Anda memakai bendera kami sebagai pakaian dalam dan separuh bogel untuk menunjukkannya - menyinggung perasaan warga tempatan.
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 6 Oktober 2016.
https://www.facebook.com/lim.siansee
"JOM TERJAH INFO TERKINI"
Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.
Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .
Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...
Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah
Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan
Semalam, kira-kira 1.8 juta penduduk di empat daerah di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang terpaksa berdepan sekali lagi dengan gangguan bekalan air.
Semuanya gara-gara penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih untuk kali keempat.
Puncanya adalah akibat pencemaran bau yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Batu 22 1/4, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.
Persoalan di sini ialah, sampai bila masalah pencemaran ini akan berlaku?
Penduduk tidak mahu tahu bagaimana ia akan diatasi tetapi mereka mahu melihat masalah itu selesai dan apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasinya.
Jika ia disebabkan oleh pencemaran, tidak adakah pihak berkuasa negeri yang menjalankan pemantauan terhadap syarikat-syarikat tersebut atau kilang-kilang haram yang beroperasi di Selangor?
Kenapa begitu kerap loji air ditutup? Itu persoalan penduduk yang sudah bengang dengan keadaan ini yang tertanya-tanya di mana tanggungjawab kerajaan negeri dalam isu air ini?
Apa yang pasti ia mencerminkan kegagalan urus tadbir sumber alam oleh kerajaan negeri Selangor.
Hakikatnya jutaan penduduk tidak peduli dengan isu sabotaj hingga mengakibatkan pencemaran, malah mereka juga tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi. Mereka mahu penyelesaian segera kerana air adalah keperluan asas dan utama rakyat.
Jangankan urusan harian, pesakit di hospital juga terjejas akibat ketiadaan air. Bayangkan bomba Selangor terpaksa menggunakan lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke Hospital Serdang (HS) yang terputus bekalan air.
Tidak dapat digambarkan bagaimana sukarnya keadaan pesakit dan kakitangan hospital dalam berdepan dengan isu ini.
Anak anak kecil di sekolah terpaksa membawa air ke sekolah, seorang 5 liter untuk menukar pampers dan mandi. Semua kedai diserbu untuk membeli air mineral botol besar.
Satu botol besar 2 liter harga air adalah RM2.50, yang 5 liter lagi tinggi harganya. Tidak mengapa, rumah Azmin tidak mengalami gangguan air.
Ketika zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dulu, bukannya tiada isu mengenai gangguan bekalan air tetapi ia biasanya berlaku pada musim kemarau yang menyaksikan empangan kering.
Tetapi pada zaman Datuk Seri Azmin Ali ini, kerap pula krisis air berlaku. Kalau dilihat kepada laporan media, rizab tunai kerajaan negeri Selangor berjumlah RM4 bilion, jadi kenapa ia tidak digunakan bagi mengatasi krisis air ini.
Sebelum ini, setiap kali berlaku krisis air, Azmin akan menuding jari kepada kerajaan pusat berhubung kelewatan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) disiapkan padahal projek berkenaan telah lama dicadangkan dan ia sepatutnya dimulakan pada 2010 dan siap pada 2014.
Untuk rekod, projek itu tertangguh selepas 2008 akibat keengganan kerajaan negeri mengeluarkan perintah pembangunan'
Azmin juga telah menyalahkan Khalid Ibrahim atas kelewatan projek Langat 2 kerana didakwa bertanggungjawab dalam penjualan tanah bagi membangunkan kemudahan enap cemar kepada pihak ketiga.
Mana perginya slogan ‘Peduli Rakyat’ yang sering dilaung-laungkan Azmin Ali? Sering kali apabila berlaku krisis air, jarang beliau dan exco-exconya turun padang untuk melihat krisis air yang berlaku ini.
Ada sesiapa nampak gambar Azmin tengah pandu lori air? Jika ada tolong beritahu.
Tulisan :
Beruang Biru
BB72, Rabu
5 Oktober 2016
A Kadir Jasin sangat marah bahawa tanah yang digunakan oleh Vincent Tan dalam pajakan yang diberikan sejak zaman Mahathir telah diambil balik oleh DBKL dan dijual semula kepada orang lain.
Beliau sebenarnya telah menulis satu artikel mengenai kes ini yang mana beliau juga cuba untuk putar belit untuk mempertahankan DAP.
Ahad, 2 Oktober 2016
"Saya tergerak menulis rencana ini setelah membaca berita akhbar The Star milik Cina MCA pada 30 September mengenai penutupan Desa Water Park di Taman Desa, Jalan Klang Lama, mulai 1 Oktober. Kalau berminat boleh baca di sini.
Inti patinya, taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong. Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.
Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun 2011. Satu nama yang sangat tepat kerana tanah Desa Water Park itu sangat bernilai - macam emas – dan sesiapa yang dapat tentu jadi kaya.
Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu."
Pada asasnya, apa yang Pak Kadir katakan ialah:
"Tanah yang diambil dari seorang Cina yang diberikan sewa murah oleh Mahathir telah dijual kepada pembida tertinggi (yang kebetulan seorang Cina) dalam tender oleh DBKL dan ini dianggap anti-Melayu".
Tambahan lagi, ia dijual oleh DBKL dengan syarat bahawa pemaju bersetuju untuk membina rumah mampu milik di tapak tu.
Mengapa Pak Kadir tidak meroyan walau sekali pun dalam tempoh 16 tahun lalu apabila Vincent Tan telah menggunakan tanah itu dan tidak sekali pun yang anda katakan mengapa tidak diberikan kepada Melayu dan bukannya Vincent Tan?
Mungkin A Kadir Jasin tidak sedar tetapi saya rasa semua orang di Malaysia tahu tentang hubungan yang sangat rapat antara bosnya Mahathir dan Vincent Tan.
Siapa yang Mahathir, satu bulan sebelum bersara, secara langsung memberi lesen pertaruhan sukan eksklusif selama 20 tahun tanpa tender dan tanpa memaklumkan kabinet untuk hanya RM25 juta tetapi kemudian orang itu berpaling dan menjual lesen yang sama untuk harga RM760 juta hanya 3 tahun kemudian? Vincent Tan. http://buletinsengal.blogspot.my/2016/01/rm25-juta-berbanding-rm760-juta.html
Siapakah orang yang menjual kumpulan Hospital Pantai kepada anak Mahathir? Vincent Tan.
Siapa yang mengadakan sambutan ulang mega yang menelan belanja berjuta-juta ringgit untuk parti hari jadi 90 tahun Mahathir? Vincent Tan.
Siapa yang terus membiarkan Mahathir menggunakan jet peribadinya? Vincent Tan.
Saya faham bahawa A Kadir mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Mahathir (dan juga kroni beliau), tetapi artikel anda adalah terlalu ‘obvious’.
Apa-apa pun, Pak Kadir ... adakah anda tahu berapa banyak sewa tahunan yang dibayar kepada DBKL oleh Vincent Tan untuk tanah taman air itu ketika ia diberikan semasa zaman Mahathir?
Adakah Vincent Tan mendapat tanah itu melalui tender terbuka juga seperti yang DBKL lakukan?
Pergi semak........
Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See
http://kadirjasin.blogspot.my/2016/10/mana-lebih-bahaya-cina-dap-atau-cina.html
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee
Sejak penganjuran kali pertama himpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2007, antara yang dituntut oleh NGO ini adalah memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana mereka menuntut sebuah kerajaan yang bersih daripada unsur rasuah.
Sejak dari itu, siri penganjuran demo haram BERSIH ini sentiasa memperjuangkan perkara yang sama selain daripada menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan.
Untuk rekod, BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah, R Sivarasa, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Nasharudin Mat Isa, Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin NGO pro pembangkang yang lain.
Bersih ialah gabungan beberapa NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dengan kerjasama semua parti politik pembangkang serta dibantu secara guamannya oleh Majlis Peguam.
Setelah beberapa siri demo haram BERSIH berlangsung termasuk tahun ini, agenda yang sama sentiasa diperjuangkan namun hakikatnya, keadaan dalaman parti-parti politik yang menyokong perjuangan BERSIH ini sendiri dalam keadaan cukup kotor dan dipenuhi isu rasuah.
Bayangkan, Lim Guan Eng yang secara terang-terangan sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa serta rasuah, masih kekal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan BERSIH seolah-olah enggan memperbesarkan isu berkenaan.
Mungkin bagi BERSIH, ianya adalah isu terpencil melibatkan kerajaan negeri berbanding dakwaan mereka yang mengatakan kerajaan pusat hari ini mengamalkan rasuah.
Menariknya, sehingga hari ini, tiada seorang pun pemimpin BERSIH dapat mengemukakan apa-apa bukti terhadap dakwaan berkenaan.
Berbanding Guan Eng, kesnya sudah secara terang disiasat serta didakwa di mahkamah, namun tiada sebarang tuntutan dari BERSIH untuk mendesak Guan Eng meletakkan jawatan.
Hal yang sama turut memaliti kepimpinan PKR di Selangor di mana Datuk Seri Azmin Ali hari ini diasak dari dalam dan luar parti dengan pelbagai dakwaan rasuah termasuk yang terbaharu, dakwaan rasuah yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli dan Chegu Bard berkaitan Paya Wetland dan DEIG.
Ini juga gagal di terjemahkan oleh BERSIH seolah-olah apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang menyokong BERSIH adalah suci.
Nyata sekali, BERSIH bukanlah sebersih yang disangka. Sebaliknya, perjuangan mereka yang mahu kerajaan bersih dari rasuah hanyalah sekadar retorik politik dan paling utama, BERSIH bukanlah anti rasuah seperti yang mereka perjuangkan.
Yang perlu dibersihkan adalah mereka yang menganjurkan himpunan haram itu. Mereka sebenarnya bukanlah bersih tetapi penuh kekotoran.
Tulisan :
Beruang Biru
BB69, Selasa
4 Oktober 2016
Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan beliau akan menyokong serta bekerjasama dengan Pakatan Harapan, ia sebenarnya secara tidak langsung telah menjahanamkan gabungan pembangkang.
Mungkin ia disedari atau tidak, tetapi hakikatnya perpecahan dalam pakatan sudah mulai dirasai.
Selain Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal turut menjadi penyumbang kepada bibit-bibit perpecahan tersebut.
Jika Mahathir dan dua M yang lain menjadi `perosak' kepada Pakatan Harapan di Semenanjung, Shafie Apdal pula menyumbang kepada keadaan tersebut di Sabah.
Buktinya, pemimpin kanan PKR dan DAP di Sabah telah mengumumkan keluar parti untuk menyertai parti politik baru yang ditubuhkan oleh Shafie.
Mereka ialah Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.
Selain pemimpin PKR, ADUN Likas daripada DAP, Junz Wong; Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh; Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew dan tujuh lagi Exco DAP Sabah turut meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Lajim.
Sepatutnya parti baru Shafie ini menarik anggota di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) tetapi keadaan menjadi terbalik apabila anggota yang ditarik adalah di kalangan sekutunya.
Begitu juga dengan Mahathir, semakin banyak beliau bercakap, semakin banyak kerosakan dan keburukan diri sendiri yang didedahkan olehnya.
Kononnya Deklarasi Rakyat akan menambahkan sokongan kepada pembangkang namun hakikatnya ia tidak menjadi.
Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar menjadi pemusnah kepadanya.
BN menang dengan bergaya, melampaui jangkaan Mahathir yang ketika itu turun berkempen di dua PRK tersebut tetapi gagal menarik pengundi untuk beralih kepada Pakatan Harapan.
Apa yang pasti sebelum Mahathir bekerjasama dengan Pakatan Harapan, tidak timbul soal lompat-melompat parti tetapi kini ia menjadi sebaliknya.
Mahathir telah berjabat tangan dengan Anwar di mahkamah bulan lepas dan dua minggu selepas itu, salah seorang wakil rakyat dari PKR telah mengumumkan untuk keluar parti dan menyertai Shafie.
Bukankah mereka sepatutnya menarik pemimpin UMNO untuk sertai parti baru mereka?
Tapi apa yang berlaku mereka pula yang mencuri ahli-ahli parti sekutu mereka. Bahasa mudah ialah Pakatan Harapan sudah `kena game' dengan Mahathir.
Sesungguhnya BN boleh berterima kasih kepada Mahathir kerana memudahkan usaha parti itu untuk memfokus serta memberikan tumpuan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas mengenai kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini.
``Lebih kerap Tun Mahathir turun (berkempen), (ia) lebih menguntungkan BN, saya harap beliau jangan berhenti turun (berkempen) lagi.''
Pada PRK itu, BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu meraih majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi pada pilihan raya umum 2013 di Kuala Kangsar dan memperoleh majoriti 9,191 undi di Sungai Besar berbanding majoriti 399 undi pada 2013.
Pembangkang semakin rosak menjelang PRU14, kini mereka berlumba lumba tubuh parti sendiri. Esok lusa mereka akan berebut kerusi pula sesama mereka. Akhirnya tidak ke mana juga, UMNO juga yang konsisten memperjuang nasib bangsa dan rakyat.
Tulisan :
Beruang Biru
BB70, Selasa
4 Oktober 2016
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menulis artikel dalam blognya yang bertajuk Propaganda pada 28 September 2016, anda dapat melihat bahawa beliau benar-benar sangat marah. Orang tua itu tidak dapat menahan kemarahan dan membidas dengan pantas.
Dalam artikel itu, Mahathir bercakap mengenai “Goebbels”, dan menggelar Salleh Said Keruak, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Rahman Dahlan, dan Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, ditambah juga dengan blogger ‘Big Dog’ (Zakir Mohamad) dan ‘Rocky Bru’ (Ahirudin Attan), sebagai ‘Goebbels’ kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak .
Mungkin Mahathir maksudkan perkara itu sebagai satu penghinaan. Walau bagaimanapun, untuk makluman, anda tidak boleh dipanggil Goebbels melainkan anda seorang yang sangat bijak (Joseph Goebbels adalah seorang Doktor Falsafah yang memperolehi gelaran itu dari Universiti Heidelberg, yang pada hari ini berada di kedudukan nombor satu di peringkat kebangsaan dan ke-46 di dunia.
Maksud saya, jika Mahathir memanggil saya “Goebbels”, maka saya akan membingkaikan kenyataan itu dan menggantungnya di dinding. Saya akan menganggap ia sebagai satu penghormatan besar. Malangnya, saya bukan salah seorang daripada blogger yang dinamakan bersama-sama dengan Rocky Bru dan Big Dog – atas sebab apa saya tidak tahu, kerana saya adalah blogger paling dibenci nombor satu di Malaysia, dan saya bangga dengan perkara itu.
Mahathir juga tidak menamakan ‘Goebbels’ sebenar dalam pasukan Najib, walaupun beliau menamakan empat yang lain. Orang ini adalah ketua Boffin Boys, yang Mahathir kenal secara peribadi dan tahu bahawa beliau adalah ketua serang balas propaganda Najib. Ya, orang ini yang Mahathir tidak akan menamakan telah berjaya mengatasi Mahathir dan membalas semua propaganda Mahathir dengan cara serang balas propaganda berkesan.
Dan serang balas propaganda orang ini bukanlah dalam keadaan yang janggal dan kekok. Kadang-kadang beliau melawan. Kadang-kadang beliau menangkis. Kadang-kadang beliau mengalihkan perhatian. Kadang-kadang beliau membalas balik. Kadang-kadang beliau berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa manakala Mahathir terus mara secara membuta tuli sehingga berdepan dengan sesuatu yang tidak beliau jangkakan.
Dan ini adalah bagaimana caranya memainkan strategi serang balas propaganda dengan baik. Bukan setiap tamparan pperlu dibalas dengan tamparan juga. Anda juga tidak sentiasa menghalang pukulan. Kadang-kadang anda tunduk untuk mengelak daripada terkena pukulan. Kadang-kadang anda bongkok ke belakang. Kadang-kadang anda membalas balik tendangan. Terdapat begitu banyak bentuk serang balas apabila anda diserang. Malah, kadangkala berundur daripada musuh anda juga adalah satu lagi bentuk tindakan balas.
Masalahnya adalah bahawa pasukan propaganda Mahathir adalah sekumpulan orang yang bodoh. Sebagai contoh, blogger bernama Syed Akbar Ali yang menulis sebagai OutSyed the Box dan gemar memanggil semua orang dungu. Hari ini beliau menerbitkan artikel bertajuk “The Bugis Is Becoming More Infamous – Here is The Diplomat”.
Artikel tersebut ditulis oleh Luke Hunt, seorang penulis pro-pembangkang. Beliau sama seperti Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report, John Berthelsen dari Asia Sentinel, dan banyak lagi. Ianya dikatakan bahawa pembangkang membiayai orang-orang ini (mereka juga membiayai wartawan Mat Salleh di AS, UK dan Australia) sepertimana Malaysiakini dibiayai untuk menyerang Najib dengan menggunakan isu 1MDB.
Pendek kata, tiada seorang pun daripada orang-orang ini merupakan wartawan dan penulis blog bebas, seperti yang mereka dakwakan. Semua dibiayai (dan ada juga yang disogok) untuk menulis cerita-cerita negatif tentang Najib. Tetapi, jika anda menulis apa-apa yang menentang Najib maka anda hanya pencari kebenaran, manakala jika anda menulis apa-apa menentang Pakatan Harapan atau Mahathir maka anda pemakan dedak (pemakan makanan ayam).
Satu perkara penting yang perlu dititik beratkan adalah satu isu iaitu 1MDB. Mereka berterusan mengitar semula cerita ini dan terus memberikan ia dari sudut yang baru dan berbeza seolah-olah ia adalah satu isu yang baru dan bukannya satu isu lama. Walau bagaimanapun, selain daripada 1MDB, mereka tidak ada apa-apa untuk diperkatakan.
Ini adalah cara bagaimana Mahathir bermain permainan propagandanya. Beliau masih bercakap mengenai 1MDB dari sudut yang berbeza setiap kali seolah-olah ia adalah satu cerita baru. Mahathir tahu yang beliau tidak boleh menjaringkan sebarang gol, maka beliau bertindak mengerakkan gawang gol.
Pada suatu ketika ia berkenaan RM42 bilion yang hilang. Kemudian ia berkenaan RM50 bilion dan mungkin lebih. Selepas itu ia berkenaan RM12 bilion. Kemudian RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib. Kemudian ia berubah kepada RM4 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi. Dan sebagainya.
Apabila anda bertanyakan soalan kepada Mahathir secara langsung dan meminta beliau untuk mengesahkan fakta-fakta, beliau akan mengelak dari menjawab secara langsung. Apabila anda bertanya kepadanya sama ada beliau benar-benar pasti mengenai ‘fakta-fakta’ berhubung perkara 1MDB, beliau menjawab bahawa itu adalah apa yang diadukan oleh ramai orang yang datang menemuinya. Apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bertanya kepadanya tentang ‘1.3 juta tandatangan’ dalam Deklarasi Rakyat, beliau menjawab bahawa itu adalah apa yang mereka telah berikan kepadanya.
Ia adalah sama seperti Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa apa yang beliau tahu tentang 1MDB adalah apa yang beliau baca dalam The Edge dan The Malaysian Insider, walaupun 1MDB telah dibincangkan semasa mesyuarat mingguan Kabinet, yang beliau sendiri hadiri, dan satu mesyuarat yang sebenarnya dipengerusikan oleh beliau sendiri di mana mereka membincangkan isu 1MDB.
Propaganda Mahathir sebenarnya sangat mudah. Beliau menimbulkan keraguan dan persoalan dan kemudian mengatakan bahawa Najib perlu bertindak balas dan membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan melainkan sehingga beliau berbuat demikian maka beliau dianggap bersalah berdasarkan semua syak wasangka dan tuduhan. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.
Jika anda menggunakan kembali hujah yang sama terhadap beliau, Mahathir akan menjawab bahawa tiada apa yang pernah terbukti, beliau tidak pernah ditahan dan didakwa, dan walaupun terdapat kerugian (Barry Wain menganggarkan kerugian ini sebanyak RM100 bilion – tidak termasuk RM100 bilion yang diletakkan di bawah pemegang amanah, proksi, calon-calon dan kroninya) ini hanyalah kerugian di bawah urusan perniagaan yang ‘biasa’.
Pada 10 Januari 2004, Lim Kit Siang berkata, “pekerjaan pertama Nor Mohamed adalah untuk mengeluarkan Kertas Putih untuk” menghalau hantu” RM30 bilion kerugian forex Bank Negara sedekad yang lalu untuk mewujudkan kesesuaiannya sebagai Menteri Kewangan Kedua – selain daripada profesionalisme, komitmen penuh kepada akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus demokrasi yang baik”.
Lim Kit Siang menulis artikel berkenaan kira-kira sepuluh tahun selepas pertama kali beliau bangkitkan perkara yang sama itu di Parlimen semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan – dimana ia tidak pernah dijawab dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu itu. Pada 12 Disember 2011, WTF Report sekali lagi membangkitkan perkara itu.
Pada tahun 2004, Anwar telah pun menyertai pembangkang, sudah tentu Lim Kit Siang tidak lagi mahu menyalahkan Anwar tentang kerugian RM30 bilion, yang mana nilainya pada masakini adalah bersamaan RM55 bilion. Tetapi beliau masih lagi mahu menyalahkan Mahathir berhubung kerugian tersebut. Hari ini, sejak Mahathir juga telah menyertai pembangkang, Lim Kit Siang menganggap isu tersebut telah ditutup dan tidak lagi mahu membicarakannya.
Tetapi Mahathir (atau Anwar) tidak pernah menjelaskan tindakan mereka yang menyebabkan kerugian RM55 bilion dalam nilai mata wang hari ini. Dan ini adalah hanya sebahagian daripadanya. Menurut Barry Wain, jumlah kerugian tersebut menghampiri jumlah RM200 bilion dalam nilai mata wang hari ini.
Sama ada ia adalah RM200 bilion dalam nilai mata wang hari ini atau hanya RM100 bilion ketika wang tersebut mula-mula ‘hilang’ bukannya suatu yang penting. Apa yang penting ialah bahawa Mahathir tidak pernah menjawab mana-mana dakwaan dan berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Dan yang lebih penting adalah fakta bahawa Lim Kit Siang, yang berterusan bersuara tanpa henti sejak 1983, kini tidak lagi berkata apa-apa kerana semua musuh-musuhnya kini menjadi rakan-rakannya dan itulah yang lebih penting daripada RM200-300 bilion wang pembayar cukai.
Jadi anda boleh lihat, pasukan propaganda Mahathir sebenarnya bukannya cerdik. Mereka semua tidak pernah mampu memberi jawapan kepada semua tuduhan tersebut. Dan kerana mereka tidak pernah menjawab semua dakwaan maka tuduhan tersebut masih teguh. Dan dengan menggunakan kayu pengukur serta standard Mahathir, oleh kerana Mahathir tidak pernah menjawab dakwaan itu, kita mesti menganggap bahawa Mahathir bersalah dan akan kekal bersalah sehingga dan melainkan jika beliau dapat membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Bila fakta yang berbangkit tidak dapat dinafikan, mereka bertindak dengan mencipta nama gelaran dan bukannya bertindak balas dengan menjelaskan. Makan dedak. ‘Rent-seeker’. Pengkhianat. Belot. Penjilat bontot. Melayu bodoh. Raja Putar. Senarai nama-nama yang dicipta bertujuan menghina orang-orang yang mereka tidak mampu untuk membuat tindak balas adalah sangat mengejutkan. Tetapi hanya itu sahajalah yang mereka mampu lakukan, memburuk-burukkan dan memanggil anda dengan nama gelaran. Dan percayakah anda bahawa itulah yang terbaik yang mampu mereka lakukan.
Pada dasarnya itu adalah strategi politik yang digunakan oleh pembangkang – mengamalkan politik kebencian . Dan itu adalah permainan yang sama yang Mahathir mainkan. Beliau cuba untuk memenangi anda dengan membuat anda membenci Umno, membenci Barisan Nasional, membenci Perdana Menteri, dan lain-lain. Malah mereka juga cuba untuk membuat anda membenci Malaysia, itulah sebabnya Mahathir pergi sehingga ke London untuk bercakap buruk tentang Malaysia. Jika anda boleh membenci Malaysia dan segala-galanya tentang Malaysia maka anda boleh mengundi pihak pembangkang.
Tetapi politik kebencian itu tidak berjaya dan Mahathir tahu tentang perkara ini. Pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikannya. Semakin kuat beliau menyerang Najib, Najib menjadi semakin kuat. Dan inilah perkara yang Mahathir seolah-olah tidak mampu untuk memahami. Dan beliau tidak boleh faham kerana beliau mempunyai sekelompok “budak bodoh” yang bekerja dengannya, berbanding dengan pasukan Najib yang mana Mahathir sendiri berat untuk memperakui bahawa mereka menyamai taraf “Goebbles”.
Mari analisa langkah Mahathir sejak dua tahun lalu sejak tahun 2014.
Boffin Boys Najib sebenarnya tahu sejak pertengahan tahun 2013 bahawa Mahathir telah merancang sesuatu. Dan ini juga bertepatan dengan Langkah Kajang PKR, yang telah dirancang pada sekitar masa yang sama. Bolehkah anda ingat Rafizi Ramli berkata bahawa Langkah Kajang adalah perlu untuk menyelamatkan Selangor sekiranya Mahathir berjaya menyingkirkan Najib?
Jadi, pada pertengahan tahun 2013, PKR sudah tahu bahawa Mahathir telah merancang untuk menggulingkan Najib. Dan itu adalah kerana Mahathir dan Azmin Ali sudah berbincang mengenainya. Dan jika PKR dan walaupun seseorang yang begitu junior seperti Rafizi tahu bahawa Mahathir telah merancang untuk menggulingkan Najib, adakah anda fikir penasihat Najib tidak tahu juga mengenai perkara itu?
Sudah tentu mereka tahu. Malah ‘young Chico’ seperti Rafizi juga tahu. Tetapi apa yang pasukan Najib lakukan? Tidak buat apa-apa. Ya, betul, mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka melakukan apa yang setiap pakar strategi akan lakukan. Mereka memerhati dan mereka merancang. Mereka bukan sahaja memantau setiap langkah musuh, mereka perincikan semua langkah-langkah tersebut untuk memikirkan langkah terakhir yang perlu dibuat dan ke manakan musuh akan tuju.
Hasrat Mahathir untuk menggulingkan Najib sudah jelas. Beliau hanya perlu menunggu terlebih dahulu dan melihat sama ada anaknya, Mukhriz, akan menang kerusi Naib Presiden Umno sebelum bertindak. Bagaimana beliau bertindak akan bergantung kepada sama ada anaknya menang atau kalah dalam pemilihan parti.
Pada bulan Oktober 2013, Mukhriz kalah dalam pemilihan parti. Dan ini bermakna Najib perlu disingkirkan. Mahathir kemudian mengaktifkan jentera Kempen Anti-Najib (ANC) dan mencari penyebab atau alasan untuk menyerang Perdana Menteri dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Dan ketika itulah isu 1MDB muncul dan sekiranya beliau tidak menggunakan alasan 1MDB maka beliau tidak mempunyai apa-apa alasan untuk digunakan bagi menentang Najib.
“Perang Cladenstine” (seperti mana perang rahsia selama empat tahun di mana Amerika berperang di Kemboja pada tahun 1969) menjadi peperangan terbuka pada bulan Disember 2014 dengan Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan polis terhadap 1MDB. Jadi perang rahsia selama 18 bulan tidak lagi menjadi rahsia. Pada Disember 2014, perang telah diisytiharkan dan ia kini menjadi peperangan terbuka.
Namun Najib masih berdiam diri dan tidak membuat apa-apa gerakan. Ini menjadikan Mahathir lebih berani kerana beliau mentafsirkan bahawa Najib sudah menjadi takut. Mahathir juga mula menghidu kemenangan dan beliau merancang ‘pembunuhan’ atau rampasan kuasa beliau pada 29 Julai 2015. Hari itu bakal menjadi hari kematian Najib. Jadi semua telah bergerak ke arah langkah terakhir, bagaikan buah catur telah disusun di tempat yang sepatutnya bagi mencapai objektif tersebut.
Orang lain akan panik ketika itu dan akan sama ada lari untuk berlindung atau akan membuat serangan awal yang pra-matang. Namun Najib dan Boffin Boys bagaimanapun kekal tenang. Mereka tidak panik. Mereka tahu apabila mereka membuat langkah mereka, ia pasti akan menjadi langkah yang kejam dan langkah penghabisan. Ia mesti menjadi satu langkah yang bukan sahaja menangkap mereka dalam keadaan yang mereka tidak disangkakan tetapi ianya merupakan satu langkah yang tidak mampu mereka pertahankan.
Mahathir terkejut apabila Najib menyerang balas terhadap rampasan kuasa hanya dua hari sebelum tarikh rampasan kuasa tersebut, 29 Julai 2015. Mahathir kecewa tetapi tidak meluahkannya lagi. Beliau kemudiannya merancang undi tidak percaya di parlimen pada bulan Oktober, namun gagal. Beliau kemudiannya merancang undi tidak percaya di perhimpunan Agong UMNO pada bulan Disember. Itupun gagal juga. Najib menewaskan Mahathir di kedua-dua waktu tersebut.
Bagaimanapun, kami telah menulis mengenai semua ini dalam ruang yang sama, The Corridors of Power, dengan terperinci dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Setakat ini, selama 30 bulan dari pertengahan 2013 hingga akhir 2015, Mahathir telah mengambil semua tindakan. Najib sama ada hanya diam atau beliau bertindak balas dalam bentuk seumpamanya, tetapi tidak lebih daripada apa yang Mahathir lakukan kepadanya.Kini adalah masanya Najib bertindak dan membiarkan Mahathir pula bertindak balas. Dan Najib tahu sekiranya beliau melakukan kejutan terhadap Mahathir, orang tua itu akan lakukan langkah yang bodoh dan akan memerangkap dirinya sendiri.
Pada 3 Februari 2016, Mukhriz dipecat sebagai Menteri Besar Kedah. Pada 29 Februari 2016, Mahathir merajuk dan keluar daripada Umno. Ia adalah satu langkah yang Najib tahu Mahathir akan ambil. Dan ianya juga adalah satu langkah yang Najib mahu orang tua itu lakukan. Ia adalah satu langkah untuk “checkmate” Mahathir dan memaksa beliau untuk berhijrah kepada pembangkang di mana ia tidak lagi menjadi Mahathir melawan Najib tetapi Mahathir berlawan dengan Umno.
Dan itu bermaksud “game over” kepada Mahathir, 32 bulan selepas rancangan menggulingkan Najib dirangka.
Dan itulah sebabnya Mahathir gelarkan orang-orang Najib sebagai ‘Goebbels’. Goebbels bermakna terbaik. Goebbels bermakna cerdik. Goebbels bermaksud tidak bodoh. Goebbels bermakna serang balas mereka adalah jauh lebih baik daripada propaganda anda. Kenapa Mahathir tidak menyebut nama saya dalam artikel blognya? Kalau beliau panggil saya ‘Little Goebbels’ pun sudah cukup.
Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 3 Oktober 2016.
Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mad-acronym-for-mahathir-accedes-defeat/
Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi. Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.
Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan.
Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis.
Penasihat kepada seorang menteri kabinet Australia adalah salah seorang daripada sembilan warga Australia yang ditahan kerana memakai seluar dalam dengan corak bendera Malaysia, dedah media tempatan Australia hari ini.
Jack Walker, penasihat kepada menteri Christopher Pyne dilihat dalam kumpulan lelaki itu bagi meraikan kemenangan pelumba Australia, Daniel Ricciardo dalam Grand Prix Malaysia di Sepang, Ahad lalu.
Jurucakap Pyne berkata perkara itu sedang dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia hari ini.
“Sehingga kita mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai proses ia tidak bijak untuk mengulas lanjut,” Australian Associated Press memetik jurucakap itu sebagai berkata.
Polis Malaysia berkata, lelaki berkenaan mabuk ketika kejadian itu berlaku dan sedang disiasat kerana perbuatan tidak senonoh di tempat awam dan tidak menghormati bendera Malaysia.
“Ini menunjukkan kekurangan rasa hormat kepada kami sebagai rakyat Malaysia, ini adalah tingkah laku bodoh daripada orang asing yang tidak memahami sensitiviti budaya dan rasa hormat,” kata Ketua Litar Antarabangsa Sepang Razlan Razali kepada New Straits Times.
“Ia juga memalukan negara mereka sendiri – ia memberi Australia nama yang buruk,” katanya, lapor dpa.
Australia menyediakan bantuan konsular kepada mereka. Anggota perbendaharaan Scott Morrison berkata tangkapan itu adalah satu peringatan bagi orang muda untuk menghormati undang-undang negara yang mereka lawati.
“Mereka ada alasan mereka, jadi anda perlu berbuat demikian,” katanya kepada stesen radio Australia 2GB hari ini.
Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyelar bekas rakan-rakan seangkatannya di Sabah yang keluar dari parti untuk menyertai parti berasaskan tempatan.
Chong berkata, hujah berbuat demikian kerana hanya ‘parti tempatan boleh mempertahankan hak tempatan’ hanyalah alasan.
Sebaliknya, beliau mendakwa sebab sebenar mereka ‘melompat’ berkait dengan kekayaan yang dimiliki oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Mohd Shafie Apdal.
“Sekarang, ekoran kekayaan Shafie Apdal, ramai ahli politik telah meraih manfaat dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan.
“Ini adalah ciri-ciri katak politik,” kata Chong dalam kenyataan, hari ini.
“Bagi mereka yang telah keluar DAP dan PKR atas alasan sentimen ‘parti tempatan’, komen saya adalah mereka adalah ahli politik oportunis,” katanya dalam kenyataan berbahasa Inggeris.
Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin mengumumkan keluar dari parti itu bersama dua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Terrence Siambun (PKR) serta Junz Wong (DAP).
Siambun adalah ADUN Moyog manakala Wong mewakili DUN Likas.
Kata Lajim keputusan itu dibuat dengan rasa berat hati selepas kira-kira tiga tahun memimpin PKR di Sabah.
Berucap di sebuah majlis di Kota Kinabalu Lajim berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah parti tempatan.
“Walaupun kita dianggap sebagai sebuah rumah kecil, tetapi kita berkuasa untuk membesarkan rumah itu.
“Kita juga berkuasa sendiri, tidak perlu lagi meminta kebenaran daripada orang lain. Itulah suara rakyat Sabah sekarang,” katanya.