Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Apr 20, 2015

Pakar Antarabangsa: Rasuah di Malaysia terkawal .


KUALA LUMPUR 19 April – Seorang pakar antarabangsa berpendapat masalah rasuah di Malaysia adalah terkawal dan perkara ini terbukti melalui pelaburan yang terus meningkat.
Michael Hershman, pengasas bersama Transparency International (TI), sebuah badan bukan kerajaan yang memantau dan memberi publisiti tentang amalan rasuah dalam badan korporat serta politik antarabangsa, berkata pelaburan tidak akan berkembang di negara yang dikuasai rasuah.
“Rasuah menghalau pelaburan dari sesebuah negara. Tetapi, Malaysia mendapat pujian sebagai sebuah negara yang bersifat mesra dengan negara lain dalam menjalankan perniagaan,” katanya dalam sesi temu bual di sini.
Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tangga ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada 178 negara, dengan memperoleh 70.8 mata.
Menurut laporan itu, mata yang diperoleh Malaysia meningkat 1.2 sejak tahun lepas, dengan kadar penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan untuk berniaga dan kebebasan untuk berdagang, mengatasi kemerosotan dari segi kebebasan buruh dan pengurusan perbelanjaan kerajaan.
Sambil menegaskan bahawa tiada negara yang bebas sepenuhnya daripada rasuah, Hershman berkata masalah rasuah bukan berpunca daripada kerajaan semata-mata, dan oleh itu, rakyat perlu berhenti daripada menyalahkan kerajaan.
“Memang mudah untuk menyalahkan kerajaan, ‘mereka selalu dianggap sebagai pihak yang jahat’, tetapi rasuah tidak akan wujud jika manusia tidak terlibat dengannya. Oleh itu, daripada bertanya apakah yang patut kerajaan lakukan, eloklah kita bertanya diri sendiri, apakah yang boleh kita lakukan untuk memerangi rasuah,” kata beliau.
“Masalahnya ialah berapa ramai yang bersedia berkata ‘tidak’ kepada rasuah,” katanya ambil menjelaskan bahawa terdapat laporan bahawa orang ramai keberatan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang amalan rasuah.
Hershman bagaimanapun memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana menyediakan talian khas untuk orang ramai membuat laporan kerana langkah itu membuat mereka lebih yakin untuk tampil memberi maklumat.
Beliau mengesyorkan agar Malaysia mendidik rakyatnya sejak di peringkat sekolah rendah lagi tentang usaha memerangi rasuah untuk membebaskan negara ini daripada perbuatan keji itu.
“Anak-anak kita perlu dididik tentang perbezaan antara perkara betul dan salah kerana rasuah tidak boleh dihapuskan semata-mata dengan menjatuhi hukuman penjara, tetapi dengan mendidik masyarakat dan mencegah mereka daripada melakukannya,” kata beliau. -BERNAMA

Apr 17, 2015

RAKYAT SARAWAK BIDAS ARTIKEL FMT.


Begitu juga dengan beberapa komen yang diberikan di dalam protal FMT itu yang dilihat mereka ini bukan rakyat Sarawak malah jauh sekali tinggal dan mengenali Sarawak. Atas sebab itu mereka ini mudah terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang ditulis penulis artikel FMT.
Apabila membaca artikel ini ternyata penulisnya tidak begitu arif tentang pentadbiran mahupun latar belakang politik Sarawak, sebaliknya tujuan artikel itu lebih kepada mencemar imej Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Sepanjang tempoh Adenan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, telah banyak pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan di Sarawak dalam usaha memastikan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak telus dan bebas sebarang tuduhan.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, pemerintahan Adenan adalah berfokus dan semuanya untuk rakyat.
“Ini merangkumi pencegahan rasuah, memerangi pembalakan haram, menurunkan kadar tarif elektrik dan banyak lagi.
“Dalam menjaga hak rakyat Sarawak, Adenan turut mengambil langkah berkesan dengan tidak membenarkan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab bagi menghasut rakyat Sarawak,” katanya ketika mengulas pemerintahan Ketua Menteri Sarawak.
Timbalan Yang DiPertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg menyatakan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak telah memberi perubahan kepada pentadbiran Sarawak secara keseluruhannya.
“Ini dibuktikan dengan beberapa dasar baru yang telah digarap Ketua Menteri terutama yang membabitkan pembalakan haram.
“Tindakan tegas Ketua Menteri dalam mempertahankan kawasan hutan di Sarawak daripada terus dimonopoli oleh golongan yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya lagi.
Apa yang dilakukan Ketua Menteri Sarawak suatu pendekatan yang mudah diterima rakyat Sarawak melalui pendekatan sederhana tetapi terus kepada rakyat.
“Beliau telah melakukan pendekatan yang baik menerusi kesederhanaan dan menjaga keharmonian kaum.
“Labih penting, Adenan mengutamakan keperluan rakyat khususnya dalam memperjuangkan hak rakyat Sarawak seiring dengan pembangunan yang berlaku di Semenanjung Malaysia,” jawabnya ketika ditanya soalan berhubung pandangan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.
Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP, Dato Sri Wong Soon Koh berkata Ketua Menteri Sarawak kini telah menjadi pemimpin kesayangan Sarawak disebabkan pentadbirannya yang adil dan saksama untuk semua kaum.
“Ini dapat dilihat apabila Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan bukan RM3 juta tetapi RM4 juta kepada sekolah jenis kebangsaan di Sarawak,” jelasnya yang begitu gembira dengan pengumuman Ketua Menteri itu.
Adenan juga kini sedang dalam melihat keperluan sijil pendidikan sekolah jenis kebangsaan untuk diambil perhatian kerana berpendapat sudah tiba masanya sijil persekolahan mereka ini diiktiraf.
Dalam pada itu, bagi Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr. James Jemut Masing melihat Adenan sebagai seorang ahli politik yang bercakap secara terus terang dan bukan bercakap kosong.
“Rakyat tidak perlu meragui apa yang telah dan akan dibuat Ketua Menteri Sarawak kerana semua ini untuk rakyat.
“Jangan berfikir dua kali mengenai apa yang mahu beliau lakukan dan membawa rakyat Sarawak untuk terus maju ke hadapan,” katanya dengan penuh pengharapan daripada rakyat Sarawak.
Adenan juga memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat termasuk pembangkang dalam mentadbir negeri ini melangkah ke abad ke-21 dengan jayanya.
Manakala, bagi Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Tan Sri William Mawan menyifatkan walaupun baru setahun menggalas jawatan Ketua Menteri Sarawak, tetapi kerana beliau orang lama dan berpengalaman maka tiada masalah untuk beliau mentadbir Sarawak.
“Walaupun baru setahun memegang jawatan Ketua Menteri, tetapi dengan pengalamannya dan orang lama dalam politik Sarawak telah membawa kecemerlangan kepada Sarawak,” jelasnya.
Banyak lagi tindakan yang tidak pernah difikirkan rakyat telah dan akan dilaksanakan Adenan antaranya menandatangani dan ikrar integriti, mengurangkan kadar tarif elektrik, merealisasikan Lebuh Raya Pan Borneo dan cadangan mahu menghapuskan tol-tol di Sarawak. KLXPress

Apr 16, 2015

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA .


KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION
US$1 bilion 3.043% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025
US$500 juta 4.236% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045

Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya menetapkan harga bagi Sijil Amanah bertempoh matang 10 tahun sebanyak US$1 bilion dan Sijil Amanah penanda aras bertempoh matang 30 tahun sebanyak US$500 juta (kedua-duanya “Sukuk”). Jumlah keseluruhan bagi Sukuk yang diterbitkan adalah US$1.5 bilion. Terbitan Sukuk bertempoh matang 30 tahun ini merupakan terbitan sukuk yang mempunyai tempoh matang yang terpanjang dalam sejarah sesebuah kerajaan.
Transaksi ini terlebih langganan dan telah menarik minat pelabur dengan langganan melebihi US$9 bilion daripada jumlah keseluruhan pelabur yang melebihi 450 akaun. Sukuk bertempoh matang 10 tahun terlebih langganan hampir 7 kali dan sukuk bertempoh matang 30 tahun pula terlebih langgan hampir 6 kali. Sukuk tersebut diterbitkan melalui sebuah syarikat bertujuan khas iaitu Malaysia Sovereign Sukuk Berhad dengan menggunakan struktur berlandaskan komoditi patuh Shariah, aset pajakan dan aset bukan fizikal yang menjana pendapatan (dalam bentuk hak ke atas penglibatan dalam pemberian perkhidmatan). Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang menerbitkan Sukuk seumpamanya.
Terbitan ini merupakan Sukuk dalam denominasi USD yang keempat bagi Kerajaan Malaysia berikutan kejayaan penerbitan Sukuk global pada tahun 2002, 2010 dan 2011. Hasil daripada terbitan Sukuk ini akan digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan am yang patuh Shariah, khususnya untuk penebusan Sijil Amanah 1Malaysia Sukuk Global Berhad berjumlah US$1.25 bilion yang akan matang pada Jun 2015 serta bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.
Menurut Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Kerajaan berasa bangga dengan pencapaian sebagai negara pertama yang memperkenalkan struktur Sukuk ini kepada pasaran kewangan Islam yang pesat berkembang dan amat berpuas hati dengan kejayaan transaksi ini serta keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kedudukan kredit Malaysia.
Sukuk tranche (bahagian) 10 tahun telah diagihkan kepada pelabur Timur Tengah (24%), Asia (50%), Eropah (16%) dan Amerika Syarikat (10%), sementara Sukuk tranche (bahagian) 30 tahun telah diagihkan kepada pelabur Timur Tengah (2%), Asia (50%), Eropah (19%) dan Amerika Syarikat (29%).

Transaksi ini berjaya ditetapkan pada tahap terendah dalam julat panduan harga yang disemak semula mencerminkan keyakinan pelabur, kedudukan sektor luar Malaysia yang kukuh, kewangan yang fleksibel, kedudukan fiskal yang kukuh serta ekonomi yang pelbagai dan berdaya saing. Sukuk ini dijangka diberi penarafan kredit A- oleh Standard and Poor’s Rating Services dan A3 oleh Moody’s Investors Services Limited.
Penetapan harga transaksi ini berjaya dilaksanakan setelah siri jelajah bagi mempromosi sukuk di peringkat global diadakan merentasi pusat kewangan utama, meliputi Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura, Abu Dhabi, Dubai, London dan New York. CIMB Investment Bank Berhad, The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited dan Standard Chartered Bank merupakan Joint Bookrunners dan Joint Lead Managers bagi terbitan Sukuk ini.

Kementerian Kewangan Malaysia

KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?


RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.
1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar  tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.
- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan  70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion
- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudka
n 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam
- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion
- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).
- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)
- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq
- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar  kita keluar dari Mesir.
- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.

English Version

The RM42billion borrowed by 1MDB did not just disappear. This is what you got for the money.

1) Bought and owns 15 power and desalination plants in five countries - with a net power generation capacity of 5594MW
- Egypt, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan and Malaysia.
- Largest IPP in Egypt and Bangladesh. Second largest in Malaysia.

2) Building 3 more new power plants
- 2000MW Jimah East Power at Port Dickson (to cost RM11b)
- 2000MW Gas Power Plant in Malacca - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (to cost RM1b) Solar Plant in Kedah - largest in Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Purchased 310acres of land for RM300m in Pulau Indah for energy-related projects. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Helped reduce IPP power cost to TNB by up to half in 2012 by negotiating for lower rates for existing and new power plants.
- this has helped freeze scheduled electricity price increase in July 2014, Jan 2015 and also allowed TNB to reduce electricity rates in Mar 2015 (first time in history that electricity rates reduced in Malaysian History) with another likely reduction of electricity rates in July 2015.

4) Conceptualized, planned and developed the RM40 billion Gross Development Value (GDV) 70 acre Tun Razak Exchange (TRX)
- expected to attract over 250 global companies, creating 500,000 jobs directly and indirectly
- become a global centre for international finance, trade and services particularly for Islamic Finance
- First Major sale and development is the RM8b project with Australia's largest company, Lend Lease signed in March 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Conceptualized, planned and developed the 495 acres Bandar Malaysia project with a GDV of RM155 billion
- includes connectivity via a 60-90minute High Speed Rail to Singapore and Kuala Lumpur's MRT (one station away from TRX).
- expected to speed up development of Malaysia's southern corridors with satellite growth areas in Seremban, Batu Pahat, Muar, Malacca and Bandar Nusajaya.

6) Buy, build and equip eight new military facilities for RMAF and PDRM costing RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru )
- including two new airfields – the 500acres RMAF base in Sendayan and PDRM's flying wing in Subang.

7) Planned and purchased land for some 30,000 low-cost and affordable housing projects throughout Malaysia – specifically in Penang (9999 units affordable homes with land cost of RM1.3b http://tinyurl.com/ous4pcj ) and the Klang Valley (20,000 units in Bandar Malaysia).

8) Undertake almost RM400million of CSR projects which include sending some 2,300 people between 2011 and 2014 to fulfil their pilgrimage, the tyre subsidy for taxi drivers under TR1MA 1.0 and 2.0, 15 halfway houses for students in Sarawak , rural electrification and water projects and 1Malaysia mobile clinics.  http://tinyurl.com/q225juq
- including repairing old homes for the poor under the Nadi Kasih programme in 2011, which cost them RM90.5 million.

9) Developed and deepened relationships with key Middle East countries – including the Saudi Arabia arrangement that has helped Malaysia increase the yearly Haj quota by 20,000 pilgrims and also helped evacuate students from Egypt.
- Generated interest and attracted tens of billions of investment from foreign countries – particularly from the governments and companies from the Middle East into Malaysia since 2009 in the various 1MDB projects and other non-1MDB projects.

Apr 15, 2015

HUTANG NEGARA : 7 SOALAN DAN 7 JAWAPAN


Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion.

Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, maka ramailah yang membuat anggapan bahawa kerajaan telah berhutang terlalu banyak dalam masa setahun ini.

Kerajaan ‘bail-out’ 1MDB. Kerajaan beli pesawat peribadi. Kerajaan boros. Kerajaan tidak pandai urus ekonomi? Rakyat akan bayar hutang negara? Kerajaan itu dan kerajaan ini. Benarkah?

1. Apakah yang dikatakan sebagai hutang luar negara?

Ianya merujuk kepada hutang yang diambil di dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia seperti Euro, USD, Yen daripada bank luar negara, kerajaan luar dan juga institusi kewangan seperti Bank Dunia dan IMF. Untuk rekod, Malaysia tidak mempunyai apa-apa pinjaman daripada Bank Dunia mahupun IMF.

Hutang ini adalah hutang yang bukan sahaja diambil oleh kerajaan, bahkan hutang yang diambil oleh syarikat awam, pihak swasta, dan individu. Ini bermakna hutang luar negara bukanlah 100% hutang kerajaan.

2. Mengapakah jumlah ini naik sebanyak tiga kali ganda?

Ini kerana standard laporan kewangan antarabangsa oleh IMF dalam mentakrif ‘hutang luar negara’ telah berubah pada 2014. Jika dahulu ia hanya merujuk kepada hutang luar kerajaan, hutang syarikat awam dan hutang sektor swasta, Tetapi kini ia turut merangkumi deposit dan hutang yang diambil orang warga asing.

Oleh yang demikian, definisi hutang telah diluaskan skopnya. Maka tidak hairanlah begitu banyak perkara yang dahulunya tidak dianggap hutang luar negara, tetapi sekarang digelar sebagai hutang luar negara. Pada 2013 hutang luar negara adalah RM196 billion. Sekiranya standard baru diguna pakai, jumlah tersebut akan menjadi RM696.6 billion.

Oleh yang demikian, kadar kenaikan hutang luar negara Malaysia tidaklah meningkat tiga kali ganda sebaliknya hanya naik 6.9%.

3. Mengapakah kadar hutang ini naik mendadak pada tahun lepas dan bukan tahun sebelumnya?

Ini kerana standard baru tersebut baru sahaja diperkenalkan pada tahun lepas.

4. Berapakah peratusan hutang kerajaan, hutang syarikat awam, hutang sektor swasta dan hutang yang diambil oleh warga asing?

Daripada jumlah RM 744.7 billion, 42% adalah deposit dan hutang warga asing, 37% adalah hutang sektor swasta, 10% adalah hutang syarikat awam, 9% adalah kredit pelaburan dan jaminan dan hanya 2% hutang kerajaan pusat.

Peratusan tinggi depositi dan hutang warga asing adalah berikutan permintaan yang tinggi terhadap bon/sekuriti terbitan kerajaan yang digunakan bagi projek pembangunan seperti MRT dan ETP.

5. Mengapakah terbitan bon/sekuriti tersebut perlu diambil kira?

Ia bertujuan bagi menilai liabiliti sesebuah negara. Ini termasuklah liabiliti jaminan dan liabiliti sebenar. Hutang yang diambil adalah seperti hutang 'offshore' kerajaan pusat untuk projek pembangunan ekonomi.

Ini adalah hutang yang ‘real’ dan dikira sebagai liabiliti sebenar, bermaksud kerajaanlah yang merupakan berhutang. Manakala dalam contoh bon terbitan MRT misalnya, ia diberi jaminan oleh kerajaan. Ini bermaksud hutang ini adalah liabiliti jaminan. Tetapi hutang ini hanyalah bersifat di atas kertas bagi kerajaan.

Begitu jugalah halnya dengan liabiliti kerajaan. Sebelum ini penilaian liabiliti sesebuah negara adalah dengan melihat liabiliti sebenar. Tetapi dalam memastikan kewangan sesebuah negara kukuh, iabiliti jaminan juga dimasukan.

6. Jadi berapakah hutang luar negara yang sebenar yang melibatkan kerajaan?

Hutang luar negara yang diambil oleh kerajaan pusat hanyalah sebanyak RM16.8 billion iaitu 2% daripada RM744.7 billion.

7. Adakah kadar hutang luar negara ini tinggi dan merisaukan?

Untuk perbandingan sama ada hutang luar negara Malaysia adalah tinggi ataupun tidak, kita boleh banding bezakan dengan negara-negara lain. Di Singapura, hutang luar negaranya adalah RM3.13 trillion. Korea Selatan pula adalah RM1.13 trillion. Indonesia, adalah RM927 billion. Kita juga boleh meneka berapa trillion agaknya hutang luar negara bagi negara seperti UK, Jepun, Germany, Perancis, Brazil, Turki dan lain-lain.

Oleh yang demikian, hutang luar negara Malaysia masih munasabah dan normal.

PRK Permatang Pauh: Undi BN adalah undi GST dan hutang 1MDB


Ringkasan: Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa mengundi BN adalah mengundi untuk GST.

Link:
http://www.roketkini.com/2015/04/13/prk-permatang-pauh-undi-bn-adalah-undi-gst-dan-hutang-1mdb/

Penjelasan:

Sifat hipokrisi, bermuka-muka dan berdusta pembangkang dalam isu GST jelas menyerlah dalam kenyataan seperti di atas. Pemimpin pembangkang membisu dan tidak mahu komen tentang pendirian yang telah mereka nyatakan sebelum ini berkaitan GST.

Apabila rang undang-undang GST ditarik balik dari Parlimen pada Mac 2010, parti-parti pembangkanglah yang menyelar kerajaan kerana mengubah keputusan. Sila lihat  http://gstmalaysiainfo.com/pakatan-flays-government-over-gst-delay/

Timbalan Presiden PKR pun pernah menyatakan pendirian bahawa mereka menerima GST adalah baik dan PR tidak menolaknya. Sila lihat
http://gstmalaysiainfo.com/pembangkang-tidak-pernah-tentang-gst-kata-azmin/

Ketua Pembangkang juga pernah berkata sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan, mereka juga akan melaksanakan GST. Sila lihat http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/opposition-would-also-implement-gst-if-in-power-says-anwar-bernama

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai pula berkata sekiranya PR memerintah, kajian semula akan dibuat ke atas GST. Sila lihat http://www.rakyattimes.com/index.php/news/3441-nurul-izzah-we-ll-review-gst-if-we-take-putrajaya

Persoalannya, sekiranya sekarang mereka membantah bermatian-matian pelaksanaan GST, kenapa tak dibuat sahaja satu ikrar kepada pengundi bahawa GST akan dimansuhkan secara total jika pembangkang berkuasa? Kenapa pula mahu buat kajian semula sedangkan selama ini mereka berhempas-pulas menentang dan mengatakan GST itu tidak baik kepada negara? Dalam konteks ini, masyarakat harus lihat dan sedar bahawa setakat ini tiada seorang pemimpin pembangkang yang mahu secara jelas dan terang membuat deklarasi mereka akan memansuhkan GST sekiranya berkuasa. Sebenarnya, pembangkang pun akan meneruskan GST. Kempen anti-GST sekarang hanyalah untuk meraih modal politik dan mengabui pengundi tentang niat sebenar mereka.

Apr 14, 2015

Chinese hackers targeted Malaysia for 10 years


SINGAPORE: A cyber espionage group most likely sponsored by China has been snooping on governments and businesses in Southeast Asia,including Malaysia and India undetected for the last ten years, Internet security company FireEye said Monday.

FireEye said the hackers, dubbed APT30, have been systematically stealing “sensitive information” since 2005, targeting governments, corporations and journalists with interest in China.

“Based on APT30′s confirmed targets and their intended victims, the group’s interests appear to concentrate on Southeast Asia regional political, economic and military issues, disputed territories and topics related to the legitimacy of the Chinese Communist Party,” the report said.

It said the campaign differs from other hacking outfits mostly in its scale and longevity, leading researchers to believe that it must be state-sponsored — and the focus of the group’s interests point to China.

“Such a sustained, planned development effort, coupled with the group’s regional targets and mission, lead us to believe that this activity is state-sponsored — most likely by the Chinese government,” said the report released by FireEye’s regional headquarters in Singapore.

There was no immediate reaction from China, but Beijing has always denied allegations of cyber espionage.

FireEye said the cyber espionage group has consistently developed and refined its tools over the past 10 years to carry out its operations.

Bryce Boland, FireEye’s chief technology officer for the Asia Pacific, said in a blog post that the region has some of the highest levels of targeted cyber attacks worldwide and many of these go undetected.

“This group (APT30) has been able to operate successfully and remain undetected for many years and has not even had to change their attack infrastructure — a clear sign that their victims don’t realise this is happening,” Boland wrote.

FireEye said the espionage group “expresses a distinct interest in organisations and governments associated with Asean, particularly so around the time of official Asean meetings” — where issues like the South China Sea dispute and international trade are discussed.

It said the espionage group’s data gathering tools indicate that it is “most likely trying to compromise Asean members or associates to steal information that would provide insight into the region’s politics and economics”.

-AFP

Apr 13, 2015

Nahas Heli: Cerita Datuk Wan Kadri Yang Terselamat


ROMPIN – Seminggu selepas terselamat dari nahas helikopter yang meragut enam nyawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain kelihatan lebih tenang.
“Hidup mesti diteruskan. Ini apa yang kita panggil takdir,” kata Wan Kadri, 50, merujuk kepada tragedi itu.
Pada Sabtu lalu, beliau sempat minum teh dengan Tan Sri Jamaluddin Jarjis di sebuah hotel di Pekan, Pahang selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada pukul 3 petang, beliau berkata mereka berada di SM Sains Pekan untuk berlepas ke Muadzam Shah.
Duduk di sebelah juruterbang dalam helikopter tujuh tempat duduk itu kelihatan seorang wanita yang tidak dikenali Wan Kadri.
“Tan Sri duduk di belakang mereka. Bersebelahan beliau adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.
Saya duduk di kerusi belakang mereka bersama dengan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan Razkan Seran (pengawal peribadi Jamaluddin),” katanya sambil mengimbas kembali detik-detik akhir menaiki helikopter tersebut.
“Tiada banyak perbualan semasa penerbangan itu tetapi saya masih ingat terdengar Jamaluddin bercakap mengenai rancangannya untuk membina rumah mampu milik untuk golongan belia di Muadzam Shah.
“20 minit kemudian, mereka mendarat di kawasan perindustrian di Muadzam Shah untuk meninjau lokasi tapak selama lima minit.
“Kemudian kami menuju ke Bandar Tun Razak untuk urusan rasmi lain. Namun, dalam masa beberapa minit selepas helikopter berlepas, kami menyedari cuaca buruk.
“Jadi Tan Sri memberitahu juruterbang untuk terus terbang ke The Mines di Kuala lumpur. Saya beritahu beliau tidak boleh ikut serta ke Kuala Lumpur kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Dia bersetuju dan menurunkan saya. Jadi saya meminta untuk diturunkan di sekitar kawasan Kota Bahagian,” katanya.
Juruterbang itu menurunkan Wan Kadri di sebuah padang di Kota Bahagian kira-kira 3.50 petang dan beliau menghubungi seseorang untuk menjemputnya di bandar Muadzam Shah yang terletak 25 kilometer dari Kota Bahagian.
“Kira-kira pukul 5.10 petang, seorang kakitangan Tan Sri datang berjumpa saya dan memaklumkan bahawa Tan Sri tak sampai di Mines seperti dijadualkan.
“Saya menghubungi Tan Sri. Tiada bunyi deringan telefon. Saya menghubungi Raska, juga tiada bunyi deringan telefon. Kemudian saya hubungi Datuk Tan dan ianya berdering tetapi tidak berjawab,” katanya.
Sebaik sahaja terdengar berita awal mengenai tiga mayat telah ditemui, Wan Kadri berkata beliau berdoa agar Tan Sri berada dalam keadaan selamat.
Kira-kira pukul 7 malam, seorang kakitangan Jamaluddin memberitahunya: “Tok, boss dah tak ada.”
Wan Kadri berkata beliau enggan terlalu memikirkan mengenai dirinya yang bernasib baik.
“Saya perlu kuat. Saya perlu menyelesaikan urusan yang belum selesai dan memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya,” katanya. – The Star Online

Hanya Orang Kaya Bantah BR1M

KUALA LUMPUR, 13 April – Pemberian BR1M merupakan satu bentuk pelaksanaan subsidi bersasar. Ia adalah hasil daripada langkah penyelarasan pemberian subsidi dengan mengubah dasar pemberian iaitu daripada subsidi pukal kepada bersasar. BR1M dianggap sebagai rahmat yang besar nilainya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Disamping itu juga ianya dapat mengurangkan beban kewangan mereka dan menjana ekonomi secara langsung.

Namun perkara ini ditentang keras dan secara berterusan oleh Tun Mahathir yang seolah-olah lupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi pula tidak memenuhi syarat kelayakan untuk menerima BR1M. Mereka inilah yang dilihat bersuara cukup lantang mengkritik pemberian BR1M kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Pemberian BR1M dengan nilai RM650 adalah untuk kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Malah, kerajaan turut memperluaskan bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Manakala bagi warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas layak juga layak menerima kenaikan BR1M dengan jumlah nilai yang sama. Orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah juga menerima kenaikan bantuan BR1M daripada RM250.00 kepada RM300.

Adakah Tun Mahathir dan golongan kaya tidak faham akan tujuan pemberian BR1M ataupun perasaan tamak telah menguasai diri mereka sehingga menidakkan “hak” orang lain?

Pemberian BR1M merupakan pemberian ‘one off’ yang bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di negara ini. Ianya merupakan dasar yang cukup baik dan unik bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil kerana pelaksanaan subsidi selama ini dilihat terdedah kepada pembaziran dan ketirisan. Malah, golongan yang tidak sepatutnya turut menikmatinya. Contohnya, setiap liter petrol RON95 ada subsidi sebanyak 63 sen turut dinikmati oleh pengguna kereta berkapasiti tinggi.

Hakikat inilah yang mendorong bantahan dari pihak yang berpendapatan tinggi. Mereka masih lagi tamak dan mahukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk seperti subsidi minyak walaupun diri mereka merupakan golongan yang kaya dan mampu menangani kos sara hidup.

Dan golongan ini jugalah yang mendapat tempat di hati Tun Mahathir. Beliau sanggup melabelkan penerima BR1M sebagai manusia yang tidak kenang budi. Bagaimana pula dengan golongan kaya dan pertengahan yang selama ini mendapat subsidi petrol dari kerajaan tetapi dengan angkuhnya mengkritik dan “menghentam” kerajaan dengan segala fitnah jahat mereka?Fikir-fikirkanlah.

Sebagai rujukan, rakyat juga perlu tahu bahawa kajian oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendapati, di seluruh dunia manfaat subsidi petrol kepada rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah sangat regresif. Lebih 80 peratus manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan tinggi. Manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair (LPG) juga dinikmati oleh 40 peratus isi berpendapatan tinggi.

Penstrukturan semula subsidi memperkukuh kedudukan ekonomi negara di samping memastikan subsidi yang diberi kerajaan itu benar-benar dinikmati oleh kumpulan sasar. Walaupun begitu Kerajaan masih lagi memberikan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, subsidi kadar elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah serta insentif hasil tangkapan nelayan dan hasil pengeluaran padi.

-PRU14.tv

Ketua Pemberita Daily Express mohon maaf kepada DS Ismail Sabri


Ketua Pemberita Daily Express, Chris Maskilone mewakili Ketua Pengarang James Sarda menemui YBM MOA DS Ismail Sabri Yaakob bagi menyatakan kesal kerana akhbar berkenaan salah tafsir dan salah lapor ucapan beliau. DS ismail Sabri dalam lawatan kerja di sabah selama 2 hari. Pertemuan tersebut berlangsung di Hotel Hyatt Kota Kinabalu petang semalam.

Apr 10, 2015

Gelanggang PRK Rompin,Hari Mengundi Pada 5 Mei.


10 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin diadakan pada 5 Mei depan , manakala hari penamaan calon pada 22 April ini.
Ia diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di Putrajaya, Jumaat.
Abdul Aziz berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
“Sebanyak 42 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian,” katanya.
Tambah Abdul Aziz, jumlah pengundi bagi Parlimen Rompin adalah 53,294 orang.
“SPR akan menggunakan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi.
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razkan Seran.
Abdul Aziz berkata, SPR pada mulanya bercadang untuk mengadakan PRK itu serentak dengan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, namun diputuskan supaya diadakan dua hari lebih awal kerana 7 Mei adalah Hari Hol bagi negeri Pahang.
“Hari Hol adalah cuti umum bagi negeri Pahang dan banyak program penting diadakan membabitkan kerabat diraja, pihak istana serta ketua jabatan, justeru 7 Mei adalah tidak sesuai (diadakan PRK Rompin),” katanya. BNBBC

Gelanggang PRK Permatang Pauh.



HARI pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sudah ditetapkan pada 7 Mei depan untuk memilih pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang merupakan penyandang kerusi itu hilang kelayakan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 25 April ini dan hari mengundi awal ditetapkan pada 3 Mei nanti.

Tarikh bersejarah bagi Parlimen Permatang Pauh itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK berkenaan hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 1 April lepas telah memaklumkan kepada SPR berhubung kekosongan itu.

Ia berikutan Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dihantar oleh keluarga Anwar untuk memohon Pengampunan Diraja bagi kesalahan meliwat berkenaan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.044 Permatang Pauh itu, perlu diadakan satu pilihan raya kecil.
– PRU14.tv

#JawapanPM:SOAL JAWAB KHAS BERSAMA YAB PERDANA MENTERI.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara, Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.
Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:
MUKADIMAH HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?
NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai. Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.
Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.
Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.
SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?
NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini. Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.
Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.
Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.
SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.
Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?
NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.
Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.
Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.
SOALAN: Kita ambil contoh misal kata pengenalan GST pada 1 April. Ada pihak yang beranggapan bahawa dari segi timing GST diperkenal itu kurang sesuai di kala rakyat merasakan kesan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada Malaysia itu juga menghimpit mereka. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Sebenarnya, tiada masa yang dikatakan sesuai untuk memperkenalkan GST. Kalau kita lihat pada keseluruhannya, antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST; harga minyak dah jatuh.
Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah dari masa-masa sebelumnya. Itu satu...rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia. Yang kedua, kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama.
Soal GST ini sejak tahun 80-an lagi. Bukan perkara baharu. Jadi kita laksanakan daripada makronya sesuai masanya sebab kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak dah jatuh.
Jadi amat sesuai kita perkenal sekarang dan kita juga telah membuat satu bentuk di mana banyak produk perkhidmatan keperluan rakyat yang di-zero rated atau dikecualikan. Lebih daripada 4,000. Tak pernah mana-mana negara yang membuat cara sedemikian dan ini bukan cukai tambahan.
Ini penggantian kepada cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang selain daripada itu, kita tambah BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia, kita bagi pengurangan cukai peribadi antara satu hingga tiga per cent. Dan kita kurangkan juga cukai korporat, juga satu per cent. Jadi pakej, jika kita lihat keseluruhannya, adalah pakej yang tidak membebankan rakyat.
Kerana kita nak pastikan pelaksanaannya, ini pokok, pelaksanaannya dari segi penguatkuasaan. Kalau ada pihak komplen, dia bukan pengenalan GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan semua.
Ada yang telah mengiklankan harga tak naik, ada yang kata harga akan dikurangkan. Misalnya, harga kereta dikurangkan. Ada rangkaian supermarket seperti Mydin yang kata kekalkan harga, ada yang kedai kain cakap mereka akan absorb GST dan sebagainya.
Jadi (apa yang) kita nak pihak penguatkuasaan ambil tindakan ialah peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.
SOALAN: Kita faham bahawa barangan harian yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia dikecualikan GST. Tapi ada juga dalam kalangan rakyat yang membangkitkan soal apabila mereka pergi kedai makan, makanan orang Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik juga dikenakan GST.
Kalau nak beli kicap tomato, sos Maggi misalnya pun dikenakan GST. Jadi mereka bertanya bagaimana GST ini tidak membebankan mereka. Keluar hari-hari makan di kedai kopi pun dikenakan GST.
NAJIB: Kalau pihak itu tidak sepatutnya kenakan GST, tolong lapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan). Di sini letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu kita ada kuasa.
Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan ataupun kedai-kedai makan, kita boleh pilih. Jadi kedai-kedai yang tak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga, lepas itu menyalahkan pihak kerajaan.
Kita janganlah pergi ke kedai itu. Banyak kedai lain. Kedai alternatif lain. Yang kedua kita mesti lapor kepada kementerian dan pihak kastam. Jadi gunakan kuasa sebagai pengguna. Lambat laun, mereka yang menggeksploitasikan keadaan ini, mereka akan kehilangan pembeli.
SOALAN: Saya nak kaitkan kembali antara BR1M dan GST seperti yang disuarakan Tun Mahathir juga bahawa masa yang tidak sesuai mengikut pandangan beliau, tidak semestinya betul. Tidak sesuai untuk dilaksanakan GST dan handout BR1M bukan langkah yang berkesan untuk diambil oleh kerajaan.
NAJIB: BR1M bukan handout. Sebenarkan BR1M merupakan social safety net yang telah dicadangkan Jawatankuasa Fiskal, bukan saya sendiri. Jawatankuasa Fiskal terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Bila mereka bincang, pada mulanya kerana kita nak kurangkan subsidi pukal.
Maknanya subsidi daripada minyak kita nak kurangkan kerana banyak ketirisan. Banyak pembaziran. Banyak pihak yang tak layak dapat subsidi mendapat faedah subsidi. Jadi kita kata, kita kurangkan. Tapi kita kena kurangkan berperingkat-peringkat.
Kalau kita kurangkan, kita jimat perbelanjaan kerajaan. Bila jimat perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penjimatan itu kita salurkan balik kepada rakyat. Jadi jika rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih, mereka adalah, orang kata timbal balas dalam BR1M bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sekarang kita tambah sikit kepada RM4,000, tapi RM3,000 ke bawah ada timbal balas. Jadi itulah falsafahnya sebenarnya.
Soal social safety net yang bukan saja Malaysia, tapi banyak negara lain mengamalkan sistem social safety net dalam pelbagai kaedah.
SOALAN: Berbalik kepada kritikan Tun Mahathir, beliau ada sebut kes Altantuya Shaariibuu. Kita semua sedia akur bahawa mahkamah telah buat keputusan kes ini...sudahpun berlalu. Tapi ada pula timbul kritikan daripada Tun Mahathir yang kata siapa yang beri arahan kepada pegawai polis terbabit untuk membunuh Altantuya. Terasa perkara ini pelik sebab kes itu sudah berlalu. Apakah Datuk Seri ada terbabit dalam perkara ini?
NAJIB: Ini cerita 2008...dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenali Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan pihak polis telah jalankan siasatan. Dan pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri dah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat.
Dan tak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung...tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya. Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court. Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?
SOALAN: Difahamkan Datuk Seri sebenarnya sebelum ini pernah bertemu Tun Mahathir sendiri mengenai beberapa isu. Adakah beliau bertanyakan Datuk Seri kes Altantuya ini?
NAJIB: Tak secara langsung tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali. Bila saya bincang dengan Tun Mahathir, saya tunjuk bahawa saya tetap hormat dia misalnya, walaupun saya sebagai perdana menteri. Tapi saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang rumah saya. Tapi macam mana pun bila kita bincang saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri.
SOALAN: Dia (Tun Mahathir) faham bila (Datuk Seri) jumpa dan memberi penerangan tetapi kenapa ditimbulkan lagi perkara ini?
NAJIB: Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu...agak sihat kalau ada perbezaan pendapat tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan perkara ini.
SOALAN: Datuk Seri, saya nak beralih kepada soal 1MDB. Ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan sekali. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Saya nak jelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebuah investment company. Bermula dengan capital hanya RM1 juta saja berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan lain kita beri macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta saja.
Bila 1MDB nak kembangkan perniagaan, dia terpaksa meminjam tapi aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Ini saya nak tekankan... melebihi liabiliti. Kita perlu beri lebih masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya. Kita boleh pertikai business model, saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.
Sebab itu bila Lloyd sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati. Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.
Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab. Saya juga minta Ketua Audit sahkan adakah tidak duit 1MDB diguna untuk buat filem umpamanya. Saya nak tahu dan ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan laporan ketua audit dan mesti disahkan atau sebaliknya oleh PAC.
SOALAN: Adakah Datuk Seri pohon pengurusaan 1MDB agar lebih transparent dalam urus niaga akan datang supaya rakyat dapat maklumat secukupnya?
NAJIB: Ya, begitulah dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita umumkan program rationalisation...kita sekarang dalam langkah pelaksanaan rationalisation 1MDB. Kita perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan kita dalam peringkat pelaksanaan.
SOALAN: Tadi Datuk Seri sebut pembikinan filem yang dituduh daripada 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan itu. Apa implikasinya?
NAJIB: Sebab ada dakwaan-dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga tapi saya nak Ketua Audit mengesahkan perkara ini.
SOALAN: Saya nak beralih kepada Akta Hasutan. Pada satu ketika dahulu Datuk Seri sendiri menyatakan kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik Datuk Seri atas keputusan yang berubah-ubah ini. Apa komen Datuk Seri?
NAJIB: Sebenarnya bila saya kata Akta Hasutan akan dikaji semula ia tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang boleh disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu. Cuma nama Akta Hasutan, Sedition Act itu boleh dianggap sebagai controversial sebab asal usul 'sedition' itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dahulu. Jadi kita nak melihat dalam sudut lebih positif. Ia misalnya air dalam gelas. Separuh kosong kah separuh penuh. Itu sahaja. Tapi saya sedar dalam negara kita ini negara yang berbilang kaum dan berbilang agama kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat, membenci rakyat, sehinggakan timbul rusuhan. Perbalahan dan rusuhan.
Dan ini mempertahankan semua kaum, semua kepercayaan bukan sahaja orang Islam, orang Melayu tetapi yang bukan Islam, yang bukan Melayu juga dipertahankan. Supaya negara kita ini aman. Kalau kita tidak sentuh soal agama, tidak menghina agama orang lain, tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain, tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.
Ini tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan itu kita mansuhkan. Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan sebab ada peruntukan dalam Sedition Act yang sedia ada. Kita dalam pindaan Sedition Act kita mansuhkan. Mereka boleh kritik kerajaan. Tetapi kritik kerajaan bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya. Itu salah. Tapi kalau dia kata tukar kerajaan waktu pilihan raya itu tidak salah.
Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai perdana menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tiada apa guna bagi kita semua.
SOALAN: Ada juga kalangan parti pembangkang yang beranggapan bahawa Akta Hasutan ini sebenarnya ialah untuk memerangkap mereka. Adakah ini benar?
NAJIB: Tidak benar. Mereka pembangkang mereka boleh kata, mereka boleh kritik kerajaan, mereka boleh kata kerajaan tidak bagus, mahu tukar kerajaan waktu pilihan raya, mereka boleh kata. Tentu sekali ini amalan demokorasi. Yang kita tidak mahu kalau mereka mengeksploit soal-soal agama, soal-soal kaum yang menghasut rakyat. Kalau mereka menghasut rakyat, rakyat marah, timbul perbalahan, kesudahannya berlaku rusuhan kaum, antara agama dan sebagainya. Siapa yang akan menderita? Rakyat yang akan menderita. Negara rosak. Jadi inilah yang kita mahu elakkan.
SOALAN: Akta Hasutan mungkin terguna pakai untuk masalah yang wujud di dalam negara. Tetapi sekarang ini muncul pula ancaman terbaharu kepada negara iaitu ancaman pengikut-pengikut IS. Jadi bagaimanakah Datuk Seri melihat kerajaan akan menangani perkara ini daripada berlarutan?
NAJIB: Itu sebab kita memperkenalkan akta baharu ini. Supaya kita boleh bertindak dengan kekuasaan baharu. Tetapi ia dikhususkan kepada soal violence extremism. Pengganas-pengganas menggunakan kekerasan, bakal menggunakan kekerasan. Saya tahu yang dipertikaikan ia merupakan preventive detention, ada element preventive detention. Tetapi ia tidak boleh disamakan dengan ISA sebab kuasa menahan ini kuasa badan khas yang terdiri daripada mungkin hakim atau bekas hakim, orang yang ada kredibiliti. Bukan kuasa yang diberikan kepada badan eksekutif.
Jadi kalau kita nak tahan orang pun, kita mesti memberi bukti yang boleh meyakinkan badan khas ini dan mereka boleh membuat keputusan. Kalau kita tunggu sesuatu kejadian berlaku, katalah sebuah bom telah diletupkan, tentu kesan yang cukup dahsyat, implikasinya cukup buruk. Jadi sebelum sesuatu itu berlaku, kita ambil tindakan di bawah akta yang baharu ini tetapi kita mesti ada bukti yang cukup. Misalnya kita sudah tahu dia sudah ada bom, nak buat bom, tunggu masa sahaja nak bergerak, nak bertindak, masa itu kita boleh ambil tindakan di bawah akta yang baharu.
~Bernama~

Apr 9, 2015

PAS Lebih Pentingkan Nasib Penjenayah Dari Ahli Keluarga Memali.


PEMIMPIN oportunis PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dikhabarkan sudah membawa ibu, Sirul Azhar Umar untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertemuan itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya tetapi waktu pertemuan berkenaan tidak diketahui.
Katanya dalam pertemuan itu, Piah berkata kepada Dr Mahathir bahawa anaknya itu telah dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Sirul dan seorang lagi Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah membunuh.
Nampaknya PAS, lebih mementingkan Sirul iaitu seorang pembunuh yang didapati bersalah oleh sistem kehakiman negara.
Agaknya PAS lupa kejadian 14 orang yang meninggal dunia dalam kes Memali pada 19 November 1985 yang kebanyakannya ahli PAS pada masa itu.
Selain 14 orang yang mati, berpuluh-puluh yang lain cedera serta beratus orang ditahan. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kemudiannya kecuali 36 orang sahaja.
Zaman itu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Tun Musa Hitam (pada masa itu Datuk Seri) menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Dalam Negeri.
Dikatakan, Perdana Menteri pada ketika itu berada di China.
Kejadian berlaku di Kampung Memali di mukim Siong, Baling berhampiran sempadan Kedah – Thailand.
Dalam kes itu, Musa menjelaskan beliau ketika itu operasi bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah.
Ibrahim Libya memang dikehendai polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecahbelahkan orang Islam.
Dia juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit.
Dikatakan banyak yang ditahan dalam kes berkenaan tidak pun dibicarakan biarpun ada yang memiliki senjata api sebaliknya ditahan mengikut ISA.
Sepatutnya PAS melalui Mahfuz, memperjuangkan nasib ahli keluarga mereka yang terkorban ini dan datang bertemu Dr Mahathir dan meminta bekas Perdana Menteri itu menjawab dan menjelaskan apa yang berlaku pada hari kejadian.
Pada 27 Mac tahun lepas di Hotel Renaissance, Kota Bharu di Kelantan, Musa membuat pendedahan bahawa Dr Mahathir sebenarnya berada di Kualam Lumpur sewaktu tragedi Memali dan bukan di China.
Dr Mahathir kemudian ketika ditanya mengatakan sudah tidak dapat mengingati di mana beliau berada ketika itu dan perlu memeriksanya kembali.
Pada 10 April kemudiannya, beliau mengaku bahawa hanya berlepas ke China pada 20 November, sehari selepas peristiwa Memali .
– PRU14.tv


LUNDU:'TSUNAMI' IKAN BILIS @ PUSUK.

LUNDU ; Bagaikan pesta petang semalam bila di banjiri dengan ikan bilis @ dikenali sebagai pusuk di Pantai Pandan sebuah pantai peranginan yang terkenal di Lundu.Penduduk teruja dengan fenomena yang disifatkan tak pernah berlaku lagi hingga ada yang mampu mengutip hingga 2-3 guni beras seorang.