Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Jul 31, 2012

Reaksi Pemimpin UMNO


PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini. PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja. Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor. Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan. Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini. Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan. Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali. Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu. Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu. Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini. Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka. Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah. Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu: 1. ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun, 2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta 3. ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran. Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini. Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini. Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.


Akan Tercapaikah Impian Lajim Ukin Menjadi Ketua Menteri? Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada. Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya. Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri. Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya. Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah. Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat. Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti. Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi. Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM. Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan. Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi. Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri. Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal. Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya. Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri. Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi. Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun. Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang? Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.


Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen? Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’. Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya: 1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia 2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru 3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan. Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad. Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk. Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya. Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi. Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya. Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji. Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut. Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar. Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya? Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus. Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka. Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja. Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen


Full Version Kisah Sedih Isteri Ahli Parlimen Kuala Langat ...! Yb Zuraidah Ampang Jadi DALANG


Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor.

Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam Pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.

Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang Mak Andam.

Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu....!

Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.

Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah....

Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Manakala dengan Faizah pula, dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.

Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga Ahli Parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan, Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa...

Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tugas tugasnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.

Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin...!

Dalam perbualan telefon tersebut, Ahli Parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata " AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA...."

Apa yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.

Selepas suaminya enggan menjemputnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Malang sekali, mereka juga enggan!

Akhirnya anak sulung Halimah datang juga menjemputnya. Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting.

Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya...!

Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan....

Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma.... Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR...!!

Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar....

Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar.....

Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya, disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.

Halimah terasa bagaikan dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain....!

Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya, bertambah mengejutkan..!!

Halimah mendapati pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain.... Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.

Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah....

Beliau turun ke bawah dan menuju kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang 'pembantu rumah' didapurnya. Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada pembantu rumah.

Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.

Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.

Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat beliau masih hidup dan mereka belum bercerai....!!

Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang terkontang-kanting seorangan.

Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit.

Kepada anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.

Puan Halimah sekarang sedang berjuang di Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan. Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO boleh membantunya.

Sumber - Sel-13.com

MAKK AII!! Misteri Video UFO Datang Ke Malaysia??




Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.



Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.

"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.

Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.

"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.

Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi

"Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya.
Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.

Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan.-Mstar

Rakaman Video CCTV Ahli PKR Lembah Pantai Yang Sangat BIADAP...!




Manusia Kejam Atau Buaya?? Saksikan.



Pada mula BUJANG SENANG tertanya-tanye jugak ape laa sebabnya buaya nie diperlakukan sebegini kejam.. Dah laa di bunuh.. di belah perut semua bagai.. Diorang nak carik ape?? Setelah melihat video nie.. Mat tahu kenapa diorang buat macam nie..

Rahsia Disebalik Kisah Lajim Ukin dan Bumburing



Bagi yang tahu banyak tentang latar belakang kisah drama politik terbaru di Sabah ini tentu gelak besar melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim turun pakai topi koboi di majlis pengumuman keluar Barisan Nasional oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing di Dalit, Tuaran pada Ahad.

Segak dan bergaya.Jangan salahkan bos utama pakatan pembangkang itu.Beliau tentu kena tampil gembira kerana ada 'anak ikan' sudah berenang masuk ke dalam kolamnya.

Siapa yang tidak seronok...dalam keadaan puluhan pemimpin PKR berbagai jawatan dari MP,ADUN, pemimpin kanan, kiri, tengah, dari Timbalan Presiden sehinggalah ke peringkat rendah meninggalkan PKR, ada lagi yang ' terpaksa' percaya pada percaturan politiknya.

Kalau duduk diam-diam dan renung sejenak, apa 'blunder' yang Anwar buat dalam konteks politik Malaysia sejak 2008, kita dengan mudah senaraikan satu persatu.


Dari soal, staf sendiri yang buat laporan polis kes liwat,pembohongan maha agung 16 September, kes 'keruntuhan' kerajaan PR di Perak, sampai pemimpin DAP Karpal Singh suruh Anwar bertaubat.

Karpal geram kerana Anwar terima ADUN UMNO yang melompat,Datuk Nasarudin Hashim dan kemudian dibalas dengan lompatan lain dari ADUN PR ke dalam UMNO sehingga tumbang Perak.

Dan yang paling epik adalah kes kantoi video seks dengan amoi China Doll yang sampai hari ini, kita semua percaya 99.99 peratus orang dalam video itu Anwar.Namun beliau relaks buat muka sardin macam tak ada apa-apa.

Senang untuk baca pemikiran Anwar...nothing to lose.Untung sabut timbul.Kalau orang tidak percaya pada beliau, itu memanglah sepatutnya, tapi jika masih ada yang percaya, itu bonus beb.

Samalah kes dengan Bumburing dan Datuk Lajim Ukim yang tiba-tiba terpaksa percaya dengan segala retorik dan janji politik Anwar.

Bagi Anwar, kes Bumburing dan Lajim ini bagai bulan jatuh keriba.Sebab itu penerbangan ke Kota Kinabalu dua tiga hari terakhir ini penuh dengan pemimpin dan petugas PKR.

Di Dalit petang dan di rumah Lajim Ukim malam Ahad, boleh kata hampir semua pemimpin kanan PKR ada.

Dari Tian Chua, Zuraida Kamarudin, Willion Leong dan ramai lagi, berpusu-pusu ke Sabah untuk menyaksikan sendiri 'detik bersejarah' itu.

Anwar dalam ucapannya di Dalit berkata, “ini turning point dalam politik negara."


Titik perubahan apanya kalau yang sertai dan percayakan beliau adalah pemimpin-pemimpin yang ada masalah dan takut tidak dicalonkan semula.

Sumber memberitahu Agendadaily, dalam kes Bumburing, beliau menjadi calon UPKO untuk kerusi Parlimen P 170 Tuaran pada tahun 2008 menggantikanDatuk Wilfred Madius Tangau dengan persetujuan satu penggal sahaja.

Kini ketika penggalnya semakin berakhir, beliau berusaha melobi sana-sini diberi peluang semula, tapi UPKO katanya tetap mahu berpegang kepada perjanjian asal iaitu sepenggal sahaja.

"Berikutan itu Bumburing berhajat pula kerusi DUN Tampurali yang kini milik PBS, sudah tentu PBS tidak lepas, dan beliau mula bercakap dengan nada dan retorik pembangkang sehinggalah keluar parti,"kata sumber.

Jika kaji sejarah politik Bumburing ini juga berwarna-warni,beliau asalnya ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan kemudiannya menyertai PBS.

Ketika PBS hadapi krisis dalaman, beliau dan beberapa yang lain wujudkan UPKO, selepas PBS 'bercerai' dengan BN beberapa hari sebelum pilihanraya umum tahun 1990.

UPKO jadi komponen BN dan kekal statusnya sekalipun PBS kembali menyertai BN pada tahun 2002.

Pada Ahad beliau keluar UPKO dan mahu menubuhkan Angkatan Perubahan sabah (APS) pulak, parti politik ke empat buat beliau.

Sama kes dengan Lajim, yang mengidam kerusi Ketua Menteri Sabah sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.

Beliau mula bertanding pilihanraya sejak tahun 1985,menggunakan tiket PBS, kononnya Lajim mendapat maklumat dalaman tidak akan dicalonkan semula dalam PRU 13 nanti.

Selain dari sikapnya yang anti Ketua Menteri Datuk Seri MusaAman, Lajim tidak 'sekepala' dengan Ketua Wanita UMNO Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun yang pernah menjadi ahli Parlimen Beaufort.

Lajim diingati dalam sejarah politik Malaysia sebagai ADUN PBS yang berpakat dengan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa keluar parti menyertai UMNO sehingga tumbang kerajaan PBS hanya selepas dua minggu memerintah Sabah dalam pilihanraya negeri tahun 1994.

PBS ketika itu menang tipis 25 kerusi manakala BN 23 kerusi,Pairin kena tunggu sehari lebih depan Istana TYT untuk angkat sumpah Ketua Menteri, sebelum ianya kekal hanya dua minggu berikutan lompatan Lajim dan rakan-rakannya.

Lajim, kata orang, merasakan tindakan beliau melompat sehingga tumbang PBS itu itu sungguh besar maknanya kepada BN dan UMNO Sabah, tetapi beliau tidak mendapat 'imbuhan'yang setimpal.

Itulah ceritanya, jadi kalau Anwar temberang konon kes Bumburing dan Lajim ini satu 'titik perubahan' besar, maka dia hanya temberang budak-budak muda yang tidak tahu sejarah.

Bagi yang mengikuti dengan dekat turbulasi politik Sabah, tiada yang peliknya apa yang berlaku pada Ahad, kecuali ramainya pemimpin PKRdi negeri tersebut, keadaan lain macam biasa.

Di Dalit, Tuaran ketika majlis Bumburing umum keluar BN itu jumlah kehadirannya ikut kata wartawan yang bertugas di sana lebih kurang 2000 orang sahaja.

Pada sebelah malam, majlis di Kampung Kuando Beaufort jumlah kehadiran lebih kecil, tak sampai seribu.

Sebab itu, kita tengok tweet-tweet pemimpin PKR dalam kedua-dua majlis tersebut, hanya cerita apa yang Bumburing, Lajim dan Anwar cakap.

Tidak tweet jumlah kehadiran, kerana kalau ikut kayu ukur di Semenanjung, jumlah yang hadir itu 'fail'.

Kesimpulannya mudah kisah Bumburing dan Lajim ini sama kes dengan Anwar, orang putih kata 'birds of a feather flock together' atau terjemahannya, burung sebulu terbang bersama.

Bagi Bumburing, Lajim dan Anwar, kalau orang tak percaya,mereka tidak rugi apapun, tetapi jika ada lagi yang masih bergantung harap kepada mereka, itu bonus.

Manakala bagi BN pula, gabungan politik paling berjaya sejak merdeka, pemimpin datang dan pergi, parti akan kekal dan tiada siapa yang lebih besar dari parti.

Pada Bumburing, Lajim dan yang sama waktu dengannya, sepertikata budak-budak muda sekarang ini, "you kata hai-hai (pembangkang), ku kata bye-bye...-30/7/2012

Menyayat Hati, Gambar Terkini Kekejaman Di Burma! Kejam!


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/486975_10150967157838404_198444353_n.jpg

Panduan Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:



1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.



· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

DOA QUNUT NAZILAH
http://www.islam.gov.my/cms/upload/ksm/qunutNazilah1.bmp

Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Janji Ditepati, 50 Tahun Tiada Elektrik


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/557967_3267037127923_1773666001_n.jpg


Sungai Butie Baram......no Electricity 50 year Janji BN Kencing Sarawak

Jul 30, 2012

Agenda Kristian Dalam Pakatan Rakyat?



Gambar asal di atas diambil ketika Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berserta beberapa pengikut PAS mengayakan lambang "R" bermaksud Royalti; iaitu tuntutan Kerajaan Kelantan ke atas Kerajaan Pusat mengenai isu royalti minyak Kelantan. Tanpa mereka sedari lambang berkenaan adalah juga lambang salib yang sering digunakan oleh mereka yang beragama Kristian. Lambang berkenaan juga dikenali sebagai "Finger Cross". 

BUJANG SENANG ambil maklum bahawa simbol jari berkenaan adalah huruf "R" dalam bahasa isyarat antarabangsa yang digunakan oleh orang pekak dan bisu. Cumanya, apabila digunakan secara persendirian, ianya mungkin boleh melambangkan salib yang sering digunakan oleh pengikut-pengikut Agama Kristian. Apakah juak-juak PAS terlalu naif sehingga tidak mengetahui perkara berkenaan? Apakah mereka tidak menyedari bahawa lambang "R" yang mereka lakukan seperti di atas turut memberi pengertian dan  lambang SALIB?

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Yb Zulkfli Noordin di Dewan Rakyat baru-baru ini....; Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku. Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang Peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur [Lim Kit Siang] dan parti beliau pada masa itu. Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” . Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu” Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”. Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’ Ini adalah sebahagian sedutan ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Yb Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat. Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura? Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….! Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..[The Kuala Lumpur Chronicle] PENTING...!! Penjelasan Kenapa Penjilat Penjilat TEGAR Fahaman DAP Panas Dan Benci Filem TANDA PUTERA


Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Yb Zulkfli Noordin di Dewan Rakyat baru-baru ini....;

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang Peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur [Lim Kit Siang] dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”.
Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’

Ini adalah sebahagian sedutan ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Yb Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?

Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….!

Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..[The Kuala Lumpur Chronicle]

PENTING...!! Penjelasan Kenapa Penjilat Penjilat TEGAR Fahaman DAP Panas Dan Benci Filem TANDA PUTERA

GEMPAR! ISTERI PM DIKEPUNG MAT REMPIT!!



Kejadian berlaku di Bangi.. 

Bertempat di Panggung Seni, UKM, sekumpulan Mat Rempit bertindak mengepung Isteri YAB PM.. Lihat gambar di bawah..


Tindakan kumpulan Mat Rempit ini 'mengepung' Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah sebagai 'membalas dendam' kerana telah mengubah kehidupan mereka yang tidak tentu hala sebelum menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat..

Ramai yang tidak mempedulikan mereka dan menganggap golongan Mat Rempit sebagai tidak mempunyai masa depan dan sampah masyarakat.. tetapi bagi DS Rosmah mereka juga insan biasa dan mampu menjadi insan berguna andai diberi peluang kedua dan dibentuk sebaiknya.. ini bukan omong kosong.. mereka yang hadir di majlis penutup Kem Perkasa Remaja petang tadi pasti memahami apa yang BUJANG SENANG katakan..

bayangkan karektor Mat Rempit yang brutal dan ganas kini boleh menyanyi Boria dan Menari Zapin...
saya bukan jahat cuma nakal sikit.. itulah luahan bekas Mat Rempit kepada DS Rosmah
Bangga dapat bergambar dengan Bonda...


Mat Rempit yang pernah menyertai Kem Perkasa Remaja kini telah mempunyai pekerjaan yang baik, menghormati orang tua, malah juga berbakat dalam bidang-bidang tertentu seperti seni, pengacaraan, muzik dll..

Baca selanjutnya di KL Pos... 

AWAS! MEROKOK SEBAIK BERBUKA BOLEH MAUT!



Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. 
sumber: Berita Harian
 
anak sapalah nie..??

ARTIS MANA PULAK KANTOI TAK PUASA?

Seperti tahun tahun sebelum ini, Ramadhan pastinya akan ada gossip tentang selebriti yang tidak berpuasa dalam pelbagai keadaan & alasan. Ini yang pertama untuk tahun ini.

Seorang peminat hiburan di forum Cari membuka cerita tentang seorang pelakon wanita remaja yang nampaknya tidak tahu menghormati hadirnya bulan Ramadhan.

Menurut sumber, satu penggambaran filem telah di’jalankan di kediaman beliau dan memang menjadi satu kemestian untuk tuan rumah memerhatikan krew bertugas.

Yang tidak menariknya, ketika satu waktu rehat antara babak, aktress remaja ini tidak segan silu untuk duduk semeja dengan krew produksi yang tidak berpuasa & makan.

Atas sebab kukuh apa sekali pun aktress ini tidak berpuasa, menjadi sesuatu yang tidak manis kalau menjamah makanan di’siang hari lebih lebih di hadapan khalayak ramai.

Kalau di’sebut nama selebriti ini, memang semua orang kenal habis dan mungkin beliau mengambil tindakan sebegitu kerana sudah terbiasa dengan krew produksi yang tidak kisah.

Mungkin selepas ini kalau benar benar ingin makan dek kerana penat berlakon, boleh rasanya lakukan inisiatif untuk lari dari lokasi untuk ke tempat yang tidak menjadi tumpuan mata memandang, awak ‘kan bergelar selebriti popular. Heh.

Sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2012/07/artis-mana-pulak-kantoi-tak-puasa-ni.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

Jul 29, 2012

Lajim Ukim Bakal Senasib Baru Bian


Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.  Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.  Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.  Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.  Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.  Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.  Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.  Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.  Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.  Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.  Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.  Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.  Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.

Rakyat Terus Utuh Bersama PM


Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan  Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.  Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.  Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.  Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.  Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.  Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.  Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.  Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.  Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.  Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.  Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.  Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

HRW Mengecam Anwar


Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya  Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”. “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.”  Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam. “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”  Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.  Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”  Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.  Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.  Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village. Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.  Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM. Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.  Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.  Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya. Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam.  Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri. Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.  Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.  Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka barat’ yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.  Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.  Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan: bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.

Jul 28, 2012

Hot News: Mukhriz Sabotaj MB Kedah?




Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.

Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.




“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.

Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.

Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.

“Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.

“Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung,” katanya.

Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.