman 2.1%, Russia 1.8%, Perancis 1.6%, Jepun 1.5%, United Kingdom 1.7% dan Turki 5.1%.
“Angka 6.2 peratus itu menunjukkan satu perkembangan yang sihat. Walaupun dunia amnya menghadapi masalah peningkatan harga barang dan sebagainya, hubungan yang jitu antara ketiga-tiga faktor ini menjadikan Malaysia antara negara yang merekodkan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di dunia pada tahun ini” kata Prof. Dr. Zulkornain Yusop, Presiden Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bloomberg dalam satu artikelnya bertajuk “Malaysian Economy Expands at Fastest Pace in More Than 3 Years” pada 17 November 2017 turut menyatakan Malaysia adalah satu tempat terbaik untuk ekonomi di Asia Tenggara pada tahun 2017.
Bloomberg juga turut memujji pemotongan cukai dan pembayaran bonus yang diumum oleh Datuk Seri Najib dalam Bajet 2018 akan meransang perbelanjaan pengguna pada tahun 2018.
Ini bukan kali pertama cara pengurusan ekonomi Malaysia dipuji dan dijadikan contoh oleh orang luar, malah kaedah BR1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib turut dipuji oleh 35 orang pakar ekonomi di United Kingdom. Mereka ini pakar ekonomi sebenar bukannya pakar ekonomi “mee segera’ yang tumbuh bagaikan cendawan di Facebook pada hari ini.
Sudah terbukti, Malaysia yang diterajui oleh kerajaan BN pusat tidak gagal ekonominya, yang gagal adalah parti politik yang sering menuduh negara ini hendak gagal dan bankrup. Parti PPBM sekarang ini sebenarnya yang gagal dan tidak berada di landasan yang betul.
Bukan main lagi jaja cerita ada 6 juta orang hendak daftar jadi ahlinya masa awal hendak tubuh parti dahulu. Bukan main lagi cerita ada 1.2 juta tandatangan hendak "Selamatkan Malaysia". Mana pergi semua itu?
Realitinya hari ini, mesyuarat cawangan pun tidak boleh. Hanya 12 orang sahaja hadir mesyuarat di peringkat pusat. Ini sebenarnya tanda kegagalan. Parti bunga sebenarnya yang gagal.
Tulisan :
Beruang Biru
BB666, Isnin
20 November 2017
0 komentar:
Catat Ulasan