Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Dec 15, 2009

PKR, PAS Takut Tegur Kelancangan DAP ????

Pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam diselar kerana sanggup menggadaikan agama apabila enggan menegur pemimpin DAP yang membandingkan peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Husin (gambar) berkata, tindakan sedemikian amat bertentangan dengan pendirian pemimpin Pas yang selama ini mendakwa memperjuangkan kepentingan Islam.

Tindakan mereka itu jelas beliau, umpama pemimpin yang 'patah taring' apabila enggan menegur sikap beberapa orang pemimpin DAP itu.

"Mungkin pemimpin Pas khuatir dan terlalu takut akan kehilangan kuota pembahagian kerusi bagi kawasan orang Cina," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk dekat sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang membandingkan perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Awang Adek berkata, suatu ketika dahulu Pas benar-benar memperjuangkan Islam apabila pemimpin mereka berani menegur isu-isu yang melibatkan kepentingan agama Islam apabila dipertikaikan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, apa yang berlaku sekarang membuktikan secara jelas bahawa Pas gemar bersandiwara berpaksikan Islam.

Jelas beliau, mereka akur dengan kehendak DAP sekali pun bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenarnya.

Menurutnya, isu yang dipersoalkan DAP juga membuktikan parti itu tidak menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi selain tidak menghormati rakan mereka dalam pakatan pembangkang.

"Peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membangunkan syiar Islam tidak pernah diungkitkan oleh mana-mana pihak termasuk dari DAP sendiri sebelum ini.

"Apa pun, ia sudah mulai disentuh dan pastinya mengguris perasaan umat Islam. Isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana agama Islam sebagai agama rasmi negara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,"


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PKR, PAS Takut Tegur Kelancangan DAP ????

Pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam diselar kerana sanggup menggadaikan agama apabila enggan menegur pemimpin DAP yang membandingkan peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Husin (gambar) berkata, tindakan sedemikian amat bertentangan dengan pendirian pemimpin Pas yang selama ini mendakwa memperjuangkan kepentingan Islam.

Tindakan mereka itu jelas beliau, umpama pemimpin yang 'patah taring' apabila enggan menegur sikap beberapa orang pemimpin DAP itu.

"Mungkin pemimpin Pas khuatir dan terlalu takut akan kehilangan kuota pembahagian kerusi bagi kawasan orang Cina," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk dekat sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang membandingkan perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Awang Adek berkata, suatu ketika dahulu Pas benar-benar memperjuangkan Islam apabila pemimpin mereka berani menegur isu-isu yang melibatkan kepentingan agama Islam apabila dipertikaikan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, apa yang berlaku sekarang membuktikan secara jelas bahawa Pas gemar bersandiwara berpaksikan Islam.

Jelas beliau, mereka akur dengan kehendak DAP sekali pun bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenarnya.

Menurutnya, isu yang dipersoalkan DAP juga membuktikan parti itu tidak menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi selain tidak menghormati rakan mereka dalam pakatan pembangkang.

"Peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membangunkan syiar Islam tidak pernah diungkitkan oleh mana-mana pihak termasuk dari DAP sendiri sebelum ini.

"Apa pun, ia sudah mulai disentuh dan pastinya mengguris perasaan umat Islam. Isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana agama Islam sebagai agama rasmi negara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,"


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Dec 14, 2009

Politik Orang Cina Di Tanah Melayu

Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.

Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical.
Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.

Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.

Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH Melayu telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.

Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power' untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated.

Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan.

Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'.

DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically' dan 'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

Satu perjuangan

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Dec 7, 2009

Doa Dan Politik Yang Mana Didahulukan

Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan. Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak.

Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka.

Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku. Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.

Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara. Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan Muslim. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu 'alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa 'alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan Muslim dengan ucapan 'wa 'alaika' itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama Muslim, boleh atau tidak?.

Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia 'Bagaimanakah mengklasifikasi perkataan 'musuh' menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaing politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; "Jika seseorang Muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?".

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!

Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku Muslim tetapi sangat jahat, menganiayai dan menzalimi kita. Menipu, memfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzalimi mereka?!

Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada Muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini. Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada Muslim atau bukan Muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku perbuatan melampau dalam berdoa.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Remaja Kini Tidak Percaya Tuhan ????????

KEADAAN zaman yang kini semakin gawat dan keliru ternyata telah memberi kesan yang amat serius kepada akidah anak-anak remaja kita. Kalau dahulu kita dikejutkan dengan gejala menghina agama dan al-Quran oleh pengikut-pengikut black metal, kini muncul pula gejala baru, iaitu ateis (tidak percaya pada kewujudan Tuhan).

Pengerusi Sahabat Insan dan Iman Malaysia (SIDIM), Hanafi Malek ketika mendedahkan perkara itu berkata, masalah ini perlu dipandang serius kerana jumlah remaja Islam yang mula tidak percaya atau sangsi dengan kewujudan Allah, kini semakin membimbangkan.

Sejak terlibat membantu remaja-remaja bermasalah kira-kira 10 tahun lalu, beliau sudah menemui lebih daripada 100 orang remaja yang terlibat dengan fahaman tersebut.

Katanya, sepanjang empat tahun SIDIM ditubuhkan, beliau telah berjumpa dengan lebih kurang 60 remaja yang berfahaman demikian.

"Bukan itu saja, mereka turut mempermain dan meremeh-remehkan kewujudan serta kekuasaan Tuhan.

"Itu ketika bersama SIDIM, tetapi kalau dicampur dengan pengalaman saya sebelum itu ketika masih bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, jumlahnya lebih daripada seratus orang," tegas Hanafi.

Beliau memberitahu, kebanyakan remaja ini berasal daripada keluarga kaya, berjaya dan tinggal di bandar. Sebahagian lagi daripada keluarga yang terlalu miskin.

Dari segi umur pula, ujar Hanafi, kebanyakan mereka berusia sekitar 14 hingga 25 tahun, iaitu golongan yang masih tercari-cari identiti hidup.

Berdasarkan pengalamannya itu, Hanafi menjelaskan, terdapat beberapa faktor mengapa remaja terbabit memilih untuk menjadi seorang ateis.

Antaranya, latar belakang keluarga yang porak-peranda seperti ibu bapa bercerai, keluarga yang kaya tetapi mengabaikan anak-anak, pengaruh rakan, mengagungkan cara hidup barat, kurang didikan agama dan sejarah silam.

"Remaja-remaja ini kebanyakannya tertekan dengan masalah hidup. Antara yang saya temui ialah mangsa cabul oleh ahli keluarga sendiri," kata beliau.

Akibat tertekan dengan masalah itu, remaja ini mula tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Kata remaja ini, kalau Tuhan wujud, kenapa Tuhan membenarkan dirinya dicabul dan ahli keluarganya tadi tidak ditangkap dan dihukum?

"Ada juga mat rempit yang berkata, kalau Tuhan wujud, kenapa dia tidak ditangkap? Kenapa dia menang perlumbaan? Kenapa kawannya mati pada malam Jumaat?

"Malah ada yang mengatakan, kalau Allah Maha Berkuasa kenapa ada orang susah. Kenapa Allah tidak beri semua manusia kaya?" kata Hanafi.

Bagaimanapun, jelasnya, paling membimbangkan ialah anak muda yang asalnya berpendidikan agama serta penuntut Institusi Pengajian Tinggi.

"Saya pernah menemui seorang remaja berpendidikan agama yang mengalami kejutan budaya dan kemudian terlibat dengan gejala maksiat. Remaja ini berkata, kalau Tuhan ada dan Maha Pengampun, kenapa Dia menciptakan syaitan dan neraka?

"Bila berlaku peperangan di Palestin dan Iraq, ramai orang Islam terbunuh. Selepas peristiwa itu, pelajar ini kata, kalau Allah berkuasa pasti diselamatkan umat Islam dan dihapuskan kaum kafir.

"Sejak itu, pelajar ini terus menafikan kewujudan Tuhan dan menjadi ateis," kata Hanafi.

Anak muda penuntut IPT pula terikut-ikut dengan fahaman itu selepas membuat pemerhatian ilmu secara logik akal dan tidak diseiringkan dengan pendekatan Islamiah.

Justeru untuk berhujah dengan remaja dan anak muda ini, logik akal amat diperlukan kerana mereka sememangnya telah menolak al-Quran.

"Saya bagi contoh ceritakan kepada mereka tentang tiupan bayu laut. Pastinya hembusan bayu itu akan membuatkan seseorang itu terasa dingin, sejuk dan nyaman, sedangkan angin itu kita tidak nampak.

"Begitu juga dengan Tuhan. Manusia tidak nampak tapi tahu akan kewujudan-Nya kerana percaya setiap benda di dunia ini pasti ada penciptanya.

"Secara keseluruhannya, bagi saya, punca utama gejala ini ialah iman tidak kental dan tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya," tegas Hanafi.

Lantaran itu, Hanafi meminta pihak keluarga, kerajaan dan NGO bersama-sama menggembleng tenaga menangani gejala ini sebelum ia menjadi bertambah parah.

Di atas adalah petikan daripada siasatan eksklusif majalah Al Islam, keluaran Disember 2009, mengenai gejala ateis.

Selain artikel tadi, majalah tersebut turut menyiarkan rencana-rencana lain sebagai iringan, antaranya mengenai pengakuan remaja-remaja ateis, latar belakang fahaman itu dan bagaimana untuk berhujah dengan mereka.

Rencana lain yang menarik dan perlu dibaca antaranya, kisah pahlawan Aceh yang diseksa sehingga buta, imam yang dibenci makmum, masalah tatu di badan dan isu Wahabi.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 25, 2009

PKM DAN CHIN PENG MUSUH NEGARA

“Tiada maaf bagimu Chin Peng”. Itulah jawapan kerajaan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu.

Malah, tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendirian kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebelum ini adalah muktamad.

‘‘Pendirian kerajaan tidak membenarkannya pulang kekal.

‘‘Tiada maaf bagimu (Chin Peng),” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ketujuh di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan eksklusif akhbar The Star kelmarin bahawa Chin Peng meminta maaf di atas keganasan yang pernah dilakukan oleh PKM kepada rakyat dan pejuang negara sewaktu pemberontakan suatu ketika dahulu.

Dalam temu ramah yang diadakan di Bangkok, Thailand bulan lepas, Chin Peng berkata, walaupun PKM tidak berniat membunuh ‘orang tidak berdosa’, namun beliau mengakui ada kalanya mereka melakukan kesilapan dalam beberapa tindakan.

Muhyiddin berkata, kerajaan malah rakyat yang pernah menghadapi musibah semasa keganasan PKM dahulu pasti tidak akan melupakan kekejaman komunis.

‘‘Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap sentimen (kemarahan) yang masih membara ini, kita putuskan tidak akan terima kepulangannya,” kata beliau.

Dalam tempoh PKM mengganas antara 1948 hinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989, kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terkorban.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 20, 2009

Kajian Sikap : Orang Melayu Kini Takut Pertahan Hak

Keistimewaan Bumiputera dijamin perlembagaan perlu diperjuang

APABILA pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Bujang Senang tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah.

Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara 'vigil' (tafakur) mereka.

Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat.

Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.

Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Bujang Senang tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.

Jadi Bujang Senang kena kata Bujang Senang hairan. Budak-budak sekarang kata 'konfius'.

Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu apati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Atau adakah Yang Berhormat Melayu hanya makan gaji dan isi tembolok sendiri?

Bujang Senang bertanya lagi. Apakah nyawa pemuda Melayu kurang berharga daripada nyawa seorang pembantu politik Cina atau seorang India yang disyaki pencuri kereta?

Bujang Senang tak berani jawab pasal kalau dulu-dulu bukan macam ini. Dulu orang Melayu berani bersuara. Orang Melayu gigih pertahan hak bangsa dan hak negara.

Jadi apa Bujang Senang nak kata? Bujang Senang kata tahniah kepada orang Cina dan India kerana berani dan berjaya guna media massa yang mereka milik dan yang tidak mereka milik untuk mempertahan hak dan kebajikan kaum mereka.

Tahniah kepada orang Cina dan India kerana berjaya dapatkan simpati dan empati semua kaum sampai setiap kecelakaan yang timpa kaum mereka digambarkan macam tragedi negara.

Cuma Bujang Senang nak ulang tanya, di mana pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan NGO Melayu apabila orang Melayu maut ditembak polis dan tahanan Melayu mati dalam lokap?

Atau apabila harta pusaka Melayu dan tanah rizab Melayu diambil alih atas nama pembangunan, tetapi kemudian dibolot oleh mereka yang berduit?

Adakah mereka berasa nyawa dan harta orang Melayu lebih murah harganya daripada nyawa dan harta orang Cina dan India?

Bujang Senang tidak mahu pertikai tindak tanduk orang Cina dan India. Itu hak mereka. Kalau mereka pandai dan mereka berani tuntut hak mereka, patut sangatlah mereka berjaya, jadi senang dan terbela.

Yang Bujang Senang rasa wajib Bujang Senang pertikai adalah ketakutan orang Melayu hendak pertahan hak mereka. Tak apalah kalau ada orang Melayu rasa nyawa orang mengamuk dan tahanan polis tak penting sangat.

Tapi apa halnya dengan hak orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah nak pertahankan apa yang hak dalam perlembagaan pun takut?

Atau pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan penggiat NGO Melayu tak baca pun Perlembagaan Persekutuan.

Jadi kalau tak baca macam mana nak tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Kalau baca Artikel 153 kita tentu tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Raja kita jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam macam-macam bidang.

Misalnya mengadakan kuota untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, pendidikan, latihan dan pemberian lesen.

Tapi kalau tak baca, jadilah kita macam si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya. Atau menang bersorak, kampung tergadai. Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Lembu yang empunya susu, sapi yang dapat nama.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 15, 2009

Krisis Suhakam Di Sarawak

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menolak dakwaan bahawa suruhanjaya itu cuba menyamar sebagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang didakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pesuruhjaya Suhakam Sarawak, Dr Mohd Hirman Ritom Abdullah, berkata Suhakam telah pun diberi mandat oleh Parliamen dan kerajaan untuk mempromosi selain melindungi hak-hak asasi manusia atau isu yang berkaitan dan sememangnya menjadi hak mereka untuk bertindak atau bercakap bagi pihak golongan atau masyarakat yang merasakan hak mereka dicerobohi pihak lain.

"Adalah tidak adil untuk mengeluarkan saranan seperti itu memandangkan apa yang kami buat tiada kena mengena dengan politik. Kami sekdar cuba menyuarakan kebimbangan mereka yang datang berjumpa kami dan mahu keperluan atau tuntutan mereka ditangani oleh pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Satu Kajian Sikap Politik PKR Negeri Sarawak - KERIS MAKAN TUAN

Bagi golongan yang menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak sudah tentu kini mula merasa bahang hangat yang kian sukar untuk tidak dilepaskan lagi. Nampaknya satu demi satu pemimpin yang sebelum ini menyokong parti itu bertindak keluar parti ekoran kecewa dengan kepimpinan parti pembangkang itu.

Pada pilihan raya umum 2008 beberapa kejayaan pembangkang telah mengangkat semangat mereka sehingga terlanjur ada yang melabelkannya sebagai berlakunya 'tsunami' politik di Malaysia. Mereka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan musnah dan Pakatan Pembangkang akan mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia.

Perkembangan terbaru dalam PKR bagaikan menempik aik di dulang. Tokoh yang mereka anggap kuat sebelum ini seperti Datuk Jeffrey Ketinggan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR manakala Ketua Bahagian PKR Kota Kinabalu Christina Liew juga meletak jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi. Kemudian gempar pula kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang dalam Negeri Selangor Badrul Hisham Abdullah keluar PKR dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat BEBAS.

Di Sarawak, Dominique Ng yang disingkir sebagai Ketua PKR bagi Bumi Kenyalan, kini nampaknya tidak 'menyengat' lagi. Unggun yang dengan tak semena-mena padam kini tinggal asap yang berkepul longlai. Penyokong PKR di Sarawak hilang arah. Terpingga-pingga. Gabriel Adit sudah mengisytiharkan keluar PKR dan berhasrat menubuh parti sendiri ekoran pelantikan Baru Bian seorang lawyer sebagai Ketua Perhubungan baru PKR di Sarawak.

Bujang Senang melihat perkembangan ini berlaku kerana ketidakikhlasan perjuangan Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saban hari kian jelas nampak betapa perjuangan PKR sebenarnya hanyalah perjuangan peribadi yang tidak menguntungkan rakyat, sebaliknya ia hanya helah. Mereka yang 'termakan umpan PKR akhirnya sedar mereka telah tertipu. Janji manis sudah awal-awal lagi terasa pahitnya.

Soalnya sekarang, apakah mereka yang selama ini menyokong PKR mahu terus menunggu apa perkembangan seterusnya agar mereka dapat terus menyokong PKR? Sanggupkan KITA???.. belumkah jelas lagi bahawa jika mereka terus menyokong PKR dan menderhaka terhadap BN mereka berada dalam keadaan "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran"? bukankah persekongkolan dengan PKR ibarat menanti 'tsunami politik' yang bakal menjadi "KERIS MEMAKAN TUAN"?..

Berawas sebelum terkena. Tepuk dada tanya selera.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PKR Di Ambang Kehancuran ?????

SEHINGGA ke hari ini, ramai masih tertanya-tanya apakah hasil Seminar Memperkasakan Pas yang diadakan baru-baru ini. Ia kerana mereka melihat tidak ada apa-apa signifikannya seminar itu, selain kritikan kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, timbullah persoalan apakah seminar itu diadakan kerana Pas sememangnya bermasalah atau ada 'tangan-tangan' ghaib yang memainkan peranan untuk memburukkan Pas.

Lebih daripada itu, adakah seminar tersebut satu manuver politik oleh pihak tertentu bagi mengalih perhatian daripada pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam soal ini, kita perlu mengimbas apa yang berlaku sepanjang pertengahan Oktober lalu, sebelum tercetusnya soal untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa kepimpinan Pas dan kemudian disusuli dengan keputusan mengadakan seminar memperkasakan parti itu.

Ketika isu tersebut timbul, PKR sedang menghadapi krisis dalaman yang cukup serius. Ia mula tercetus di Sabah apabila 18 daripada 23 ketua bahagian PKR menolak pelantikan Azmin Ali sebagai pengerusi perhubungan.

Tumpuan media terarah kepada pergolakan dalam PKR sehingga akhirnya pada 27 Oktober menyaksikan peletakan jawatan Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan, namun krisis itu seolah-olah reda apabila timbul isu dalam Pas.

Perhatian tidak lagi diberikan kepada apa yang berlaku dalam PKR sebaliknya lebih kepada Pas. Tetapi apabila seminar yang diadakan tidak menyaksikan apa-apa yang menarik maka timbullah persoalan siapa sebenarnya bermasalah, Pas atau PKR.

Mungkin buat seketika pemimpin-pemimpin PKR mampu meredam gejolak masalah yang berlaku dalam parti itu tetapi ramai pemerhati politik yakin bahawa parti tersebut sedang berada di ambang perpecahan yang serius.

Sebab itulah di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pas melihat PKR sering membawa masalah kepada mereka.

''Cuba lihat apa yang berlaku di Kedah, Perak dan Selangor, semuanya adalah gara-gara kemelut yang berlaku dalam PKR.

''Tetapi malangnya orang lupa semua itu, mereka lebih suka hendak melihat kononnya Pas bermasalah sedangkan kami tidak ada apa-apa masalah,'' kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis dalam satu pertemuan.

Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Anuar Shaari yang merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada PKR.

Bagi beliau, PKR adalah sebuah parti yang rapuh dan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi seorang pemimpin. Atas alasan inilah satu demi satu prinsip dan asas parti diubah sesuka hati mengikut kehendak seorang pemimpin sahaja.

''Dalam pembangunan sesebuah organisasi apabila ada seorang yang terlalu dominan dan berkuasa menentukan hala tuju parti maka organisasi itu tidak akan berjaya dan tidak ke mana-mana,'' tegas Anuar.

Itulah yang berlaku kepada PKR, apabila suara ahli dan parti tidak dipedulikan melainkan untuk menjaga kedudukan seorang dua pemimpin sahaja. Faktor inilah yang menyumbangkan kepada kelemahan PKR sehingga sejak dari awal penubuhan sehingga ke hari ini, seorang demi seorang pemimpin parti itu meninggalkannya.

bersandiwara

Mungkin bagi pemimpin PKR mereka boleh menuduh apa sahaja kepada pemimpin yang berbuat demikian tetapi realitinya pemimpin yang bertindak keluar daripada PKR itu, melakukannya atas dasar prinsip. Mereka tidak mahu terus bersandiwara dan mempermainkan prinsip perjuangan yang ditanam di sanubari mereka ketika awal menyertai PKR.

Oleh itu, apabila mereka melihat PKR tidak lagi selari dengan kehendak perjuangan mereka, maka langkah terbaik adalah mengundurkan diri dan itu lebih mulia daripada bersekongkol dengan pemimpin yang hanya ingin mencapai agenda peribadinya. Pepatah ada mengatakan bagaimana acuannya begitulah juga kuihnya, mungkin itulah yang berlaku kepada PKR sekarang apabila wajah sebenar kenapa parti itu ditubuhkan sudah terlihat.

Laungan kononnya mereka berjuang untuk rakyat hanyalah omong kosong sebaliknya segala-galanya hanya semata-mata bagi membela seorang pemimpin dan lebih penting lagi meletakkan dia di tempat yang diidam-idamkan olehnya selama ini.

Apa yang anehnya, biarpun diserang bertubi-tubi oleh bekas-bekas pemimpinnya namun pemimpin di dalam PKR termasuklah Anwar sendiri hanya mendiamkan diri. Antara isu itu termasuklah dakwaan oleh Anuar, Nallakaruppan dan Ezam Mohd.Noor bahawa ada pemimpin yang diberi layanan istimewa oleh Anwar.

Ini belum lagi termasuk dakwaan bahawa PKR hanya dikuasai oleh '3A' iaitu Anwar, Azizah dan Azmin. Walaupun dakwaan itu boleh menjejaskan kewibawaan PKR tetapi tiada tindak balas.

Pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah mengiakan apa yang didakwa dan ini sekali gus menimbulkan kesangsian kepada rakyat bahawa semua dakwaan itu ada kebenarannya.

Walaupun PKR sebenarnya sebuah parti yang bermasalah tetapi mereka cuba menutupi konflik yang berlaku dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Tetapi berdasarkan kepada perbualan penulis dengan beberapa rakan di negeri-negeri tertentu mereka mengakui, jika masalah PKR boleh diibaratkan seperti lava gunung berapi, ia hanya menanti masa untuk 'dimuntahkan'.

Apa yang mengecewakan, biarpun terdapat seribu satu masalah dan termasuklah juga kewibawaan pemimpin-pemimpin PKR dipertikaikan oleh banyak pihak tetapi masih ada pihak yang cuba mengetengahkan kononnya golongan itulah bakal pemimpin masa depan negara.

Akibatnya, kepimpinan dalam parti pembangkang lain terutamanya Abdul Hadi sengaja digembar-gemburkan sebagai bermasalah dan lemah. Mungkin secara dasar kita boleh katakan agenda atau manuver mereka berjaya tetapi mereka terlupa bahawa ahli-ahli dan penyokong Pas di peringkat akar umbi tidaklah sebodoh itu.

Penulis difahamkan, di kalangan sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas mereka semakin menyedari 'permainan politik' yang dicetuskan oleh sesetengah pemimpin pakatan pembangkang sendiri bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Mengulas perkara ini, Penganalisis politik Ahmad Masrizal Muhammad berkata, PKR dilihat memang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan imej parti di dalam peta minda setiap rakyat negara ini bahawa mereka sebuah parti yang amat relevan dengan kehendak semasa iaitu semua bersatu dalam satu parti.

''Namun begitu hakikat dan realiti sebenar adalah jauh berbeza dengan apa yang diuar-uarkan melalui slogan-slogan. Pertentangan kepentingan antara kaum wujud sama ada secara senyap ataupun terbuka. Masing-masing memasang strategi.

''Ini sekali gus menunjukkan bahawa untuk mencapai tahap wahdatul fikr (penyatuan fikiran) sesama saf dalam pimpinan dalam PKR bukanlah suatu yang mudah sebagaimana lakaran di atas kertas,'' katanya.

Menurut beliau, kekaburan terhadap teras utama dalam parti ini juga memberi impak yang besar kepada pencapaian hala tujunya pada masa akan datang.

Seperkara lagi yang tidak harus dilupakan bahawa PKR diwujudkan atas dasar populariti semata-mata. Mengikut penganalisis politik, sejak pilihan raya umum 1999 hinggalah 2008, faktor Anwar masih lagi menjadi 'barang yang didagangkan' untuk meraihkan sokongan rakyat.

Lebih daripada itu seperti mana kata Ahmad Masrizal, parti tersebut memberi fokus berlebihan kepada strategi memanipulasi isu demi meraih persepsi dan populariti. Tetapi PKR terlupa bahawa strategi seumpama itu sudah semakin tidak berkesan.

''Natijahnya, pelbagai polemik kepimpinan berlaku di negeri-negeri dan yang terbaru di Sabah dan lain-lain negeri, ia pastilah akan menjejaskan PKR pada masa akan datang,'' katanya.

Oleh itu kita tidak perlu terkejut apabila PKR merancang untuk terus mengatur strategi bagi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana itu sahaja cara mereka bagi menutup kelemahan sendiri.

Ia juga sekali gus memaparkan perangai PKR yang semakin 'bankrap' isu dan terus berusaha menjadikan persepsi sebagai 'senjata' untuk meraih sokongan di dalam pilihan raya. Kalau hendak bersandarkan kepada prestasi, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh parti itu.

Bagaimanapun rakyat tidak akan selamanya boleh diperbodohkan oleh mainan politik seumpama itu, justeru tersilap langkah boleh berlaku 'senjata makan tuan'. Berdasarkan keadaan itu, bukanlah sesuatu yang mustahil jika PKR akan mengalami nasib seperti mana sesetengah parti politik serpihan yang sebelum ini berkubur selepas menikmati kemenangan sementara.

Matlamat

Menyentuh perkara ini, Ahmad Masrizal berkata, peristiwa demi peristiwa dan drama demi drama yang dipersembahkan kepada rakyat telah menyebabkan rakyat semakin membuka mata dan sedar bahawa PKR semakin jauh untuk mencapai matlamat strategik yang dicipta oleh mereka sendiri.

''Matlamat dan hala tuju perjuangan PKR yang dikatakan lebih menekankan kepada aspek idealisme perjuangan dan meningkatkan khidmat kepada rakyat nampak semakin kabur. Inilah yang dimaksudkan dengan PKR sedang berhadapan dengan suatu fenomena baru dalam fasa kewujudan mereka iaitu kematian yang senyap dan halus atau lebih popular dikenali sebagai gangren politik,'' katanya.

Kita tidak pasti sejauh manakah fakta ini akan menjadi kenyataan tetapi dari semasa ke semasa PKR terus dilanda konflik dan tahap kepercayaan serta keyakinan di kalangan pemimpin dan ahlinya bahawa parti itu boleh menjadi parti utama semakin luntur. PKR mungkin boleh mengatur strategi dengan mengadakan apa juga konvensyen termasuklah pada hari ini di Shah Alam dengan slogan 'Menggilap Harapan Rakyat', tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa segala kekalutan dalamannya semakin terdedah.

Tidak mustahil PKR akan menamatkan riwayatnya dalam senyap kerana itulah akibatnya kalau pemimpin-pemimpin terlalu teruja untuk menampakkan mereka kelompok paling sempurna di muka bumi Allah ini, sedangkan 'di tubuh' parti itu 'penuh dengan penyakit'.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 10, 2009

Yahudi Di Belakang Anwar & ICG




Cara Anwar menggambarkan ICG yang dianggotainya kepada rakyat Malaysia dipenuhi dengan gambaran palsu yang menyembunyikan banyak fakta sebenar.

Anwar gambarkan ICG tiada kaitan dengan Amerika Syarikat ?

Pertama, Anwar menggambarkan ICG didominasi dan diwakili oleh bekas-bekas Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri atau Menteri-menteri luar, yang seolah-olah tiada kaitan langsung dengan Amerika Syarikat. Anwar berkata ICG tiada kaitan dengan Amerika Syarikat kerana ditubuhkan oleh Garent Avens, bekas Menteri Luar Australia. Anwar juga menggambarkan seolah-olah polisi ICG yang diwakilinya seolah-olah berlawan arus dengan polisi Amerika Syarikat.
Tetapi jika kita membuat kajian lanjut, gambaran yang diberikan oleh Anwar hanyalah gambaran yang bertujuan untuk mempromosi dirinya semata-mata serta menyembunyikan banyak fakta berkenaan agenda tersirat badan tersebut.

Menurut wikipedia, ICG dibina pada tahun 1995, oleh tokoh-tokoh Yahudi Amerika Syarikat iaitu Mark Malloch Brown, (ketika itu) Naib Presiden Bank Dunia dan Morton Abramowitz, bekas penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Klik di sini

Tiada nama Gareth Evans, bekas Menteri Luar Australia yang didakwa Anwar sebagai sebagai pengasas ICG. Malah Gareth Evans hanya dilantik sebagai Presiden ICG pada tahun 2000 - 2009.

Pada Julai 2009, pengerusi bersama ICG, Lord Patten dan Thomas R. Pickering mengumumkan pelucutan jawatan Gareth Evans dan diganti dengan Louise Arbour, bekas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam bidang Hak Asasi Manusia, sebagai Presiden baru ICG

Bermakna Gareth Evans bukan pemilik tuggal ICG, apatah lagi sebagai pengasasnya. Beliau sendiri ditentukan oleh pihak lain untuk dikekalkan atau dilucutkan dalam organisasi tersebut.

SourceWatch ICG [klik di sini] lebih telus dalam membongkarkan siapa di belakang ICG. Menurut laman itu, ICG disponsor oleh badan-badan Amerika Syarikat yang kebanyakan bersumberkan dana dari Yahudi Amerika, antaranya; Open Society Institute (milik George Soros), Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Ford Foundation, Carnegie Corporation of New York, Bill & Melinda Gates Foundation, Flora Hewlett Foundation, Henry Luce Foundation, John D & Catherine T MacArthur Foundation, John Merck Fund, Charles Stewart Mott Foundation, United States Institute of Peace dan lain-lain.

Malah SourceWatch turut menerangkan secara terperinci struktur organisasi ICG yang terbahagi kepada 7 bahagian seperti berikut;

A. Ahli Lembaga ICG

1. Christopher Patten - Pengerusi bersama ICG/bekas Gabenor UK di Hong Kong
2. Thomas R Pickering(Yahudi?)- Pengerusi bersama ICG/bekas duta Amerika ke Israel
3. Gareth Evans - Presiden/CEO ICG/ bekas Menteri Luar Australia (sekarang telah diganti dengan Louise Arbour)

B. Ahli Lembaga Pengarah Amerika Syarikat

1. Morton Abramowitz (Yahudi)-Bekas Penolong Setiausaha Jabatan Negara/CFR
2. Zbigniew Brzezinski (Yahudi)- bekas Penasihat Keselamatan Negara, Amerika/CFR
3. Kenneth Adelman(Yahudi) - Bekas pembantu kepada Donald Rumsfeld, Setiausaha Pertahanan, Amerika Syarikat
4. George Soros (Yahudi) - Pengerusi Open Society Institute
5. Wesley Clark - Bekas Komander Bersekutu Tertinggi NATO
6. Stanley Fischer (Yahudi) - Naib Pengerusi Citigroup/Bekas Timbalan Pengarah IMF
7. Carla Hills (Yahudi) - Bekas Setiausaha Perumahan Amerika.
8. Swanee Hunt - bekas Duta Amerika ke Australia
9. Elliott F Kulick - Konsaltan Booz Allen & Hamilton/ Pengerusi Pegasus International/ Lembaga Pengarah Central Asian American Enterprise Fund
10. Joanne Leedom-Ackerman - Penulis novel dan wartawan
11. Douglas Scheon - Pengasas bersama Syarikat Penn, Schoen & Berland Associates
12. William O. Taylor - Pengerusi Kehormat The Globe Newspaper Company.


C. Ahli Jawatankuasa Eksekutif

1. Morton Abramowitz (Yahudi)- Bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat
2. George Soros(Yahudi) - Pengerusi Open Society Institute (OSI)
3. Stephen Solarz(Yahudi) - Bekas Ahli Kongress Amerika Syarikat
4. Emma Bonino - Naib Pengerusi ICG/ Bekas Menteri perdagangan Antarabangsa, Itali
5. Cheryl Carolus - Bekas Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke UK.
6. Maria Livanos Cattaui - Bekas Setiausaha International Chamber of Commerce
7. Yoichi Funabashi - Ketua Pengarang, The Asahi Shimbun, Jepun
8. Frank Giustra, Pengerusi Kewangan Endeavour, Kanada
9. Par Stenback - Bekas Menteri Luar Finland


D. Pengarah-pengarah

1. Christopher Pattern - Pengerusi bersama ICG
2. Thomas Pickering - Pengerusi Bersama ICG
3. Louise Arbour - Presiden ICG


E. Ahli Jawatankuasa Eksekutif

1. George Soros(Yahudi) - Pengerusi Open Society Institute (OSI)
2. Stephen Solarz(Yahudi) - Bekas Ahli Kongress Amerika Syarikat
3. Cheryl Carolus - Bekas Pesuruhjaya Tinggi Afcican Selatan ke UK

4. Maria Livanos Cattaui - Bekas Setiausaha International Chamber of Commerce
5. Yoichi Funabashi - Ketua Pengarang, The Asahi Shimbun, Jepun

6. Frank Giustra, Pengerusi Kewangan Endeavour, Kanada
7. Par Stenback - Bekas Menteri Luar Finland


F. Ahli Jawatankuasa

1. Zbigniew Brzezinski,(Yahudi/neocon) Penasihat polisi luar negara Presiden Obama/ Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Jimmy Carter/CFR
2. Morton Abramowitz (Yahudi/neocon)- Bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat/CFR
3. Adnan Abu-Odeh Bekas penasihat politik kepada Raja Abdullah II & Raja Hussein Jordan (orang yang bertanggungjawab membawa demokrasi/kebebasan bersuara di Jordan/pro Amerika & pro Israel)

4. Kenneth Adelman (Yahudi/neocon), bekas pembantu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld/Ahli Lembaga Pengarah Polisi Pertahanan Pentagon/Penyokong utama serangan Amerika ke atas Iraq
5. Shlomo Ben-Ami (Yahudi/Zionis) Bekas Menteri Keselamatan Israel/ bekas Menteri luar negara Israel.

6. Kim Campbell, Bekas Perdana Menteri Kanada/ Setiausaha Kelab Madrid

7. Carla Hills, (Yahudi/Amerika Syarikat)/ Ahli Lembaga Pengarah ICG/Bekas Setiausaha Pembangunan dan Perumahan Amerika Syarikat di bawah Presiden Gerald Ford/Pengerusi bersama CFR

8. Swanee Hunt (Amerika Syarikat) President of Hunt Alternatives Fund/Ahli CFR

9. Anwar Ibrahim, Former Deputy Prime Minister of Malaysia

10. Nancy Kassebaum Baker, Bekas Senator US Kansas/Ahli CFR

11. Wim Kok, Bekas Perdana Menteri Belanda/ Ahli the Bilderberg Group

12. Samantha Power, Pengarah Kanan Polisi Luar & Majlis Keselamatan Amerika Syarikat di bawah Presiden Obama

13. Joschka Fischer, Bekas Menteri Luar Jerman/pro Israel

14. Wesley Clark, (Yahudi) Ketua Operasi Allied Force dalam Perang di Kosovo

15. Ricardo Lagos, Bekas Presiden Chile
16. Ersin Arioglu - Bekas Ahli Parlimen Turki

17. Lakhdar Brahimi - Bekas Menteri Luar Algeria/Penasihat khas kepada Setiusaha PBB

18. Naresh Chandra - Duta India ke Amerika Syarikat
19. Joaquim Alberto Chissano - Bekas Presiden Mozambique
20. Victor Chu - Pengerusi First Eastern Investment Group, Hong Kong
21. Pat Cox - Bekas Presiden Parlimen Eropah
22. Uffe Ellemann-Jensen - Bekas Menteri Luar Denmark
23. Mark Eyskens -Bekas Perdana Menteri Belgium
24. Joschka Fischer - Bekas Menteri Luar Jerman
25. Leslie H Gelb (Yahudi) - Presiden Kehormat CFR
26. Lena Hjelm-Wallen - Bekas Timbalan Perdana Menteri & Menteri Luar Sweden
27. Asma Jahangir - Pelapor Khas PBB berkenaan kebebasan beragama atau Kepercayaan/ Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Pakistan
28. James V. Kimsey - Pengasas dan Pengerusi Kehormat America Online Inc (AOL)
29. Joanne Leedom-Ackerman - Novelis dan wartawan Amerika Syarikat
30. Ayo Obe - Pengerusi Jawatankuasa Pemandu World Movement for Democracy, Nigeria
31. Christine Ocrent - Novelis dan penulis Perancis
32. Victor Pinchuk - Pengasas Interpipe Scientific & Industrial Production Group
33. Fidel V Ramos - Bekas Presiden Filipina
34. Ghassan Salame - Bekas Menteri Lebanon
35. Douglas Schoen - Pengasas Partner of Penn, Schoen & Berland Associates, USA.
36. Thorvald Stoltenberg - Bekas Menteri Luar Norway
37. Ernesto Zedillo - Bekas Presiden Mexico

G. Pengerusi Kehormat

1. George J Mitchell - Wakil Khas Obama di Timur Tengah
2. Martti Ahtisaari - Bekas Presiden Finland

Anwar gambarkan dia hero membela madrasah Pakistan ?

Di dalam penerangan Anwar berkenaan ICG, seolah-olah dialah yang membela madrasah Pakistan.

Katanya, "Ada juga kajian berkenaan madrasah di Pakistan, di mana saya ada memberi sedikit teguran, jangan kita menolak madrasah, negara atau umat, boleh memilih sistem yang mereka mahukan, tetapi biarlah selaras dengan keadaan semasa dan tuntutan semasa..tidak semua madrasah itu dianggap jumud atau kolot, orang yang membuat kajian (berkenaan madrasah) harus mengerti tentang Islam, teks klasik Islam..kerana apa yang mereka anggap sebagai golongan sederhana (moderat) dan golongan liberal ini, kadang-kadang dia mengenepikan sama sekali pandangan Islam yang dianggap klasik..yang dianggap konservatif..jadi saya mengatakan kalau ada bukti, mana-mana madrasah di Timur atau Barat yang menganjurkan perbalahan atau kekecohan itu harus ada tindakan bersesuaian.."

Pertama, versi ini versi penerangan Bahasa Melayu untuk umat Islam di Malaysia. Semasa Anwar bercakap versi English di Perth, nadanya amat berlainan berkenaan umat Islam di Pakistan. Di sepan masyarakat Kristian Perth, Anwar memperlekehkan umat Islam di Pakistan yang dianggap kolot dan jumud.

Kedua, Anwar menggambarkan pihak lain dalam mesyuarat ICG itu adalah golongan moderat dan liberal dan bukan dirinya. Persoalannya berdasarkan senarai ahli jawatankuasa ICG yang disenaraikan di atas, berapa ramai yang beragama Islam berbanding dengan bukan Islam dan beketurunan Yahudi. Anwar menggambarkan seolah-olah yang menghadiri mesyuarat ICG itu semuanya Islam, sedangkan fakta sebenar kebanyakannya berketurunan Yahudi dan Nasrani.

Anwar sendiri diiktiraf sebagai muslim moderat (sederhana/liberal) oleh CSID (Center for Study Islam & Democracy), Amerika Syarikat pada tahun 2005. Jadi adakah kata-kata Anwar ini sesuai untuk dirinya, "...apa yang mereka anggap sebagai golongan sederhana (moderat) dan golongan liberal ini, kadang-kadang dia mengenepikan sama sekali pandangan Islam yang dianggap klasik..yang dianggap konservatif.."

Ketiga, apakah muslihat ICG mengkaji madrasah-madrasah Islam ? Ada agenda terselindung ? Untuk apa Yahudi berminat dengan madarasah ? Adakah Anwar 'membuka pintu' untuk kajian madrasah ?

Sekarang mari kita lihat apa peranan ICG terhadap madrasah di Indonesia.

Menurut laman swaramuslim.net, ICG telah menjadi spy kepada kegiatan madrasah di Indonesia. Bahkan dalam laporan ICG sebuah badan agama Indinesia, MUI (Majlis Ulama Indonesia) dianggap penyokong kumpulan konservatif. ICG menuduh MUI sebagai badan yang bahaya yang dipenuhi kumpulan yang disebut sebagai radikal. Klik di sini

Bagaimana pula peranan ICG terhadap madrasah di Selatan Thai ?

Harakahdaily (organ PAS) pada 25 Jun 2009 melaporkan ICG merupakan badan perisikan barat yang berusaha untuk memberi imej buruk kepada Islam.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyifatkan laporan yang dikeluarkan International Crisis Group (ICG) bertajuk "Merekrut Militan Di Selatan Thai" sebagai satu bentuk tuduhan berniat jahat (mala fide) dan cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau 'Islamophobia'.Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, ICG yang beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan terkininya mendakwa sekolah pondok telah menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Muslim.Menurut beliau, laporan itu turut menyebut, pengrekrutan melibatkan latihan ketenteraan, perang saraf psikologikal, pengintipan dan sabotaj melibatkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang daripada lebih 100,000 pelajar pondok"

"Kita percaya laporan ini adalah tuduhan 'mala fide' dan mempersoalkan laporan ini kerana dikeluarkan tatkala Selatan Thai kembali diselubungi tragedi. Kita merasa amat khuatir ini sebagai permulaan kepada cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau 'Islamophobia' yang pernah berlaku selepas tragedi 11 September 2001 dahulu," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru ini". Klik di sini

Berdasarkan dua contoh itu, sudah tentu ICG juga melaporkan laporan negatif berkenaan umat Islam di Selatan Filipina dan tempat-tempat lain yang dianggap sebagai sasaran Amerika Syarikat.

Anwar sendiri menyebut bahawa ICG mengkaji tentang Darfur (Sudan), Iraq, Pakistan dan lain-lain lagi.

Di Indonesia, kumpulan fundamentalis Islam meminta semua umat Islam berhati-hati dengan ICG. Begitu juga di Malaysia, harakahdaily melaporkan agar berhati-hati dengan agenda tersembunyi ICG..

Hati-hati ICG mata dan telinga kaum Yahudi Amerika Syarikat...

Jadi apakah sebenarnya tugas Anwar dalam ICG ? Membantu musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam ?


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 6, 2009

ELEKTRIK HIDRO BAKUN BEROPERASI 2010

Bujang Senang sempat meninjau Expo International Energy Week 2009 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 3-5 November 2009 tempoh hari dan mendapat sedikit maklumat tentang SCORE : -

EMPANGAN Elektrik Hidro Bakun di Sarawak dijangka memulakan pengeluaran 300 megawatt (MW) elektrik pada suku terakhir tahun depan, kata Zulkifle Osman, iaitu Pengarah Urusan Sarawak Hidro Sdn Bhd, syarikat yang memajukan projek berkenaan.

Beliau berkata, projek itu dijangka siap menjelang akhir 2011, dengan mempunyai lapan unit penjana turbin elektrik hidro dengan jumlah kapasiti 2,400MW bagi dibekalkan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak, Brunei dan Kalimantan.

“Kerja menaikkan paras air di empangan itu akan bermula pada Januari tahun depan, bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri dan ia dijangka mengambil masa lapan bulan.

“Turbin pertama akan mula beroperasi apabila semua kawasan takungan air dipenuhi air. Menjelang masa itu, Empangan Elektrik Hidro itu akan menjana 300MW elektrik menjelang Oktober atau November tahun depan,” kata Zulkifle dalam taklimat media di Kuching semalam.

Sarawak Hidro, sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan diberi tanggungjawab untuk memaju dan menguruskan Projek Elektrik Hidro sejak 1 Mei, 2000.

Sebuah syarikat tujuan khas, yang pemegang sahamnya terdiri daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB), Sarawak Eenergy Berhad (SEB) dan kerajaan negeri Sarawak, akan ditubuhkan untuk mengendali Empangan Bakun secara pajakan.

Empangan Bakun adalah Projek Kuasa Hidro terbesar di Malaysia dengan kapasiti penjanaan 2,400MW. Ia terletak di Sungai Balui di lembangan Sungai Rejang, iaitu 37 km ke hulu bandar Belaga.

Projek itu dilaksanakan dengan sokongan dasar kepelbagaian bahan api kerajaan persekutuan, dengan menyediakan sumber tenaga boleh diperbaharui dan bersih dan mensasarkan untuk menyumbangkan dengan ketara kepada usaha memenuhi peningkatan permintaan bagi elektrik.

Pengurus Besar Sarawak Hidro, Tan Yong Long, berkata pembinaan Empangan Bakun untuk menjana 2,400MW elektrik itu sudah 92.84 peratus siap setakat September lalu.

Katanya, empangan itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2011, dan akan memerlukan penyambungan kabel elektrik dasar laut ke Semenanjung Malaysia.

“Kabel dasar laut sepanjang 675 km itu akan menyambung Sematan di selatan Sarawak ke Tanjung Leman di Mersing, Johor, dan dijangka disiapkan pada 2016 untuk menyalurkan 1,700MW elektrik ke Semenanjung,” katanya.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

ALAM CYBER IBARAT PISANG GORENG PANAS - Versi II

Lajna Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan konvensyen blogger PAS ekoran beberapa polemik besar paqrti itu yang dilihat berpunca daripada media baru. Sila baca http://www.harakahdaily/

Petikan: keluhan penulis harakahdaily : " orang banyak fitnah PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu".

Ulasan Bujang Senang :

Nada kesian ...."Tuba habis Ikan tak dapat"?.

Blogger- Blogger Parti Pas jadi hero dan sangat aktif dalam menyebarkan segala jenis dan bentuk fitnah terhadap kerajaan dan UMNO pada tahun 2006 & 2007. Serangan berbentuk "desepsi politik" dan serangan peribadi (personality & charactor Assasination) terhadap pemimpin tertinggi kerajaan, pemimpin komponen BN, Pegawai-pegawai kerajaan, Pasukan Polis dan juga pemimpin UMNO saban hari di internet. Ada yang sanggup buat mengubahsuai wajah-wajah pemimpin, mencerca mengunakan bahasa lucah dan lain-lain penulisan yang tak harusnya dilakukan oleh orang ada pelajaran. Blogger Parti Pas ini melakukan semua ini demi rakus kuasa untuk menang di Pilihanraya Umum 2008.

Kini serangan umpama itu telah dipatahkan dengan serangan balas oleh blog-blog Umno yang kendalikan oleh blogger-blogger golongan muda yang agak brutal dalam menyokong perjuangan UMNO di negara ini. Dalam realitinya blogger-blogger muda ini yang "brutal" memberi kesan yang hebat dari blogger- blogger dari Parti UMNO (blog resmi Umno). Blog-blog resmi parti UMNO biasanya tidak dapat kunjungan ramai dari blogger-blogger muda yang masih duduk di atas pagar yang tercari-cari parti yang perlu mereka sertai. Kebanyakan Blog-Blog resmi UMNO juga tidak begitu memenuhi cita rasa anak-anak muda sekarang. Tetapi blog-blog anak- anak muda seperti BPN (blogger Pembela Negara) amat diminati oleh golongan muda kerana atikal-atikal yang terdapat disini agak bersesuain dengan kehendak pemikiran golongan muda. Blog-blog seperti inilah kini amat ditakuti oleh blogger-blogger politik dari Parti Pas sekarang.

Blogger-blogger Parti Pas yang sudah lapuk dan tidak lagi digemari oleh golongan muda; Parti Pas agak kecewa dengan senorio terbaru ini dan gagal merancuni pemikiran anak-anak muda ini dengan "gula-gula" slongan politik baru Pas " PAS UNTUK SEMUA (Pas For All) mereka juga memahami " Parti Pas Untuk TGNA, ANUAR & LKS" bukan untuk ahlinya. Kerana kebanyakan ahli parti Pas mcm "lembu dicucuk hidung" ikut pemimpin. Kalau Parti Pas mengatakan ISLAM UNTUK SEMUA itu memang benar; kerana Agama Islam itu "Addiin"; agama yang di rahmati Allah s.w.t. Golongan muda sekarang mula memahami kancah politik yang sedang berlaku adalah menetukan masa depan kuasa politik orang Melayu di negara ini. Slongan parti Pas yang sering kali bertukar dalam musim Pilihan Raya untuk tambat hati pengundi bukan Islam seperti "cacah merbah" bosan dan meloyakan golongan muda yang sedang mencari-cari parti politik yang mereka ingin sertai. Maka inilah menyebabkan parti Pas sudah goyah dan kelamkabut dalam mendapatkan "bantuan dari cyber". Maka kejayaan Blogger-blogger golongan muda yang bergabung tenaga untuk menangkis dan membalas serangan bertubi-tubi perlu diucapkan syabas dan terima kasih. Walau pun kesukaran kejayaan besar Untuk UMNO/BN sedang menanti seperti PRU 2004, maka Kejayaan ini adalah cuma seperti memenangi "perang" (win a battle) belum lagi " Peperangan " (War) di PRU13 yang akan datang. Wahai golongan muda- mudi INGAT!....UMNO adalah parti politik " dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus" .


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 5, 2009

ALAM CYBER IBARAT PISANG GORENG PANAS !!

Ahli Pas diingatkan agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati serta bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya.

Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad, pada waktu ini Pas mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh 'cyber trooper' UMNO yang menyamar sebagai ahli Pas atau wakil pimpinan Pas di dalam media alternatif ini.

"Pas mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa Pas kini berpecah.

"Pemimpin UMNO seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah Pas kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam Pas yang mahu bergabung dalam UMNO, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan Pas yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf UMNO untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok.

"Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan Pas tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan," jelasnya lagi.

"Lembaga Disiplin Pas juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan Pas sedang berusaha membawa Pas bergabung dengan UMNO untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun," katanya.

Beliau juga yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper UMNO dan mereka yang kononnya menjadi ahli Pas tetapi bekerja untuk UMNO akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga. - hARAKahdaily

Pas cuba bikin drama lagi. Kali ni Pas menayangkan drama berunsurkan perang dalam alam siber atau alam maya. Dalam isu tulisan Nik ajis plastik (di sini) telah menimbulkan reaksi panas di kalangan pimpinan Pas sendiri.

Pas nampaknya semakin gelisah dengan kehadiran tentera alam maya UMNO / BN dalam menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang. Semacam suatu trauma, Idris Ahmad cuba menafikan tulisan dalam blog tersebut sama ada benar-benar daripada buah fikiran Nik Ajis plastik atau sebaliknya.

Dengan pantas beliau berkias angin ribut yang melanda Pas sekarang ditimbulkan oleh kumpulan yang menyamar sebagai ahli Pas tetapi menyokong UMNO / BN.

Inilah Pas, hanya tahu menyalahkan orang lain walaupun diri sendiri bermasalah. Pas tidak mahu menerima akikat bahawa parti itu semakin hilang kredibiliti dalam usahanya menyuburkan benih-benih suci hasil daripada perkahwinannya bersama DAP dan PKR.

Kerajaan Perpaduan untuk orang Melayu khasnya umpama "anak haram" membawa sial yang mesti dibuang jauh-jauh. Dari sudut hati kecil Hadi cawat, beliau sebenarnya masih mempunyai hati dan perut untuk menerima "anak haram" sebagai menyahut saranan UMNO / BN yang membawa kesejahteraan dan kestabilan politik negara.

Malang bagi Pas, bapa tunggal bergelar mur-SHIT-dul am tidak mahu "anak haram" dibawa masuk dalam keluarga DAP dan PKR. Baginya DAP dan PKR adalah suci, secuci bayi yang baru lahir bersih daripada sebarang dosa.

Pas mula curiga sesama sendiri. Dalam Pas sudah ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Bukan lagi jarum DAP bernama KPP tapi individu yang berserban, berjubah dan berjanggut. Ada juga mereka yang koneknya tidak pernah dibasuh malah tidak langsung akan dipotong. Ada yang telah dipotong tapi tidak pernah dibasuh dan disucikan. Dan ada yang berwatak seperti burung kakak tua untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Pas semakin sedar dengan gaya permainan politik melalui perang siber yang diunggulinya dahulu bukan lagi senjata ampuh. Kini UMNO / BN mengambil langkah yang sama dengan bangkitnya tentera-tentera alam maya walaupun tanpa paksaan dan habuan.

Hulubalang royalti minyak Pas, Husam minyak, menggunakan khidmat penulis blog Kickdefella atau Sheih bagi berkhidmat dengannya untuk menghebahkan apa yang telah Pas lacurkan. Sepanjang pengetahuan antipkrsarawak melalui pembacaan, Kickdefella telah mewujudkan dua buah blog masing-masing berbahasa Melayu dan Inggeris. Lebih menarik beliau merupakan ahli UMNO!

Hubung rapat Husam minyak dengan Nik Ajis plastik dan kerja alam maya Kickdefella, memaksa Kickdefella berada di tengah-tengah antara mereka. Persoalannya, adakah Kickdefella salah seekor "musang berbulu ayam" dalam isu yang dibangkitkan oleh Idris Ahmad?

Yang jelas Pas sudah ada "whistleblower" di dalamnya. UMNO / BN juga apa kurangnya, sudah berbakul-bakul.

Inilah dunia siber. Baling batu sembunyi tangan.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Hadiah PR untuk Negeri Selangor

ini berita yang baru aku terima. minggu depan sidang dun selangor akan bermula. dikatakan oleh sumber dalaman SUK (orang pkr) bahawa sejurus sahaja selesai ucapan pembukaan oleh kebawah duli sultan selangor , maka satu agenda besar akan berlaku.

seorang adun senior daripada DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap exco kerajaan negeri selangor, dato hasan ali !

alasan mengusulkan undi tidak percaya ini kerana mendakwa kelakuan hasan ali menyukarkan flow pentadbiran negeri. hasan ali bakal dipecat dari jawatan exco nya dan akan dipersetujui oleh hampir seluruh exco/adun dari pkr dan dap !

kabaran juga diterima bahawa adun pas iskandar juga akan menerima tempias yang sama. caranya akan didedahkan kemudian.

jelas disini, bila hilangnya hasan ali dari senarai kabinet negeri, maka beberapa dasar autokratik/kuku besi yang lebih ke arah mengkuatkan KUASA SPEAKER (teng chang kim) akan dilakukan.

sumber menyebut teng chang kim akan diberi absolute power (kuasa menggila) apabila usul DUN diperbadan dibentangkan ! apa maksud DUN diperbadankan ? apa kuasanya ? siapa lebih 'raja' bila usul ini diterima, sultan , mb atau teng chang kim ?apakah benar ada agenda besar pakatan haram selangor untuk membawa negeri bersultan ke arah sistem republik ?

kita di sini takkan berdiam diri !


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Hadiah PR untuk Negeri Selangor

ini berita yang baru aku terima. minggu depan sidang dun selangor akan bermula. dikatakan oleh sumber dalaman SUK (orang pkr) bahawa sejurus sahaja selesai ucapan pembukaan oleh kebawah duli sultan selangor , maka satu agenda besar akan berlaku.

seorang adun senior daripada DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap exco kerajaan negeri selangor, dato hasan ali !

alasan mengusulkan undi tidak percaya ini kerana mendakwa kelakuan hasan ali menyukarkan flow pentadbiran negeri. hasan ali bakal dipecat dari jawatan exco nya dan akan dipersetujui oleh hampir seluruh exco/adun dari pkr dan dap !

kabaran juga diterima bahawa adun pas iskandar juga akan menerima tempias yang sama. caranya akan didedahkan kemudian.

jelas disini, bila hilangnya hasan ali dari senarai kabinet negeri, maka beberapa dasar autokratik/kuku besi yang lebih ke arah mengkuatkan KUASA SPEAKER (teng chang kim) akan dilakukan.

sumber menyebut teng chang kim akan diberi absolute power (kuasa menggila) apabila usul DUN diperbadan dibentangkan ! apa maksud DUN diperbadankan ? apa kuasanya ? siapa lebih 'raja' bila usul ini diterima, sultan , mb atau teng chang kim ?apakah benar ada agenda besar pakatan haram selangor untuk membawa negeri bersultan ke arah sistem republik ?

kita di sini takkan berdiam diri !


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 2, 2009

Isu Wahabi?

Kenapa ketika ini baru timbul soal Wahabi, hingga JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menahan Dr Asri Zainal Abidin, Bekas Mufti Perlis, 12.10 tengah malam (Ahad, setelah selesai menyampaikan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

Kenapa sekarang baru timbul soal wahabi, sedangkan Dr Asri jugalah orang yang pernah berdebat dengan Astora Jabat dan pernah menjadi mufti Perlis satu ketika dulu ?

Apakah semua ini konspirasi yang ada kaitan dengan tawaran Najib mahu melantik Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM (Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia) ?

Konspirasi ini nampaknya begitu tersusun, bermula dengan penghantaran memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, pada 12 Oktober 2009, membantah pelantikan Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru, kemudian disusuli dengan penangkapan JAIS.

Siapa dalang di sebalik Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)yang menghantar memorandum itu ?

Melihat NGO-NGO yang menyokong memorandum PGSM seperti Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah malaysia (JIM, dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) seolah-olah kita sudah menjejaki motif sebenar Dr Asri perlu dimalukan.

JAIS adalah di bawah bidangkuasa kerajaan Selangor. Semua itu akan membawa ke destinasi sebenar kenapa Dr Asri perlu ditangkap.

Orang yang pertama menggesa Anwar bersumpah untuk membersihkan isu liwatnya adalah Dr Asri.

"Dah lama, kita tunggu Anwar bersumpah ni, (sejak dari tahun 1998 lagi)", cabar Dr Asri kepada Anwar.

Cabaran Dr Asri yang ketika itu Mutfi Perlis menyebabkan Anwar kehabisan peluru untuk membidas balik hujah Dr Asri itu.

Semasa Anwar dan Kamar Anoniah (peguam Anwar/ABIM) membawa kes liwat ke mahkamah syariah, wartawan masih bertanya tentang cabaran bersumpah Dr Asri.

"Bagaimana komen datuk, berkenaan cabaran Mufti Perlis supaya bersumpah?", soal wartawan.

"er..er.. Saya dah telefon dr Asri..dia tak tuju kepada saya..itu kenyataan umum", jawab Anwar dengan nada marah.

Anwar tidak senang dan akan marah apabila ada pihak terutamanya dari badan berautoriti agama mempersoalkan tentang keengganannya bersumpah.

Sumpah seperti menjadi fobia yang amat ditakuti oleh Anwar.

Anwar pernah menyeranah wartawan Agendadaily dengan muka yang bengis ketika bertanyakan persoalan sumpah.

"Anda dari mana ?", soal Anwar.

"Dari Agendadaily?", jawab wartawan itu.

" Oh...Apa motif saudara bertanyakan soalan itu. Motif politik atau apa?" soal Anwar balas dengan nada yang tinggi.

Pada sebelah malamnya, semasa Anwar berceramah di Stadium Melawati, Anwar ternyata cukup terganggu dengan soalan wartawan itu. Anwar memperlekehkan wartawan itu di dalam ceramahnya.

"Tadi wartawan kecil upahan UMNO, gesa saya supaya bersumpah, tapi saya tahan dulu kerana ulama halang saya bersumpah", kata Anwar yang tidak menggunakan perhimpunan itu untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.

Dalam ceramah Dr Asri, hakikatnya cabaran itu ditujukan khusus kepada Anwar dan Saiful, walaupun tidak menyebut nama, tetapi maksudnya amat jelas kepada sesiapa yang mendengarnya.

Benarkah Anwar sendiri menelefon Dr Asri bertanyakan soal sumpah itu ? wallahualam. Tetapi sebelum-sebelum ini, banyak kata-kata Anwar disulami dengan pembohongan untuk menyelamatkan diri.

"Come on la..apa susah sangat bersumpah..sebut wallahi wabillahi wattalahi, saya tidak meliwat budak tu, habis cerita", cabar Dr Asri dalam salah satu ceramahnya.

Apakah semua ini satu perancangan Anwar untuk memalukan Dr Asri, setelah bekas mufti Perlis itu bercakap benar, menyerunya supaya bersumpah ?

Bagaimana Anwar telah memperlakukan kepada musuh-musuh politiknya, Dr Mahathir yang digelarnya "firauan" dan Najib yang digelarnya "Altantuya" dalam setiap kali ceramah-ceramahnya, begitulah juga Anwar memalukan Rahim Tambi Chik, Ibrahim Ali, Aziz Shamsuddin dan ramai lagi. Begitulah Anwar penuh dengan hasad dengki dan dendam kasumat ke atas musuh-musuh yang mendedahkan perkara sebenar.

Apatah lagi dengan Dr Asri yang menjadikan Dr Matahthir sebagai sumber rujukan dan dikatakan pada awalnya menerima tawaran Najib sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru..

Apakah ini semua tidak menguggat kredibiliti Anwar ? Dalam minda kotor Anwar, sesiapa yang berkawan dengan Dr Mahathir dan Najib adalah musuh politiknya..

Orang itu harus diperangi habis-habisan. Mulutnya perlu ditutup, dirinya perlu dimalukan, agar apa yang dicabar selepas ini sudah kehilangan bisanya.

JAIS telah menahan Dr Asri malam ini. Nampaknya Dr Badrul Amin, penyokong totok Anwar yang banyak memaki hamun Dr Asri dan Datuk Haronsani boleh tidur lena, kerana salah satu daripada cita-citanya sudah tercapai.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Isu Wahabi Gimit

Kenapa ketika ini baru timbul soal Wahabi, hingga JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menahan Dr Asri Zainal Abidin, Bekas Mufti Perlis, 12.10 tengah malam (Ahad, setelah selesai menyampaikan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ?

Kenapa sekarang baru timbul soal wahabi, sedangkan Dr Asri jugalah orang yang pernah berdebat dengan Astora Jabat dan pernah menjadi mufti Perlis satu ketika dulu ?

Apakah semua ini konspirasi yang ada kaitan dengan tawaran Najib mahu melantik Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM (Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia) ?

Konspirasi ini nampaknya begitu tersusun, bermula dengan penghantaran memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, pada 12 Oktober 2009, membantah pelantikan Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru, kemudian disusuli dengan penangkapan JAIS.

Siapa dalang di sebalik Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)yang menghantar memorandum itu ?

Melihat NGO-NGO yang menyokong memorandum PGSM seperti Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah malaysia (JIM, dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) seolah-olah kita sudah menjejaki motif sebenar Dr Asri perlu dimalukan.

JAIS adalah di bawah bidangkuasa kerajaan Selangor. Semua itu akan membawa ke destinasi sebenar kenapa Dr Asri perlu ditangkap.

Orang yang pertama menggesa Anwar bersumpah untuk membersihkan isu liwatnya adalah Dr Asri.

"Dah lama, kita tunggu Anwar bersumpah ni, (sejak dari tahun 1998 lagi)", cabar Dr Asri kepada Anwar.

Cabaran Dr Asri yang ketika itu Mutfi Perlis menyebabkan Anwar kehabisan peluru untuk membidas balik hujah Dr Asri itu.

Semasa Anwar dan Kamar Anoniah (peguam Anwar/ABIM) membawa kes liwat ke mahkamah syariah, wartawan masih bertanya tentang cabaran bersumpah Dr Asri.

"Bagaimana komen datuk, berkenaan cabaran Mufti Perlis supaya bersumpah?", soal wartawan.

"er..er.. Saya dah telefon dr Asri..dia tak tuju kepada saya..itu kenyataan umum", jawab Anwar dengan nada marah.

Anwar tidak senang dan akan marah apabila ada pihak terutamanya dari badan berautoriti agama mempersoalkan tentang keengganannya bersumpah.

Sumpah seperti menjadi fobia yang amat ditakuti oleh Anwar.

Anwar pernah menyeranah wartawan Agendadaily dengan muka yang bengis ketika bertanyakan persoalan sumpah.

"Anda dari mana ?", soal Anwar.

"Dari Agendadaily?", jawab wartawan itu.

" Oh...Apa motif saudara bertanyakan soalan itu. Motif politik atau apa?" soal Anwar balas dengan nada yang tinggi.

Pada sebelah malamnya, semasa Anwar berceramah di Stadium Melawati, Anwar ternyata cukup terganggu dengan soalan wartawan itu. Anwar memperlekehkan wartawan itu di dalam ceramahnya.

"Tadi wartawan kecil upahan UMNO, gesa saya supaya bersumpah, tapi saya tahan dulu kerana ulama halang saya bersumpah", kata Anwar yang tidak menggunakan perhimpunan itu untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya.

Dalam ceramah Dr Asri, hakikatnya cabaran itu ditujukan khusus kepada Anwar dan Saiful, walaupun tidak menyebut nama, tetapi maksudnya amat jelas kepada sesiapa yang mendengarnya.

Benarkah Anwar sendiri menelefon Dr Asri bertanyakan soal sumpah itu ? wallahualam. Tetapi sebelum-sebelum ini, banyak kata-kata Anwar disulami dengan pembohongan untuk menyelamatkan diri.

"Come on la..apa susah sangat bersumpah..sebut wallahi wabillahi wattalahi, saya tidak meliwat budak tu, habis cerita", cabar Dr Asri dalam salah satu ceramahnya.

Apakah semua ini satu perancangan Anwar untuk memalukan Dr Asri, setelah bekas mufti Perlis itu bercakap benar, menyerunya supaya bersumpah ?

Bagaimana Anwar telah memperlakukan kepada musuh-musuh politiknya, Dr Mahathir yang digelarnya "firauan" dan Najib yang digelarnya "Altantuya" dalam setiap kali ceramah-ceramahnya, begitulah juga Anwar memalukan Rahim Tambi Chik, Ibrahim Ali, Aziz Shamsuddin dan ramai lagi. Begitulah Anwar penuh dengan hasad dengki dan dendam kasumat ke atas musuh-musuh yang mendedahkan perkara sebenar.

Apatah lagi dengan Dr Asri yang menjadikan Dr Matahthir sebagai sumber rujukan dan dikatakan pada awalnya menerima tawaran Najib sebagai Yang Dipertua YADIM yang baru..

Apakah ini semua tidak menguggat kredibiliti Anwar ? Dalam minda kotor Anwar, sesiapa yang berkawan dengan Dr Mahathir dan Najib adalah musuh politiknya..

Orang itu harus diperangi habis-habisan. Mulutnya perlu ditutup, dirinya perlu dimalukan, agar apa yang dicabar selepas ini sudah kehilangan bisanya.

JAIS telah menahan Dr Asri malam ini. Nampaknya Dr Badrul Amin, penyokong totok Anwar yang banyak memaki hamun Dr Asri dan Datuk Haronsani boleh tidur lena, kerana salah satu daripada cita-citanya sudah tercapai.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Oct 28, 2009

Kematangan Politik Kita Tidak Berdemokrasi?

SEJAK bilakah keganasan menjadi lumrah politik tanah air?

Pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, beberapa orang menunjukkan luka dan cedera yang dikatakan disebabkan serangan lawan. Ada yang berkata, serangan dirancang oleh gerombolan yang memang hendak mencari gaduh. Semua pihak dituduh, dan semua pihak juga cepat menunjukkan lebam akibat dianiaya.

Jika betullah buku lima menjadi salah satu modal demokrasi kita, rasanya kematangan politik masih kurang di kalangan kita walaupun sudah berpuluh tahun berdemokrasi, serta sedozen pilihan raya umum dan ratusan pilihan raya kecil diadakan.

Nampaknya, semakin lama kita menjunjung proses pungutan suara dan undi, seakan semakin mundur pula kematangan kita.

Apa tidaknya, kini pada setiap pilihan raya ada saja orang tidak dapat mengawal perasaan. Kata-kata kesat terlalu mudah dilaungkan, mudah diapi-apikan semangat dan syak wasangka ditimbulkan terhadap lawan. Budi bicara dan budaya yang tinggi serta hemah mulia hanya jadi slogan yang mudah tercicir bila berkempen.

Lawan bukan saja ditentang fahaman politiknya, tetapi mereka juga dicop jahat dan hendak memusnah dan menjahanamkan kita, maka eloklah siap bawa kayu dan batu, pisau dan parang ketika berkempen. Maklumlah orang nak aniaya kita.

Jadi kempen politik kita bukan untuk berlawan ideologi, tetapi menanam kebencian dan marah. Rasanya tiada banyak pihak yang boleh berkata mereka terselamat daripada cara berpolitik sebegini.

Kematangan politik bermakna kita boleh menentukan di mana sepatutnya ideologi dan fahaman politik kita berakhir, dan di mana nilai hidup kita bermula. Walaupun berlainan politik, kita patut boleh sembahyang sesaf, makan setalam, boleh bertegur sapa di kenduri kendara.

Jika berdebat pun, sepak dan terajang tidak naik dan leher tidak tegang. Kematangan bermakna kita tahu merayakan kemenangan, dan menerima kekalahan. Kita mesti sedar bukan semua orang suka atau tidak suka kita.

Kematangan seseorang jelas dengan bagaimana dia membawa diri bila tewas, susah merempat. Adakah dia menerima semuanya sebagai takdir, atau kita terus salahkan orang.

Apabila kalah, kematangan terserlah jika keputusan dihormati dan lawan diucapkan tahniah. Bukannya mencari salah orang apabila tidak berjaya, atau mengada-adakan teori konspirasi yang menghalang kejayaannya, kerana sudah tentu dia dan politiknya suci dan dia 'terpilih' dan tidak boleh kalah. Jika kalah, sudah tentulah disebabkan kerja jahat orang!

Jika ini yang selalu dilaungkan pemimpin, dan jika segala kekalahan diikuti dengan tuduhan salah laku, konspirasi dan tindakan jahat lawan, maka tidak hairanlah jika kempen pilihan raya kita menjadi panas membara.

Kematangan bererti menghormati proses dan keputusan, kerana jika tidak, kita bersama akan menghakis demokrasi di negara kita.

Pemimpin politik perlu bertanggungjawab kerana mereka mempunyai pengaruh yang besar. Jika mereka menghalang kutuk mengutuk sudah tentu ia tidak mungkin berleluasa, tetapi jika tidak, naiklah tocang pengikut. Jika mereka mengapikan keadaan pula, rasanya tidak pelik jika ada pengikut yang melompat dan kencing berlari.

Murahlah nilai politik kita jika cara hendak menang ialah dengan mencari keburukan orang, dan bukannya menonjolkan kebaikan kita. Apakah yang kita perjuangkan jika modal mencari undi ialah melalui cercaan dan memperlekeh lawan. Politik negatif seperti ini memang selalu membuahkan hasil, tetapi di manakah nilai kita.

Jika kita tidak suka pemain bola yang mudah jatuh bila tersentuh, serta mahu menunjukkan lawannya jahat, kita juga tidak suka ahli politik yang oportunis tidak bertempat walaupun cara begitu membawa kejayaan kepadanya.

Kita bimbang bila berkumpul kita mudah hilang pedoman. Psikologi gerombolan membolehkan kita menjadi lebih berani bila ramai, lebih garang bila berduyun dan mudah memuncak bila berkumpul. Marah kita bertambah bila orang di kiri dan kanan berapi-api, dan kita mudah hilang kewarasan. Oleh itu, kerana politik kita mudah bergaduh pada hari penamaan calon, serta ketika berkempen. Ahli politik yang bijak sudah tentu berupaya menarik perasaan kita ke sana ke sini.

Jutaan rakyat melihat, ada yang suka, dan mungkin juga ada yang meluat tengok politik samseng ini. Jutaan rakyat juga tahu bila mereka melihat sandiwara, atau cerita sebenar. Ahli politik perlu berhati-hati kerana sokongan yang dicapai mungkin akan hilang jika orang meluat dengan tindak tanduk mereka pada pilihan raya dan sebagainya.

Ahli politik janganlah cuba menangguk di air yang keruh. Adalah terlalu mudah untuk menanam kebencian dan menjadikan proses demokrasi sebagai medan bermusuh, dan bukannya gelanggang di mana pendapat dan ideologi diperjuang, dicabar atau digilap.

Perkataan seperti berjuang atau jihad memang boleh memberi nilai emosi yang lebih, dan adakala ada terbawa-bawa. Proses politik ialah untuk menentukan masa hadapan dan arah tujuan, bukannya lebih daripada itu.

Kematangan politik juga bermakna kita tahu bila kita bangun keesokan hari dan perlu terus mencari makan, membina keluarga serta membela bangsa dan negara, walau apapun keputusan pilihan raya.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

SEJAK bilakah keganasan menjadi lumrah politik tanah air?

Pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, beberapa orang menunjukkan luka dan cedera yang dikatakan disebabkan serangan lawan. Ada yang berkata, serangan dirancang oleh gerombolan yang memang hendak mencari gaduh. Semua pihak dituduh, dan semua pihak juga cepat menunjukkan lebam akibat dianiaya.

Jika betullah buku lima menjadi salah satu modal demokrasi kita, rasanya kematangan politik masih kurang di kalangan kita walaupun sudah berpuluh tahun berdemokrasi, serta sedozen pilihan raya umum dan ratusan pilihan raya kecil diadakan.

Nampaknya, semakin lama kita menjunjung proses pungutan suara dan undi, seakan semakin mundur pula kematangan kita.

Apa tidaknya, kini pada setiap pilihan raya ada saja orang tidak dapat mengawal perasaan. Kata-kata kesat terlalu mudah dilaungkan, mudah diapi-apikan semangat dan syak wasangka ditimbulkan terhadap lawan. Budi bicara dan budaya yang tinggi serta hemah mulia hanya jadi slogan yang mudah tercicir bila berkempen.

Lawan bukan saja ditentang fahaman politiknya, tetapi mereka juga dicop jahat dan hendak memusnah dan menjahanamkan kita, maka eloklah siap bawa kayu dan batu, pisau dan parang ketika berkempen. Maklumlah orang nak aniaya kita.

Jadi kempen politik kita bukan untuk berlawan ideologi, tetapi menanam kebencian dan marah. Rasanya tiada banyak pihak yang boleh berkata mereka terselamat daripada cara berpolitik sebegini.

Kematangan politik bermakna kita boleh menentukan di mana sepatutnya ideologi dan fahaman politik kita berakhir, dan di mana nilai hidup kita bermula. Walaupun berlainan politik, kita patut boleh sembahyang sesaf, makan setalam, boleh bertegur sapa di kenduri kendara.

Jika berdebat pun, sepak dan terajang tidak naik dan leher tidak tegang. Kematangan bermakna kita tahu merayakan kemenangan, dan menerima kekalahan. Kita mesti sedar bukan semua orang suka atau tidak suka kita.

Kematangan seseorang jelas dengan bagaimana dia membawa diri bila tewas, susah merempat. Adakah dia menerima semuanya sebagai takdir, atau kita terus salahkan orang.

Apabila kalah, kematangan terserlah jika keputusan dihormati dan lawan diucapkan tahniah. Bukannya mencari salah orang apabila tidak berjaya, atau mengada-adakan teori konspirasi yang menghalang kejayaannya, kerana sudah tentu dia dan politiknya suci dan dia 'terpilih' dan tidak boleh kalah. Jika kalah, sudah tentulah disebabkan kerja jahat orang!

Jika ini yang selalu dilaungkan pemimpin, dan jika segala kekalahan diikuti dengan tuduhan salah laku, konspirasi dan tindakan jahat lawan, maka tidak hairanlah jika kempen pilihan raya kita menjadi panas membara.

Kematangan bererti menghormati proses dan keputusan, kerana jika tidak, kita bersama akan menghakis demokrasi di negara kita.

Pemimpin politik perlu bertanggungjawab kerana mereka mempunyai pengaruh yang besar. Jika mereka menghalang kutuk mengutuk sudah tentu ia tidak mungkin berleluasa, tetapi jika tidak, naiklah tocang pengikut. Jika mereka mengapikan keadaan pula, rasanya tidak pelik jika ada pengikut yang melompat dan kencing berlari.

Murahlah nilai politik kita jika cara hendak menang ialah dengan mencari keburukan orang, dan bukannya menonjolkan kebaikan kita. Apakah yang kita perjuangkan jika modal mencari undi ialah melalui cercaan dan memperlekeh lawan. Politik negatif seperti ini memang selalu membuahkan hasil, tetapi di manakah nilai kita.

Jika kita tidak suka pemain bola yang mudah jatuh bila tersentuh, serta mahu menunjukkan lawannya jahat, kita juga tidak suka ahli politik yang oportunis tidak bertempat walaupun cara begitu membawa kejayaan kepadanya.

Kita bimbang bila berkumpul kita mudah hilang pedoman. Psikologi gerombolan membolehkan kita menjadi lebih berani bila ramai, lebih garang bila berduyun dan mudah memuncak bila berkumpul. Marah kita bertambah bila orang di kiri dan kanan berapi-api, dan kita mudah hilang kewarasan. Oleh itu, kerana politik kita mudah bergaduh pada hari penamaan calon, serta ketika berkempen. Ahli politik yang bijak sudah tentu berupaya menarik perasaan kita ke sana ke sini.

Jutaan rakyat melihat, ada yang suka, dan mungkin juga ada yang meluat tengok politik samseng ini. Jutaan rakyat juga tahu bila mereka melihat sandiwara, atau cerita sebenar. Ahli politik perlu berhati-hati kerana sokongan yang dicapai mungkin akan hilang jika orang meluat dengan tindak tanduk mereka pada pilihan raya dan sebagainya.

Ahli politik janganlah cuba menangguk di air yang keruh. Adalah terlalu mudah untuk menanam kebencian dan menjadikan proses demokrasi sebagai medan bermusuh, dan bukannya gelanggang di mana pendapat dan ideologi diperjuang, dicabar atau digilap.

Perkataan seperti berjuang atau jihad memang boleh memberi nilai emosi yang lebih, dan adakala ada terbawa-bawa. Proses politik ialah untuk menentukan masa hadapan dan arah tujuan, bukannya lebih daripada itu.

Kematangan politik juga bermakna kita tahu bila kita bangun keesokan hari dan perlu terus mencari makan, membina keluarga serta membela bangsa dan negara, walau apapun keputusan pilihan raya.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Oct 21, 2009

Anak Kecil Main Api - Membakar Diri Sendiri

Walaupun sudah lebih setahun setengah bergelar Ahli Parlimen, namun N. Gobalakarishnan (PKR-Padang Serai) masih terus ditegur Speaker berhubung tingkah laku beliau yang tidak sepatutnya.

Pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (2009) hari ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar terpaksa meninggi suara dengan memintanya bersikap gentleman.

"Padang Serai! Yang Berhormat Padang Serai, saya minta berperangai macam gentelman sedikitlah.

"Dengarlah cakap Speaker. Kalau kita macam ini, kita menghina kerusi ini Yang Berhormat. Saya dipilih di sini macam Yang Berhormat juga," tegasnya.

Sebelum itu, Gobalakrishnan masih terus bercakap dalam nada tinggi ketika Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersedia menjawab soalannya tentang kes mahkamah Narsco Holdings.

Beliau yang mencelah ketika giliran Mohd. Shafie menggulung terus tidak berpuas hati walaupun telah diminta supaya berhenti bercakap dan memberikan peluang untuk jawapan diberikan.

"Mahu tunggu apa, tunggu sehingga Kerajaan Pusat tak ada duit, sampai bankrap?" jerit Gobalakrishnan.

Selepas Wan Junaidi menegur Gobalakrishnan, Mohd. Shafie dengan tenang membidas balik kata-kata wakil pembangkang itu.

"Apa yang Padang Serai dok bimbang kata kerajaan ini (Pusat) bankrap.

"Sedangkan kerajaan negeri yang diperintah pembangkang pun dok minta bantuan daripada Kerajaan Pusat," katanya.

Jawapan itu menyebabkan penyokong kerajaan bersorak dan menepuk meja tanda sokongan kepada Mohd. Shafie.

Terdahulu, Gobalakrishnan turut bangun mencelah dengan menyifatkan permasalahan yang timbul sekarang adalah kerana corak pentadbiran dan cara pegawai RISDA bekerja.

"Apakah masalah sebenar yang tak dapat diselesaikan ini? Baru-baru ini dalam surat khabar diceritakan masalah Narsco, hutang bertimbun dan yang hadapi masalah ialah pekebun kecil yang bergantung orang tengah, jadi saya harap menteri boleh selesaikan masalah ini.

"Jangan serupa menteri sebelum ini, pergi balik, pergi balik masalah tak selesai. Ini cukup memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN). Kerana pegawai-pegawai, kerajaan BN malu," jelasnya.

Menjawab tuduhan Gobalakrishnan itu, Mohd. Shafie berkata, bukanlah cara kerajaan BN mentadbir dengan menukar semua pegawai apabila setiap kali kementerian bertukar menteri.

"Dan sesungguhnya isu yang dibangkitkan ini tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan Risda tetapi ia berkait rapat dengan urusniaga Narsco Commodities.

"Risda mahupun kementerian tidak mempunyai kuasa campur tangan dalam isu dalam syarikat berkenaan dan sekadar boleh memberi nasihat sahaja. Tambahan pula kes ini telah diputuskan mengikut saluran perundangan," ujarnya.

Mengenai dakwaan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) berhubung bantuan kepada pekebun kecil diberi mengikut faktor politik di Kelantan, Mohd. Shafie berkata, perkara itu hanya suatu persepsi.

"Itulah mentaliti kita, persepsi politik. Adakah apa yang dilakukan Kerajaan Pusat untuk orang UMNO sahaja? Pernahkah ditanya kepada seorang murid sekolah apakah bapanya orang UMNO atau tidak kerana sekolah itu dibina kerajaan BN. Tak ada pun.

"Kalau benar ada kes seperti yang dibangkitkan (Siti Zailah) boleh dimajukan kepada saya. Saya tak ada masalah," katanya.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Pembangunan Kelantan Sejak 20 Tahun ?

Kejayaan Nik Aziz menerajui Kelantan lebih hebat daripada kejayaan Tun Mahathir menerajui Malaysia. Perbandingan yang begitu menbodohkan namunia boleh diterima oleh penyokong PAS sebagai Kehebatan Nik Aziz 19 tahun.

MENTERI Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, kejayaan menerajui negeri Kelantan selama 19 tahun dapat dilihat dengan 20 kejayaan seperti di bawah. Kita lihat benar atau sekadar mengaburi mata rakyat Kelantan. Sekiranya Nik Aziz merupakan bapa pemodenan Kelantan, agaknya Nik Aziz akan mentadbir Kelantan 20 tahun akan datang!

1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,

abe MIE- Kebajikan dengan menuduh UMNO parti kafir dan menghemburkan kata-kata yang mengarut atas dasar politik. Memperjudikan agama untuk politik dan periuk nasi PAS dan mengaibkan orang lain. Itulah kebajikan.

2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,

abe MIE- Gudang Garam ke! Pelabuhan pun tak ada kat Kelantan, gudang pula didirikan untuk simpan apa. Nak simpan tembakau boleh lah atau simpan mercun yang diseludup dari negara Thailand.

3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,
abe MIE- Cuba bandingkan dengan Terengganu mana lebih baik.

4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,

abe MIE- Itu kerja PAS ke atau peranan dan kejayaan yang dilakukan oleh Felda, Felcra, Mardi dan pelbagai agensi kerajaan yang lain.

5. sawah bendang menguning setiap musim,

abe MIE- Bukan kah itu kerja Allah. Boleh ke Nik Aziz menyuburkan sawah. Kalau begitu, Nik Aziz kena pergi ke Afrika bantu negara Islam yang miskin kekurangan makanan. Baja untuk penanaman padi pun disumbang oleh kerajaan BN.

6. hutan dan lurah sedia ditereskan,

abe MIE- memang pun sebab itulah EXCO PAS sudah dapat banyak subkontrak dari kayu balak. Nik Aziz mengaku mengenai perkara ini.

7. kadar kemiskinan menjunam turun,

abe MIE- atau lebih ramai menjunam jadi miskin kerana kekurangan pekerjaan sedangkan jumlah penduduk bertambah.

8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,

abe MIE- Yang untung Cina yang buka pasar raya. Peniaga Melayu gulung tikar sebab tidak mampu menandingi harga di pasar raya yang lebih murah.

9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,

abe MIE- PAS ada syarikat aUtomotif seperti proton dan produa? Bukan kah itu dasar BN. Nik Aziz pun tidak guna kereta Perdana. Dan satu lagi, banyak kereta second hand kat Kelantan- nak jual kat Selangor dan KL dah tak laku sebab orang guna kereta baru. Nak beli kereta baru mana ada duit, kerja gaji murah lain lah kalau bekerja sebagai penjawat awam.

10. taman perumahan melebar ke serata negeri,

abe MIE- masalahnya yang untung tokey-tokey Cina yang bekal simen aje. Melayu kerja gaji murah.

11. bandar lama dan baru makin berkembang,

abe MIE- Ada dua tiga bandar sudah naik, namun harga makanan dan minuman setaraf harga yang dijual di bandaraya KL. Gaji ekerja tidak dibayar mengikut taraf KL pula.

12. kehadiran pelancong terus melonjak,

abe MIE- Ramai pergi melawat tokong Budha tertinggi di Asia. Hendak melawat 'Tamadun Islam', mana ada, setakat berjalan ke rumah Nik Aziz atau nak lihat rumah besar pergi ke rumah menantu Nik Aziz.

13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,

abe MIE- Macamlah negeri lain tak ada expo. Tokeh Cina kaya sebab menyediakan permainan yang pernah dianggap oleh PAS sebagai hiburan melalaikan pada satu ketika dahulu. Itupun bukan semua tempat ada expo.

14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,

abe MIE- Itu bukan BN yang bayar setiap bulan. Bila akhir tahun, minta bonus lebih.
15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun

abe MIE- Sebab gaji guru pun dibayar mengikut gred SPM walaupun kelulusan Universiti.

16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan

abe MIE- BN yang buat UMK, USM Kubang Kerian dan lain-lain lagi tetapi, PAS dapat nama, macam lembu punya susu, sapi dapat nama.

17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi

abe MIE- Kilang kat seluruh Kelantan belum tentu dapat menandingi kilang yang ada di kawasan Klang (selangor) sahaja. Bukannya banyak. Kalau tidak abe MIE pun kerja sana.

18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku

abe MIE- Betul, sebab itulah masalah bekalan air masih belum diselesaikan sejak 10 tahun.

19. punca hasil baru terus diterokai

abe MIE- Apa dia hasil baru! Tahi lembu jadi makanan untuk ahli PAS ke?

20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.

abe MIE- Sebab itulah PAS hendak minta royalti Petronas untuk melunaskan hutang.

Ulasan abe MIE- Adakah kejayaan Nik Aziz setanding dengan apa yang dilakukan oleh pemerintahan Tun Mahathir yang digelar sebagai Mahafiraun dan zalim? Adakah kejayaan berkenaan telah dibandingkan dengan jiran lain seperti Terengganu dan Pahang?

Menipu dan mengaburi mata rakyat Kelantan adalah kerja PAS. Kejayaan menerajui Kelantan selama 19 tahun atas dasar menjadikan Kelantan setaraf negeri Selipar Jepun. Yang menggunakan kasut ialah orang Cina juga sedangkan rakyat Kelantan lebih 80% adalah orang Islam dan Melayu. Sebilangan kecil mereka yang mendapat hak pembalakan di Kelantan juga memakai kasut.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang