Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Jul 31, 2008

FAKTA PENTING PETRONAS

Petronas + Petronas Carigali =75%


65% daripada keuntungan Petronas dibayar kepada kerajaan oleh petronas.

Sekiranya tingkat lagi bayar kepada kerajaan . Petronas tidak dapat membangunkan medan minyak.


Dalam masa 34 tahun Petronas telah membelanja 178billion untuk membangunkan medan minyak.


1. Ada yang menyatakan rizab Negara akan habis 2012?

Negara kita net ekspoter. Pengeluararan lebih permintaan.

Pada tahun 2011-14 kita menjadi net impoter. Bermasksud kita tidak mengeksport lagi.

Malaysia jadi net impoter. 30% rizab Petronas diluar Negara. Spt Sudan dan Indonesia.


2. Petronas menggalakkan pengunaan NGV tingkatkan Gas?

Kita risau minyak akan habis. Malaysia telah keluar minyak sejak 1900 lebih 100 tahun lalu.

Petronas hasilkan 700,000 beral sehari. NGV diguna disubsidi oleh petronas.

Harga Stesen 68sen + subsidi RM2.00 = Harga Subsidi RM2.68 seliter.

Subsidi dibayar oleh Petronas.

Fakta:

Kos letrik di Stesen Petronas jual minyak RM5,000 sebulan. Di jual NEG RM16,000 sebulan. Disubsidi Petronas. NGB mesti berdekatan dengan stesen penapisan gas.


3. 10 tahun lepas Petronas beli MISC. Pulangan untung atau tidak betul?

2 peringkat.

Petronas melabor dalam MISC 30%. Bukan ambik alih. MISC diurus oleh Kuam. Tujaan untuk incoperat sektor kargo dangan MLNG .

Pembelian kapal kepada konsetium. Pembelian

210 juta USD, 25 juta kapal Bug 3 Kapal LNG dalam kumpulan Petronas.

MSC owner operater.

Masa beli MSC keuntungan 610 juta. Kini 2 Bilion.


4. Sepang Circurt?

MAB miliki Circuit Sepang. Bukan Petronas. Petronas adalah penaja kepada team F1.

1995. Petronas ke arena global. Sebar jenama petronas. Sukan F1. 6 bilion. Petronas telah raih keuntungan dgn exposér.


Petronas sewa daya bumi. Elok petronas beli Dayabumi.


30,000 kerja dalam Petronas. Kenapa kami di rotan . Keluar minyak tetapi tungkus bekerja dipukul tinggal anak bini 2 minggu. Masalah global.


Utusan Malaysia, 17.6.2008

Petronas perlu terus bangunkan medan minyak

KUALA LUMPUR 17 Jun - Petroliam Nasional Bhd., (Petronas) tidak akan dapat melabur dan membangunkan medan minyak atau gas bagi kegunaan masa depan sekiranya pembayaran keuntungan kepada kerajaan ditingkatkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, pada masa ini Petronas membayar sebanyak 65 peratus daripada hasil keuntungannya setiap tahun kepada kerajaan.

Katanya, pembayaran itu menyumbang kepada 35 peratus daripada bajet tahunan kerajaan.

"Sekiranya kita meningkatkan lagi pembayaran kepada kerajaan, bermakna Petronas tidak akan dapat melabur atau membangunkan medan minyak atau gas untuk masa hadapan kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Bersemuka Dengan Media terbitan RTM yang dihoskan oleh Datuk Johan Jaafar.

Turut sama dalam rancangan yang juga disiarkan beberapa saluran televisyen lain itu ialah Pengarang Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah dan Pengarang Eksekutif The Edge, Ahmad Azam Mohd. Aris.

Mohd. Hassan berkata, jika Petronas tidak diberi kemudahan untuk membuat tabungan, beliau menjangkakan generasi akan datang tidak akan dapat menikmati hasil kekayaan petrolium negara.

"Dalam 34 tahun ini (sejak penubuhan Petronas), cuma RM178 bilion sahaja yang telah digunakan untuk membangunkan medan-medan minyak dan meningkatkan rizab negara.

"Jadi kalau Petronas tidak diberi kemudahan menabung untuk masa depan, saya rasa generasi akan datang tidak akan dapat menikmatinya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyuarakan mesej lebih 30,000 kakitangannya yang kecewa dengan kecaman masyarakat terhadap Petronas ekoran isu kenaikan harga minyak.

Beliau berkata, mereka amat terkilan kerana kenaikan harga minyak adalah masalah di peringkat global, bukannya kerana kesilapan Petronas.

Mohd. Hassan memberitahu kegiatan spekulatif dalam pasaran minyak dunia dan masalah geopolitik menyumbang kira-kira AS$30 dalam kenaikan harga minyak.

Katanya, kegiatan spekulatif itu menyumbang kira-kira AS$15-AS$20 dalam kenaikan harga minyak dunia.

"Antara AS$5-AS$10 dolar (AS) di dalam harga sekarang ini disebabkan oleh geopolitik yang tidak stabil dalam dunia," katanya.

Pertahan Kedaulatan Negara

Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta pasukan keselamatan negara untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang serta mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Baginda bertitah kecemerlangan dan pengorbanan perwira-perwira terdahulu dalam memastikan agama, bangsa dan negara serta kedaulatan negara dipertahankan, wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada pasukan keselamatan negara sekarang.

"Beta ingin mengingatkan, walaupun negara kita adalah sebuah negara yang sentiasa cintakan kedamaian dan kesejahteraan serta menjalin hubungan baik dengan semua negara, namun isu-isu keselamatan global dan serantau memerlukan pasukan keselamatan yang kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ke atas kedaulatan negara yang tercinta ini," titah baginda sempena Hari Pahlawan 2008 menerusi RTM1 malam ini.

Baginda juga meminta rakyat menghayati semangat taat setia tidak berbelah bahagi oleh pasukan keselamatan terdahulu apabila hasil perjuangan dan pengorbanan mereka menyebabkan negara aman dan sejahtera.

Titah baginda, sempena sambutan Hari Pahlawan yang akan disambut esok, rakyat perlu mempertingkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

"Semua rakyat perlu mempunyai iltizam yang murni ini kerana tugas dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata tetapi ia menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia," titahnya.

Baginda juga berharap pada masa yang sama kredibiliti dan profesionalisme pasukan keselamatan perlu ditingkatkan agar menjadi sebuah organisasi yang sentiasa digeruni, dikagumi dan disegani.

"Perkara ini telah terbukti di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa seperti yang telah dipamerkan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas mereka di luar negara terutama dalam pasukan tugas pengaman antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Penugasan tugasan awam, di United Kingdom oleh Batalion Istiadat dari Tentera Darat Malaysia misalnya telah mempamerkan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi di mata dunia," titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah secara langsung penugasan itu telah memperkenalkan negara ini ke mata dunia dan seterusnya menarik ramai pelancong dari luar negara.

Selain itu baginda meminta rakyat Malaysia supaya tabah menghadapi kemelesetan ekonomi dunia yang berpunca daripada kenaikan harga bekalan makanan dan harga minyak global.

Baginda bertitah dalam menghadapi ekonomi dunia yang tidak begitu memberangsangkan itu, rakyat diminta bersama-sama berdoa semoga keadaan itu akan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

"Beta berasa amat bersyukur kerana situasi di negara ini jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain.

"Justeru, beta berharap keadaan ini tidak akan mencetuskan situasi yang menjadikan negara kita tidak stabil, kacau bilau serta huru-hara," titahnya.

Tuanku Mizan bertitah sempena Hari Pahlawan esok, semua pihak di negara ini perlu mengenang dan menghargai jasa pahlawan negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang telah terkorban dan tercedera demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Nilai pergorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan serta kedaulatan negara amat tinggi dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

"Keberanian mereka dalam memerangi musuh dan menjaga keselamatan negara memang tiada tolok bandingnya dalam menentukan seluruh rakyat jelata dapat menikmati kehidupan yang aman dan makmur," katanya.

Titah baginda bagi menghargai mereka, pahlawan yang masih hidup termasuk balu dan keluarganya yang telah berkorban wajar diberikan sokongan dalam sebarang bentuk sekalipun.

Jul 22, 2008

PATI: Tiada pengampunan

Kerajaan tidak akan melaksanakan proses pengampunan dalam operasi besar-besaran memberkas dan mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang akan dilaksanakan mulai Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebaliknya kerajaan akan memberkas terlebih dahulu mereka sebelum diusir terus keluar dari negeri berkenaan.

''Kerajaan tidak akan memberi pengampunan terhadap kesemua PATI. Selepas mereka ditangkap, PATI akan terus dihantar pulang.

''Operasi bersepadu kali ini akan dijalankan secara habis-habisan bagi memastikan masalah PATI yang merisaukan rakyat tempatan Sabah dapat dibendung," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Menurut Najib, kerajaan serius membendung masalah PATI di Sabah dan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri akan turun padang bagi memastikan kelompok berkenaan diburu.

''Kerajaan tidak mempunyai keinginan untuk memberi pengampunan kepada PATI kerana kebanjiran mereka telah menjejaskan sosioekonomi rakyat di Sabah.

''Tindakan pengusiran ini memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menangani PATI dan kita berharap ia dapat mengurangkan jumlah PATI dalam masa terdekat.


Renung-Renungkan!!!!!!
Fikir-fikirkan!!!!!!!!

PAKAR MOTIVASI MALAYA

Singapura Oh Singapura

Singapura tuntut perairan wilayah dan EEZ di sekitar Batu Puteh


SINGAPURA 22 Julai — Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lepas dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.

Menteri kanan republik itu Balaji Sadasivan berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Dis 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan.

Penyelaras perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan jika tiba masanya, katanya menjawab soalan di Parlimen semalam.

Transkrip sesi soalan dan jawapan dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa.

ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia bagi Terembu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, milik negara itu di perairan wilayah tersebut di mana ia terletak.

Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti lagi mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ bahawa batuan itu milik Singapura.

Dalam rujukan ini, Balaji berkata di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika “ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian”.

Balaji berkata bahawa dengan penyelesaian pertikaian ini melalui penghukuman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian ini dalam cara aman.

Kes ini memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau.


PAKAR MOTIVASI MALAYA