Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

28 Jun 2020

Mahathir, jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh -Presiden PRS


Penduduk Sabah dan Sarawak tidak akan diperbodohkan dengan candangan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH dan sekutunya, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing.

Cadangan menamakan Shafie - presiden Warisan dan ketua menteri Sabah - didedahkan Dr Mahathir Mohamad semalam, dalam usahanya menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang hanya mempunyai majoriti tiga kerusi di Dewan Rakyat.

"Saya tahu Shafie adalah pemimpin yang baik dan berkemampuan, tetapi jangan anggap orang Sabah dan Sarawak bodoh dengan mencadangkannya sebagai calon perdana menteri selepas PRU15 demi mendapatkan sokongan dua negeri Malaysia Timur terhadapnya dengan cadangan itu.

Tidak mungkin pengundi Malaysia akan menerimanya. Saya minta Dr Mahathir berhenti bermain politik," katanya seperti dipetik The Star.

Cadangan itu dibuat sebagai alternatif di tengah-tengah kebuntuan antara Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung siapa yang patut menjadi calon perdana menteri PH Plus.

Jika berjaya, cadangan itu akan menjadikan Shafie sebagai perdana menteri pertama daripada Malaysia Timur. Ia juga dilihat sebagai usaha meraih sokongan daripada dua negeri itu.

PRS merupakan sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi Parlimen.

Gabungan itu kini menyokong pentadbiran Perikatan Nasional dan dilihat sebagai faktor penentu susulan majoriti tipis Muhyiddin di Dewan Rakyat. -MalaysiaKini


2 Jun 2020

“Deal baharu”, Mahathir Setuju Anwar TERAJUI Putrajaya


Dari maklumat yang kami terima dari kalangan kenalan politik, Mahathir dan anwar dimaklumkan telah mencapai satu kata sepakat bahawa kerusi no. 1 kerajaan akan diserahkan kepada Anwar apabila kerajaan PH berjaya merampas semuala kedudukan mereka di Putrajaya. Ini mengesahkan cakap – cakap orang kanan parti seperti Salehuddin ayub bahawa PH akan kembali berkuasa sebelum bulan Jul ini. Anwar sebelum itu dalam video yang dimuat naik beberapa hari lalu dilaman FB beliau turut memaklumkan bahawa ada rundingan dikalangan MP tetapi ianya masih belum dimuktamadkan. Ini dapat mengesahkan bahawa angka 129 MP itu adalah dalam radar PH.

Menurut bacaan politik rakyat, sebahagian MP ini yang popular di kedua – dua belah pihak masih lagi membuat kira – kira politik tentang untung nasib mereka tentang tawaran mana – mana pihak. Politik mereka tidak bergantung kepada sokongan rakyat sebelum ini tetapi berdasarkan sedikit kelebihan dan kestabilan politik dan kerajaan yang bakal mereka sertai nanti.

Berbalik soal kerusi Perdana Menteri, Mahathir kini telah akur bahawa untuk beliau kembali ke Putrajaya adalah sesuatu agak mustahil setelah segala pendedahan yang berlaku baru – baru yang melibatkan Bersatu, namun beliau dalam ‘deal baharu’ berkenaan berjaya meletakkan Mukhriz sebagai TPM. Ini sebenarnya adalah satu usaha strategik beliau untuk mengekalkan legasi dan mengukuhkan kedudukan pengaruh beliau dalam kerajaan ph nanti. 

Walau bagaimanapun apa jua dakwaan angka yang ada pada kerajaan PH atau pada kerajaan PN, dengan kecelaruan politik dan situasi negara pada hari ini sudah pasti YDPA akan menggunakan kebijaksanaannya sebagai benteng terakhir pada rakyat sekiranya berlaku satu lagi krisis peralihan kuasa dalam masa terdekat ini.


Amin Yatim