Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

May 27, 2008

Salinan Asal ( LAGU NEGERAKU )



Cari punya cari dlm search google.com semalam kite terjumpa satu keratan penulisan asal Lagu Kebangsaan Malaysia "NEGARAKU" yang original...

So lihat sendiri:-




Apa Pandangan Anda?

Ketua Motivasi Malaya..

May 23, 2008

BETUL KER????

Suara Rakyat semalam mendapat panggilan luar negara dari agent FBI 007 menyebut usaha Pakatan Rakyat akan wujudkan kegiatan ala training untuk kakitangan kerajaan di 5 buah negeri bawah kuasa Pakatan Rakyat sekali gus mereka akan persetankan training itu sebagai landasan untuk menjatuhkan martabat dan idealisme kakitangan kerajaan yang sedia ada.

Suara Rakyat memikirkan nasib bangsa malaysia di negara ini kalau-kalau training itu menjadi realiti dan kenyataan,alangkah sedih hati suara rakyat melihat bangsa malaysia ini di porak peranda oleh segelintir golongan politik untuk kepentingan politik mereka sahaja. Inikah yang dinamakan KIAMAT SUDAH DEKAT, kehancuran bakal datang, kesedihan sudah mula berani ditonjolkan, kemusnahan akan berleluasa..

Suara Rakyat sebagai anak bangsa malaysia ini merasa harus ada usaha daripada pihak berwajib dalam menanggani permasalahan ini. Suara Rakyat tak nak anak bangsa malaysia kita merempat di tanah air sendiri.

DIMANAKAH NASIB KITA KALAU PAKATAN RAKYAT MEMPERALATKAN TRAINING INI SEBAGAI AGENT PENGHANCUR KAKITANGAN KERAJAAN DI LIMA BUAH NEGERI YANG MEREKA TAWAN!!!!!

MOHON PANDANGAN

antirepublik.blogspot.com
Pakar Motivasi Malaya

May 22, 2008

MARI BELAJAR BAHASA SARAWAK...

Kamek perasan kebanyakkan pembaca bukan native speaker Bahasa Sarawak. Which is why kamek appreciate pembaca-pembaca tok. Sidaknya sanggup maca blog dalam bahasa atopun dialect lain ngan coba untok faham.

Paham kah sik paham, janji kitak orang maca.

Dengan ya, kamek maok menyenangkan lagik idup kitak orang, supaya kitak orang dapat membaca dengan lebeh lancar, and also dapat faham Bahasa Sarawak dengan lebeh bagus. Lagik pun, ney tauk kitak orang singgah ke Bumi Kenyalang isok-lusak kah, senang sikit mok ngoder makan, kan?
Senang sikit mok dapat diskaun mun meli barang.
"Local Prices."
(Tapi as long as you can say sarawkian!, you'll survive, mate. Yerdeh.)

Ok, mari kita mulakan!
(tok kira kamus besa jak ah? Kamus kerja orang malas. Harap maklum, pok.)

Semua huruf K dibelakang setiap perkataan adalah silent. (like French but not with the T's. Haha.)
Jangan lupak.
Bahasa Sarawak bahasa lembut.

Basics:
Kamek - Saya/MeKitak - Awak/YouNya - Dia/He/SheSidak - Mereka/ThemSik - Tak/NoAok - Ya/YesYa - Itu/ThatTok - Ini/ThisMok - Nak/WantSik ada - Tak ada/Don't haveNok ya - Yang itu/That oneNok tok - Yang ini/This oneNok ney - Yang mana/Which oneSiney - Mana/WhereKenak - Kenapa/WhyGiney - Macamana/HowSia - Sana/ThereSinun - Di sana/Over ThereSitok - Sini/HerePolah - Buat/DoKinek tok - Sekarang/NowKelak - Kemudian/LaterNgagak - Datang/ComeMupok - Beredar/LeaveJuak- Juga/AlsoAri Marek- YesterdayAritok - TodayKedak ya - Macam/Like thatNang - MemangMun - Kalau/IfBait - Baik/Good - Jaik-Jahat/BadGago - Sibuk/BusyLan - Jom/LetsTek - Tadi/Just nowPok/Bok - A term for friend, i.e mateDeng - Sayang/DarlingNemiak - Budak-budak/KidsRami - Ramai/LotsBulak - Bohong/LiePaloi - Bodoh/Stupid or DumbCeridak - MessySigek - Satu/OneTetak - Ketawa/LaughEmbak- Bawa/BringNekik - Panjat/ClimbSingkol - Kaku/Uneasy or AwkwardTunggah - Panggil/CallPisok - Pisau/KnifeManok - Ayam/ChickenPusak - Kucing/CatAsuk - Anjing/DogNgabas - menziarah/visitingGadong - Hijau/GreenGerek - Teman lelaki atau perempuan/Boyfriend or GirlfriendKalas - Merah jambu/PinkK, ya tek suma basic pun ajak ah? Mun ada sik paham lagik kelak nanyak.
Kelak nambah (mun tukang nulis kamus tok sik malas lah.)Tapi kadang-kadang, ada perkataan dalam Bahasa Malaysia yang sama dengan Bahasa Sarawak, tapi maksudnya lain. Such as:Bahasa Malaysia Bahasa SarawakKacak - Lawa/PrettyLawa - Sombong/SnobNyaman- Sedap/DeliciousBelun - Kapal Terbang/AirplaneKelakar - Cakap atau Bersembang/Speak or TalkPadah - Bagitahu/TellPulang- PulaYa jak dapat dipikey kamek setakat tok. Ok. Mupok lok.Mun ada sebarang pertanyaan lagik, tanyak.
Iboh diam-diam.
Iboh eksen indah dah pandei.
Kelak bila dah embak klaka menar-menar kelak, bisuk.

Ingat ah? Mun kamek jumpa lagik pembaca-pembaca semua, mun sik fasih lagik klaka Bahasa Sarawak, ndak lah tauk lagik.
Nang sik boleh pakei lah mun kedak ya.
Yerdeh. Manas indah.

May 20, 2008

KEMANA PERGI BANGSA MELAYU?????

Keluarnya Mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammad dari pucuk pimpinan UMNO meletakkan Negara ini dalam keadaan serba salah dan kritis..

Anda rakyat Malaysia yang menilai ini semua dengan penuh saksama dan bijaksana!!

Mengapa Tun berbuat demikian?

Dimanakah letaknya martabat kita bangsa Melayu?

Siapa yang dipersalahkan?

Kenapa ini terjadi?

Semua persoalan ini pasti bermain di minda kita sebagai rakyat malaysia..Jom ramai-ramai kita bantu pulihkan MARTABAT BANGSA MELAYU DI NEGARA TERCINTA INI...

Sapa setuju kita polling ramai supaya Tun kembali ke UMNO...

May 13, 2008

B E R A S OH B E R A S..

APA PANDANG ANDA?

kerajaan semalam memutuskan untuk mengawal harga beras Super Special Tempatan lima peratus dan Super Special Tempatan 10 peratus bagi membendung kenaikan berterusan harga beras gred berkenaan.

Sehubungan itu, harga siling beras Super Special Tempatan lima peratus ditetapkan RM2.80 sekilogram, manakala Super Special Tempatan 10 peratus RM2.70 sekilogram, berkuat kuasa 1 Jun ini.



Beras Super Tempatan 15 peratus pula kekal sebagai beras yang dikawal harga di antara RM1.65 sekilogram dan RM1.80 sekilogram mengikut zon.

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga bersetuju mengapungkan harga beras import, termasuk beras putih Thailand di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan lewat petang semalam, Abdullah turut mengumumkan kenaikan Harga Minimum Terjamin (GMP) padi daripada RM650 satu tan kepada RM750 satu tan serta membenarkan pemindahan padi di antara negeri secara berperingkat.

Perdana Menteri berkata, semua keputusan itu kecuali harga siling beras Super Special Tempatan lima peratus dan Super Special Tempatan 10 peratus, berkuat kuasa serta merta.



Beliau berkata, menerusi langkah yang diambil itu kerajaan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM725 juta untuk 500,000 tan beras import sebagai subsidi bagi mengekalkan harga runcit beras demi meringankan beban pengguna.

Katanya, lima tindakan itu diputuskan selepas menimbang kepentingan semua pihak dan bagi menjaga kebajikan pengguna serta pesawah dalam menghadapi isu kenaikan harga padi dan beras.

"Kenaikan harga beras dunia memberi tekanan kepada harga padi dan beras dalam negara sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus yang harganya dikawal.

"Pengilang lebih berminat mengeluarkan beras Super Special Tempatan lima atau 10 peratus yang tidak dikawal harganya. Oleh itu, harganya naik mendadak kerana kerajaan tidak mengenakan kawalan harga terhadap beras gred berkenaan," katanya.

Abdullah Menteri berkata, keadaan itu memerlukan kerajaan mengambil tindakan untuk memastikan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus mencukupi serta membendung kenaikan berterusan harga beras Super Special Tempatan lima peratus dan 10 peratus.

Katanya, harga beras di pasaran dunia naik mendadak ketika ini berbanding harga pada 2007 dengan harga beras putih Thailand lima peratus meningkat 164 peratus daripada AS$371 (RM1,150) setan metrik pada 2007 kepada AS$980 (RM3,038) sekarang.

Harga beras putih Vietnam pula naik sebanyak 212 peratus daripada AS$352 (RM1,091) setan metrik tahun lalu kepada AS$1,100 (RM3,410) tahun ini.

Mengenai keputusan menaikkan GMP, Perdana Menteri berkata ia wajar kerana harga padi yang ditawarkan dan diterima pesawah pada masa ini melebihi kadar semasa yang ditetapkan.



"Kerajaan berpendapat GMP perlu dinaikkan ke paras yang lebih tinggi bagi faedah pesawah berikutan kenaikan harga beras, manakala pemindahan padi antara negeri juga perlu dikaji bagi menjadikan harga jualan padi lebih kompetitif dan dapat membantu menambah pendapatan pesawah," katanya.

May 10, 2008

Kerajaan Lemah Tidak Baik Untuk Negara Berbilang Kaum?


Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia


Saya ucapkan terimakasih kepada pelawat yang sudi melayari antirepublik.blogspot.com. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan mengeluarkan artikel baru buat masa ini.

Saya mengalu-alukan maklumbalas pembaca sebagai cara untuk mengetahui pendapat yang berlainan daripada pendapat saya sendiri.

Saya minta maaf kerana tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan yang diajukan. Bagaimanapun, di dalam penulisan saya yang selanjutnya saya akan cuba menjawab sedikit-sebanyak soalan-soalan yang diajukan.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan pelayar antirepublik.blogspot.com supaya kita sama-sama menjaga etika dan mengambil sikap bertanggunjawab serta bertata-tertib dengan tidak menggunakan perkataan kesat di dalam ruang komentar.

Saya terima kritikan dan saya siarkan komen pengkritik-pengkritik yang tidak setuju dengan saya, tetapi saya tidak boleh siarkan kritikan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kesat dan kurang sopan samada terhadap saya mahupun terhadap orang lain.

Saya harap semua pelayar blog ini dapat menghormati permintaan saya ini. Saya mengalu-alukan semua pengunjung dan mengucapkan selamat melayari antirepublik.blogspot.com.

Berkenaan dengan rencana saya tentang pelantikan hakim, ramai tidak setuju dengan pendapat saya bahawa apabila Kerajaan terpaksa berkerjasama dengan pembangkang ianya menunjuk kelemahan Kerajaan dan pendapat saya bahawa pembangkang adalah musuh.

Dari segi politik, pihak pembangkang adalah musuh. Terpaksa bekerja dengan pembangkang bukanlah tidak demokratik, tetapi menampilkan kelemahan Kerajaan.

Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.

Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.

Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.

Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.

Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.

Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.

Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.

Gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.

Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?

Berkenaan kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.

Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.

Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.

May 9, 2008

J A N J I M E R E K A ! ! ! ! ! !


Selepas memenangi PRU12 baru-baru ini pakatan pembangkang di Selangor telah meluluskan RM100 JUTA untuk ternak BABE!

Kawan2 saya bagi tau, 1 ekor BABI ni 'bersalin' 3 kali setahun. Purata sekali 'bersalin', dapat 5 - 10 ekor bermakna dalam setahun ada 15 - 30 ekor anak BABI yang 'cute'. Bayangkan dengan jumlah RM100 JUTA dan dalam tempoh setahun berapa ekor BABI yang ada? Mmm.. kalau BABI ni terlepas ke Selangor, semua penduduk Selangor akan dapat setiap seorang seekor BABI termasuklah Tan Sri Khalid Ibrahim!
HIDUP SELANGOR DARUL BABE!!

Anda Berminat!!!!!


Tawaran RM50,000!!!


kerajaan negeri Selangor menawarkan ganjaran RM50k kepada sesiapa yang mempunyai no plat kenderaan BAB 1 untuk digunakan sebagai no rasmi kenderaan MB negeri Selangor serta mengisi beberapa kekosongan di bawah ini :-

Jawatan Kosong:-

1. Pegawai Ternak Babi
2. Pegawai Pemasaran Babi
3. Pegawai Pengurusan Ladang Babi

aNDa bERMINAt, Sila Layari Blog ini:-

antirepublik.blogspot.com

May 7, 2008

LUCUT WARGANEGARA KARPAL SINGH


Karpal Singh telah menghina Konstitusi Raja-Raja...mari kita lucutkan kenegaraan Karpal Singh.. Dengan Raja dia bermusuhan, tapi tengok dengan anjingnya betapa mesranya mereka....
Sapa setuju dengan S U A R A R A K Y A T kita PAKAT ramai-ramai gulingkan KARPAL SINGH...




Ketua Umum
S U A R A R A K Y A T

Lambang Kejatuhan Ketuanan Melayu


Renungilah dengan penuh keinsafan potret dua beranak ini.......sungguh bangga mereka dapat mencemarkan ketuanan Melayu kita......semuanya hasil dari tangan pengundi Melayu sendiri......mereka ingat mereka bijak lalu mengundi pembangkang rupa-rupanya cina yang untung....orang Melayu yang tak sedar diri ni sekarang tengah bersorak gembira kerana berjaya mengalahkan kuasa Melayu dalam BN....apa nak dihairankan bukankah Pak Kaduk pernah buat kerja macam ni dulu........apa salahnya suku sakat Pak Kaduk zaman ni buat lagi keje bodoh mcm tu....Menang Sorak Kampung Tergadai.....Insafilah wahai semua umat Melayu.......

Mampukah J A N J I ini di laksanakan....

Ini janji mereka.....PKR dan Pas menerusi manifesto PRU12 berjanji untuk memberi cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan prasekolah dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Tetapi ketika ini Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa Pelaksanaan Janji tertakluk kepada pembentangan Bajet 2009 akhir tahun ini.


Janji-janji bertujuan meraih undi rakyat yang memungkinkan parti-parti Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor. Hasrat itu tercapai dan bermulalah kajian terhadap beberapa perkara dalam usaha untuk menunaikan janji. Yang menghairankan adalah bagaimana janji-janji berkenaan boleh ditabur sedangkan kemampuan untuk melaksanakannya tidak pernah diketahui dan dikaji?


Satu-satunya nikmat yang bakal diperolehi oleh rakyat Selangor adalah bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama yang bakal dilaksanakan pada 1 Jun 2008, terlewat dua bulan dari yang ditetapkan. Tiada kaedah jelas yang dapat dinyatakan bagaimana ia dapat dilakukan memandangkan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) bukan milik Kerajaan Negeri dan perundingan sedang berlangsung.


Perlaksanaaan pengurangan cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial 10 peratus tidak dapat dibuat pada tahun ini kerana pembangunan ekonomi negeri belum mencapai tahap yang diinginkan.


Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas perlu mengkaji semula janji menurunkan cukai itu .Tiada jaminan bila rakyat Selangor akan menikmatinya kerana ia bergantung kepada jumlah peruntukan kewangan kerajaan negeri berdasarkan Bajet 2009. Kewangan Kerajaan Negeri tidak mencukupi kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan bajet besar untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.


Anggapan Tan Sri Abdul Khalid bahawa penduduk Selangor terbeban dengan cukai yang tinggi tidak tepat apabila dapat mengenalpasti bahawa nilai hartanah menjadi puncanya. Maka beban cukai yang ditanggung rakyat Selangor tahun ini berpatutan dan tidak perlu dikurangkan ..?


DIMANAKAH ANDA SEKARANG!!!!!! MELIHAT SITUASI INI TERJADI.....

WHERE IS MALAY SUPREMACY!!!!!


Susulan dari titah Sultan Perak, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham membuat kenyataan bahawa Sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).


Pertukaran serta-merta diarahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury diarah supaya ditarik balik. Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).


Pemimpin-pemimpin UMNO Perak menyatakan kesal dengan perbuatan kedua-dua orang kuat DAP dan Mohammad Nizar selaku Menteri Besar didesak menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan kenyataan kedua-dua pemimpin DAP tersebut.


Sebelum kenyataan ini dibuat, Karpal Singh mendedahkan bahawa dirinya telah dihalalkan untuk dibunuh oleh seorang pemuda Islam kemudian bertindak melulu menghuru-harakan Dewan Rakyat berkaitan Peraturan Mesyuarat di Persidangan Parlimen.


Tatalaku oleh Pengerusi Dap sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Mungkin teruja dengan sokongan yang meningkat kepada Parti beliau dan tidak mustahil kerana ini adalah hasil kerjasama dengan beberapa parti yang membentuk Pakatan Rakyat. Keangkuhan Karpal agak ketara semenjak DAP menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan wakil rakyat DAP mendominasi barisan anggota Exco Negeri Perak. Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham turut mengikut jejak langkah Karpal dalam tindakannya.


Apakah pendirian Mohamad Nizar, Menteri Besar Perak terhadap isu ini? Nizar dilantik dan mendapat perkenan Istana hanya kerana status bangsa dan agamanya selari dengan perlembagaan Negeri Perak. Meskipun parti MB Nizar mewakili memenangi jumlah kecil kerusi Dewan Undangan.


Apa pandangan Presiden dan Mursyidul Am PAS, apa ulasan Presiden PKR? Inikah bentuk kerjasama yang diidam-idamkan? Jangan lupa untuk merenung kembali kenyataan YB Fairus (PKR) di Pulau Pinang?


Kewajaran penubuhan Pakatan Rakyat selepas PRU12 sudah boleh dipertikaikan.
Apakah hanya untuk kuasa, memperjuangkan masa depan bangsa Melayu,, membawa angin perubahan kepada politik Malaysia atau memberi lebih peluang kepada bangsa lain merendahkan martabat Melayu.


Telah tiba ketikanya pemimpin Melayu menilai kembali kerjasama didalam Pakatan Rakyat. Jangan hanya kerana ingin berkuasa dan mendapatkan kedudukan segala bentuk penghinaan terhadap kedudukan Bangsa Melayu ditelan bulat-bulat. Jangan terus terlena dengan kedudukan dan kuasa. Jangan terus menjadi bidak catur mereka yang agendanya semakin jelas didedahkan.


Kerajaan Pakatan Rakyat baru lebih kurang 2 bulan memerintah namun dalam tempoh berkenaan pelbagai perkara yang menyentuh maruah dan martabat Bangsa Melayu ditimbulkan.


Bolehkah Pakatan Rakyat diberi ruang untuk berkuasa di Parlimen seterusnya menerajui Kerajaan Malaysia?Apa akan berlaku jika pemimpin Melayu didalam Pakatan Rakyat terus terleka sehingga Pilihanraya Umum Ke 13?.


TIDAK MUSTAHIL KEKUASAAN MELAYU AKAN LEBUR DAN KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU AKAN TERUS DISANGGAH.